membuat tuntutan selepas penceraian - mswp.gov.my suami isteri... · peti surat 81843, 87028...

2
ALAMAT MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bangunan Sulaiman , Jalan Damansara, 50676 Kuala Lumpur. Tel : 03-22733788 Fax : 03-22734308 03-22740136 Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan. Jalan Tun Mustapha, Peti Surat 81843, 87028 Wilayah Persekutuan Labuan. Tel : 087-410857 Fax : 087-410855 087-420857 087-420855 Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya. Bangunan Annexe, Istana Kehakiman, Presint 3, 62506 Putrajaya. Tel : 03-88804500 Fax : 03-88804564 HAK SUAMI ISTERI MEMBUAT TUNTUTAN SELEPAS PENCERAIAN H H H H HA A AK K K K K K K K S S SU U U U U UA A A A A A AM M M MI I I I I I I I I I I I I IS S S S S ST T T T T T T TE E E E ER R RI I I I I I M M M M M ME E E E E EM M M M M M MB B BU U U U U UA A A A A AT T T T T T T T T T T T T TU U U U U UN N N N N NT T T T TU U U UT T T T T TA A A AN N N N S S S S S S S S SE E E E E E E EL L L L L L LE E E E EP P P P P PA A A AS S S S S S P P P P P P P P P P P P P P P PE E E EN N N NC C C C CE E E E ER R R R RA A A A A A A A A AI I I I I IA A A A A AN N N N N N N N N N N N N N N N N MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR LABUAN PUTRAJAYA

Upload: vuongdang

Post on 13-Mar-2019

327 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBUAT TUNTUTAN SELEPAS PENCERAIAN - mswp.gov.my Suami Isteri... · Peti Surat 81843, 87028 Wilayah Persekutuan Labuan. ... Hubungan kekeluargaan dalam sistem ... amat murni bagi

ALAMAT MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Bangunan Sulaiman ,Jalan Damansara,50676 Kuala Lumpur.

Tel : 03-22733788 Fax : 03-22734308 03-22740136

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan.Jalan Tun Mustapha,Peti Surat 81843,87028 Wilayah Persekutuan Labuan.

Tel : 087-410857 Fax : 087-410855 087-420857 087-420855

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya.Bangunan Annexe,Istana Kehakiman,Presint 3,62506 Putrajaya.

Tel : 03-88804500 Fax : 03-88804564

HAK SUAMI ISTERI MEMBUAT

TUNTUTANSELEPAS PENCERAIAN

HHHHHAAAKKKKKKKK SSSUUUUUUAAAAAAAMMMMIIIIII IIIIIIIISSSSSSTTTTTTTTEEEEERRRIIIIII MMMMMMEEEEEEMMMMMMMBBBUUUUUUAAAAAATTTTTTTT TTTTTTUUUUUUNNNNNNTTTTTUUUUTTTTTTAAAANNNN

SSSSSSSSSEEEEEEEELLLLLLLEEEEEPPPPPPAAAASSSSSS PPPPPPPPPPPPPPPPEEEENNNNCCCCCEEEEERRRRRAAAAAAAAAAIIIIIIAAAAAANNNNNNNNNNNNNNNNN

MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR

LABUAN PUTRAJAYA

Page 2: MEMBUAT TUNTUTAN SELEPAS PENCERAIAN - mswp.gov.my Suami Isteri... · Peti Surat 81843, 87028 Wilayah Persekutuan Labuan. ... Hubungan kekeluargaan dalam sistem ... amat murni bagi

Hubungan kekeluargaan dalam sistem rumahtangga Islam tidak terhenti setakat lafaz cerai dilafazkan. Sistem kekeluargaan dalam islam amat sempurna dan adil kepada semua pihak di kalangan ahli keluarga. Sesungguhpun ikatan pernikahan telah putus akibat jatuh talaq, islam masih memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubungan di antara satu dengan lain dengan batas-batas pergaulan yang diharuskan oleh Hukum Syara’. Matlamat ini amat murni bagi memastikan hak-hak bekas suami isteri dan anak-anak dilindungi. Hak-hak yang boleh dituntut di Mahka-mah selepas sesuatu penceraian berlaku ialah nafkah eddah, tunggakan nafkah isteri, mut’ah, hak mendapatkan tempat tinggal, harta sepen-carian, hak jagaan anak (haddanah) dan nafkah anak.

1 . NAFKAH EDDAH

Nafkah eddah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam tempoh eddah raji’e disebabkan sesuatu penceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syara’.

2 . MUT’AH

Mut’ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang di beri kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab yang munasabah mengi-kut Hukum Syara’. Kadar mut’ah boleh ditentu-kan melalui persetujuan kedua-kedua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut’ah tersebut.

3 . HARTA SEPENCARIAN

Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat ditentukan oleh Hukum Syara’. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbi-dangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa asset yang dihasilkan atas perkong-sian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan Harta Sepencarian ini hen-daklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

4. HAK JAGAAN ANAK (HADANAH)

Hadanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.

Mengikut Hukum Syara’ dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah orang yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).

Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut samada hendak tinggal bersa-maibu atau bapa.

Tuntutan Hak Jagaan Anak (Hadhanah) ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

5 . NA FKAH ANAK

Nafkah anak ialah suatu nafkah yang wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain. Nafkah Anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan peru-batan sekadar mencukupi mengikut kemam-puannya.

6. TUNGGAKAN NAFKAH

Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut dimana Mahkamah Syariah.

7 . HAK TEMPAT TINGGAL

Seseorang perempuan yang yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia berasa biasa tinggal semasa dia dalam perkahwinan selama tempoh eddah.

NOTA PERINGATAN :

Segala maklumat di dalam risalah ini hanyalah

sebagai panduan sahaja dan tidak boleh dijadikan

sebagai hujah di dalam mana-mana prosiding Mahka-

mah.