aa20303 sistem kekeluargaan

9
AA20303 SISTEM KEKELUARGAAN SOALAN TUTORIAL NO. 9 : Sejauhmana empat polisi berikut dapat meningkatkan kesejahteraan keluarga? Cheyenne Lea Emin BA14110097 Michelle Ram BA14110273 1

Upload: cheyennelea

Post on 16-Jan-2016

60 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

HANDOUT NOTA SISTEM KEKELUARGAAN

TRANSCRIPT

Page 1: Aa20303 Sistem Kekeluargaan

AA20303 SISTEM KEKELUARGAAN

SOALAN TUTORIAL NO. 9 : Sejauhmana empat polisi berikut dapat

meningkatkan kesejahteraan keluarga?

Cheyenne Lea Emin BA14110097

Michelle Ram BA14110273

Polisi Kependudukan

1

Page 2: Aa20303 Sistem Kekeluargaan

Pengenalan.

Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh bekas Perdana

Menteri Malaysia Y.A.B Tan Sri Dr Mahathir ketika beliau berucap untuk

Perhimpunan Agung UMNO ( Setember 1982)

Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih Berjaya dengan

penduduk sebanyak 70 juta.

Rasional Polisi Kependudukan.

Menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industry –

industry tempatan.

Mewujudkan persaingan dalam pasaran dam selanjutnya meninggikan

daya mutu pengeluaran untuk eksport.

Memajukan ekonomi dan social Negara.

Bagaimanakah polisi ini dapat meningkatkan kesejahteraan keluarga?

1. Pendapatan isi rumah keluarga meningkat

Peluang pekerjaan yang banyak terutama dalam sektor tenaga

kerja untuk pembangunan Negara tanpa perlu bergantung kepada

tenaga kerja asing.

Kebergantungan terhadap tenaga mahir dan buruh asing hanya

akan merugikan negara.

Pengangguran di kalangan rakyat akan berkurangan.

Individu mempunyai pendapatan untuk menyara diri sendiri dan

keluarga kerana adanya pekerjaan.

Kekukuhan ekonomi menjamin kesejahteraan kehidupan.

Berdasarkan pendapat ini, pertumbuhan penduduk kepada

sesebuah keluarga akan berkembang dengan pesat.

Konsep keupayaan menanggung kos sara hidup keluarga dengan

bersandarkan bahawa rezeki anak-anak akan ada jika berusaha.

2. Pelepasan cukai

2

Page 3: Aa20303 Sistem Kekeluargaan

Kerajaan juga telah memutuskan untuk memberi cuti bersalin

kepada kakitangan awam dan swasta sehingga anak kelima.

Perlepasan cukai pendapatan yang bertambah sehingga anak yang

kelima,iaitu anak pertama sebanyak RM650,anak kedua sebanyak

RM750 dan RM800 bagi anak ketiga hingga kelima.

3. Kemajuan teknolgi kesihatan meningkat

Dasar kependudukan Malaysia yang menumpukan bidang kemajuan

kesihatan kepada pertumbuhan penduduk. 

Keperluan kesihatan untuk penduduk Negara bertambah.

Kualiti hidup sesebuah keluarga turut meningkat.

Polisi Perumahan

Pengenalan.

Bematlamat untukmenyediakan perumahan yang mencukupi,

selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan

kemampanan hidup rakyat.

Rasional.

Menyediakan perumahan yang mencukupi dan berkualiti dengan

kemudahan yang lengkap dan persekitaran yang kondusif.

Meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat bagi memilikiatau

menyewa rumah.

Bagaimanakah polisi ini dapat meningkatkan kesejahteraan keluarga?

1. Memenuhi keperluan asas rakyat, iaitu tempat tinggal yang selesa

dan mampu dimiliki bagi memperkasakan pilihan dan autonomi

rakyat

Rumah merupakan keperluan asas dan selaras dengan

“shelter for all”, Kerajaan komited dalam memastikan

bahawa semua rakyat mampu memiliki atau menyewa

rumah.

Keluarga yang berpendapatan rendah mampu memliki

rumah.

3

Page 4: Aa20303 Sistem Kekeluargaan

2. Kebajikan sesebuah keluarga terjaga

Dengan adanya bantuan perumahan yang disediakan oleh

kerajaan, sesebuah keluarga dapat tinggal dengan lebih

selesa dan selamat.

Golongan khususnya berpendapatan rendah, mampu

memiliki dan membiayai rumah yang selesa.

