penggerak pneumatik

Upload: masila-ismail

Post on 08-Oct-2015

158 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

penggerak pneumatik

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN KEPADA PENGGERAK (ACTUATOR)

  • PENGGERAK PNEUMATIKPenggerak pneumatik menukarkan tenaga udara mampat yang tersimpan yang di dalamnya kepada suatu kerja dalam bentuk daya atau gerakan. Daya yang terhasil bergantung kepada diameter silinder dan tekanan udara. Gerakan penggerak boleh dikelaskan kepada pergerakan linear atau gerakan sudut.

  • Binaan SilinderBinaan silinder terdiri daripada :

    Tiub SilinderPenutup SilinderPistonPiston rod

  • Tiub silinder Ianya merupakan tempat di mana piston menggelongsor di dalamnya.

    Penutup silinder Bahagian ini menutup kedua hujung silinder dan terdapat saluran untuk tekanan udara masuk dan keluar dan juga kusyen.

    Piston Bahagian yang menerima tekanan udara dan mengelongsor di dalam tiub silinder dan memindahkan kuasa ke rod.

    Piston rod Ianya disambungkan ke piston dimana piston akan memindahkan kuasa keluar daripada silinder.

  • 1) Silinder Lelurus (Cylinder linear)Jenis-jenis silinder lelurus :

    Silinder Satu Tindakan (Single Acting Cylinder)Silinder Dua Tindakan (Double Acting Cylinder)

  • Silinder Satu TindakanSilinder satu tindakan menggerakkan piston keluar menggunakan kuasa angin mampatan tetapi menggunakan spring untuk kembali kepada kedudukan asal.

  • Silinder Dua TindakanSilinder dua tindakan menggerakkan piston keluar dan masuk dengan menggunakan kuasa angin. Piston tidak akan bergerak jika tiada kuasa angin.

  • Simbol silinder satu tindakanSimbol silinder dua tindakan

  • Pengkusyenan Dalam Silinder PneumatikApabila piston bergerak di dalam silinder pneumatik dengan kelajuan yang tinggi, daya hentakan piston pada penutup silinder atau penutup rod boleh menyebabkan kerosakan. Untuk mengelakkan daripada kerosakan tersebut pengkusyenan perlu dipasang pada silinder di bahagian hadapan atau belakang penutup silinder.

  • Pengkusyenan Dalam Silinder Pneumatik

  • 2) Silinder IstimewaJenis-jenis silinder istimewa :

    Rod KembarSilinder IringSilinder Berbilang KedudukanSilinder Mengunci

  • Rod KembarSilinder rod kembar mempunyai dua bahagian rod, silinder akan bergerak ke kiri dan ke kanan. Silinder jenis ini biasanya digunakan untuk menggerakkan bahan kerja ke satu jarak yang lebih jauh. Satu plat diletakkan dan dikunci dibahagian atas silinder tersebut. Plat tersebut akan bergerak bersama-sama silinder tersebut.

    Binaan rod kembar

    Pemasangan rod kembar

  • Silinder Iring (tandem cylinder)Silinder iring direka dengan pelinciran dalaman dimana akan memastikan pergerakan yang lancar sepanjang masa.

  • Silinder Berbilang Kedudukan(Multi-position cylinder)Silinder berbilang kedudukan mempunyai dua hujung yang dipasang secara tetap. Ianya sesuai digunakan untuk operasi yang melibatkan silinder dua tindakan atau lebih.

  • Silinder MengunciSilinder jenis ini boleh berhenti di mana-mana bahagian di sepanjang rod silinder dan boleh dikunci pada kedudukan tersebut. Mekanisma kekunci boleh terdiri dari jenis spring, tekanan udara atau kedua-duanya.

  • 3) Penggerak PutarJenis-jenis penggerak putar :

    Jenis Rak dan PinionJenis RamMotor Udara

  • Jenis Rak dan PinionAci keluaran mempunyai gear pinion terkamil yang digerakkan oleh rak yang bersambung dengan dua piston. Sudut piawai putaran ialah 90o atau 180o.

  • Jenis RamPrinsip kerja penggerak ram ialah apabila angin termampat memasuki bahagian lubang udara, ram akan ditolak untuk berputar, aci juga berputar kepada sudut yang dikehendaki.

  • Motor UdaraMotor udara digunakan sebagai pemutar skru, mesin penggerudi dan mesin Pencanai. Kebaikannya :Mudah untuk mengawal kelajuan motorDaya kilas yang tinggiMudah untuk mengawal arah putaranSelamat digunakan dalam persekitaran mudah terbakarLima jenis seperti di bawah :Motor RamMotor GearMotor PistonMotor TurbinMotor Impal

  • 4) Penggerak IstimewaJenis-jenis penggerak istimewa iaitu :Silinder Tanpa Rod (Rodless cylinder)Unit GelangsarSilinder Rod BergeronggangCuk Udara

  • Penggerak Silinder Tanpa RodTerdapat dua jenis silinder tanpa rod iaitu jenis sambungan magnet dan sambungan mekanikal

  • Penggerak Unit GelangsarUnit gelangsar merupakan penggerak lelurus yang berketepatan tinggi bagi kegunaan industri pengeluaran dan pembinaan robot.

  • Penggerak Silinder Rod BergeronggangPenggerak Silinder rod bergeronggang bersambungan secara terus di antara peralatan penjanaan vakum.

  • Penggerak Cuk Udara (Penggenggam)Penggerak Cuk Udara direka untuk memegang komponen di dalam industri. Ianya banyak digunakan sebagai tangan kepada robot. Cuk udara mempunyai dua piston