9.0 risiko penggunaan sistem pneumatik

2
9.0 RISIKO PENGGUNAAN SISTEM PNEUMATIK Setiap perkara mempunyai risiko penggunaannya tersendiri termasuklah system pneumatic yang kita gunakan. Walaupun system pneumatic mempunyai pelbagai kebaikan atau kelebihan yang baik namun risikok semasa menggunakan system ini tetap ada. Hal ini kerana, media yang digunakan dalam system adalah udara. Udara yang bertekanan merupakan sesuatu yang berbahaya. Udara yang bertekanan tinggi boleh menyebabkan kerosakan kepada harta benda. Malah, boleh menyebabkan kecederaan pada tubuh badan sehingga boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Dalam aplikasi system pneumatic terutamanya di industry, system pneumatic boleh digunakn sehingga menghasilkan udara yang bertekanan sehingga 3000 psi. Terdapat banyak kemalangan yang telah berlaku ketika mengendalikan system pneumatic kerana pekerja cuai semasa melakukan pengendalian. Misalnya, pekerja akan sesak nafas dan buta mata kerana gas nitrogen yang terdapat di dalam udara telah dimampatkan dan tidak dapat membantu proses pernafasan apabila gas ini dilepaskan ke sekeliling. Gas nitrogen yang banyak juga akan menyebabkan ‘asphyxia’ iaitu kekurangan kandungan oksigen dan berlaku pertambahan kandungan gas karbon dioksida di dalam darah. Hal ini boleh menyebabkan sesak nafas atau berlaku kegagalan dalam bernafas sehingga boleh menyebabkan kematian.

Upload: dorothy-doh-dominic

Post on 10-Apr-2016

27 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Risiko Penggunaan Sistem Pneumatik

TRANSCRIPT

Page 1: 9.0 Risiko Penggunaan Sistem Pneumatik

9.0 RISIKO PENGGUNAAN SISTEM PNEUMATIK

Setiap perkara mempunyai risiko penggunaannya tersendiri termasuklah system

pneumatic yang kita gunakan. Walaupun system pneumatic mempunyai pelbagai kebaikan

atau kelebihan yang baik namun risikok semasa menggunakan system ini tetap ada. Hal ini

kerana, media yang digunakan dalam system adalah udara.

Udara yang bertekanan merupakan sesuatu yang berbahaya. Udara yang bertekanan

tinggi boleh menyebabkan kerosakan kepada harta benda. Malah, boleh menyebabkan

kecederaan pada tubuh badan sehingga boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Dalam aplikasi system pneumatic terutamanya di industry, system pneumatic boleh

digunakn sehingga menghasilkan udara yang bertekanan sehingga 3000 psi. Terdapat banyak

kemalangan yang telah berlaku ketika mengendalikan system pneumatic kerana pekerja cuai

semasa melakukan pengendalian. Misalnya, pekerja akan sesak nafas dan buta mata kerana

gas nitrogen yang terdapat di dalam udara telah dimampatkan dan tidak dapat membantu

proses pernafasan apabila gas ini dilepaskan ke sekeliling.

Gas nitrogen yang banyak juga akan menyebabkan ‘asphyxia’ iaitu kekurangan

kandungan oksigen dan berlaku pertambahan kandungan gas karbon dioksida di dalam darah.

Hal ini boleh menyebabkan sesak nafas atau berlaku kegagalan dalam bernafas sehingga

boleh menyebabkan kematian.

Oleh sebab itu, pengendalian system pneumatic haruslah sentiasa dialkukan dengan

berhati-hati dan mengikut prosedur yang betul agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang

tidak diingini.