87585971 teks ucapan mc anti dadah

2
Teks Ucapan MC Ceramah - Anti Dadah Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Bungan mawar si bunga rampai, Harum mekar menghiasai taman, Wakil AADK sudahlah sampai, Selamat datang kami ucapkan. Yang berusaha Tn Hj Mazlan Bin Ahmad,Guru Besar SK Serom 3, Tn Hj Ramlan bin Mokhtar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Sulaiman bin Wagiman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Masita bt Adan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Badan Pengawas SK Serom 3, barisan guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita berkumpul pada hari ini untuk sama-sama menjayakan majlis ceramah ...................................................dari wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan dibaca oleh al Fadhil Ustaz Mohd Adib bin Ibrahim. Dipersilakan. *** Amin.. amin ya rabbal alamin. *** Untuk makluman para guru dan pelajar-pelajar, AADK merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu memulihkan penagih dadah, mencegah masyarakat dari terlibat dengan dadah serta membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah. *** Seterusnya, saya ingin menjemput En. ................................................. iaitu ................................. untuk menyampaikan

Upload: muhammad-sayuti

Post on 13-Jul-2016

141 views

Category:

Documents


66 download

DESCRIPTION

ucapan

TRANSCRIPT

Page 1: 87585971 Teks Ucapan MC Anti Dadah

Teks Ucapan MC Ceramah - Anti Dadah

Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

                Bungan mawar si bunga rampai,

                Harum mekar menghiasai taman,

                Wakil AADK sudahlah sampai,

                Selamat datang kami ucapkan.

Yang berusaha Tn Hj Mazlan Bin Ahmad,Guru Besar SK Serom 3, Tn Hj Ramlan bin Mokhtar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Sulaiman bin Wagiman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Masita bt Adan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Badan Pengawas SK Serom 3, barisan guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita berkumpul pada hari ini untuk sama-sama menjayakan majlis ceramah ...................................................dari wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan dibaca oleh al Fadhil Ustaz Mohd Adib bin Ibrahim. Dipersilakan.

***

Amin.. amin ya rabbal alamin.

***

Untuk makluman para guru dan pelajar-pelajar, AADK merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu memulihkan penagih dadah, mencegah masyarakat dari terlibat dengan dadah serta membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

***

Page 2: 87585971 Teks Ucapan MC Anti Dadah

Seterusnya, saya ingin menjemput En. ................................................. iaitu ................................. untuk menyampaikan ceramah ....................................... Tuan dengan segala hormatnya dipersilakan.

***

Terima kasih ................................... Diharap kita semua dapat memanfaatkan segala ilmu yang dicurahkan dalam ceramah ini, untuk kita jadikan panduan dalam meniti hari hari yang mendatang dalam kehidupan kita.

Sebagai tanda penghargaan kepada pihak AADK, saya ingin mempersilakan................................................. untuk mengiringi .......................................................... bagi menyampaikan cenderahati kepada penceramah kita.

Dipersilakan En .................................... untuk menerima cenderahati daripada kami.

***

Terima kasih Tuan Hj Mazlan bin Ahmad, GB SK Serom 3 kerana sudi menyampaikan cenderahati kepada penceramah kita pada pagi ini.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Guru Besar untuk mengiringi penceramah kita ke kantin bagi menikmati sedikit jamuan. Segala hormatnya dipersilakan.

Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang saya mengendalikan majlis ini. Kita sudahi majlis ini dengan membaca tasbih kafarah dan surah al-asr. Sekian, wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.

Pihak AADK ada menyediakan pameran berkaitan dadah di ......................................... Para guru dan pelajar bolehlah berkunjung ke pameran yang telah disediakan selepas majlis ini.