9.0 perbincangan dapatan kajian - a warm...

14
70 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Soalan 1 : Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5? Hasil dapatan kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan markah ujian pasca yang ketara bagi empat orang murid selepas mereka telah menguasai teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan perbandingan markah dan peningkatan peratus murid bagi ujian pra dan ujian pasca. Peningkatan markah ujian pasca yang paling terbaik iaitu Zoey yang memperoleh 100%, Alex dan Brian telah meningkatkan kemahiran sebanyak 97.5% dan 92.5% manakala Janet didapati meningkatkan sebanyak 87.5% dalam ujian ini. Peningkatan markah ujian pasca ini juga membuktikan bahawa murid telah berjaya menguasai teknik ENIS untuk melengkapkan jadual sifir 2 hingga 5 dengan betul dan baik. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, kita dapat melihat teknik ENIS mempunyai kekuatan untuk membimbing murid menguasai kemahiran sifir serta mencapai keputusan yang cemerlang dalam ujian pasca. Hal ini disebabkan kekuatan teknik ENIS ini dapat membekalkan pelbagai cara dan peluang kepada murid untuk membina kefahaman dan jawapan sendiri. Antara caranya ialah menggunakan bahan konkrit, melukis perwakilan, dan menulis ayat Matematik berpandukan gambar rajah. Justeru itu, murid boleh belajar kemahiran sifir secara berperingkat dan mendapat bimbingan yang sepenuhnya daripada guru.

Upload: trannguyet

Post on 04-Mar-2018

251 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN - A Warm Welcomeeduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/cth7_perbincangan... · murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya

70

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Soalan 1 : Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai

kemahiran sifir darab 2 hingga 5?

Hasil dapatan kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan markah

ujian pasca yang ketara bagi empat orang murid selepas mereka telah menguasai

teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

perbandingan markah dan peningkatan peratus murid bagi ujian pra dan ujian pasca.

Peningkatan markah ujian pasca yang paling terbaik iaitu Zoey yang memperoleh

100%, Alex dan Brian telah meningkatkan kemahiran sebanyak 97.5% dan 92.5%

manakala Janet didapati meningkatkan sebanyak 87.5% dalam ujian ini. Peningkatan

markah ujian pasca ini juga membuktikan bahawa murid telah berjaya menguasai

teknik ENIS untuk melengkapkan jadual sifir 2 hingga 5 dengan betul dan baik.

Berdasarkan dapatan kajian tersebut, kita dapat melihat teknik ENIS

mempunyai kekuatan untuk membimbing murid menguasai kemahiran sifir serta

mencapai keputusan yang cemerlang dalam ujian pasca. Hal ini disebabkan kekuatan

teknik ENIS ini dapat membekalkan pelbagai cara dan peluang kepada murid untuk

membina kefahaman dan jawapan sendiri. Antara caranya ialah menggunakan bahan

konkrit, melukis perwakilan, dan menulis ayat Matematik berpandukan gambar rajah.

Justeru itu, murid boleh belajar kemahiran sifir secara berperingkat dan mendapat

bimbingan yang sepenuhnya daripada guru.

Page 2: 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN - A Warm Welcomeeduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/cth7_perbincangan... · murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya

71

Perbincangan pandangan ini juga selaras dengan pandangan Van Luit dan

Naglieri (dalam Kroesbergen & Johannes, 2005) yang menyatakan bahawa

pengajaran yang berurutan daripada konkrit kepada abstrak, penggunaan bahan

manipulasi kepada melukis perwakilan dan memberi contoh soalan yang bersesuaian

dengan tajuk pelajaran mesti dapat membantu murid belajar Matematik. Sehubungan

dengan pandangan ini, teknik ENIS dapat memenuhi keperluan pembelajaran murid

di mana ia menegaskan pembelajaran sesuatu kemahiran mesti bermula dari

peringkat konkrit sehingga ke peringkat abstrak. Impaknya melalui penggunaan

teknik ENIS ialah membantu murid menguasai kemahiran sifir dengan baik.

