abstrak 150308084037 conversion gate01

3
ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat persediaan dan pelaksanaan guru menggunakan teknik bercerita dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Di samping itu, rekabentuk kajian berbentuk kaedah tinjauan dijalankan untuk melihat penguasaan Bahasa Arab, kemahiran komunikasi dan minat murid-murid tahun empat terhadap Pendidikan Islam menerusi pengajaran guru yang menggunakan teknik bercerita. Seramai 30 orang guru Pendidikan Islam dan 80 murid tahun empat dari sekolah kebangsaan Daerah Kerian Perak Darul Ridzuan terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian menggunakan dua set soal selidik yang dihasilkan sendiri oleh pengkaji dan terbahagi kepada set A kepada guru dan set B kepada murid. Pentadbiran ujian bermula pada bulan Julai dan pengkaji hadir ke sekolah sendiri untuk memberikan soal selidik kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Data kemudiannya dikumpul dan dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif yang menggunakan taburan min dan sisihan piawai manakala analisis statistik inferensi pula menggunakan Ujian Analisis Varian Sehala (ANOVA), ujian-t dan ujian korelasi. Dapatan kajian mendapati persediaan dan pelaksanaan guru menggunakan teknik bercerita adalah pada tahap sederhana. Manakala didapati pelajar lelaki lebih tinggi penguasaan Bahasa Arab, kemahiran komunikasi dan minat terhadap Pendidikan Islam selepas guru melaksanakan teknik bercerita berbanding pelajar perempuan. Ujian korelasi pula mendapati (1) terdapat korelasi yang signifikan antara kemahiran komunikasi dengan minat murid-murid setelah mengikuti teknik bercerita dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, (2) terdapat korelasi yang signifikan antara penguasaan Bahasa Arab dengan minat murid-murid setelah mengikuti teknik bercerita dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan (3) terdapat korelasi yang signifikan antara penguasaan Bahasa Arab dengan kemahiran komunikasi murid-murid setelah iii

Upload: jelina-jamari-gnarz-lai

Post on 16-Dec-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

abstrak

TRANSCRIPT

BAB I

iii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat persediaan dan pelaksanaan guru menggunakan teknik bercerita dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Di samping itu, rekabentuk kajian berbentuk kaedah tinjauan dijalankan untuk melihat penguasaan Bahasa Arab, kemahiran komunikasi dan minat murid-murid tahun empat terhadap Pendidikan Islam menerusi pengajaran guru yang menggunakan teknik bercerita. Seramai 30 orang guru Pendidikan Islam dan 80 murid tahun empat dari sekolah kebangsaan Daerah Kerian Perak Darul Ridzuan terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian menggunakan dua set soal selidik yang dihasilkan sendiri oleh pengkaji dan terbahagi kepada set A kepada guru dan set B kepada murid. Pentadbiran ujian bermula pada bulan Julai dan pengkaji hadir ke sekolah sendiri untuk memberikan soal selidik kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Data kemudiannya dikumpul dan dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif yang menggunakan taburan min dan sisihan piawai manakala analisis statistik inferensi pula menggunakan Ujian Analisis Varian Sehala (ANOVA), ujian-t dan ujian korelasi. Dapatan kajian mendapati persediaan dan pelaksanaan guru menggunakan teknik bercerita adalah pada tahap sederhana. Manakala didapati pelajar lelaki lebih tinggi penguasaan Bahasa Arab, kemahiran komunikasi dan minat terhadap Pendidikan Islam selepas guru melaksanakan teknik bercerita berbanding pelajar perempuan. Ujian korelasi pula mendapati (1) terdapat korelasi yang signifikan antara kemahiran komunikasi dengan minat murid-murid setelah mengikuti teknik bercerita dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, (2) terdapat korelasi yang signifikan antara penguasaan Bahasa Arab dengan minat murid-murid setelah mengikuti teknik bercerita dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan (3) terdapat korelasi yang signifikan antara penguasaan Bahasa Arab dengan kemahiran komunikasi murid-murid setelah mengikuti teknik bercerita dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

ABSTRACT

The purpose of the study is to evaluate preparation and accomplishment used by teachers in the storytelling technique of religion teacher. Futhermore, observation method used in this study to evaluate the mastery of Arabic, communication skill and interest among year 4 student towards this subject. The participants of this study are 30 teachers, and 80 year four student from Sekolah Kebangsaan in Kerian District, Perak Darul Ridzuan. The instrument used study are two set s of questionnaire which are devided into two, set A for teachers, and set B for year four students. The test administration commence in July and the researcher distributed the questionnaire to the teachers, who were involved in this study. The data was the gathered and analyzed using descriptive statistical analysis which use mean and standard deviation while inferential statistical analysis use one-way (ANOVA), t-test and correlation test. The finding of this study reveals that teachers preparation and accomplishment using storytelling technique is moderate. The study found that boys have a better command of Arabic, communication skill and interest compared to girls. It is found that the correlation test (1) there is a significant correlation between communication skill and student interest in this subject, (2) there is a significant correlation between the mastery of Arabic and student interest in this subject, (3) there is a significant correlation between the mastery of Arabic and student communication skill after they were exposed in this storytelling technique in this subject.