81289043-assignment-hbml-3303

34
KONSEP BAHASA Prof. Dr. Awang Sariyan, penyandang kerusi bahasa Melayu di Universiti Beijing mengatakan bahawa "bahasa ialah pancaran akal budi insan". Hal ini amat bertepatan dengan slogan "bahasa jiwa bangsa", "bahasa melambangkan bangsa", dan seumpamanya. Maka, bahasa bukan sekadar alat komunikasi, atau simbol-simbol yang dikodkan untuk kegunaan perhubungan sesama manusia. Implikasinya amatlah besar, iaitu bahasa lebih hampir kepada kebenaran, dengan syarat berlakunya pengisian ilmu. Daripada bahasa, kita dapat mengukur tahap intelektual, tamadun, dan pencapaian si penuturnya. Kita biasa mendengar orang-orang tua dahulu mengungkapkan "tidak reti bahasa.. " yang membawa maksud tingkah laku seseorang yang tidak selari dengan nilai-nilai yang diamalkan dalam masyarakat. Bahasa sudah disinonimkan dengan tingkah laku yang sah dan boleh diterima. Konsep Bahasa menurut Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2003, p.1) , bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Dalam kajian ini konsep bahasa ialah pamparan enam definisi bahasa yang dikemukakan tokoh-tokoh bahasa berlainan dan disertai dengan satu kesimpulan Bahasa telah didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi bahasa, peranan dan fungsinya.

Upload: waffa-zul

Post on 30-Dec-2014

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 81289043-Assignment-HBML-3303

KONSEP BAHASA

Prof. Dr. Awang Sariyan, penyandang kerusi bahasa Melayu di Universiti Beijing

mengatakan bahawa "bahasa ialah pancaran akal budi insan". Hal ini amat bertepatan dengan

slogan "bahasa jiwa bangsa", "bahasa melambangkan bangsa", dan seumpamanya. Maka,

bahasa bukan sekadar alat komunikasi, atau simbol-simbol yang dikodkan untuk kegunaan

perhubungan sesama manusia. Implikasinya amatlah besar, iaitu bahasa lebih hampir

kepada kebenaran, dengan syarat berlakunya pengisian ilmu. Daripada bahasa, kita dapat

mengukur tahap intelektual, tamadun, dan pencapaian si penuturnya. Kita biasa mendengar

orang-orang tua dahulu mengungkapkan "tidak reti bahasa.." yang membawa maksud

tingkah laku seseorang yang tidak selari dengan nilai-nilai yang diamalkan dalam

masyarakat. Bahasa sudah disinonimkan dengan tingkah laku yang sah dan boleh diterima.

Konsep Bahasa menurut Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2003, p.1) , bahasa ialah

kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari

yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Dalam

kajian ini konsep bahasa ialah pamparan enam definisi bahasa yang dikemukakan tokoh-

tokoh bahasa berlainan dan disertai dengan satu kesimpulan

Bahasa telah didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi

bahasa, peranan dan fungsinya.

1. Menurut Edward Sapir (1921) (dalam Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, p.52) bahasa ialah

“yang sering digunakan oleh manusia dan merupakan kaedah yang digunakan untuk

menyampaikan idea,perasaan dan keinginan melalui bunyi-bunyi bahasa yang

dituturkan”.

2. Menurut Bloch dan Trager (1942), (dalam Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, p.52) , Bahasa

didefinisikan sebagai system lambing-lambang vokal yang digunakan oleh manusia

oleh berkomunikasi. Proses komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur dan

juga pendengar.

Page 2: 81289043-Assignment-HBML-3303

3. Menurut G.Trager (1949), (dalam Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, pg. 52) , bahasa ialah

satu sistem lambang vokal yang arbitrari dan bermakna yang digunakan oleh anggota

masyarakat untuk berhubung sebagai satu cara mereka bersosialisasi.

4. Menurut Noam Chomsky (1957) (dalam Siti Hajar Abdul Aziz, 2008,p.52), bahasa

ialah set ayat,sama ada terbatas atau tidak dan setiap ayat yang terbatas panjangnya

dibina oleh satu set elemen yang terbatas juga.

5. Menurut R.A. Hall (1964), (dalam Siti Hajar Abdul Aziz,2008, p. 52) , bahasa

merupakan institusi yang membolehkan manusia berkomunikasi dan berhubung

antara satu sama lain yang mengandungi makna dan menggunakan lambang-

lambang arbitrari lisan – pendengaran.

6. Menurut Michael Halliday (1973), (dalam Siti Hajar abdul Aziz, 2008, p.52) , bahasa

ialah satu urutan kemungkinan dan pilihan tingkah laku yang bersesuaian dengan

individu sebagai manusia yang bersosialisasi.

KONSEP MAKNA

Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan

salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Firth (1944) pula menegaskan bahawa

makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata ‘makna’ memberi erti ‘maksud’

atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pengertian lagi.

Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah

memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya, makna adalah suatu yang

intrinsik, pokok, kemahuan, dan suatu peristiwa yang diharapkan. Istilah semantik agak

baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-bidang ilmu yang lain iaitu dicipta

pada akhir abad ke-19. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik

sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang

dijangkakan daripada pendengar. Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk

pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang

dimiliki oleh seseorang ( Leonard Bloomfield, 1992). Menurut Zabech, semantik dalam

Page 3: 81289043-Assignment-HBML-3303

peristilahan moden digunakan dengan maksud ‘kajian tentang hubungan antara item-item

bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas), ekspresi predikat. Kata

semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna

significant iaitu ‘penting’ atau ‘beerti’ ( Hashim Musa, Ong Chin Guan, 1998). Selain itu,

‘sema’ juga beerti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang

mengkaji makna atau erti dalam bahasa ( Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian

makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi

bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.

