abd rahman bin hamid midtem buruh

7
Abd Rahman Bin Hamid (BA12110002) Take home exam No 2 : Ramasamy 2005 dan Shamsulbariah 1989, berhujah bahawa mekanisme kapitalisme (kapitalis klasik) tidak dapat diharapkan, campur tanggan kerajaan (keynesian) semakin perlu demi mengekalkan sistem tersebut. Campur tangan ini telah menghasilkan ekonomi campuran, yang sebenarnya masih terus bersifat kapitalis (kapitalis matang). Jelaskan peranan kapitalisme matang dalam merubah corak sistem pekerjaan negara bangsa malaysia. Jika melihat kepada pendekatan ekonomi klasik yang diamalkan pada masa dahulu terdapat beberapa tokoh yang telah mengemukakan beberapa pandangan mereka tentang sistem ekonomi yang dijalankan pada zaman terdahulu antaranya ialah Smith, Ricardo dan Marx. Salah satu yang menjadi titik tolak kepada perkembangan sistem ekonomi ialah pengenalan sistem Laizes Faire yang mana golongan yang mempunyai modal diberi ruang dan peluang untuk mengembangkan lagi modal mereka tanpa ada sebarang campur tangan oleh pihak pemerintah. Namun seiring dengan itu terjadi satu masalah yang mana penumpukan modal berlaku pada satu-satu pihak sahaja bukanya kepada semua pihak yang terlibat. Jika dilihat sistem ekonomi klasik, semasa pemerintahan beraja semua modal merupakan hak milik raja, hanya golongan yang tertentu sahaja yang diberikan mandat bagi mentadbir segala urusan yang berkaitan dengan pengembangan modal iaitu berkaitan dengan tanah dan para pembesar akan memberi kan kepada kaum buruh untuk mempekerjakan tanah tersebut dan hasilnya akan diberikan kepada golongan atasan. Beralihnya sistem fudel kepada sistem kapitalis

Upload: rahman

Post on 18-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

buruh modal dan pekerjaan

TRANSCRIPT

Abd Rahman Bin Hamid(BA12110002)Take home exam

No 2 : Ramasamy 2005 dan Shamsulbariah 1989, berhujah bahawa mekanisme kapitalisme (kapitalis klasik) tidak dapat diharapkan, campur tanggan kerajaan (keynesian) semakin perlu demi mengekalkan sistem tersebut. Campur tangan ini telah menghasilkan ekonomi campuran, yang sebenarnya masih terus bersifat kapitalis (kapitalis matang). Jelaskan peranan kapitalisme matang dalam merubah corak sistem pekerjaan negara bangsa malaysia.

