a145858 hhhc 9501 pembuktian set 22

11
HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN (Set 22) NamaPelajar : Syed Syazwan Sadly bin Syed Salleh No. Matrik : A145858 TahunPengajian: Tahun 3 (2013/14) Fakulti : Fakulti Sains & Teknologi Program : Kimia Pensyarah Penilai : Dr. Herryawan Ryadi Bin Eziwar Dyari Projek : Program Lawatan Industri Dan Hari Keluarga Kelab Sains Kimia Jawatan : AJK Teknikal Dan Tugas- Tugas Khas Tempat Program : Lawatan Industri : Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. Jotun (Malaysia) Sdn. Bhd. Hari Keluarga : Gopeng, Perak Tempoh Program : 15 Mei hingga 17 Mei 2015 Tema : Kimia Membentuk Jaringan Industri

Upload: syed-syazwan-al-haddad

Post on 14-Apr-2017

222 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: A145858 HHHC 9501 Pembuktian Set 22

HHHC9501

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL,

PENYELESAIAN MASALAH DAN

PENDEKATAN

(Set 22)

NamaPelajar : Syed Syazwan Sadly bin Syed Salleh

No. Matrik : A145858

TahunPengajian: Tahun 3 (2013/14)

Fakulti : Fakulti Sains & Teknologi

Program : Kimia

Pensyarah

Penilai : Dr. Herryawan Ryadi Bin Eziwar Dyari

Projek : Program Lawatan Industri Dan Hari Keluarga Kelab Sains

Kimia

Jawatan : AJK Teknikal Dan Tugas- Tugas Khas

Tempat Program : Lawatan Industri : Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd.

Jotun (Malaysia) Sdn. Bhd.

Hari Keluarga : Gopeng, Perak

Tempoh Program : 15 Mei hingga 17 Mei 2015

Tema : Kimia Membentuk Jaringan Industri

Page 2: A145858 HHHC 9501 Pembuktian Set 22

1.0 DEFINISI

Kemahiran Pemikiran Kritikal merupakan kemahiran yang sangat penting bagi semua

profesion.Untuk mengetahui tahap pemikiran kritikal memerlukan alat ukur yang jitu dari segi

kesahankonstruk dan kebolehpercayaan.

Pemikiran kritis ialah orang yang berfikir secara reaktif. Seseorang yang mempunyai

pemikiran kritikal dikatakan pandai mengemukakan kritikan-kritikan tajam dan membuat

kepintaran kritikal dan bukan kepintaran kreatif.

Perkataan “critical” dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Greek “kritikos” yang

bermaksud “kritik”, yang bererti menyoal untuk mempertingkatkan pemahaman. Seseorang yang

kritis adalah seorang yang sentiasa bertanya kepada diri sendiri, memberi makna kepada sesuatu

dan menganalisis keadaan sekeliling. Pemikiran kritikal ini merupakan satu proses pemikiran

yang logik, waras, dan reflektif yang memberi fokus kepada sesuatu tindakan yang perlu diambil

samada menerima atau melakukan sesuatu. Pemikiran kritikal melibatkan kecenderungan dan

kebolehan individu.

Terdapat pelbagai tafsiran tentang pemikiran kritikal. Berikut dikemukakan beberapa definisi

pemikiran kritikal oleh beberapa pengkaji dan ahli fikir:

1. Beyer (1985) berpendapat, pemikiran kritikal adalah kebolehan manusia untuk

membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.

2. Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula mendefinisikan pemikiran kritikal sebagai

kebolehan individu untuk melakukan perkara-perkara berikut: mengenalpasti isu-isu

utama dan membuat andaian untuk dibahaskan, mengenalpasti hubungan penting

berkaitan isu-isu yang dibincangkan, membuat inferensi dan rumusan yang tepat daripada

maklumat dan data yang ada, dan seterusnya menginterpretasi kesimpulan serta menilai

bukti.

3. Menurut Dewey (1993), pemikiran kritikal adalah manifestasi pemikiran reflektif. Ia

termasuklah penangguhan penilaian, mengekalkan pemikiran skeptik yang sihat, dan

mengamalkan pemikiran terbuka.