Menurut Dr. T. Fatimah Djajasudarma (1993), pengertian makna (sense) adalah

berbeza dengan erti (meaning) di dalam bidang semantik. Makna adalah pertautan yang

terdapat di antara unsur-unsur bahasa itu sendiri. Makan menurut Palmer (1976) hanya

menyangkut intrabahasa. Manakala Lyons (1977) pula menyebutkan bahawa mengkaji atau

memberikan makna sesuatu kata adalah memahami kajian kata tersebut yang berkenaan

dengan hubungan-hubungan makna yang membuat kata tersebut berbeza dengan kata-kata

yang lain. Selain itu makna dikatakan sebagai penghubung bahasa dengan dunia luar sesuai

dengan kesepakatan para pemakainya (penutur) sehingga dapat saling memahami dan

mengerti. Selain itu, menurut Abdul Chaer (1990), dalam pelajaran bahasa sering dikatakan

bahawa kata mati, misalnya sama maknanya dengan kata meninggal. Menurut teori semantik,

kata mati dan kata meninggal tidak sama maknanya. Hal ini kerana, jika kedua-dua kata

tersebut mempunyai makna yang sama, maka sudah semestinya kedua-dua perkataan tersebut

dapat ditukarkan kedudukannya secara bebas. Kata mati dalam perkataan “ Ayam itu sudah

mati” tidak dapat ditukar dengan kata meninggal sehingga menjadi “Ayam itu sudah

meninggal”. Perkataan “Ayam itu sudah meninggal” tidak dapat diterima dalam bahasa.

Perkataan mati dan meninggal sebenarnya tidak membawa makna yang sama namun

mempunyai informati yang sama. Kedua-dua perkataan tersebut membawa informasi bahawa

sebelumnya adalah bernyawa, setelah mati atau meninggal, menjadi tidak bernyawa lagi.

Informasi bukanlah makna kerana makna menyangkut keseluruhan dalam ujaran

(intralingual), sedangkan informasi itu hanya menyangkut masalah luar ujaran (ekstra-

lingual). Dengan kata lain, makan menyangkut semua komponen konsep yang terdapat pada

sebuah kata, sedangkan informasi hanya menyangkut komponen konsep dasarnya sahaja.

Page 4: 81289043-Assignment-HBML-3303

Perbandingan kata mati dan meninggal dapat dilihat dalam komponen-komponen konsep

maknanya seperti berikut:

mati meninggal

(i) Tidak bernyawa lagi (i) tidak bernyawa lagi

(ii) Untuk umum (manusia, binatang)  (ii) hanya manusia

dan sebagainya)

(iii) Kasar (iii) halus (sopan)

Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna

konsepsual, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif,

dan makna tematik. Jenis-jenis makna ini dapat memberikan gambaran yang tertentu daripada

maksud tersurat dan tersirat.

a) Makna Konsepsual

Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan

pemerhatian. Makna konseptual merupakan konsep makna yang terpenting sekali dalam

bahasa. Kita tidak mungkin dapat menentukan makna, memahami ujaran atau membuat

interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual tersebut. Pemahaman konsep adalah

sangat mustahak. Makna ‘konsep’ adalah mencakup komponen seperti benda, tindakan,

proses, keadaan, atau konsep lainnya (Abdul Chaer, 1990). Menurut Leech (1974) di dalam

makna konseptual, konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu

sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. Palmer (1992) menyatakan bahawa konsep

adalah sesuatu yang menghubungkan ‘kata’ dan ‘benda’ melalui perantaraan konsep

pemikiran.

Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang

berbeza seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923), iaitu ‘ segitiga

semiotik’. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. Sebab

itulah dalam formulasi ‘segitiga semiotik’ yang dibuat oleh Ogden dan Richards meletakkan

Page 5: 81289043-Assignment-HBML-3303

pemikiran itu pada tahap yang atas sekali. Organisasi makna konseptual adalah rumit dan

sofistikated (Kushartanti et.al., 2005). Contohnya perkataan wanita dan perempuan

mempunyai makna yang sama iaitu ‘manusia dewasa yang bukan laki-laki’ (Kamus Dewan,

2001). Leech (1974), mengaitkan ‘konsep’ dengan dua prinsip iaitu, prinsip konstrastif dan

prinsip struktur konstituen. Contohnya, konotasi antara ‘wanita’ dan ‘perempuan adalah

berbeza. Contohnya ‘wanita’ boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah, wanita

bekerjaya, wanita dewasa, wanita sopan. Tetapi sekiranya digunakan perkataan ‘perempuan’,

ia menjadi kurang sesuai untuk diucapkan. Selain itu, prinsip lain yang boleh diguna pakai

dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistik yang

dapat memudahkan pemahaman pengembangan linguistik seseorang. Ujaran linguistik boleh

difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap ini iaitu Fonologi, Sintaksis, dan

Semantik. Bagi penutur tindakan pertama ialah mengenkod makna(ujaran daripada penutur)

apa yang hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. Bagi

seorang pendengar pula, proses ini beralih, iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan

interpretasi. Dalam menganalisis ayat, peringkat pertama kita perlu buat ialah menetapkan

representasi fonologi, representasi sintaksis, dan representasi semantik. Representasi

bermaksud sesuatu yang melambangkan, menggambarkan, atau menyatakan sesuatu yang

lain, perlambangan, gambaran, atau pernyataan. (Kamus Dewan, 2004). Konsep memainkan

peranan penting kepada manusia untuk mentakrif, memahami, memutus buah fikiran. Tanpa

konsep, kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar.

Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya,

maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal

(Kushartanti et.al., 2005). Makna gramatikal berbeza pula dengan makna leksikal. Sekiranya

makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang sesuai dengan referennya, maka

makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagai akibat berlakunya proses

gramatikal, Contohnya seperti, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Misalnya, ber-

dalam berjalan, rumah-rumah yang membawa maksud banyak rumah dan penghasilan kata

majmuk surat khabar daripada gabungan surat dan khabar. Tetapi menurut Setiawati

Dermojuwono, bentuk-bentuk yang berkaitan dengan gramatikal lebih tepat disebut memiliki

fungsi gramatikal dan bukannya makna gramatikal. (Kushartanti et.al., 2005)

Page 6: 81289043-Assignment-HBML-3303

b) Makna Konotatif

Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun

negatif ( Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan

itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataan perempuan dan wanita

mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa

yang berbeza. Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan

wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Samalah juga dengan perkataan jantan dan lelaki.

