document8

5

Click here to load reader

Upload: ng-xin-yi

Post on 12-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

8

TRANSCRIPT

Page 1: Document8

8. Secara berkumpulan (3-4 orang), buat rujukan nota ringkas tentang “Attachment

Theory”Ainsworth. Kenalpasti kesan attachment kepada perkembangan sosio-emosi

kanak-kanak.

Pada tahun 1960, Ainsworth mencipta satu eksperimen, yang dipanggil “Strange situation”.

Untuk memerhatikan perapatan (attachment) hubungan antara penjaga dan kanak-kanak.

Eksperimen ini sesuai dengan kanak-kanak yang berusia antara 11 bulan hingga 2 tahun yang

sudah memahami tentang erti takut atau stress apabila ditinggalkan oleh penjaga. Dalam

eksperimen ini, kanak-kanak itu diletakkan dalam beberapa keadaan yang boleh menimbulkan

stress kepada bayi tersebut. Kanak-kanak bermain selama 20 minit di bilik sambil penjaga dan

orang yang tidak dikenali masuk dan keluar bilik untuk mencipta aliran kehadiran biasa dan

tidak biasa dalam kehidupan kebanyakan kanak-kanak. Tindakbalas kanak-kanak diperhatikan.

Kanak-kanak itu mengalami situasi perkara berikut:

Episod Situasi Perlakuan “attachment” yang

diperhatikan

1 Pengkaji memperkenalkan penjaga dan bayi kepada

bilik permainan.

2 Penjaga duduk dan membiarkan bayi bermain dengan

alat permainan.

Penjaga sebagai asas untuk

berasa selamat.

3 Orang yang tidak dikenali masuk, duduk dan bercakap

dengan penjaga.

Reaksi terhadap orang yang

tidak dikenali.

4 Penjaga keluar. Orang yang tidak dikenali memberi

respon kepada bayi dan cuba menenangkan jika perlu.

Kebimbangan akibat

ketinggalan.

5 Penjaga masuk, menyapa bayi dan sekiranya perlu

memujuk bayi. Orang yang tidak dikenali keluar.

Reaksi apabila penjaga

masuk semula.

6 Penjaga keluar. Bayi ditinggalkan bersendirian. Kebimbangan akibat

ketinggalan.

7 Orang yang tidak dikenali masuk untuk cuba memujuk. Kebolehan dipujuk/

ditenangkan oleh orang lain.

8 Penjaga masuk semula, menyapa bayi, menenangkan

sekiranya perlu dan memujuk bayi untuk bermain

semula.

Reaksi terhadap pertemuan

semula dengan penjaga.

Page 2: Document8

Tindakbalas daripada eksperimen ini menunjukkan empat variasi perlekatan iaitu satu

hubungan perlekatan membawa kepada rasa selamat dan tiga hubungan yang membawa rasa

tidak selamat dan tidak yakin.

(i) Perletakan yang membawa kepada rasa selamat dan yakin (Secure attachment)

Bayi dalam kategori ini menggunakan penjaga sebagai asas untuk rasa selamat. Apabila

ditinggalkan, mereka mungjin menangis atau mungkin juga tidak menangis. Apabila penjaga

masuk semula, mereka mendapatkan penjaga dan keresahan dan tangisan mereka

berkurangan. Ibu bapa kepada kanak-kanak yang mempunyai perlekatan ini selalunya

meluangkan masa yang lebih banyak dengan anak-anak dan bertindakbalas dengan cepat

terhadap keperluan anak-anak. Kanak-kanak jenis ini lebih mempunyai rasa simpati, kurang

agresif dan lebih matang berbanding dengan kanak-kanak dalam jenis perlekatan lain.

(ii) Perlekatan penghindaran (Avoidant attachment)

Bayi dalam kategori ini menunjukkan kurang tindakbalas dengan penjaga. Apabila

ditinggalkan oleh penjaga, mereka tidak resah dan menunjukka tindakbalas yang hampir

sama antara oenjaga dengan orang yang tidak dikenali. Apabila penjaga masuk semula,

mereka kadangkala menghindari penjaga atau mengambil masa yang perlahan untuk

membina semula hubungan dengan penjaga. Kanak-kanak tersebut selalunya akan cuba

menghindari penjaga disebabkan mereka diabaikan dalam jangka masa yang lama. Mereka

tidak menunjukkan kecenderungan untuk bersama dengan ibu bapa dan orang luar.

