kolej sultan abdul hamid

10
KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID NAMA : BUVENTIRAN A/l THIRUSELVAN TINGKATAN : 3 OMEGA GURU : KU AZIZAN BIN KU BAHAROM TARIKH : 3.3.2012

Upload: buven-thiru

Post on 21-Jul-2015

52 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

NAMA TINGKATAN GURU TARIKH

: BUVENTIRAN A/l THIRUSELVAN : 3 OMEGA : KU AZIZAN BIN KU BAHAROM : 3.3.2012

Pendudukan Jepun merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah negara kita.Pemerintahan tentera Jepun di negara kita berlangsung selama kira-kira tiga tahun setengah iaitu dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945.Perubahan besar yang berlaku sepanjang tempoh tersebut telah menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat.

1.1 Kedatangan Jepun 1. Kebangkitan Meiji (1868) telah membawa pemodenan negara Jepun terutama dan segiekonomi. 2. Tujuan Jepun menawan Asia Tenggara ialah: (a) Mengatasi masalah kekurangan kawasan pertanian untuk menampung keperluanpenduduk yang semakin bertambah. (b) Mendapatkan bekalan bahan mentah untuk perkembangan perusahaan. (c) Amerika Syarikat telah melancarkan sekatan ekonomi ke atas Jepun. 3. Jepun menggunakan slogan Asia untuk Asia dan Kesemakmuran Bersama Asia TimurRaya. 4. Antara tindakan agresif yang dilancarkan Jepun ialah: (a) 1931 Jepun menawan Manchuria. (b) 1937 Jepun menyerang China. (C) 1940 Jepun menyerang Indochina. 5. Pada 7 Disember 1941, tentera Jepun telah mengebom Pearl Harbour. 1.2 Cara dan Strategi Serangan Jepun 1. Tentera Jepun melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu melalui laut, udara, dandarat. 2. British yang berpangkalan di Singapura tidak bersedia untuk menghadapi sebarangserangan dan luar. 3. Serangan dilancarkan melalui arah pantal timur dan pantai barat tetah melemahkanpertahanan British. 4. Jepun berjaya menenggelamkan dua buab kapal perang British iaitu Repulse dan Prince of Wales. 5. Serangan ke atas Sabah dan Sarawak dilancarkan melalui pangkalan tenteranya di CamRanh, Vietnam. 1.3 DasarPemerintahan Jepun 1. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu adalah bercorak ketenteraan. 2. Kuasa tertinggi ialah Jeneral yang berpusat di Singapura.

3. Jepun telah menyatukan Sabah, Sarawak, dan Brunei di bawah satu unit pentadbiranyang dikenali sebagai Borneo Utara. 4. Dasar penjepunan dilaksanakan untuk menghapuskan pengaruh Barat di Asia. 5. Jepun turut memparkenalkan sistem ekonomi kawalan untuk menggantikan system ekonomi usahaniaga bebas

2.1 Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun 1. Perang Dunia Kedua tamat apabila Jepun menyerah kalah pada bulan September 1945. 2. Tentera Bintang Tiga telah berkuasa selama 14 hari sebelum British kembali keTanahMelayu. 3. Pada bulan September 1945, tentera British telah menubuhkan Pentadbiran Tentera British untuk mengembalikan keamanan di Tanah Melayu. 4. Rancangan Malayan Union diperkenalkan pada bulan April 1946 oleh kerajaan British. 2.2 Gagasan Malayan Union 1946 1. Antara tujuan pembentukan Malayan Union ialah: (a) Melindungi kepentingan British di Tanah Melayu. (b) Membentuk pentadbiran yang cekap. (c) Menyeragamkan pentadbir an di semua negeri. (d) Mengukuhkan pertahanan British. (e) Menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. 2. Antara sebab penentangan Malayan Union ialah: (a) Kedudukan dan hakistimewa orang Melayu akan terjejas (b) Sultan akan kehilangan kuasa. (c) Syarat kewarganegaraan yang longgar. (d) Cara MacMichael yang mengugut sultan untuk mendapatkan tandatangan. (e) Orang Melayu bimbang kaum lain akan melebihi mereka. 2.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union 1. Pelaksanaan dasar Malayan Union diterima oleh orang bukan Melayu kerana merekamendapat taraf kewarganegaraan dan hak yang sama. 2.Orang Melayu pula membuat tentangan terhadap Malayan Union kerana: (a) Tidak suka dengan tindakan Sir Harold Mac Michael mengugut Sultan-sultan Melayu.

(b) Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk mendapat nasihat daripada Majlis Mesyuarat Negeri. (c) Kuasa sultan akan beralih kepada Gabenor. (d) Syarat kewarganegaraan yang Ionggar membolehkan bangsa lain mendapat hak politik yang sama seperti orang Melayu. (e) Orang Melayu bimbang bilangan kaum lain akan melebihi mereka. (f) Sultan akan hilang kepen tingan politik kerana hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu sahaja. 3. Penubuhan Malayan Union juga turut mendapat bantahan daripada pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, George Maxwell, Richard Winstedt, dan Cecil Clementi Smith. 4. Antara akhbar-akhbar Melayu yang menentang Malayan Union ialah Utusan Melayu,Majlis, dan Warta Negara. 2.4 Penubuhan UMNO 19461. UMNO ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mel 1946, berikutan Kongres Melayu Se-Malayayang diadakan. 2. Matlamat utama UMNO ialah menggagalkan rancangan Malayan Union. 3. Presiden UMNO yang pertama ialah Data Onn bin Jaatar. 4. Untuk menentang Malayan Union, UMNO menggunakan semboyan Hidup Melayu. 5. Perpaduan kaum Melayu dalam UMNO telah membawa kejayaan. 6. Setelah Malayan Union dibubarkan, UMNO bertukar menjadi sebuah pertubuhan politikpada tahun 1948.7. UMNO juga menjadi tulang belakang kepada pergerakan untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. 2.5 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 1. Pada 25 Julal 1946, British menubuhkan Jawatankuasa Kerja untuk menggubalperlembagaan baru bagi menggantikan Malayan Union. 2. Antara perkara penting yang diberi tumpuan adalah berkaitan dengan soal pentadbirandan soal kewarganegaraan.