4. Manakala Marlina dan Shaharom (2007) mendefinisikan kemahiran berfikir kritis sebagai

kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menilai

Page 3: A145858 HHHC 9501 Pembuktian Set 22

kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan

kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan

alasan dan bukti yang munasabah.

Umumnya. kebanyakan ahli fikir bersetuju bahawa pemikiran kritikal dapat dikaitkan dengan

proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ini

bermakna, pemikiran kritikal ialah satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep

(conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, dan menilai informasi yang terkumpul atau

dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi sebagai

landasan kepada satu keyakinan dan tindakan. Ini adalah selari dengan pendapat Dr. Richard

Paul, Pengasas dan Pengarah kepada The Center for Critical Thinking, satu badan yang terkenal

dengan penglibatannya dalam pemikiran kritis di Amerika Syarikat. Seterusnya, Facione (2007)

dalam essei beliau Critical Thinking: What Is It and Why It Counts telah mengemukakan definisi

pemikiran kritikal yang dirumuskan daripada pendapat sekumpulan pakar. Definisi tersebut

adalah hasil kajian yang beliau lakukan pada tahun 1990 dan dikemukakan dalam Laporan

Delphi (The Delphi Report).

Pakar merumuskan bahawa konsep asas yang terpenting dalam pemikiran kritikal ialah

kebolehan menginterpretasi (interpretation), membuat analisis, menilai, membuat inferensi,

menghuraikan dan kawalan kendiri (self- regulation)

2.0 PENGENALAN

Urusetia merupakan sebuah persatuan yang sentiasa aktif menjayakan pelbagai program

termasuk program-program berbentuk amal dan perkhidmatan sosial.

Program Lawatan Industri dan Hari Keluarga ini akan dilaksanakan oleh sebuah

organisasi yang terdiri daripada ahli Kelab Sains Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program ini akan dapat memberikan pengajaran dan pengalaman yang berguna buat semua

peserta program ini. Program ini berunsurkan aktiviti luar kelas dengan menjadikan kilang yang

berasaskan kimia di Puchong dan Shah Alam, Selangor sebagai tempat lawatan industri untuk

dikunjungi bagi mendapatkan pengetahuan tentang pengaplikasian ilmu kimia dalam bidang

industri di samping mendedahkan peserta program tentang peluang pekerjaan selepas mereka

tamat pengajian. Program Hari Keluarga pula akan diadakan di Gopeng, Perak. Pelbagai aktiviti

telah disediakan bagi memastikan peserta program mendapat pelbagai manfaat di samping

memupuk semangat kekeluargaan di antara setiap ahli kelab yang menjadi peserta program ini.

Page 4: A145858 HHHC 9501 Pembuktian Set 22

3.0 OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Memberi peluang kepada ahli Kelab Sains Kimia dalam menimba ilmu melalui

pengalaman

Menjadikan program ini sebagai salah satu platform bagi setiap peserta program untuk

mendekatkan diri dan peka tentang alam pekerjaan pada masa hadapan.

Mengeratkan hubungan antara pelajar Kelab Sains Kimia dan pensyarah-pensyarah.

Memberi pendedahan kepada pelajar tahun 2 Kelab Sains Kimia akan kepentingan

pentadbiran berorganisasi bagi menjayakan sesuatu program

4.0 Senarai Ahli Jawatankuasa

Ketua Pengarah Muhammad Ameerullah Bin Sahudin/A145872 Fakulti Sains dan Teknologi/2