Pada peringkat 1, teknik ENIS ini menggalakkan para guru menggunakan

bahan konkrit untuk menyampaikan konsep operasi darab yang abstrak. Pandangan

tentang penggunaan bahan bantu mengajar konkrit selari dengan Post (1981) yang

menyokong bahawa bahan manipulasi dapat mempengaruhi tahap perkembangan

pemahaman konsep Matematik. Melalui penggunaan Joyboard, murid mempunyai

peluang untuk menyusun konsep kumpulan dan bilangan ahli dengan meletakkan

butang secara satu per satu. Teknik ENIS ini juga menggalakkan murid sentiasa

berfikiran logik dan sistematik semasa membina jawapan pada Joyboard. Hasil

susunan kumpulan objek yang betul dan kemas telah membuktikan bahawa teknik

ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir dengan baik dan progresif.

Dalam proses penguasaan kemahiran sifir, penggunaan Joyboard dapat

membantu murid membina konsep kefahaman secara konkrit. Oleh kerana murid

dapat menyentuh dan merasai cara penyusunan konsep pendaraban yang sebenar.

Apabila murid menguasai cara menyusun konsep dengan betul, mereka mempunyai

keyakinan diri yang tinggi untuk memberi sebab dan menerangkan langkah-langkah

penyusunan konsep kepada guru dan rakannya. Maka, penguasaan kemahiran pada

Page 3: 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN - A Warm Welcomeeduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/cth7_perbincangan... · murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya

72

peringkat konkrit merupakan satu asas yang amat penting untuk membantu murid

membina kefahaman konsep secara kukuh dan mantap. Secara tidak langsung,

pembelajaran ini menjadi lebih bermakna apabila murid dapat belajar dengan

membuat. Mengikut Dewey (1966), ‘belajar dengan membuat’ (learning by doing)

dapat membantu murid berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang

cuba dihuraikan.

Setelah murid menguasai kemahiran sifir melalui penggunaan bahan konkrit,

murid didedahkan dengan cara melukis konsep pendaraban bagi sifir 2 hingga 5.

Kelebihan teknik ENIS pada peringkat 2 ini ialah murid berupaya menggambarkan

bentuk susunan yang teratur dalam fikirannya. Murid mampu melukis konsep

pendaraban yang berhubung dengan apa yang dilihat dan dimanipulasikan pada

Joyboard. Di samping itu, cara melukis bagi teknik ENIS ini menegaskan

kepentingan melukis susunan bentuk secara melintang. Murid dikehendaki melukis

petak dahulu bagi mewakili konsep kumpulan dan kemudiannya diikuti dengan

bentuk bulat yang mewakili ahli bilangan. Sekiranya murid melukis secara tidak

teratur, ia menjejaskan murid melihat bilangan bentuk bulat dan keupayaan

membilang jumlah bentuk bulat serta gagal membina konsep pendaraban yang betul

dan sistematik. Rajah 14 menunjukkan perbandingan antara bentuk susunan yang

teratur dan tidak teratur.

Rajah 14. Perbandingan antara bentuk susunan yang teratur dan tidak teratur.

Page 4: 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN - A Warm Welcomeeduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/cth7_perbincangan... · murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya

73

Berpandukan kepada Rajah 14, teknik ENIS mengalakkan murid melukis

konsep pendaraban dalam bentuk susunan yang teratur seperti yang ditunjukkan

dalam gambar (a). Tujuannya adalah untuk membantu menyusun idea konsep

pendaraban secara sistematik. Berbanding dengan gambar (b), bentuk susunan yang

tidak teratur kurang dapat membantu murid menvisualisasikan konsep pendaraban

dengan baik. Bagi murid yang lemah, mereka tidak dapat menggambarkan bentuk

yang tidak teratur dalam fikirannya serta melahirkan perasaan keliru apabila melihat

bilangan bentuk bulat bertambah banyak dalam satu petak. Oleh itu, teknik ENIS

dalam kajian ini menegaskan kepentingan melukis bentuk susunan yang teratur agar

murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya secara jelas supaya

ia memudahkan murid menguasai kemahiran sifir 2-5 dengan baik.