Begitu juga dengan perkataan babi dan khinzir. Bagi masyarakat yang beragama Islam, nilai

rasa mereka berbeza dengan interpretasi masyarakat bukan Islam. Bagi umat Islam, babi itu

haram, jijik, kotor, najis atau sesuatu yang negatif. Makna konotatif atau makna tambahan

ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor tertentu. Contohnya perkataan

‘khalwat’. Perkataan ini pada asalnya membawa maksud ‘mendekati Allah, duduk

bersendirian perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenangkan

fikiran, bertafakur (Kamus dewan, 2004). Tetapi pada hari ini, maksud perkataan ini telah

berubah, iaitu ‘pengasingan diri berdua-duaan di tempat yg terpencil atau tersembunyi, oleh

lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap

sebagai suatu perbuatan yang sumbang ( Kamus Dewan, 2004). Makna Konotatif ini boleh

dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif ini tidak spesifik pada bahasa tetapi

dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan muzik. Contohnya, barangan

atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan.

Kedua ialah, makna konotatif bersifat periferal. Makna konotatif tidak stabil, bervariasi

menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau orang

yang menimba ilmu, dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat

sesuatu atau memberikan pendapat. Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat

arbitrer dan keterbukaan. Penggunaan kata-kata halus, sedap di dengar, tepat dan sesuai pada

masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya, perkataan

kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-

muih sedikit, iaitu kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih

yg dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan

tengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). (Kamus Dewan,

2004). Makna konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif.

Page 7: 81289043-Assignment-HBML-3303

c) Makna Denotatif

Menurut Setiawati Dermojuwono di dalam buku Pesona Bahasa, makna denotatif juga

sering disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal. Makna denotatif pada dasarnya

sama dengan makna referensial sebab makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai

makna yang sesuai dengan pemerhatian, menurut penglihatan, pendengaran, perasaan atau

pengalaman lainnya. (Nik Safiah Karim, 2004). Makna denotatif berhubung rapat dengan

penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif, maka ia juga disebut ‘makna sebenar’ ,

‘makna asal’ , ‘makna mutlak’ atau ‘makna dasar’. Dengan kata lain makna denotatif ialah

‘makna sebenarnya’. Contohnya, kedua-dua perkataan perempuan dan wanita mempunyai

makna denotatif yang sama, iaitu ‘manusia dewasa bukan laki-laki’. Begitu juga dengan

perkataan gadis dan perawan yang bermaksud ‘wanita yang belum bersuami’ dan pasangan

perkataan isteri dan bini yang bermaksud ‘wanita yang mempunyai suami’. Samalah juga

bagi perkataan ‘melantak’, ‘makan’, ‘sarapan’, atau ‘soru’. Kesemuanya dikaitkan dengan

makan. Tetapi perkataan melantak itu lebih kasar, tidak manis didengar dan tidak mengikut

tatasusila yang sering dikaitkan dengan orang Melayu. Masyarakat sering mempunyai

pandangan yang berbeza walaupun perkara yang dibincangkan itu sama. Contohnya, suatu

ketika dahulu perkataan aku jarang digunakan kerana rasanya keras dan tidak manis

didengar. Tetapi sekarang, rata-rata anak muda mengakukan diri mereka apabila

berkomunikasi dengan orang lain. Nilai rasa ini sudah menurun.

Merujuk kepada Makna Referensial pula, ia berbeza dengan Makna Nonreferensial.

Perbezaan antara makna referensial dengan makna nonreferensial bergantung pada ada atau

tidak referen bagi perkataan-perkataan berkenaan (Nik Safiah Karim, 2004). Apabila

perkataan mempunyai referen, maka perkataan tersebut mempunyai makna referensial.

Contohnya beg, kasut dan pakaian. Perkataan yang tidak mempunyai referen, seperti kerana,

namun, walaupun , tetapi dikenali sebagai makna nonreferensial. Perkataan yang termasuk

dalam kategori kata penuh seperti makan, tidur, cerdik, cantik tergolong sebagai perkataan

yang mempunyai makna referensial. Manakala perkataan yang tergolong sebagai kata tugas

seperti kata hubung, kata sendi nama dan kata bantu termasuk dalam perkataan

nonreferensial. Makna Leksikal pula adalah perkataan leksikal yang diterbitkan daripada

istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ialah

leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna ( Ibrahim Ahmad, 1994). Makna leksikal

Page 8: 81289043-Assignment-HBML-3303

bermaksud makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referennya, makna yang

sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne Lehrer, 1992).

Makna leksikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak hanya terdiri

daripada kata sahaja, tetapi juga terdiri daripada beberapa kata. Contohnya, kambing hitam.

Makna kambing hitam bukan merupakan gabungan makna kambing dan makna hitam, tetapi

memiliki makna yang tersendiri iaitu ‘orang yang dipersalahkan’. Maka jelas bahawa makna

tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata pembentuknya, maka perkataan ‘kambing hitam’

dikatakan mempunyai makna idiomatis ataupun lebih dikenali sebagai makna gramatikal

(Kushartanti et.al., 2005).

d) Makna stilistik

Makna stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana sesuatu ujaran itu berlaku.

Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata yang dilafazkan. Daripada

makna stilistik ini, kita dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografis penutur,

hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka atau pun kita dapat

mengetahui bahasa yang digunakan itu adakah loghat, dialek atau bahasa baku. (Robert

Sibarani et.al., 2003). Pertama, fitur atau ciri tetap stilistik boleh dilihat daripada bahasa yang

dituturkan oleh individu itu, dialek yang digunakan, dan tempoh masa ia dituturkan. Kedua,

wacana yang dibahagikan kepada dua bentuk iaitu, media (samada yang dituturkan, ditulis

dan sebagainya), dan penglibatan (dialog atau monolog). Ketiga, fitur sementara stilistik yang

dipecahkan kepada, laras (bahasa undang-undang, sains, perubatan), status ( bahasa diraja,

slanga, jargona), dan modalitas (bahasa syarahan, berjenakan, ceramah dan sebagainya).