Timbalan Ketua Pengarah

Che Ku Fatimah Amirah Binti Che Ku Azlan/A145879

Fakulti Sains dan Teknologi/2

Setiausaha

Nur Aidasyakirah Binti Mohd Tahir/A145843

Fakulti Sains dan Teknologi/2

Bendahari

Fazira Binti Firdaus/A145856

Fakulti Sains dan Teknologi/2

Page 5: A145858 HHHC 9501 Pembuktian Set 22

Pengarah Program : Adibah Binti Noorzan/A145852/FST/2

Hari Keluarga : Rozeanah Binti Alip/A145851/FST/2

: Nur Anasuha Binti Ignasius/A145637/FST/2

: Jocephine anak Jonip/A145865/FST/2

: Siti Nur Athirah Binti Azman/A145864/FST/2

: Nor Adilah Binti Abdol Samat/A145845/FST/2

Pengarah Program : Zul Helmi Bin Salleh/A145854/FST/2

Lawatan Industri : Norsuriati Binti Md Noor/A145859/FST/2

: Farah Fatin Binti Ab Rahman/A145846/FST/2

: Nor Syafiqah Binti Meor Mohamad Omar/A145873/FST/2

: Nur Syahirah Binti Gundol/A146230/FST/2

Pengarah Teknikal : Ahmad Nasri Bin Mohd Ishak /A145847/FST/2 & Tugas-tugas Khas : Nur Muhammad Asyraf Bin Mazani /A145866/FST/2

: Muhammad Shahrul Fizree Bin Idris/A145848/FST/2

: Syed Syazwan Sadly Bin Mohd Salleh/A145858/FST/2

Pengarah Pemasaran : Nur Arina Binti Mohd Azmi/A145855/FST/2

: Syahidatul Munirah Binti Mohd Raffik/A145850/FST/2

: Mahirah Binti Taib/A145868/FST/2

: Siti Norain Binti Ariffin/A145876/FST/2

: Nurnadzirah Mat Noh/A145880/FST/2

Pengarah Pengangkutan : Bangun Permadi Indriatno/A146678/FST/2 & Keselamatan : Noor Hidayah Binti Che Lah /A145870/FST/2

: Siti Nur Hasmani Binti Muhamed/A145844/FST/2

Pengarah Jamuan : Noraini Binti Mohd Ayob/A145857/FST/2 & Cenderamata : Noor Hasyimah Binti Hussain/A145863/FST/2

: Norfahanim Binti Embong/A145877/FST/2

: Nurhazirah Binti Zakaria/A145869/FST/2

Page 6: A145858 HHHC 9501 Pembuktian Set 22

5.0 PENDAHULUAN

Kami menjalankan program ini agar boleh meningkatkan pengetahuan dan hubungan

mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia bersama pihak industri dan juga awam. Sebagai

contohnya, melalui program ini, nama Universiti Kebangsaan Malaysia akan ditahui oleh orang

ramai. Selain itu, ahli jawatankuasa program ini dapat mempelajari nilai-nilai yang amat berguna

dalam kehidupan harian seperti bertanggungjawab, amanah, kreatif dan juga dapat meningkatkan

kebolehan mereka dalam merancang dan melancarkan sesuatu program. Secara keseluruhannya,

program ini dapat meningkatkan kebolehan ahli-ahli dalam melancarkan program. Hal ini boleh

menjamin kualiti mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia terjamin dan secara langsungnya

meningkatkan lagi imej Universiti Kebangsaan Malaysia.

6.0 Pelaksanaan

Tempat Program : Lawatan Industri : Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd.

Jotun (Malaysia) Sdn. Bhd.

Hari Keluarga : Gopeng, Perak

Tempoh Program : 15 Mei hingga 17 Mei 2015

Page 7: A145858 HHHC 9501 Pembuktian Set 22

6.2 PelaporanAktiviti

Dalam aktiviti ini, saya mempunyai 2 tanggungjawab dan peranan sepanjang perancangan dan

pelaksanaan aktiviti ini. Salah satunya ialah sebagai AJK Teknikal dan Tugas-tugas Khas.

Sebelum tarikh pelaksanaan aktiviti, saya merupakan antara AJK yang

bertanggungjawab untuk berfikir, merancang, menyediakan alat-alat dan barangan yang

diperlukan untuk program kami ini. Kami telah mengadakan beberapa kali mesyuarat dan

perjumpaan beberapa bulan sebelum perkhemahan ini untuk membuat persediaan kerana perlu

membuat “brainstorming” , memilih dan membuat keputusan program yang hendak dijalankan.