Kajian ini juga menyokong pandangan Baig dan Halai (2006) bahawa murid

belajar dengan menggunakan bahan konkrit dan perwakilan adalah berguna untuk

membantu mereka membina kefahaman yang mendalam tentang operasi.

Keistimewaan teknik ENIS ialah teknik ini membimbing murid menguasai

kemahiran sifir melalui penggunaan bahan konkrit di samping mempraktikkan

pendekatan Konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Borich dan

Tombari (1997) telah menjelaskan bahawa konstruktivisme adalah pendekatan

pembelajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina kefahaman

terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea dan fakta

yang sedang dipelajari. Penggunaan teknik ENIS dalam pembelajaran kemahiran

sifir dapat mempraktikkan pendekatan konstruktivisme seperti membantu murid

membina kefahaman sendiri dengan menghubungkaitkan konsep mendarab dan

kemahiran sifir melalui penggunaan Joyboard. Murid boleh menggunakan dua jenis

warna untuk membanding beza konsep kumpulan dan bilangan ahli dalam setiap

Page 5: 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN - A Warm Welcomeeduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/cth7_perbincangan... · murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya

74

kumpulan. Dalam proses ini, ia memerlukan murid berfikir secara logik dan rasional

untuk menyusun konsep pendaraban dengan betul. Apabila murid mampu

menggunakan warna butang yang berbeza untuk mewakili konsep pendaraban,

mereka dapat melihat secara jelas untuk mendapat jawapan yang betul di Joyboard

dan juga meningkatkan keyakinan diri untuk menguasai kemahiran sifir 2-5. Justeru,

teknik ENIS ini memainkan peranan penting untuk membimbing murid membina

konsep sendiri dan menguasai kemahiran sifir dengan baik melalui penggunaan

bahan konkrit yang sesuai.

Kesimpulannya, teknik ENIS merupakan satu urutan tindakan pengajaran dan

pembelajaran yang teratur untuk membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5

dengan baik. Pada peringkat enaktif, murid menggunakan bahan konkrit untuk

menguasai kemahiran sifir melalui cara menyusun butang di Joyboard. Seterusnya

pada peringkat ikonik, murid juga berjaya menguasai kemahiran melukis untuk

melukiskan konsep pendaraban supaya dapat menjawab soalan sifir dengan betul.

Pada peringkat simbolik, murid mampu menggunakan simbol matematik untuk

melengkapkan jadual sifir 2-5 dengan betul dan memperoleh keputusan yang baik

dalam ujian pasca. Justeru, kajian tindakan ini telah menunjukkan teknik ENIS ini

telah berjaya membantu murid melalui setiap peringkat untuk menguasai kemahiran

sifir 2-5 secara berkesan.

Page 6: 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN - A Warm Welcomeeduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/cth7_perbincangan... · murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya

75

Soalan 2: Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai

kefahaman konsep pendaraban?

Melalui hasil pemerhatian daripada rakaman video, ia telah menunjukkan

bahawa teknik ENIS ini telah berjaya membantu murid menguasai kefahaman

konsep pendaraban. Rajah 15 menunjukkan semasa murid menggunakan teknik

ENIS untuk menjawab soalan.

Rajah 15. Murid menggunakan teknik ENIS pada setiap peringkat.

Daripada hasil pemerhatian tersebut, murid menggunakan teknik ENIS ini

untuk menguasai kefahaman konsep pendaraban semasa menjawab soalan. Cara

mengesan murid menguasai kefahaman adalah memerhati cara murid menyusun

setiap butang pada kedudukan yang betul di atas Joyboard. Murid juga digalakkan

menggunakan dua warna yang berbeza untuk membezakan konsep kumpulan dan

bilangan ahli dalam setiap kumpulan. Pada peringkat enaktif, murid mudah

menyusun konsep pendaraban pada Joyboard. Hasil susunan bentuk yang betul

dihasilkan oleh murid dapat membuktikan bahawa murid telah berjaya menguasai

konsep pendaraban melalui penggunaan teknik ENIS ini.

