94120063 2 1 kelebihan pendekatan laura chapman

Upload: shantene-naidu

Post on 03-Apr-2018

259 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 94120063 2 1 Kelebihan Pendekatan Laura Chapman

    1/3

    2.0 Apakah kelebihan yang dapat dikenalpasti dalam kedua-dua

    pendekatan tersebut sehingga dikatakan merentas disiplin ilmu.

    2.1 Kelebihan Pendekatan Laura Chapman

    Kelebihan dalam konteks ini membawa maksud yang merujuk kepada

    implikasi atau kesan positif yang terjadi berikutan penggunaan pendekatan

    Laura Chapman dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

    Visual. Antara kelebihan adalah seperti berikut:

    2.1.1 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran boleh dijalankan dalam

    P&P

    Pengintegrasian merangkumi penggabungjalinan kamahiran dan

    penyerapan ilmu pengetahuan. Melalui pendekatan ini, pengintegrasian dapat

    diwujudkan.

    Penggabungjalinan bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai

    bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan

    menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran

    dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama

    ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi

    KelebihanPendekatanLaura Chapman

    Aktivitipengintegrasianmata pelajaran

    boleh dijalankan

    dalam P&P

    Penerapan nilaimurni sentiasa

    berlaku

    Sesuai dengansifat semulajadi

    kanak-kanak

    Dapatmenimbulkankejayaan dan

    kecemerlangan

  • 7/28/2019 94120063 2 1 Kelebihan Pendekatan Laura Chapman

    2/3

    penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana

    proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan

    pendekatan ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai kemahiran

    bertutur, kemahiran menulis dan kemahiran melukis dengan cara bersepadu.

    Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan

    atau isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi

    pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih

    kepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan proses

    mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata

    pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, guru mengarahkan murid

    membuat pemerhatian tentang seekor semut dan seterusnya membuat

    penghasilannya. Hal ini melibatkan pengetahuan mata pelajaran sains murid

    tentang stuktur badan dan sifat semut. Oleh itu, jelaslah kita dapat melihat

    bahawa pendekatan Laura Chapman ini membolehkan pengintegrasian

    berlaku.

    2.1.2 Penerapan nilai murni sentiasa berlaku

    Dalam pendekatan Laura Chapman, kebanyakan aktiviti pendidikan seni

    tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang

    berunsur kerjasama misalnya aktiviti berkumpulan. Aktiviti yang dirancang

    berdasarkan empat aspek pendekatan ini seperti aktiviti penerokaan, aktiviti

    penghasilan dan aktiviti apresiasi, kebanyakannya dijalankan dalam

    kumpulan. Hal ini kerana murid sekolah rendah suka meneroka sesuatu atau

    membuat sesuatu kerja dalam satu kumpulan bersama-sama dengan

    rakannya.

    Aktiviti sebegini menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara

    bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Dalam aktiviti-aktiviti

    tersebut, murid-murid ini dikehendaki saling hormat-menghormati dan

    bersikap toleransi agar pergaduhan serta perselisihan tidak berlaku. Justeru,

    hal ini secara tidak langsung telah menerapkan nilai-nilai murni kepada

    mereka.

  • 7/28/2019 94120063 2 1 Kelebihan Pendekatan Laura Chapman

    3/3

    2.1.3 Sesuai dengan sifat semulajadi kanak-kanak

    Bermain adalah tugas utama bagi kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai

    sifat semulajadi seperti suka bermain, ingin tahu dan ingin mencuba.

    Pendekatan Laura Chapman selaras dengan sifat semulajadi kanak-kanak ini.

    Aktiviti penerokaan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka

    pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir

    dengan setiap aktiviti pembelajaran serta membuat percubaan dalam

    mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.

    Sebagai contoh, aktiviti menerokai jalinan sentuh dan jalinan tampak yang

    ada di sekeliling mereka dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan

    kegirangan di dalam bilik darjah. Hal ini kerana mereka diberi kebebasan

    untuk bergerak. Berbanding dengan pendekatan yang lain, mereka

    dikehendaki berduduk diam pada kerusinya sahaja dan setiap pergerakan

    mereka adalah terhad. Oleh itu, pendekatan Laura Chapman ini adalah

    sesuai dengan sifat semulajadi kanak-kanak.

    2.1.4 Dapat menimbulkan kejayaan dan kecemerlangan

    Dalam proses penghasilan dan apresiasi, pelajar dapat menikmati

    perasaan kejayaan secara langsung. Kejayaan dan kecemerlangan adalah

    sesuatu yang diharapkan oleh seseorang murid, sama ada dalam kalangan

    mereka yang rajin atau malas, bijak atau lemah, bersemangat atau sebaliknya.

    Apabila murid menghasilkan sesuatu hasil seni dengan bersungguh-

    sungguh, mereka akan bangga dengan hasilan mereka walaupun ia kelihatan

    biasa. Proses apresiasi membolehkan murid menyatakan perasaan serta

    pendapat mereka. Ia juga merupakan satu proses hasilan murid dihargai dan

    hal ini dapat menimbulkan kelayaan pada murid. Kejayaan dan

    kecermerlangan ini secara langsung dapat meningkatkan keyakinan pelajar

    serta memotivasikan mereka.

    Oleh kerana pendekatan Laura Chapman ada proses apresiasi, maka ia

    dapat menimbulkan kejayaan dan kecemerlangan murid.