Selain itu, saya diberikan jadual bertugas untuk menjaga alatan teknikal pada waktu

malam secara bergilir-gilir. Saya juga dilantik untuk menguruskan alatan teknikal seperti

pembesar suara, mikrofon, komputer riba dan lain-lain barangan. Saya terpikir bagaimanakah

hendak mendapatkan alatan tersebut. Setelah menyuarakan pertanyaan saya tersebut semasa

mesyuarat diadakan, saya diberitahu untuk mengisi borang kebenaran daripada pejabat dekan

fakulti. Hal ini kerana kami semua bersetuju meminjam alatan tersebut daripada pihak fakulti.

Hasil dari permohonan tersebut, kami berjaya mendapatkan alatan tersebut.

Di kilang/industri, kami dibawa untuk mendengar sedikit banyak taklimat sebelum

dibenarkan melawat kilang. Semasa program berlangsung, pihak industri memaklumkan kepada

kami bahawa mereka mengalami sedikit masalah teknikal pada bahagian pembesar suara. Oleh

itu, saya memikirkan satu idea untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya utarakan pendapat

saya kepada pihak industri, maka mereka bersetuju. Cadangan saya ialah menggunakan

pembesar suara dan mikrofon yang kami bawa untuk program tersebut. Maka program yang

tergendala tersebut berjalan dengan lancar.

Pada hari keluarga di Perak, saya ditugaskan untuk mengawal dan menjaga peralatan

teknikal tersebut sepanjang tempoh kami berada di chalet tersebut. Kami meneruskan program

permainan dan “ice-breaking” di tepi sungai yang agak menarik bersama dengan semua peserta.

Semasa pembahagian kumpulan, para peserta agak keliru kerana suara AJK Program tersebut

tenggelam timbul dek kerana suasana tempat berkelah yang agak bingit dan bising. Walaupun

AJK program telah menggunakan nada tinggi dan agak terjerit-jerit,suaranya tetap kurang jelas

Page 8: A145858 HHHC 9501 Pembuktian Set 22

didengari. Saya selaku AJK teknikal telah bersedia, lalu menyerahkan mikrofon kepada AJK

tersebut. Sememangnya saya sudah membawa pembesar suara tanpa wayar tersebut ke kawasan

tersebut. Maka tidak terjadi sebarang kesakitan yang dialami oleh AJK Program kerana terpaksa

menggunakan nada tinggi. Program berjalan dengan lancar dan baik sekali.

Acara diteruskan lagi di chalet selepas magrib, acara tersebut ialah acara perkongsian

ilmu dari pelajar tahun 3. Ketika pelajar tersebut hendak berkongsi ilmu, suara para peserta yang

agak ramai membuatkan suaranya agak sukar didengari. Oleh itu, saya menyerahkan mikrofon

kepadanya. Dengan adanya mikrofon dan pembesar suara tersebut, peserta-peserta mulai fokus

kepadanya.

Selepas daripada itu, kami meneruskan agenda program iaitu tayangan multimedia.

Sedikit masalah teknikal berlaku kepada video tersebut setelah beberapa minit tayangan

multimedia berjalan. Saya memikirkan cara untuk meneruskan lagi tayangan tersebut. Setelah

berpikir, saya teringat yang saya telah membuat satu “backup” video tersebut dalam format lain.

Maka saya meneruskan tayangan tersebut yang tergendala hampir 10 minit.

Keesokkan harinya, saya dan AJK yang lain mengemas tempat kami menginap. Saya

ditugaskan untuk memastikan setiap alat teknikal dan barang-barang yang kami bawa mencukupi.

Alhamdulillah, semua barang tiada yang hilang. Kami pon bertolak pulang menaiki bus yang

telah disewa. Saya juga ditugaskan bersama pengarah teknikal untuk menghantar kembali alatan

teknikal kepada pihak fakulti sehari selepas program berlangsung.

Page 9: A145858 HHHC 9501 Pembuktian Set 22

7.0 Hasil Pembelajaran

Dalam program ini, saya telah banyak memerlukan dan menggunakan kemahiran

pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan.