Teknik ENIS menekankan kepentingan membentuk visualisasi terhadap

kefahaman konsep pendaraban melalui peringkat ikonik. Menurut Moses (dalam

Samsudin & Fatimah, n.d), visualisasi adalah berguna untuk setiap peringkat

Page 7: 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN - A Warm Welcomeeduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/cth7_perbincangan... · murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya

76

penyelesaian masalah. Bagi menjawab soalan sifir, murid perlu memahami konsep

dahulu supaya dapat menghasilkan imej visual yang mewakili konsep pendaraban

dengan tepat. Teknik ENIS juga membimbing murid merancang strategi untuk

melukis konsep dan membuat lakaran yang betul untuk menggambarkan konsep

dengan baik. Dengan menggunakan teknik ENIS, ia dapat membantu murid

meningkatkan keupayaan visualisasi murid untuk membentuk semula konsep dengan

menggunakan perkataan sendiri. Penerangan yang diberi oleh murid adalah selaras

dengan apa-apa yang mereka fikirkan dalam otaknya.

Sehubungan dengan itu, teknik ENIS ini juga menggalakkan murid membuat

penaakulan tentang cara menyusun bahan konkrit dan melukis konsep pendaraban.

Semasa murid mempelajari konsep pendaraban melalui teknik ENIS, murid diberi

peluang untuk menyelidik, menyiasat, menerokai idea operasi darab, dan juga

membuat penaakulan berdasarkan kefahaman yang dibina oleh diri sendiri. Apabila

murid berjaya membuat penaakulan yang betul, murid dapat menyatakan buah

fikiran tentang konsep pendaraban kepada rakannya secara koheren. Secara tidak

langsung, teknik ENIS ini membantu murid menganalisis dan menilai cara yang

mana sesuai dengan tahap kebolehan diri sama ada penggunaan Joyboard atau cara

melukis untuk menguasai kefahaman konsep pendaraban dengan baik.

Di samping itu, teknik ENIS juga menggalakkan murid menyusun dan

mengukuhkan pemikiran tentang konsep pendaraban melalui komunikasi. Misalnya,

melalui komunikasi, ia dapat membantu murid membina makna, menstabilkan idea

dan menyampaikan idea yang teratur kepada guru dan rakannya. Murid yang dapat

menjelaskan hasil pemikirannya kepada rakan dapat menyakinkan guru bahawa

teknik ENIS ini dapat membantu murid menguasai kefahaman konsep pendaraban

dengan baik. Manakala, murid lain yang mendengar penjelasan tersebut dapat

Page 8: 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN - A Warm Welcomeeduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/cth7_perbincangan... · murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya

77

membantu diri membuat refleksi terhadap pemahaman sendiri dan mengukuhkan lagi

pemahaman konsep melalui komunikasi.

Penguasaan konsep Matematik merupakan satu perkara yang sangat penting

dalam mempelajari mata pelajaran Matematik. Apabila murid dapat memahami

konsep Matematik, mereka akan mengingati dan menyimpan kefahaman tersebut

untuk jangka masa yang panjang. Begitu juga dengan teknik ENIS ini, ia

mementingkan kepada penguasaan konsep dan kemahiran sifir pada setiap peringkat

yang berbeza. Sekiranya murid tidak menguasai lagi cara penyusunan konsep

kumpulan objek pada peringkat enaktif, mereka tidak boleh beralih ke peringkat

yang seterusnya. Selepas sesi bimbingan pada setiap peringkat, guru menjalankan

aktiviti permainan untuk menilai sejauhmana murid dapat menguasai konsep

pendaraban dengan baik. Melalui aktiviti permainan, ia dapat mengukuhkan

kefahaman konsep mendarab murid dengan mengaplikasikan cara menyusun butang

di Joyboard, melukiskan konsep pendaraban dan menulis ayat matematik yang betul

berpandukan kepada gambar rajah yang diberi.