Konteks memainkan peranan penting dalam perbualan antara penutur dengan pendengar.

Dialek, slanga, jargona, atau status seseorang dapat menentukan siapa orang itu, atau orang

ini. Contohnya ayat ini, Hoi, mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. Benci sunggung aku

melihat muka kau!- Dalam konteks ini, kita mestilah boleh membuat kesimpulan terhadap

penutur bahawa penutur itu seorang yang pemarah, tidak penyabar, perungus, atau mungkin

kita boleh memastikan status seseorang itu. Namun penilaian kita berbeza apabila terhadap

ujaran yang positif. Contoh, ‘rasalah masakan yang dimasak oleh ibu saya ”. Dalam konteks

ini kita boleh membuat kesimpulan terhadap penutur, bahawa penutur seorang yang baik hati,

dan pemurah. Jadi penggunaan bahasa ketika kita berkomunikasi dapat menentukan siapa

penuturnya, status, dan latar belakang penutur, loghat, aksen (tekanan suara pada kata atau

Page 9: 81289043-Assignment-HBML-3303

suku kata), dialek, pangkat dan sebagainya yang mampu mencerminkan kedudukannya dalam

masyarakat, keluarga yang baik-baik, berstatus tinggi dan berpelajaran tinggi.

e) Makna Afektif’

Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya berfikir

(Kamus Linguistik, 1997). Kita dapat membuat rumusan berdasarkan ucapan yang

disampaikan berdasarkan nada, intonasi, dan tekanan yang memungkinkan kita membuat

interpretasi tentang apa yang diucapkan dan kepada siapa diucapkan. Perasaan seseorang

penutur, termasuk sikap penutur terhadap pendengar atau terhadap sesuatu yang ingin

disampaikan dapat diperjelaskan dengan baik. Perasaan yang muncul itu mungkin positif dan

mungkin juga negatif. Kata jujur, ikhlas, baik hati, bijaksana akan menimbulkan kata afektif

yang positif, sedangkan korupsi, kolusi menimbulkan makna afektif yang negatif

(Kushartanti et.al., 2005). Makna afektif biasanya disampaikan melalui saluran konotatif atau

konseptual sesuatu perkataan. Contohnya, Hoi, mangkuk hayun! Berambuslah dari sini.

Benci sungguh aku melihat muka kau!. Apabila ayat ini diujarkan dengan nada yang tinggi,

kita pasti dapat mengenalpasti dengan tepat perasaan penutur ketika itu. Maka faktor intonasi,

tinggi rendah suara juga merupakan elemen yang sangat penting kerana ia merupakan salah

satu cara kita menyampaikan buah fikiran yang boleh menunjukkan samada kita ‘suka’ atau

‘tidak suka’ kita pada seseorang. Nada sesuatu ujaran boleh mengubah perasaan atau

penerimaan terhadap orang lain. Makna afektif juga berperanan penting dalam menyusun teks

iklan (Kushartanti et.al., 2005). Contohnya, ’Teh nikmat berkhasiat’. Nikmat dan khasiat

mempunayi nilai rasa yang positif, kerana kata nikmat dan khasiat menimbukan asosiasi dan

perasaan positif.

f) Makna Tematik

Tematik bermaksud ‘apa yang dikomunikasikan’ dan isi yang hendak disampaikan

dalam mesej. Makna tematik ini boleh disampaikan melalui susunan bunyi, susunan kata,

fokus dan tekanan. Contohnya, ayat aktif dan ayat pasif. Contoh ayat,

i) Ibu membeli kuih.(Ayat aktif)

ii) Kuih dibeli oleh ibu.(Ayat pasif)

Page 10: 81289043-Assignment-HBML-3303

Kedua-duanya mempunyai nilai komunikasi yang berbeza. Bagi ayat aktif, soalannya ialah,

siapa yang membeli kuih?. Tetapi bagi ayat pasif pula, soalannya ialah, ibu membeli apa?-

Makna tematik terletak pada pilihan kita sendiri berdasarkan minat, sikap, latar belakang,

tekanan emosi dan sebagainya. Tekanan boleh menukar makna. Keadaan ini berlaku apabila

penutur mahu menegaskan mana-mana perkataan dalam mana-mana kontruksi (susunan dan

kedudukan kata-kata dalam ayat atau rangkai kata) ( Kamus Dewan, 2005). Selain tekanan,

panjang pendek perkataan juga memainkan peranan yang penting. Contohnya bahasa yang

digunakan oleh syarikat pengiklanan untuk mempromosikan sesuatu barangan atau produk.

Contohnya,

Caaaakap banyak, baayar kurang!

Ayat ini boleh mengubah dan mempengaruhi orang yang mendengarnya sekaligus dapat

mengubah penerimaan orang terhadap sesuatu barangan atau individu.

g) Makna Asosiatif

Menurut Leech (1976), makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata

dengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna afektif,

makna refleksi dan makna kolokatif. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan

yang lain), perhubungan dan pertalian (Kamus Linguistik, 1997). Menurut Setiawati

Dermojuwono, makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang

apabila mendengar perkataan tertentu ( Kushartanti, et.al., 2005).Asosiasi ini dipengaruhi

unsur-unsur psikis,pengetahuan dan pengalaman seseorang.Makna asosiatif biasanya dikaji

dalam bidang psikolinguistik (Soenjono Dardjowidjojo, 2003). Makna asosiasi ini sebenarnya

sama dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai

kemiripan dengan sifat, keadaan, atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan

tersebut. Contohnya, perkataan ‘buaya’ dikaitkan dengan ‘jahat’ atau ‘ganas’ atau

membawa erti seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Begitu juga dengan

kata ‘mawar’ yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga yang kuning tetapi cantik dan

berbau harum dinyatakan untuk perlambangan ‘bersih’ dan ‘suci’. Hal ini bermakna sesuatu

yang berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif, stilistik, afektif, reflektif dan

kolokatif. Contohnya makna konotatif termasuk dalam makna asosiatif kerana kata-kata

tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu. Makna afektif pula lebih

Page 11: 81289043-Assignment-HBML-3303

terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaan atau emosi pembicara

terhadap lawan bicara atau terhadap objek yang dibicarakan dan disampaikan dengan penuh

semangat, nada dan intonansi.

Terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat bahasa kerana

pengalaman, lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama.Makna asosiatif turut

memainkan peranan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja makna referensial

sahaja yang mesti ditonjolkan. Makna asosiatif memainkan peranan yang penting untuk

pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat makna-makna kata

sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. Interpretasi bagi sebuah puisi tidak dapat

dipisahkan dari makna asosiatif kerana interpretasi puisi menjadi lebih mudah apabila

seseorang itu memahami makna asosiatif. ( Kushartanti et.al., 2005)

h) Makna Etimologis

Makna etimologis berkaitan dengan asal-usul kata dan perubahan makna kata dilihat

dari aspek sejarah kata. makna etimologis suatu kata mencerminkan perubahan yang terjadi

dengan kata tertentu. Melalui perubahan makna kata, kita dapat menyelusuri perubahan nilai,

norma, keadaan sosiopolitik, dan ekonomi masyarakat. Perubahan makna kata boleh

menyempit atau meluas (Kushartanti et.al., 2005). Contohnya perkataan ‘berkhalwat’.

Perkataan ini pada asalnya membawa maksud mengasingkan diri untuk menenangkan fikiran.

Tetapi perkataan ini telah disempitkan mencakupi makna duduk berdua-duaan lelaki dan

perempuan dalam keadaan yang sumbang di tempat yang terpencil dan tersembunyi.

Contohnya. “Muhaiza dituduh berkhalwat dengan seorang lelaki di pangsapuri miliknya

semalam”. Selain terjadi penyempitan dan peluasan makna, nilai rasa makna sesuatu kata

juga dapat berubah dari negatif kepada positif atau sebaliknya.

Page 12: 81289043-Assignment-HBML-3303

KONSEP LOGIK

Logik merupakan satu perkataan yang berasal daripada perkataan greek iaitu ‘logos’

yang bermaksud fikiran, idea, hujah, alasan atau prinsip. Logik merupakan satu pengajian

tentang prinsip-prinsip kesahihan tentang sesuatu sama ada diketahui secara tidak langsung

iaitu inferens ataupun sesuatu yang diketahui setelah dijalankan kajian iaitu demonstrasi.

Logik merujuk kepada turutan cara mendapatkan sesuatu rumusan berasaskan kepada

beberapa andaian kukuh. Logik juga turut digunakan dalam elektronik digital. Tingkah laku

litar digital biasanya diputuskan melalui penggunaan litar-litar logik yang dipanggil get logik.

Walau bagaimanapun, dalam bidang sematik, ‘makna logik’ pula merupakan makna yang

ditinjau dari sudut kebenaran iaitu makna yang dapat diterima oleh akal manusia.

Secara realitinya, sesuatu bahasa tidak mempunyai unsur logikal tetapi bahasa itu

dapat digunakan sebagai bahan atau media untuk berfikir secara logik. Dalam bidang

sematik, sesuatu ungkapan bahasa boleh dikatakan mempunyai makna logik atau tidak logik.

Dalam kehidupan harian, pertuturan atau penggunaan bahasa kita akan dikatakan sebagai

‘logik’ atau ‘logikal’, sekiranya ia menunjukkan suatu perilaku yang boleh diterima akal atau

dapat masuk akal ataupun ia adalah bersesuaian dengan kebiasaan dan kebudayaan setempat

atau umum.

Sebagai contoh ayat yang logik dan tidak logik dapat dilihat seperti berikut:

(i) Matahari terbenam di sebelah timur

( tidak logik dan tidak masuk akal)

(ii) Matahari terbenam di sebelah barat

( logik dan diterima akal)

Ayat (i) dikatakan tidak betul dan tidak logik kerana pernyataan dalam ayat tersebut

dikatakan telah melanggar kebiasaan umum. Hal ini kerana secara kebiasaannya matahari

terbenam di sebelah barat dan bukan di sebelah timur. Oleh itu, ayat tersebut dikatakan

sebagai tidak masuk akal, maka ayat tersebut dikatakan sebagai satu pernyataan ayang tidak

Page 13: 81289043-Assignment-HBML-3303

logik. Ayat kedua dirasakan lebih logik dan diterima akal kerana secara umumnya dapat

diterima masyarakat bahawa matahari terbenam di sebelah barat.

Menurut Jos Daniel Parera (1999), sesuatu penyataan itu adalah ‘logik’ atau ‘tidak

logik’ sekiranya kita mampu menghubungkan satu gagasan dan satu konsep gagasan dengan

gagasan atau konsep yang lain.

(i) Orang itu kelaparan dan makan batu

( ayat diatas dikatakan tidak logik kerana hubungan antara ungkapan ‘makan’ dan ‘batu’

adalah bersifat tidak logik.)

(ii) Orang itu kelaparan dan makan nasi

( ayat diatas dikatakan logik kerana ‘nasi’ termasuk dalam kategori makanan manusia.)

Dalam ayat (i) di atas, kita tidak dapat menentukan bahawa konsep batu (stone) itu

logik atau tidak logik. Hal ini kerana konsep ‘batu’ itu tidak ada hubungan dengan logik atau

tidak logik. Akan tetapi masalah dari segi ‘logikal makna’ akan muncul sekiranya kita

menghubungkan perkataan ‘batu’ dengan konsep atau gagasan yang lain. Ayat (i) diatas

dikatakan tidak logik kerana hubungan antara ungkapan ‘makan’ dan ‘batu’ adalah bersifat

tidak logik tetapi ayat (ii) diatas dikatakan logik kerana ‘nasi’ termasuk dalam kategori

makanan manusia.

Oleh itu, dalam aspek berbahasa, kita perlu mengutamakan makna logikal. Hal inilah

yang dikatakan sebagai logikal dalam berbahasa. Terdapat beberapa syarat dalam logikal

berbahasa iaitu logikal berbahasa mestilah dapat memenuhi tututan pemikiran yang

sistematik dan memenuhi unsur-unsur logikal. Dalam logikal berbahasa juga kita harus

memenuhi hubungan antara konsep-konsep yang ditautkan disamping tidak boleh

menimbulkan kontradiksi.