Sebagai seorang AJK Teknikal dan Tugas- Tugas Khas, saya perlu berfikir secara kritikal

iaitu memikirkan alat teknikal dan barangan apa yang berpatutan untuk menjalankan program

tersebut, jika barangan/alatan tersebut adalah kurang sesuai dengan peserta, maka program

tersebut akan ditimbang semula adakah perlu dimasukkan dalam program kami. Selain itu,

kami juga perlu pertimbangkan bilangan peserta, tempat, keselamatan dan juga masa adakah

sesuai untuk dilakukan(pagi, petang atau malam). Pada akhirnya, kami juga mendapatkan

penyelesaian atau pemilihan yang terbaik untuk program tersebut. Saya juga mengamalkan

pemikiran kritikal dalam pengurusan alatan teknikal/ barang-barang yang diperlukan iaitu

memilih bahan yang paling murah dan mudah didapati untuk mengadakan program yang telah

dirancangkan untuk mengurangkan belanjawan kami.

Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap alatan teknikal dan barang-barang,

saya memastikan setiap alatan/barang tersebut mencukupi. Saya akan membawa alatan/barang

tersebut kemana sahaja kami pergi untuk sesuatu acara. Walaupon pembesar suara tanpa

wayar tersebut agak berat dan sukar untuk dikendali, saya terpaksa belajar dan mengetahui

cara-cara bagi mengatasi masalah teknikal yang bakal berlaku. Sekiranya saya tidak dapat

menyelesaikan masalah tersebut, saya akan meminta bantuan daripada AJK yang lain. Saya

juga tidak membenarkan AJK lain selain AJK Teknikal untuk mengendalikan alatan tersebut

kerana khuatir alatan tersebut rosak.

Page 10: A145858 HHHC 9501 Pembuktian Set 22

8.0 KESIMPULAN

Melalui program ini, nama Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditahui oleh orang

ramai kerana program ini dijalankan dengan lancar dan mendapat balasan yang baik daripada

pihak industri dan pihak chalet tempat kami menginap. Selain itu, ahli jawatankuasa program ini

dapat mempelajari nilai-nilai yang amat berguna dalam kehidupan harian seperti

bertanggungjawab, amanah, kreatif dan juga dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam

merancang dan melancarkan sesuatu program. Secara keseluruhannya, program ini telah

meningkatkan kebolehan ahli-ahli dalam melancarkan program. Di samping itu, sebagai seorang

mahasiswa/i UKM, kita perlu memberi teladan yang baik kepada orang lain. Dalam menyertai

program ini, saya telah belajar banyak ilmu pengetahuan yang tidak saya ajar dalam buku teks.

Saya berasa bersyukur kerana saya telah menyertai program ini.

Page 11: A145858 HHHC 9501 Pembuktian Set 22

LAMPIRAN A

ATURCARA PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI

2.00 pm Berkumpul di Dewan Anuar Mahmud, DAM

2.30 - 3.30 pm Bertolak ke Kilang

JUMAAT 3.30 - 5.30 pm Lawatan Industri

15 MEI 2015 5.30 - 10.00 pm Bertolak ke Gopeng, Perak

10.00 pm Dijangka Tiba

Rehat

8.00 am Senamrobik dan Sarapan Pagi

9.00 am Bertolak ke Gua Tempurung, Perak

SABTU 9.30 - 1.00 pm Eksplorasi Gua Tempurung

16 MEI 2015 1.00 pm Makan Tengahari

2.00 pm Bertolak Pulang ke Tempat Penginapan

Rehat

4.00 pm Bertolak ke Sungai Jahang

4.30 - 6.30 pm "Team Building"

7.00 pm Bertolak Pulang ke Tempat Penginapan

8.00 - 11.00 pm Aktiviti Barbeque

"Sharing Moments"

11.00 pm Rehat

8.00 am Senamrobik dan Sarapan Pagi

9.00 am Bersiap untuk Pulang

AHAD 11.00 am Lawatan ke Kellie Castle

17 MEI 2015 12.00 pm Bertolak Pulang ke UKM