Berbanding dengan kaedah tradisional iaitu kaedah penghafalan sifir yang

digunakan oleh guru sekolah rendah, ia dapat dilihat kurang efektif kepada murid

yang gagal menghafal sifir dan tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan

operasi darab. Menurut Anthonysamy (dipetik dalam Zatur, 2004) menyatakan

konsep pembelajaran Matematik berdasarkan penghafalan dan penyaluran ilmu dari

guru kepada para pelajar semakin tidak popular kerana kaedah ini menunjukkan

bahawa murid gagal mengaplikasikan kemahiran di luar bilik darjah. Hal ini

disebabkan murid masih tidak menguasai kefahaman konsep dan menyebabkan

mereka tidak boleh menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian.

Page 9: 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN - A Warm Welcomeeduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/cth7_perbincangan... · murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya

78

Pada pandangan saya, guru tidak sepatutnya terikat dengan satu kaedah

penghafalan sahaja. Pengajaran yang bersifat hafalan akan menyebabkan murid

melahirkan perasaan takut dan hilang minat terhadap pembelajaran Matematik. Oleh

itu, guru digalakkan menggunakan teknik ENIS untuk membimbing murid belajar

konsep pendaraban melalui peringkat konkrit, semi-konkrit dan simbolik.

Berdasarkan pandangan Clabaugh (2010) telah menyatakan bahawa matlamat

pendidikan kini ialah guru perlu membimbing murid membina konsep kefahaman

asas kendiri tentang sesuatu ilmu pengetahuan dan ia lebih penting daripada hanya

fokus mengajar murid menghafal fakta asas Matematik dalam proses pembelajaran.

Pembelajaran konsep sifir secara penghafalan kurang dapat membantu murid

membina kefahaman dengan baik. Manakala berbanding dengan teknik ENIS, ia

merupakan teknik yang kreatif kerana dapat mengalakkan murid dalam proses

pembelajaran konsep pendaraban melalui aktiviti yang bersifat ‘hands on’ dan

‘minds on’. Murid bukan sahaja belajar sifir sambil bermain, mereka juga perlu

berfikir secara kreatif tentang strategi menyusun konsep pada Joyboard dan melukis

konsep pendaraban dengan betul.

Pandangan ini juga disokong oleh National Council of Teacher of

Mathematics (dipetik daripada Zatur, 2004) menegaskan bahawa matlamat yang

perlu difokuskan dalam pendedahan awal pengajaran dan pembelajaran Matematik

kepada kanak-kanak pada peringkat awal persekolahan ialah pembinaan pemahaman

konseptual awal Matematik, kebolehan berkomunikasi tentang Matematik dan

penggunaan Matematik dalam penyelesaian masalah. Melalui aktiviti ‘hands on’ dan

‘minds on’, murid dapat membina kefahaman konseptual tentang pendaraban dan

memahami cara membina jawapan dengan betul. Justeru itu, teknik ENIS yang

Page 10: 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN - A Warm Welcomeeduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/cth7_perbincangan... · murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya

79

menekankan kepentingan pembinaan konseptual pendaraban awal adalah lebih baik

daripada kaedah penghafalan sifir.

Kesimpulannya, teknik ENIS ini telah menunjukkan kekuatannya untuk

membantu murid meningkatkan kefahaman konsep darab melalui tiga peringkat

tersebut. Teknik ini dapat meningkatkan daya imaginasi murid berfikir secara kreatif

dan berkeupayaan menyusun, menganalisis, serta menyampaikan konsep kepada

orang lain. Akhirnya, murid yang menguasai teknik ENIS dapat membantu diri

membuat pertimbangan dan keputusan yang teliti terhadap jawapan yang dibina serta

mengaplikasikan teknik ENIS ini untuk menyemak jawapan latihan.