Sebagai contoh:

(i) Bayi itu memanjat pokok kelapa untuk memetik buah kelapa

(tidak logik dan tidak masuk akal)

Page 14: 81289043-Assignment-HBML-3303

(ii) Remaja itu memanjat pokok kelapa untuk memetik buah kelapa

(logik dan dapat diterima akal oleh masyarakat)

Ayat (i) di atas dikatakan tidak logik kerana tindakan ‘bayi’ yang memanjat pokok kelapa

adalah perbuatan yang langsung tidak masuk akal. Maka, konsep bayi tidak mempunyai

hubungan logik makna apabila ditautkan dengan gagasan ‘memanjat pokok kelapa’.

Sebaliknya, ayat (ii) dikatakan lebih logik berbanding ayat (i) itu. Ini menunjukkan bahawa

konsep ‘logik dan makna’ amat penting dalam berbahasa. Sesuatu penyataan atau ayat akan

menjadi tidak logik sekiranya ia tidak diterima akal oleh masyarakat.

APLIKASI HUBUNGAN MAKNA DAN LOGIK BAGI MENJELASKAN MAKNA

DALAM BAHASA

Dalam prinsip makna logik, penggunaan dan pemilihan kata di dalam sesebuah

ungkapan atau ayat adalah penting demi menghasilkan pernyataan yang logik serta diterima

masyarakat. Sekiranya penggunaan kata yang tidak bersesuaian akan menjejaskan makna

ayat tersebut dan boleh mendatangkan masalah kurang logikal.

Sebagai contoh:

(i) Kucing itu mengejar anjing

( tidak logik dan sukar diterima akal kerana kebiasaaannya anjing yang mengejar kucing

ataupun anjing berlari lebih pantas daripada kucing )

(ii) Kucing itu mengekor anjing

( logik dan diterima masyarakat kerana mungkin seekor kucing itu berjalan atau berada di

belakang anjing)

Ayat (i) di sebelah adalah tidak logik dan sukar diterima akal oleh sesetengah pihak

kerana secara kebiasaannya adalah anjing yang mengejar kucing ataupun anjing adalah

berlari lebih pantas daripada kucing. Maka, ayat (i) dikatakan terdapat unsur yang kurang

logik dan kurang diterima sebagai ayat yang logik. Sebaliknya, masyarakat lebih senang

menerima ayat (ii), iaitu kucing itu mengekor anjing kerana mungkin seekor kucing itu

berjalan atau berada di belakang anjing tersebut.

Page 15: 81289043-Assignment-HBML-3303

Ayat yang mempunyai tahap logikal yang lebih tinggi dan lebih senang diterima oleh

masyarakat dianggap sebagai suatu ayat yang logikal dan gramatikal.

Sebagai contoh:

(i) Jika Ahmad bujang, maka dia tidak pernah berkahwin.

(ii) Jika Asmah berlari ke rumah, maka dia pergi ke rumah.

(iii) Jika lelaki itu berkahwin dengan wanita itu, maka wanita itu adalah isterinya.

Ayat (i) di atas dianggap sebagai ayat yang berunsur logikal. Hal ini disebabkan

‘Ahmad’ yang masih bujang itu secara logiknya boleh dianggap sebagai dia tidak pernah

berkahwin dengan sesiapapun sebelum ini. Disamping itu, pernyataan dalam ayat (ii) di atas

juga boleh diterima sebagai ayat yang logikal. Manakala pernyataan ayat (iii) yang

menyatakan “ Jika lelaki itu berkahwin dengan wanita itu, maka wanita itu adalah isterinya”.

Pernyataan ini juga secara langsungnya dapat diterima oleh logik akal manusia sebagai ayat

yang logik dan benar. Oleh itu ayat (i), (ii), dan (iii) di atas dikatakan sebagai ayat yang logik

dari segi penjelasan ataupun maknanya. Sebaliknya sesuatu ayat tidak dianggap sebagai ayat

yang logikal jika sesuatu ayat tersebut akan menimbulkan satu persoalan atau kecurigaan.

Sebagai contoh:

(i) Jika Amy memukul Iera, maka Iera telah memukul Amy terlebih dahulu.

Ayat (i) di atas tidak dianggap sebagai ayat yang logikal. Hal ini adalah disebabkan

ayat tersebut akan menimbulkan suatu persoalan atau kecurigaan iaitu jika Amy memukul

Iera, tidak semestinya adalah Iera yang telah memukul Amy terlebih dahulu. Dengan itu akan

menyebabkan kita merasa ragu-ragu terhadap pernyataan yang dikemukakan itu. Maka, ayat

ini telah menjadi tidak logik dari segi penjelasannya dan kurang diterima oleh pengguna.

Page 16: 81289043-Assignment-HBML-3303

CADANGAN PENGGUNAAN KONTEKS YANG SESUAI BAGI MENGATASI

MASALAH KEKABURAN MAKNA.

Kekaburan makna muncul kerana adanya penafsiran yang tidak pasti terhadap makna

kata atau frasa tertentu. Contohnya lukisan Anita. Pernyataan ini dapat dimaknakan sebagai

(1) lukisan yang dilukis oleh Anita; (2) lukisan yang dilukis oleh orang lain tetapi telah

dimiliki oleh Anita; (3) lukisan yang menggambarkan wajah Anita; atau bahkan (4) lukisan

yang akan diberikan pada orang bernama Anita dan lukisan itu tidak dilukis oleh Anita, tidak

dibeli oleh Anita, belum dimiliki oleh Anita dan tidak juga menggambarkan wajah Anita.

Kekaburan makna juga dapat muncul karena (1) struktur fonetik; (2) faktor gramatikal; dan

(3) faktor leksikal.

