a. topik 1

17
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Melayu? bangsa Melayu? bahasa Melayu? salasilah bahasa Melayu?

Upload: sjk-c-yuk-choy

Post on 24-May-2015

756 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: A. topik 1

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Melayu?

bangsa Melayu?

bahasa Melayu?

salasilah bahasa Melayu?

Page 2: A. topik 1

Melayu?definisi istilah “MELAYU”

tinjauan dari sudut etimologi

- kajian asal usul

- sejarah sesuatu perkataan

• sehingga kini, asal usul bahasa Melayu masih kabur

• perlukan kajian berterusan secara lebih mendalam

Page 3: A. topik 1

Istilah awal

• dikaitkan dengan kerajaan dan kawasan

• malaikurram atau malayakolam (perkataan Sanskrit), iaitu Tanjung Kuantan (M.Ptolemy)

• dalam kitab Hindu purba zaman Gautama Buddha, Purana, wujud istilah Malaya dvipa, sebuah tempat bernama Pulau Sumatera.

Page 4: A. topik 1

• pada zaman Dinasti T’ang 644 – 645 M wujud istilah Mo-lo-yu atau Mo-lo-yue sebuah kerajaan di Jambi di dalam daerah Palembang – utusan persembahkan hasil pertanian kepada raja China

• berdasarkan catatan rahib Buddha (I-Tsing) dari Canton ke India dalam tahun 675 M

• Jambi ialah jajahan takluk Sriwijaya • bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

dalam pengajaran bahasa Sanskrit dan agama Buddha

• bahasa Melayu jadi bahasa rasmi Sriwijaya

Page 5: A. topik 1

• dalam kerajaan Sriwijaya, bentuk bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno atau K’un-lun (merujuk kepada hamba abdi di China) atau bangsa yang tinggal di Pulau Kundur

• perkataan “Melayu” juga tertulis di belakang sebuah patung yang dijumpai di Padang Rocore, Sumatera Selatan pada 1286 M

Page 6: A. topik 1

• dalam buku Sejarah Melayu, bukti “Melayu” dikaitkan dengan Sungai Melayu di Palembang

• ada kajian menunjukkan perkataan “Melayu” dipinjam daripada bahasa Jawa kuno, iaitu mlayu (mengembara) – orang Melayu berpindah dari Yunan ke kawasan selatan

• wujud perkataan Malayapura (Kota Melayu atau Kerajaan Melayu) pada Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat

Page 7: A. topik 1

• rumusan oleh Abdullah Jumain bahawa istilah “Melayu” bermula di Jambi yang kemudiannya berkembang pada zaman kerajaan Sriwijaya

• perkembangan tersebut menjadi semakin meluas pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam pentadbiran dan adat istiadat

Page 8: A. topik 1

Bangsa MelayuBahasa Melayu

• menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153, istilah “Melayu” merujuk kepada seseorang yang dapat menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, mengamalkan adat istiadat Melayu dan menganut agama Islam

• dengan tertubuhnya kerajaan Melayu Melaka kira-kira 1400 M, konsep kerajaan atau kawasan telah berubah kepada orang di dalam daerah dan penggunaan bahasa

• nenek moyang orang Melayu berasal dari Asia Tengah dikenali Melayu-Deutro dan Melayu-Proto

• Melayu ialah penduduk asal di Nusantara

Page 9: A. topik 1

• pada abad ke-17, istilah “Melayu” digunakan secara lebih meluas yang mencakupi suku bangsa serumpun di Nusantara

• pada tahun 1972, UNESCO memberikan pengertian terhadap istilah “Melayu” yang merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar

Page 10: A. topik 1

• bangsa Melayu tinggal di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah (termasuk berdekatan Brunei), Sarawak (Bahagian Pertama dan Kuching), Brunei, Singapura, sepanjang pantai Kalimantan Barat, Selatan dan Timur, pantai timur Sumatera, kepulauan Melayu Riau, Bangka, Banda, Belitung, Natuna dan Lingga, selatan Thailand, terutamanya di Pattani, selatan Filipina serta gugusan Pulau Sulu dan Palawan, Champa di selatan Indo-China dan kawasan-kawasan penghijrahan bangsa Melayu seperti di Madagaskar, Sri Lanka dan Afrika Selatan

Page 11: A. topik 1

Salasilah Bahasa Melayu

• beberapa kajian telah dilakukan oleh ahli arkeologi dan linguistik untuk memperoleh kepastian tentang asal usul penutur bahasa Melayu

• terdapat dua teori asal usul, iaitu kawasan Asia Tengah dan Nusantara

Page 12: A. topik 1

kawasan ASIA TENGAH• berdasarkan teori ini, orang Melayu berasal dari

selatan China atau Yunan atau Burma melalui dua kelompok perpindahan dari utara ke selatan, iaitu Melayu Proto (P. Sarasin dan F. Sarasin) dan Melayu Deutro – diperkuat oleh kajian Von Heine Geldern pada tahun 1932

• ini dibuktikan dengan terjumpanya beliung-beliung batu bersegi panjang di Sungai Hwang Ho, Sungai Yangtze, Sungai Salween, Sungai Irrawady dan Sungai Brahmaputra. Bentuk beliung-beliung sama seperti yang dijumpai di Nusantara

Page 13: A. topik 1

• J. R. Logan, pengkaji budaya dan adat resam berpendapat wujud persamaan antara adat resam orang Melayu dengan kaum Naga di Assam, Burma yang disokong oleh G. K. Nieman dan R. M. Clark

• Hendrik Casper Kern mendapati bahasa Melayu mempunyai persamaan dengan bahasa Filipina, Madagaskar dan Taiwan

• Van Der Tuck (1916), H. Kern (1965) dan J. L. Brandes (1884) yang mengkaji fonetik bahasa-bahasa Austronesia mendapati ada persejajaran bunyi dalam kelompok bahasa di Nusantara

Page 14: A. topik 1

kawasan NUSANTARA• orang Melayu tidak datang dari luar, tetapi

memang sedia ada di Nusantara• buktinya ialah bahasa Melayu mempunyai

kekerabatan dengan bahasa Polinesia, Melanesia dan Mikronesia – persamaan dari segi bentuk kata dan struktur bahasa (William Marsden)

• C. A. Mees juga mendapati bahasa dari rumpun Austronesia mempunyai banyak persamaan dari segi tatabahasa, sistem imbuhan dan susunan tatabahasa

Page 15: A. topik 1

• John Crawfurd mendapati tanah asal orang Melayu adalah di Sumatera dan Jawa berasaskan perkembangan kebudayaan yang sangat menonjol berbanding kawasan-kawasan lain di Nusantara

• pencairan glasier menyebabkan beberapa wilayah terpisah yang menyebabkan perpindahan kelompok masyarakat dari satu daratan ke satu daratan – buktinya ialah pemisahan Pentas Sunda (Nusantara) dengan Pentas Sahul (Australia dan New Guinea)

Page 16: A. topik 1

• bukti daripada kajian tengkorak

tengkorak Pithecanthropus Mojokerta di Nusantara berusia 670 000 tahun; tengkorak Pithecanthropus Trinil berusia 600 000 tahun

BERBANDING

tengkorak Sinanthropus Pekinensis (Manusia Peking) hanya berusia kira-kira 550 000 tahun

Page 17: A. topik 1

SEKIAN dan TERIMA KASIH