Page 11: 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN - A Warm Welcomeeduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/cth7_perbincangan... · murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya

80

Soalan 3: Apakah persepsi murid Tahun 3 terhadap penggunaan teknik ENIS?

Daripada hasil temu bual saya dengan empat orang murid, ia dapat

dirumuskan bahawa murid mempunyai persepsi yang baik terhadap penggunaan

teknik ENIS semasa mempelajari kefahaman dan kemahiran sifir 2 hingga 5. Murid

telah memberitahu saya bahawa mereka sangat gembira kerana teknik ENIS dapat

membantu mereka mencari jawapan dengan lebih mudah dan tepat. Mereka hanya

perlu memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa mengira jumlah bilangan butang

yang ada pada Joyboard. Melalui penggunaan Joyboard dalam proses pembelajaran

sifir, teknik ENIS telah berjaya meningkatkan semangat murid untuk mencari

jawapan dengan cepat dan mudah.

Di samping itu, murid juga menyatakan bahawa penggunaan teknik ENIS

dapat membantu mereka mencari jawapan yang betul. Apabila murid berasa senang

menjawab soalan darab, ia dapat meningkatkan keinginan murid mempelajari sifir.

Selain daripada itu, apabila selesai satu sesi pengajaran dan pembelajaran, murid

meminta latihan tambahan daripada guru untuk tujuan mengukuhkan lagi kemahiran

dan mengembangkan kefahaman konsep melalui penggunaan teknik ENIS. Justeru,

hasil dapatan tersebut telah menunjukkan murid mempunyai persepsi yang positif

terhadap penggunaan teknik ENIS dalam menguasai kemahiran sifir 2 hingga 5.

Persepsi murid terhadap penggunaan teknik ENIS adalah positif kerana

mereka boleh menggunakan Joyboard untuk mencari jawapan, melukis gambar bagi

mewakili konsep pendaraban serta mampu menulis ayat matematik yang betul dan

melengkapkan jadual sifir 2 hingga 5. Oleh kerana sebelum ini murid diajar

menghafal sifir, mereka jarang mempunyai peluang untuk mempelajari sifir melalui

teknik yang lain. Setelah murid menguasai teknik ENIS, mereka bertambah lebih

Page 12: 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN - A Warm Welcomeeduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/cth7_perbincangan... · murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya

81

yakin untuk menjawab soalan darab. Justeru itu, teknik ENIS disambut baik oleh

murid dalam proses menguasai kefahaman dan kemahiran sifir.

Salah satu sebab murid suka terhadap teknik ENIS kerana ia berjaya

menimbulkan minat murid semasa mempelajari kemahiran sifir. Misalnya, murid

meminta soalan tambahan daripada guru apabila menjalankan aktiviti permainan,

murid berusaha membilang butang yang disusun di Joyboard untuk menjawab soalan

sifir, tidak berputus asa untuk melukis konsep pendaraban walaupun melakukan

sedikit kesilapan dalam latihan, dan juga menyatakan perasaan suka melibatkan diri

dalam aktiviti ‘hands on’ dan ‘minds on’. Menurut Zainuddin dan Fadzilah (2004),

minat memainkan peranan yang penting bagi membantu seseorang murid mencapai

kejayaan dalam dunia pendidikan. Tambahan lagi, minat yang wujud dalam diri

sendiri pada seseorang murid akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila

minat murid ditingkatkan, murid melibatkan diri secara aktif dalam proses

pembelajaran. Antaranya ialah memberi tumpuan perhatian yang sepenuhnya,

bersungguh-sungguh menyelesaikan latihan, dan memberi maklum balas yang cepat

semasa sesi soal jawab. Melalui penggunaan teknik ENIS, ia dapat mengubah sikap

murid kepada positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran sifir.