3. Antara ciri-ciri Persekutuan ialah: (a) Terdiri daripada Negeri Negeri Melayu, Melaka, dan Puiau Pinang. (b) Singapura kekal sebagal tanah jajahan British.

(c) Pemerintah tertinggi kerajaan Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi British. (d) Menubuhkan sebuah Dewan Undangan Persekutuan yang mengandungi 75 anggota. (e) Kuasa Sultan-sultan Melayu dikekalkan. (f) Syarat kewarganegaraan diperketatkan. (g) Kewarganegaraan secara automatik diberikan kepada mereka yang dilahirkan diPersekutuan Tanah Melayu atau telah bermastautin di Tanah Melayu selama 15 tahun. (h). Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi pada Februari1948. (i). Perlembagaan ini telah diterima oleh Raja-raja Melayu dan UMNO

1. Ideologi komunisme adalah berasaskan kepada ajaran Karl Marx. 2. Fahaman ini menyusup masuk ke negara kita melalui Parti Nasionalis Cina (PartiKuomintang / KMT). 3. Di negara kita, fahaman komunis tersebar melalui sekolah-sekolah Cina, kesatuan buruhGina, dan penerbitan majalah Cina. 4. Fahaman ini tidak mendapat sambutan daripada kaum Melayu kerana fahamannyabertentangan dengan ajaran Islam. 3.2 Parti Komunis Malaya (PKM) 1. Parti komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930.2. Tujuan penubuhan PKM ialah: (a) Menggulingkan kerajaan British. (b) Menubuhkan Republik Komunis Malaya. 3. Semasa zaman kemelesetan ekonomi dunia, ramai pekerja yang terpengaruh denganPKM. 4. PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. 5. PKM telah membentuk Barisan Bersatu untuk bekerjasama dengan pertubuhan yangberhaluan kin seperti AMCJA-PUTERA. 6. PKM menubuhkan Malayan Races Liberation Army (MRLA) untuk melakukan keganasan. 7. Kerajaan British mengisytiharkan darurat setelah tiga orang pengurus ladang British dibunuh di Sungai Siput. 8. Pada bulan Julai 1948, PKM telah diharamkan. 3.3 Langkah Kerajaan Membanteras Ancaman Pengganas KomunisPengisytiharan Darurat 1. Undang-undang darurat memberikan kuasa kepada British menahan sesiapa yangdisyaki terlibat dengan komunis. 2. PKM pula menubuhkan Mim Yuen yang berperanan sebagai pemberi maklumat dan membekalkan makanan serta ubat ubatan kepada komunis. 3. Kegiatan Min Yuen sukardi kawal kerana hanya bergerak pada waktu malam sahaja. 4. Undang-undang darurat gagal kerana komunis tidak bertempur secara berdepan.

Rancangan Briggs 1. Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney pada pertengahan tahun 1950. 2. Tujuannya ialah untuk melumpuhkan keglatan Min Yuen. 3. Antara program yang dijalankan ialah mewujudkan Kampung Baru dan melancarkanGerakan Kelaparan. 4. Semangat komunis lemah kerana terpaksa berpindah randah dan ramai anggota komunisyang terkorban. Perang Saraf 1. Kerajaan sedar bahawa halangan utama untuk menentang komunis ialah masalahperkauman. 2. Antara usaha yang dilakukan oleh Sir Henry Gurney untuk mengatasi masalah tersebutialah:(a) Kempen Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis. (b) Menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum. 3. Pesuruhjaya Tinggi yang baru iaitu Sir Gerald Templer telah melancarkan kempenMemenangi Hati dan Fikiran Rakyat. 4. Kerajaan turut meminda syarat syarat kewarganegaraan dan menyeragamkan semua jenis sekolah untuk mengeratkan hubungan antara kaum. 3.4 Rundingan Baling 1. Rundingan Baling diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955 antara wakil kerajaan dankomunis. 2. Rundingan ini gagal kerana kerajaan enggan mengiktiraf PKM sebagai parti yang sah. 3. PKM pula menolak syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajan. 3.5 Kesan Zaman Daru rat 1. Undang-undang darurat yang dilaksanakan telah menggugat kehidupan rakyat di TanahMelayu. 2. Mereka hidup dalam ketakutan dan penderitaan. 3. Perkembangan ekonomi dan sosial turut terjejas kerana banyak wang diperuntukkanuntuk membanteras komunis. 4. Hubungan dan perpaduan antara penduduk sukar dipupuk .5. Pergerakan komunis semakin lemah kerana ramai ahlinya yang menyerah diri danterkorban. 6. Darurat telah mempercepatkan lagi proses kemerdekaan bagi Tanah Melayu.