Contoh :

i. Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT)

adalah program membantu membaiki rumah

penduduk Malaysia yang tinggal di pedalaman yang

miskin dan daif.

o Kebanyakan rumah mereka terlalu uzur yang dibina

pada 1960-an dan 1970-an, rumah papan, tidak ada

bekalan air dan elektrik. Kebanyakannya pula hanya

didiami oleh ibu bapa atau datuk nenek yang tua dan

uzur. Projek Perumahan Rakyat Termiskin)

o Namun PPRT telah diperluaskan skopnya dengan

membantu mereka yang tidak mempunyai rumah

sendiri tetapi mempunyai tanah.

ii. PR1MA (Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia),

merupakan salah satu program kerajaan yang

dilancarkan pada 4 Julai 2011 untuk menggalakkan

pemilikan rumah yang lebih besar, terutama di

kalangan golongan berpendapatan sederhana, dengan

menyediakan lebih banyak kediaman hartanah

berpatutan di bandar-bandar utama di seluruh Negara.

4

Page 5: Aa20303 Sistem Kekeluargaan

3) Pendidikan/Persekolahan

a) Pendidikan dalam kawalan diri dan sokongan sosial

- Perasaan tertekan merupakan gangguan terhadap emosi yang sangat

tidak menyenangkan. Tekanan terbahagi kepada dua komponen utama

iaitu tekanan fizikal dan tekanan mental.

- Tekanan ini boleh diuruskan menerusi kaedah kawalan diri.

- Tahap pendidikan yang baik mempunyai kadar kawalan diri yang tinggi

dalam tahap beberapa situasi seperti pengurusan rumah tangga dan

beban kerja rumah berbanding dengan individu yang kurang pendidikan.

- Oleh itu, keganasan rumah tangga atau ketegangan dalam keluarga

tidak berlaku sebab kadar kawalan diri yang tinggi. Maka, kesejahteraan

keluarga semakin meningkat.

b) Pendidikan dalam kondisi ekonomi

- Kemahiran dan kebolehan yang diperoleh semasa alam persekolahan

dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi dapat memberi persediaan

kepada individu untuk menyediakan diri dengan segala peluang yang ada

di sekeliling mereka. Individu yang baik taraf pendidikannya lebih

cenderung terlibat dalam pekerjaan yang berpendapatan tinggi.

- Contoh : Pendidikan yang baik Pekerjaan yang baik Gaji tinggi

Keperluan asas dipenuhi dan tidak berlaku sebarang kekurangan

kesejahteraan keluarga meningkat

c) Pendidikan dalam Perkahwinan dan Pengurusan Keluarga

- Pendidikan dapat memberi laluan kepada kestabilan hubungan sosial

terutamanya perkahwinan. Pendidikan yang baik juga boleh

mengurangkan kadar penceraian kerana pasangan berkahwin dan

melaksanakan kehidupan bersama di bawah aras sesuai dengan kondisi

ekonomi pasangannya.

5

Page 6: Aa20303 Sistem Kekeluargaan

- Juga dapat mengurangkan ‘duda’ dan ‘janda’ kerana lelaki dan wanita

cenderung untuk memilih pasangan yang mempunyai tahap pendidikan

yang sama.

- Pasangan yang baik tahap pendidikannya akan menikmati kebaikan dan

keuntungan daripada perkahwinan.

4) Bantuan rakyat termiskin

a) Bantuan Am Persekutuan (bagi WPKL dan WP Labuan sahaja)

- Memberi bantuan kepada kumpulan sasar Jabatan yang tidak

berkemampuan dan berkeperluan untuk meringankan kesulitan

kewangan mereka buat sementara waktu ataupun sehingga suatu jangka

masa mereka dapat berdikari.

b) Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

- Membantu kanak-kanak miskin dan berkeperluan supaya dapat terus

tinggal bersama keluarga mereka untuk menikmati kasih sayang,

perhatian, dan penjagaan sewajarnya.

- Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang

terlibat supaya dapat berdikari dan terus menjaga anak-anak mereka

dengan sempurna.

c) Geran Pelancaran (GP)

- Memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan yang

mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang

perusahaan atau perniagaan kecil.

- Galakan kepada penerima bantuan JKM untuk berdikari dan

meningkatkan taraf hidup mereka tanpa bergantung lagi kepada bantuan

Kerajaan.

KESIMPULAN

6

Page 7: Aa20303 Sistem Kekeluargaan

Keempat-empat polisi sangat membantu meningkatkan kesejahteraan

rakyat terutamanya golongan yang miskin. Segala keperluan asas untuk

meneruskan hidup dapat dipenuhi dengan bantuan dari kerajaan.

Kerajaan berusaha untuk meningkatkan taraf kualiti hidup rakyatnya

supaya dapat mengurangkan kemiskinan yang berlaku di Malaysia.

Rujukan

‘ Skim Bantuan Kewangan Bagi Keluarga Miskin’

http://www.jkm.gov.my/content.php?

pagename=skim_bantuan_kewangan_bagi_keluarga_miskin&lang=

bm

‘KEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM PENBENTUKAN KUALITI HIDUP

SEJAHTERA’

http://web.usm.my/education/MEDC/Vol2/1.%20KEPENTINGAN

%20PENDIDIKAN%20DALAM%20PENBENTUKAN%20KUALITI%20HIDUP.pdf

7