9.0 cadangan kajian lanjutan docx.pdf

2
66 9.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas telah dapat meningkatkan kefahaman dan minat murid Tahun 4 dalam Topik Manusia Bergerak Balas Terhadap Rangsangan. Peningkatan dari segi peratusan markah semasa pengujian dilaksanakan iaitu praujian (Lampiran B) dan pascaujian (Lampiran C) juga telah membuktikan bahawa penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas ini sangat sesuai diaplikasikan di sekolah-sekolah rendah bagi memastikan tahap pencapaian dan prestasi murid berada di tahap yang membanggakan. Terdapat beberapa cadangan yang boleh diusulkan bagi kajian lanjutan seterusnya. Pada masa akan datang, dicadangkan penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas ini dijalankan kepada kumpulan sasaran yang terdiri daripada murid Tahap 1. Seperti yang kita sedia maklum, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkait rapat dengan peringkat umur mereka. Perbezaan umur kumpulan sasaran seharusnya menjadi satu faktor yang boleh dibandingkan di dalam kajian yang akan dijalankan pada masa hadapan. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang pelbagai. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar kajian ini difokuskan kepada kelompok murid yang mempunyai satu tahap pencapaian iaitu sama ada berpencapaian tinggi atau lemah sahaja. Dengan ini, keberkesanan penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas dapat diukur pada kumpulan sasaran yang berbeza.

Upload: an-nisa

Post on 24-Jan-2016

92 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

9.0 cadangan kajian lanjutan docx.pdf

TRANSCRIPT

Page 1: 9.0 cadangan kajian lanjutan docx.pdf

66

9.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan Kit Pembelajaran

Rangsangan dan Gerak Balas telah dapat meningkatkan kefahaman dan minat murid

Tahun 4 dalam Topik Manusia Bergerak Balas Terhadap Rangsangan. Peningkatan

dari segi peratusan markah semasa pengujian dilaksanakan iaitu praujian

(Lampiran B) dan pascaujian (Lampiran C) juga telah membuktikan bahawa

penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas ini sangat sesuai

diaplikasikan di sekolah-sekolah rendah bagi memastikan tahap pencapaian dan

prestasi murid berada di tahap yang membanggakan.

Terdapat beberapa cadangan yang boleh diusulkan bagi kajian lanjutan

seterusnya. Pada masa akan datang, dicadangkan penggunaan Kit Pembelajaran

Rangsangan dan Gerak Balas ini dijalankan kepada kumpulan sasaran yang terdiri

daripada murid Tahap 1. Seperti yang kita sedia maklum, perkembangan kognitif

kanak-kanak adalah berkait rapat dengan peringkat umur mereka. Perbezaan umur

kumpulan sasaran seharusnya menjadi satu faktor yang boleh dibandingkan di dalam

kajian yang akan dijalankan pada masa hadapan.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan murid yang mempunyai tahap

pencapaian akademik yang pelbagai. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar

kajian ini difokuskan kepada kelompok murid yang mempunyai satu tahap

pencapaian iaitu sama ada berpencapaian tinggi atau lemah sahaja. Dengan ini,

keberkesanan penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas dapat

diukur pada kumpulan sasaran yang berbeza.

Page 2: 9.0 cadangan kajian lanjutan docx.pdf

67

Seterusnya, rakaman video terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran Sains

yang menggunakan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak Balas boleh dilakukan

pada kajian yang akan datang. Melalui rakaman video, data-data yang mungkin tidak

diperhatikan ketika sesi pembelajaran Sains sedang dijalankan dapat diperolehi.

Rakaman video juga dapat meningkatkan kesahan data yang telah diperolehi melalui

triangulasi data.

Secara kesimpulannya, penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan

Gerak Balas sangat sesuai diaplikasikan dalam bilik darjah kerana dapat

meningkatkan kefahaman dan minat murid Tahun 4 dalam topik Manusia Bergerak

Balas Terhadap Rangsangan. Penggunaan Kit Pembelajaran Rangsangan dan Gerak

Balas dapat menjadikan pembelajaran Sains menjadi lebih menarik dan penglibatan

murid adalah maksimum.