Konteks dan Kesan Konteks

Dalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting (Leech,

Semantics, 1974). Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketika kita rasa bingung akan

makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya maklumat kontekstual. Dengan

mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai dapat dielakkan, walaupun

ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau tulisan kita. Misalnya, dalam

ujaran, Kamal! Kambing!, makna yang hendak disampaikan ialah ‘Kamal, tolong halau

kambing – kambing itu’ yang mungkin mahu masuk ke dalam kebun, rumah, atau tempat,

bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan.

Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan

makna. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu – satu

ujaran atau tulisan. Misalnya, untuk membezakan golongan kata untuk menentukan makna,

seperti dalam kata ‘bilas (basuh / cuci)’ sebagai kata kerja dan ‘bilas (kabur)’ sebagai kata

adjektif, konteks amat perlu.

Page 17: 81289043-Assignment-HBML-3303

Konteks juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim. Umpamanya, untuk

membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar kerana tergosok,

kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut. Mungkin, dalam ayat ini

‘Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah’ maknanya ialah rasa dahaga.

Dalam hal ini, Wittgenstein dalam bukunya Philosophical Investigations (1953), yang

juga seorang ahli falsafah yang terkenal, pernah dengan tegas menyatakan bahawa makna

kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya, atau dalam konteks

penggunaannya. Demikian juga Ullmann berhujah bahawa makna perkataan hanya dapat

ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya.

Oleh itu, makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks pengunaan perkataan

atau ayat dalam ujaran atau tulisan. Misalnya, ujaran kata ‘cantik’, amat kabur maknanya,

kecuali dinyatakan dalam satu konteks seperti diucapkan untuk memberitahu orang lain akan

kecantikan seseorang atau pandangan, benda dan sebagainya, atau untuk memberi

penghargaan atau pujian terhadap sesuatu perbuatan seperti menjaringkan gol dalam

permainan bola sepak. Dalam kedua – dua situasi tadi, kata ‘cantik’ memang tidaklah sama.

Dengan yang demikian menjadi nyata bahawa perkataan memperlihatkan makna yang

berbeza – beza ketika digunakan dalam pelbagai situasi sosial oleh manusia.

Melalui pendefinisian yang dibuat oleh Sperber dan Wilson dalam Nor Hashimah Hj.

Jalaluddin (1992), konteks ialah seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi

oleh pendengar. Ia tidak terhad kepada maklumat tentang persekitaran fizikal yang paling

dekat dan ujaran terdahulu yang paling hampir. Konteks dapat juga melibatkan masa depan,

hipotesis saintifik atau kepercayaan keagamaan, kenangan lucu, andaian am tentang budaya

dan kepercayaan terhadap pemikiran penutur. Kesemuanya memainkan peranan dalam

interprestasi ujaran.

Page 18: 81289043-Assignment-HBML-3303

Dalam menjamin proses interprestasian ujaran secara berkesan, pemilihan konteks

haruslah dikembangkan dengan menggunakan (salah satu atau kesemuanya) tiga cara iaitu,

melihat ke arah ujaran, melihat ke arah alam persekitaran dan merujuk kepada catatan

ensiklopedia bagi perkataan-perkataan yang telah digunakan dalam ujaran dan konteks. Harus

diingati juga bahawa perkembangan konteks dengan ketiga-tiga cara ini tidak akan berhasil

sekiranya pendengar tidak memastikan sama ada konteks yang dipilih adalah sama dengan

apa yang ingin disampaikan oleh penutur. Oleh itu andaian yang dicerna oleh pendengar

perlulah sesuai bagi melahirkan andaian awalan bagi pendengar. 

Andaian awalan atau lebih tepat dirujuk sebagai kesan konteks amat penting bagi

menghuraikan proses pemahaman sesuatu ujaran. Semasa proses perbualan, proses

penggabungan atau penguatan atau pengguguran konteks akan dikemukakan oleh pendengar

dengan andaian awalan yang ada untuk menghasilkan kesan konteks. 

Penggabungan dimaksudkan menggabungkan maklumat baru dan konteks bagi menghasilkan

kesan konteks. Contoh (3), peristiwa konteks:

(i) Aminah berandaian jika hari tidak hujan, dia akan pergi menoreh getah.

Apabila Aminah mahu dari keluar rumah dia mendapati:

(ii) Hari Hujan.

Daripada andaian yang wujud dalam (i) dan maklumat baharu (ii), Aminah dapat

merumuskan beberapa lanjut yang tidak boleh dirumuskan sama ada daripada andaian yang

sedia ada, iaitu (i) atau maklumat baharu (ii) untuk merumuskan (iii), iaitu:

(iii) Aminah tidak pergi menoreh getah.

Seterusnya penguatan dimaksudkan dengan menguatkan lagi andaian yang telah sedia

ada. Contoh (4), peristiwa konteks:

Aminah sedang menoreh getah dan terdengar sesuatu bergerak dalam semak di belakangnya.

Aminah membuat andaian yang bergerak dalam semak itu:

(i) Seekor ayam hutan. 

Apabila disergah oleh Aminah, didapati yang keluar dari semak itu ternyata:

Page 19: 81289043-Assignment-HBML-3303

(ii) Seekor ayam hutan.

Dengan ini, (ii) memperkuatkan atau mengesahkan andaian awal yang terbentuk.

Semakin banyak andaian yang dapat diperkuatkan, semakin relevanlah ujaran tersebut.

Manakala pengguguran pula dimaksudkan dengan pengguguran andaian yang telah sedia ada

apabila berlaku pertentangan maklumat. Contoh (5), peristiwa konteks:

Aminah sedang menoreh getah dan terdengar sesuatu bergerak dalam semak di belakangnya.

Aminah membuat andaian yang bergerak-gerak dalam semak itu:

(i) Seekor ayam hutan. 

Apabila disergah oleh Aminah, didapati yang keluar dari semak itu bukanlah seekor ayam

hutan tetapi seekor landak. Rupa-rupanya Aminah mendapati yang bergerak-gerak dalam

semak itu :

(ii) Seekor landak.

