a kumpln

6
BAHAGIAN A KONSEP - Sikap keterbukaan membawa maksud bersedia dalam memberi dan menerima pandangan, pembaharuan, dan kritikan yang diberikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia. TEORI - Dari segi teori sikap keterbukaan merupakan suatu sifat yang lahir dalam diri secara semula jadi untuk menerima pandangan orang lain yang bertujuan untuk kepentingan diri sendiri dalam menghadapi cabaran hidup IDEA UTAMA - Sikap keterbukaan memudahkan kita untuk membuat keputusan dalam menangani sebarang masalah yang berkaitan dengan kehidupan seharian. FAKTA - Sikap keterbukaan menyebabkan orang senang untuk mendekati. - menerina pendapat orang lain membolahkan masalah dapat ditangani dengan lebih baik.

Upload: alya-syafeqah

Post on 30-Jun-2015

136 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: A kumpln

BAHAGIAN A

KONSEP

- Sikap keterbukaan membawa maksud bersedia dalam memberi dan menerima

pandangan, pembaharuan, dan kritikan yang diberikan selaras dengan kebenaran

fakta dan norma masyarakat Malaysia.

TEORI

- Dari segi teori sikap keterbukaan merupakan suatu sifat yang lahir dalam diri

secara semula jadi untuk menerima pandangan orang lain yang bertujuan untuk

kepentingan diri sendiri dalam menghadapi cabaran hidup yang kian berubah dari

semasa ke semasa.

IDEA UTAMA

- Sikap keterbukaan memudahkan kita untuk membuat keputusan dalam

menangani sebarang masalah yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

FAKTA

- Sikap keterbukaan menyebabkan orang senang untuk mendekati.

- menerina pendapat orang lain membolahkan masalah dapat ditangani dengan

lebih baik.

- mengamalkan sikap lapang dada mengurangkan sifat cepat melatah.

Page 2: A kumpln

PENYATAAN HASIL PEMBELAJARAN/ OBJEKTIF PENGAJARAN

ISTILAH

- Sikap - perbuatan atau pandangan yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat

(fikiran dan lain-lain)

- Buka - ukuran panjang dan lebar sesuatu, luas

- Keterbukaan - tidak tertutup (bertutup), terdedah serta tidak terhad (tersekat)

kepada orang tertentu sahaja

- Sikap keterbukaan – sedia menerima pendapat dan pandangan orang lain yang

bertujuan untuk kebaikan bersama bersesuaian dengan kehidupan masyarakat

sekitar.

KELAZIMAN/ ADAT

- Anak dirumah kelaparan, kera dihutan disusukan.

- Yang kusut diselesaikan, Yang keruh diperjernihkan

KEMAHIRAN YANG DIAJAR

- Kemahiran sosial – pelajar akan dapat mengenali serta mempelajari tentang agama

dan kepercayaan orang lain yang tidak pernah mereka ketahui. Pelajar juga dapat

mengetahui kepentingannya kepada diri sendiri dan masyarakat.

Page 3: A kumpln

1. ARAS PENGETAHUAN

Di akhir pembelajaran ini murid dapat menghuraikan konsep dan istilah keterbukaan

dalam kehidupan dan juga menyatakan kepentingan sikap keterbukaan dalam

menangani sesuatu masalah.

2. ARAS FAHAMAN

Pada akhir pembelajaran, murid dapat memahami kepentingan bersikap terbuka yang

banyak membantu dalam penyelesaian masalah. Di samping itu, murid juga

mengetahui bahawa Negara China pernah mengamalkan Dasar Ttutup Pintu, namun

kini telah berubah kerana dasar tersebut tidak mendatangkan faedah kepada mereka.

3. ARAS APLIKASI

Di akhir pembelajaran, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dengan

mempraktikan nilai tersebut dalam menangani masalah yang dihadapi oleh mereka

sama ada berkaitan dengm pembelajaran mahu pun kehidupan sosial.

4. ARAS ANALISIS

Di akhir pembelajaran, murid dapat membezakan kesan mengamalkan sikap

keterbukaan dan sikap tidak keterbukaan yang mana memberi implikasi kepada

sesebuah negara.

5. ARAS PENILAIAN

Pada akhir pembelajaran, murid dapat menilai kepentingan mengamalkan sikap

keterbukaan dalam menyelesaikan konflik dan meneriama bahawa setiap masalah

mempunyai jalan penyelesaian berdasarkan nilai tersebut.

BAHAGIAN B

RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN

Page 4: A kumpln

Tingkatan : 5 Kenari (Sederhana)

Hari : Selasa

Masa : 8.10 – 9.30 pagi (80 minit)

Tarikh : 05 Januari 2010 / Selasa

Bilangan Pelajar : 40 orang

Bidang Pembelajaran : Nilai Berkaitan dengan Demokrasi

Nilai : 6.5 Sikap Keterbukaan

Tajuk : Sikap Keterbukaan Penyelesaian Masalah

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar mempunyai pengetahuan tentang;

i. Sikap keterbukaan kerajaan Malaysia untuk menerima kemasukan orang luar.

ii. kemasukan pendatang haram ke Malaysia.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat ;

Kognitif : i. Menghuraikan konsep dan istilah yang dikaitan dengan sikap keterbukaan. (aras pengetahuan)

ii. Menyatakan kepentingan sikap keterbukaan dalam menangani sesuatu masalah. (aras aplikasi)

Afektif : i. Menerima bahawa setiap masalah boleh diatasi mengikut saluran yang betul. (aras penerimaan)

ii. Mengamalkan sikap keterbukaan dalam menyelesaikan sesuatu masalah supaya dapat mencapai darjah penyelesaian yang terbaik. (aras penilaian)

Psikomotor : i. Menyokong segala usaha yang mementingkan amalan sikap keterbukaan dalam negara. (aras set)

Pendekatan : a) Penjelasan nilai

Page 5: A kumpln

- Mengalakkan pelajar untuk menerima sesuatu

pandangan, fikiran, sikap dan keputusan orang lain

dengan menggunakan penakulan dan penerokaan

sendiri dalam mengubah pelajar kepada nilai moral

yang diharapkan.

b) Analisis nilai

- Membantu pelajar untuk menggunakan pemikiran

logik dan kritis dalam menyelesaikan konflik moral

yang dialami serta mewujud suasana pembelajaran yang

saling kebergantungan yang bersifat positif di mana

murid akan bekerja dan belajar bersama-sama untuk

mencapai sesuatu matlamat yang tertentu.

Teknik Pengajaran : i. Perbincangan dalam kelas.

ii. Main peranan.

iii. Sumbangsaran.

iv. Soal jawab.

Bahan Bantu Mengajar : i. Keratan akhbar tentang isu pendatang tanpa izin.

ii. Pen Marker

iii.Papan putih

iv.Petikan teks

v. Video