(iii) Perletakan penolakan (Resistant attachment)

Sebelum eksperimen, bayi menunjukkan hubungan rapat dengan penjaga dan tidak mahu

bermain. Namun, apabila penjaga masuk semula selepas ditinggalkan, bayi menunjukkan

rasa marah, tingkahlaku yang agresif seperti menolak atau memukul penjaga. Mereka akan

terus menangis dan susah untuk dipujuk. Kanak-kanak tersebut mempunyai perasaan

cemas yang sangat tinggi terhadap orang luar. Corak perlekatan jenis ini dikaitkan dengan

kurang keupayaan ibu menunjukkan perasaan keibuan terhadap anak. Kanak-kanak jenis

ini menjadi terlampau bergantung dan tidak boleh berdikari.

(iv) Perlekatan yang kucar kacir (Disoriented attachment)

Corak perlekatan ini menunjukkan tahap perasaan yang tidak selamat pada peringkat paling

tinggi. Apabila penjaga masuk semula, bayi menunjukkan tingkahlaku yang mengelirukan

Page 3: Document8

dan berlawanan. Mereka mungkin akan memandang ke tempat lain apabila diangkat oleh

penjaga atau mendekati penjaga dengan emosi yang tertekan. Mimik muka mereka

kelihatan keliru dan ada yang juga tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Kanak-kanak jenis

ini selalu menunjukkan tingkah laku yang berbeza diakibatkan daripada jagaan dan

tingkahlaku yang tidak konsisten yang ditunjukkan oleh penjaga.

Kesan Attachment kepada perkembangan sosio-emosi kanak-kanak

a) Pelekatan penting kepada semua manusia. Bayi yang lahir perlukan jagaan daripada

orang dewasa sama ada untuk mendapatkan makanan, membersihkan diri atau

mendapatkan perlindungan emosi. Kemesraan, kasih sayang, penjagaan dan

perlindungan yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga bukan sahaja membantu dalam

proses perkembangan kognitif, malah mempengaruhi perkembangan sosio-emosi dan

perkembangan moral.

b) Dari segi sosioemosi, pelekatan mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak menilai diri,

menganggap diri berharga, dan berhubungan dengan orang lain. Konsep kendiri yang

terbina melalui pelekatan akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ini hingga

dewasa kelak.

c) Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak dilihat memainkan peranan yang besar dalam

membentuk pelekatan selamat. Apabila kanak-kanak dilindungi, dikasihi, disayangi,

dipenuhi segala keperluan asas, maka kanak-kanak dapat membentuk pelekatan

selamat dengan ibu bapa atau penjaga. Bagi kanak-kanak yang membentuk pelekatan

tidak selamat pula, ia dikaitkan dengan status ekonomi sosial keluarga yang rendah,

keluarga yang porak-peranda, atau menjadi mangsa dera.

d) Pelekatan selamat akan membentuk gaya pelekatan selamat dalam diri kanak-kanak.

Begitu juga dengan bentuk pelekatan yang lain. Sekiranya anak-anak memperoleh

pelekatan selamat, mereka juga akan mempamerkan sikap-sikap yang positif, berkasih

sayang serta menghargai orang lain. Mereka gembira untuk berinteraksi, bergaul, serta

boleh mengasihi dan dikasihi oleh orang lain.

e) Pelekatan yang mengelak atau bimbang ketidaktentuan pula berkemungkinan akan

menghasilkan kanak-kanak yang rendah diri, pemarah, ganas, dan tidak menghormati

orang lain. Mereka selalunya bermasalah dalam perhubungan dengan rakan-rakan

kerana konsep kendiri yang rendah, berfikiran negatif serta selalu menyalahkan diri dan

orang lain.