Maka dapat dilihat pada contoh (5) berlakunya pertentangan maklumat. Sperber dan

Wilson mendakwa jika maklumat baru adalah relevan dalam mana-mana konteks yang wujud

percanggahan, ini akan membawa kepada pengguguran andaian yang sedia ada. Sokongan

hujah di atas membawa kepada kesimpulan bahawa semakin mewah kesan konteks sesuatu

andaian itu miliki, maka ujaran dan andaian itu pasti bertambah relevan.

Usaha Memproses

Usaha memproses merupakan usaha pendengar memproses sesuatu maklumat agar

maklumat tersebut relevan dengan pemahamannya ketika menginterpretasikan sesuatu ujaran.

Secocok dengan usaha tersebut maka penutur haruslah memastikan ujaran yang dituturkan

olehnya mudah dan senang diproses oleh pendengar. Semakin rendah kegiatan memproses

maklumat, maka semakin relevanlah sesuatu ujaran tersebut. Teliti contoh (6):

(i) Ayah saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

(ii) Ayah saya bekerja sebagai guru.

Page 20: 81289043-Assignment-HBML-3303

Di antara ujaran (i) dan (ii) kita dapati bahawa ujaran (ii) mudah diproses berbanding

dengan ujaran (i). Ini kerana dalam ujaran (ii) pendengar mungkin sukar untuk memproses

maklumat tepat tentang pekerjaan sebagai kakitangan kerajaan berbanding ujaran (i) yang

memperuntukkan maklumat tepat tentang pekerjaan sebagai guru. Proses yang mudah dalam

mengendalikan sesuatu maklumat seharusnya diutamakan oleh penutur agar kerelevanan

dalam sesuatu ujaran dapat dijamin berada pada tahap yang tinggi.

Tiga gagasan utama dalam teori relevans telah pun dibincangkan secara ringkas.

Konteks, kesan konteks dan usaha memproses tidak akan lengkap sekiranya tidak disertai

oleh subgagasannya seperti yang dinyatakan pada awal perbincangan pengenalan teori

relevans iaitu pengayaan, pemilihan rujukan dan penyahtaksaan maklumat. 

Secara ringkasnya pengayaan ialah maklumat tambahan yang perlu disediakan oleh

penutur sekiranya maklumat yang asal tidak lengkap. Pemilihan rujukan pula bermaksud

penutur dituntut memastikan penerima ujarannya membuat pemilihan rujukan yang tepat

supaya orang yang dirujuk dalam perbualan itu merujuk kepada orang yang sama seperti

yang dimaksudkan oleh si penutur. Manakala penyahtaksaan ialah usaha yang dilakukan oleh

penutur bagi memastikan ujarannya tidak mengandungi unsur-unsur yang kabur ketika

menyampaikan sesuatu maklumat.

Ganti Nama

Contoh huraian aplikasi dalam menyelesaikan kekaburan masalah yang timbul dalam

ganti nama Dia:

“Ada juga kes yang kedua-dua ganti nama dia( dia [+manusia] , dia [-manusia] diujarkan

dalam satu ujaran, di sini akan wujud kekaburan makna dalam erti kata dia yang akan

merujuk kepada ganti nama ketiga [+manusia] dan yang [ -manusia ]. Contoh:

Page 21: 81289043-Assignment-HBML-3303

A: Untuk budak besar ni.

B: Yang nilah. – Dia ke nak pakai … yang ni padan terailah tak apa, kain dia tahan 

ni. 

Dua dia wujud serentak. Untuk mengatasi masalah ini, sekali lagi ilmu semantik dan

pragmatik diperlukan. Ilmu semantik akan memberi bentuk logik bagi ganti nama dia dan

ilmu pragmatik akan mengisi lompang-lompang tersebut dengan maklumat bukan linguistik.

Kata dia yang pertama, sudah tentulah merujuk kepada manausia kerana ada

pertanyaan seperti ‘dia ke nak pakai’. Hanya manusia yang tahu memilih untuk memakai dan

bukannya benda yang tidak bernyawa. Kebetulan pembeli menunjukkan orang ketiga yang

terlibat untuk dicarikan pakaian yang sesuai. Jadi rujukan bagi ganti nama itu lebih sesuai dan

tepat.

Sementara bagi dia yang kedua berlainan pula halnya. Kali ini penjual tidak merujuk

kepada budak tadi sebagai penutur yang ketiga tetapi kepada jenis kain yang dijual.

Ungkapan ‘kain dia tahan’ jelas menunjukkan jenis dan corak kain yang dijual. Dia di situ

bukan merujuk kepada kain kepunyaan budak itu kerana kain itu masih menjadi milik penjual

dan penjual masih lagi mencuba meyakinkan pembeli tentang mutu barang di kedainya. Jadi,

sudah tentu kain itulah yang menjadi rujukan pertama.

Page 22: 81289043-Assignment-HBML-3303

RUJUKAN

1. Abdullah Hassan, 1992. Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka &

2. Kementerian Pelajaran Malaysia

3. Abdul Chaer, 1990. Pengantar Semantik Bahasa Indonesia. Jakarta: PT Rineka Cipta.

4. John Lyons (1993). Pengenalan linguistik teoris (Abdullah Hassan, Rogayah abdul

Razak &

5. Wan Zailena Mohd.Nordin, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

6. dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Mansoer Pateda. 1995. Kosakata dan pengajarannya. Indonesia: Penerbit Nusa Indah.

9. Ruth M. Kempson (1991). Teori Semantik (Zaiton Ab. Rahman, Terjemahan). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Nor Hashimah Hj. Jalaluddin. (1992). Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11. Nor Hashimah Hj. Jalaluddin. (1995). Bahasa Jual -Beli dalam Perniagaan Runcit:

Satu Analisis Semantik dan Pragmatik. Tesis Ph.D., Pusat Bahasa, Universiti Malaya,

Kuala Lumpur.

12. Nor Hashimah Hj. Jalaluddin. (2003). Bahasa dalam Perniagaan: Satu Analisis

Semantik dan Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13. S.Nathesan. (2001). “Semantik dalam Bahasa Melayu: Satu Pandangan

Komprehensif.” dalam Dewan Bahasa, 1(9), 21-28

14. “Semantik”, http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/semantik/semantik.htm