Selain itu, teknik ENIS juga menerapkan unsur belajar sambil bermain dalam

proses pengajaran dan pembelajaran sifir darab. Apabila murid belajar sesuatu

konsep atau kemahiran melalui cara bermain, mereka berasa sangat seronok dan

mempunyai semangat ingin tahu yang kuat untuk menerokai jawapan. Saayah (n.d)

juga menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang berunsur belajar

sambil bermain dapat mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka

dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Melalui aktiviti belajar sambil

Page 13: 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN - A Warm Welcomeeduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/cth7_perbincangan... · murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya

82

bermain, ia membolehkan fikiran murid berkembang dengan baik seperti menguasai

strategi menyusun butang pada Joyboard atau teknik melukis konsep pendaraban.

Menurut Caplan dan Caplan (dalam Saayah, n.d), main sebagai penentu

penting perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi,

perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan

fizikal, koordinasi dan ketangkasan murid. Melalui aktiviti permainan ENIS yang

dijalankan, murid dapat mengukuhkan koordinasi motor kasar dan motor halus untuk

menyusun konsep dengan menggunakan bahan konkrit. Murid juga menggunakan

daya kreatif untuk membina jawapan berdasarkan pengalaman dan kefahaman

sendiri. Tambahan lagi, murid dapat mendisiplinkan diri dan mematuhi peraturan

aktiviti permainan yang ditetapkan serta membina keyakinan diri yang tinggi semasa

memberi jawapan dalam aktiviti tersebut.

Teknik ENIS juga memupuk semangat kerjasama yang baik dalam kalangan

murid. Hal ini kerana murid mempunyai peluang untuk meluahkan perasaan dan

memberi pendapat terhadap apa yang mereka faham tentang konsep pendaraban.

Sekiranya murid menghadapi masalah, mereka boleh berbincang dan mendapat

bantuan daripada kawan. Secara tidak langsung, murid yang sudah menguasai

konsep pendaraban boleh memainkan peranan sebagai mentor untuk memberi

bimbingan kepada kawannya. Justeru itu, suasana pembelajaran menjadi lebih

bermakna dan berkesan kerana murid saling membantu, menghormati dan memupuk

semangat belajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, teknik ENIS juga menerapkan unsur kecerdasan kinestetik,

visual-spatial, verbal-linguistik dan logikal matematik. Dari segi kecerdasan

kinestetik, murid dapat mempraktikkannya melalui penggunaan Joyboard. Murid

boleh menggunakan pergerakan tangan untuk menyusun konsep pendaraban secara

Page 14: 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN - A Warm Welcomeeduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/cth7_perbincangan... · murid dapat mevisualisasikan konsep mendarab dalam fikirannya

83

aktif dan bermakna. Apabila murid dapat memahami konsep, barulah mereka dapat

menyusun jawapan dengan betul di Joyboard. Manakala, murid mempraktikkan

kecerdasan visual spatial melalui teknik melukis konsep pendaraban dalam bentuk

perwakilan yang jelas. Imej-imej yang dilukis oleh murid dapat menggambarkan

fikiran murid secara menyeluruh. Kecerdasan verbal linguistik dan logikal matematik

adalah dipraktikkan melalui cara murid menerangkan cara konsep dan memberi

sebab tentang kepentingan menguasai konsep pendaraban dalam kehidupan seharian.

Oleh itu, murid menunjukkan kesungguhan untuk menguasai teknik ENIS supaya

dapat membantu diri memperkembang lagi kecerdasan pelbagai ke arah yang lebih

baik dan maju.

Secara keseluruhanya, persepsi murid terhadap penggunaan teknik ENIS

dalam menguasai kemahiran adalah positif dan baik. Ia juga melahirkan perasaan

suka, gembira, minat, seronok, yakin dan aktif dalam kalangan murid semasa

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran sifir. Selain itu,

penggunaan teknik ENIS juga membolehkan murid berinteraksi aktif dan

membentuk murid yang berfikiran kreatif serta memperkembang lagi kecerdasan

pelbagai murid untuk menguasai kemahiran sifir. Justeru itu, murid digalakkan

mengaplikasikan teknik ENIS dengan baik dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kefahaman dan kemahiran sifir.