Jika melihat kepada pendekatan ekonomi klasik yang diamalkan pada masa dahulu terdapat beberapa tokoh yang telah mengemukakan beberapa pandangan mereka tentang sistem ekonomi yang dijalankan pada zaman terdahulu antaranya ialah Smith, Ricardo dan Marx. Salah satu yang menjadi titik tolak kepada perkembangan sistem ekonomi ialah pengenalan sistem Laizes Faire yang mana golongan yang mempunyai modal diberi ruang dan peluang untuk mengembangkan lagi modal mereka tanpa ada sebarang campur tangan oleh pihak pemerintah. Namun seiring dengan itu terjadi satu masalah yang mana penumpukan modal berlaku pada satu-satu pihak sahaja bukanya kepada semua pihak yang terlibat. Jika dilihat sistem ekonomi klasik, semasa pemerintahan beraja semua modal merupakan hak milik raja, hanya golongan yang tertentu sahaja yang diberikan mandat bagi mentadbir segala urusan yang berkaitan dengan pengembangan modal iaitu berkaitan dengan tanah dan para pembesar akan memberi kan kepada kaum buruh untuk mempekerjakan tanah tersebut dan hasilnya akan diberikan kepada golongan atasan. Beralihnya sistem fudel kepada sistem kapitalis malah menjadikan kaum buruh semakin tertindas dan mewujudkan kelas-kelas pekerjaan yang baru pada masa itu.Ramasamy dalam bukunya kaum buruh dan golabisasi, serta Shamsulbariah dalam pengantar ekonomi politik telah berpandangan bahawa kapitalis klasik tidak mampu lagi diamalkan lebih-lebih lagi dalam era yang semakin pesat, justru kedua tokoh ini telah mengambil pandangan daripada seorang ahli pemikir ekonomi iaitu keynesian dimana dalam pandangan beliau menyatakan campur tangan pemerintah dalam sistem ekonomi sangat diperlukan bagi mengimbangi sistem ekonomi dalam sesebuah negara. Keynes juga beranggapan bahawa teori yang diperkenalkan oleh adam smith bahawa wujudnya invisible hand dalam sistem ekonomi adalah tidak benar, hal ini kerana seistem ekonomi perlu dirancang dengan baik bagi mengembangkannya bukanya ekonomi memperbaikinya sendiri tanpa ada sebarang aturan yang telah dibuat. Oleh itu, keynes mencadangkan bahawa perlunya campur tangan pemerintah bagi mengstabilkan sistem ekonomi lebih-lebih lagi pada zaman keynes telah berlaku kemerosotan ekonomi yang telah menyebabkan berlakunya pengangguran yang tinggi disebabkan oleh pemerhentian secara besar-besaran di US pada ketika itu. Sehubungan dengan itu keynes muncul dengan memperkenalkan dasar fiskal bagi membatu para pekerja yang telah kehilangan pekerja untuk diberi pampasan bagi menjaga kebajikan mereka.Namun begitu, walaupun kapitalis klasik telah digantikan dengan sistem kapitalis matang ianya tetap mempunyai dasar yang sama kerana walaupun sistem pekerjaan telah berubah tetap sahaja ianya merugikan kaum pekerja. Hal ini dapat dilihat daripada perubahan sistem pengurusan saintifik yang dibagunkan oleh taylor digantikan dengan sistem fodisme yang diperkenalkan oleh ford kedudukan pekerja tetap dikontrol bagi menghasilkan sesuatu produk. Merujuk kepada konsep kapitalis itu sendiri apabila golongan pengeluar (pekerja) dipisahkan daripada alat pengeluaran ianya masih dibawah kawalan pihak pemodal. Dengan itu, walaupun berlaku perubahan daripada tiadanya campur tangan oleh pihak pemerintah kepada campur tangan pihak pemerintah sistem kapitalis tetap wujud dan ianya juga memberi pengaruh keatas sistem pekerjaan yang ada pada mana-mana negara.Merebaknya sistem kapitalis matang ini telah memberi kesan kepada negara dunia ketiga khusunya pada negara membangun itu sendiri. Sebgai contohnya di malaysia perubahan daripada sistem ekonomi yang berasaskan kepada pertanian telah berubah kepada sistem ekonomi berasaskan industri dan perkhidmatan. Tidak dapat dinafikan bahawa kapitalis mempunyai peranan yang besar dalam mencorakkan sistem pekerjaan yang ada pada hari ini dan mampu mewujudkan peluang pekerjaan, keynes. Antara peranan kapitalis matang terhadap sistem pekerjaan di malaysia pada hari ini ialah apabila wujudnya satu sistem pasaran bebas dimana para pelabur dari luar negara dibenarkan untuk menanam modal dan memasarkan keluaran mereka disebabkan oleh dasar negara yang telah mewujudkan sistem ekonomi terbuka bagi mengalakkan kemasukan modal ke dalam negara. Namun begitu seiring dengan kemasukan pelabur-pelabur besar kedalam negara ianya telah mengheret sistem ekonomi yang bersifat informal setelah sekian lama dilakukan oleh pekerja tempatan, dengan itu wujud satu sistem perekonomian yang baru namun ianya dinggap tidak sah oleh pemerintah disebabkan tiadanya pendaftaran dalam melakukan sistem jual beli yang sah pada mereka.Selain itu, campur tangan pemerintah terhadap sistem ekonomi telah memperkenalkan satu lagi dasar yang dipanggil dasar penswastaan. Hal ini dilakukan semasa pemerintahan DR TUN MAHATDIR dimana syarikat-syarikat tempatan telah diswastakan dengan alasan untuk mengimbangi sistem ekonomi malaysia pada ketika itu. Dengan pengenalan dasar ini sistem pekerjaan yang ada pada malaysia telah mengalami perubahan yang dahulunya hanya bersifat awam dan kini bersifat swasta, perubahan sistem pekerjaan ini juga telah memberi kesan kepada sistem pampasan di malaysia yang mana pampasan atau gaji yang diberikan kepada pekerja pada umumnya berdasarkan kedua-dua sektor ini dimana sektor awam pampasan diberikan berdasarkan sistem meritokrasi manakala sektor swasta berdasarkan PLWS @ produktiviti seseorang pekerja. selain dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh pemerintah, dasar pandang ketimur juga telah mengubah sistem pekerjaan di malaysia. Ini kerana perubahan dasar yang dilakukan daripada pandang ke barat telah beralih ke timur menyebabkan corak pekerjaan berubah daripada fodisme iaitu just in case ke post-fordisme yang terkait dengan toyorisme iaitu just in time. Pendekatan ini telah merubah corak pekerjaan yang lebih mementingkan kualiti dan produktiviti berbanding pengeluaran secara massa, pekerja juga telah didedahkan dengan corak pengurusan yang berlatar belakangkan sistem pekerjaan di jepun.Sehubungan dengan itu, akibat daripada campur tangan pemerintah terhadap sistem ekonomi ianya telah membuat satu perubahan yang besar dimana dengan kemasukan syarikat-syarikat MNC yang membuka sub-syarikat mereka ke dalam negara dimana ianya juga telah memberi kesan keatas keahlian kesatuan sekerja. hal ini kerana, dasar yang diamalkan oleh syarikat MNC lebih kearah pengawalan keatas pekerja, mereka lebih suka pekerja terlibat dalam kesatuan sekerja dalaman (Inhouse union) berbanding kesatuan yang bersifat diluar organisasi, ini kerana ianya akan merugikan pihak organisasi ianya terbukti apabila sebuah syarikat MNC dari Amerika iaitu Hewlet-Packard tidak suka campur tangan luar (kesatuan sekarja tempatan) kerana ianya hanya mendatangkan masalah kepada syarikat (Raja Rasiah, 1989:365). Secra tidak langsung ianya telah mengubah struktur pekerjaan daripada terlibat ke dalam kesatuan kebangsaan kepada kesatuan dalam dan secara tidak langsung ianya memberi kesan terhadap penurunan jumlah ahli kesatuan sekerja di dalam negara.Penubuhan akta pekerjaan, akta perusahaan dan akta kesatuan sekerja juga merupakan salah satu campur tangan pemerintah dalam sistem pekerjaan di malaysia. hal ini kerana, pengenalan kepada akta ini terhadap pekerja secaa tidak langsung sebagai mod kawal atur pemerintah terhadap pekerja sekiranya berlaku tindakan industri seperti mogok, piket dan sebagainya. Melihat dari sisi lain berkenaan akta yang diperkenalkan ini ianya merupakan satu jaminan terhadap pihak pengusaha (pemodal) dalam melindungi mereka dan ianya juga terkait dengan kebergantungan kerajaan kepada pemodal-pemodal ini dalam memberi pulangan yang mampu membangun sistem ekonomi dalam sesebuah negara. Hal ini secara tidak langsung mengubah struktur pekerjaan yang lebih terikat dan mampu melemahkan sebarang pergerakan pekerja dalam membuat sebarang demonstrasi bagi menyuarahkan pendangan mereka dalam sistem pekerjaan masa kini.Seterusnya, sebelum berlakunya globalisasi negara dunia ketiga khusunya di malaysia telah telah melalui dua tahap pembahagian buruh di peringkat antarabangsa. Pembahagian buruh yang lama tertumpu pada zama kolonialisme yang lebih menekankan kepada realiti sosial, ekonomi dan realiti politik. Namun satelah tahun 1970-an satu pembahagian buruh antarabangsa yang baru telah diperkenalkan iaitu NIDL telah muncul bagi melemahkan pembahagian buruh tradisional bedasarkan dua faktor global iaitu negara-negara maju dan yang sedang membangun. Dengan itu pengenalan kepada NIDL ini telah mengstrukturkan semula hubungan pengeluaran dikebanyakan kawasan dengan kemunculan sektor pembuatan yang besar dan berkecendrungan dalam melibatkan buruh wanita secara informal dan kasual. Melihat kepada situasi sebegini campur tangan kerajaan terhadap sistem ekonomi mampu memberi dampak kepada sistem pekerjaan yang ada pada negara pada hari ini dan secara tidak langsung ianya memberi kesan kepada kaum pekerja khusunya pekerja bawahan.Kesimpulannya, walaupun kapitalis klasik telah digantikan dengan kapitalis matang dengan melibatkan campur tangan pemerintah kedalam sistem pekerjaan di malaysia ianya tetap memberi kesan terhadap kaum pekerja walaupun penindasan dilakukan secara tidak langsung dengan pelbagai campurtangan pemerintah terhadap sistem pekerjaan. Malah ianya lebih menjurus kepada sistem kapitalis yang lebih kompleks, dengan itu walupun ada campurtangan pemerintah ia tetap sahaja berasakan kepada konsep kapitalis itu sendiri. Tidak dapat dinafikan, bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 perlu ada perkara yang terpaksa dikorbankan demi mencapai satus tersebut. Namun perlu dilihat juga daripada sudut pandang masyarakat industri itu sendiri, sekiranya realiti sosial dan ekonomi mereka belum terjamin kemungkinan besar untuk mencapai status negara maju amatlah sukar. Diharap jurang diantara pihak atasan dan bawahan tidak terlalu besar kerana ianya memungkinkan kebangkita kelas bawahan dalam memperjuangkan hak mereka, sekiranya malaysia masih mengamalkan konsep menjual untuk membeli (pekerja) dan membeli untuk menjual (pemodal) selagi itu pihak kapitalis seenaknya dalam mengeksploitasi tenaga buruh. Perlu ada satu makenisme baru yang harus diperkenalkan agar sistem pekerjaan di negara ini mengalami keseimbangan dan tidak akan merugikan mana-mana pihak atau aktor dalam hubungan industri.

Rujukan :-Arnold Kling. 2010. When Labor is Capital : The Limits of Keynesian Policy.Peter F. Drucker. 1995. Masyarakat Pasca Kapitalis. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.P.Ramasamy. 2005. Kaum Buruh dan Globalisasi ke Arah Iternasionalisme Baru. Universiti Kebangsaan malaysia.Shamsulbariah. 1989. Pengantar Ekonomi Politik. Petaling Jaya. Dewan Bahasa dan Pustaka.