benih cendawan pelet kayu: kaedah alternatif penginokulasian...

7
59 Buletin Teknologi MARDI Bil. 18 (2020) : 59 – 65 Benih cendawan pelet kayu: Kaedah alternatif penginokulasian cendawan (Wood pellet spawn: An alternative method of mushroom inocullation) Khairul Asfamawi Khulidin, Ganisan Krishnen, Rosli Mohd Abu dan Syaliyana Khairudin Pengenalan Ramai yang tidak mengetahui bagaimana penanaman cendawan dilakukan. Ramai yang mengetahui cendawan mudah dicari dan dikutip kerana tumbuh meliar di kawasan ladang kelapa sawit, ladang getah ataupun di dalam hutan. Adakalanya cendawan dijual di tepi jalan serta pasar tani. Cendawan kukur, cendawan susu harimau, cendawan busut dan cendawan volvariella adalah antara cendawan yang ditemui (Gambar 1 dan Gambar 2). Namun begitu, bukan semua cendawan boleh diperoleh sepanjang masa kerana pertumbuhan cendawan bergantung kepada faktor persekitaran dan cuaca. Melalui pembangunan dan penyelidikan (R&D), cendawan kini boleh ditanam menggunakan bahan buangan pertanian seperti habuk kayu getah, jerami padi dan hampas tandan kelapa sawit sebagai medium pertumbuhan. Secara tidak langsung, cendawan boleh diperoleh dengan mudah dan banyak tanpa menunggu peredaran musim (tanaman tanpa musim). Benih cendawan Kebanyakan benih cendawan yang terdapat di pasaran dihasilkan menggunakan bijirin seperti bijirin gandum yang bertindak sebagai medium pembawa yang mempunyai nilai nutrisi untuk pertumbuhan miselium cendawan. Pelbagai jenis bijirin seperti sekoi, kaskas, sorgum, biji jagung dan padi sering digunakan sebagai medium pembawa untuk penghasilan benih cendawan. Jerami padi dan hampas kapas tidak terkecuali dalam penghasilan benih cendawan (Gambar 3). Namun begitu, penggunaan bijirin gandum adalah disyorkan disebabkan mudah diperoleh dan harganya yang lebih murah berbanding dengan bahan lain. Benih cendawan berbentuk bijirin diinokulasikan ke dalam beg medium untuk pertumbuhan cendawan. Penginokulatan benih cendawan ke dalam beg medium memerlukan pengamatan dan kemahiran supaya tidak berlaku pencemaran dan pembaziran. Justeru, satu kaedah penginokulasi yang mudah digunakan dengan menggantikan benih cendawan bijirin kepada benih cendawan dalam bentuk pelet (wood dowel) telah dihasilkan.

Upload: others

Post on 03-Dec-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Benih cendawan pelet kayu: Kaedah alternatif penginokulasian cendawanebuletin.mardi.gov.my/buletin/18/Khairul Asfamawi.pdf · 2020. 5. 19. · Benih cendawan dalam bentuk bijirin

59

Buletin Teknologi MARDI Bil. 18 (2020) : 59 – 65

Benih cendawan pelet kayu: Kaedah alternatif penginokulasian cendawan(Wood pellet spawn: An alternative method of mushroom inocullation)

Khairul Asfamawi Khulidin, Ganisan Krishnen, Rosli Mohd Abu dan Syaliyana Khairudin

PengenalanRamai yang tidak mengetahui bagaimana penanaman cendawan dilakukan. Ramai yang mengetahui cendawan mudah dicari dan dikutip kerana tumbuh meliar di kawasan ladang kelapa sawit, ladang getah ataupun di dalam hutan. Adakalanya cendawan dijual di tepi jalan serta pasar tani. Cendawan kukur, cendawan susu harimau, cendawan busut dan cendawan volvariella adalah antara cendawan yang ditemui (Gambar 1 dan Gambar 2). Namun begitu, bukan semua cendawan boleh diperoleh sepanjang masa kerana pertumbuhan cendawan bergantung kepada faktor persekitaran dan cuaca. Melalui pembangunan dan penyelidikan (R&D), cendawan kini boleh ditanam menggunakan bahan buangan pertanian seperti habuk kayu getah, jerami padi dan hampas tandan kelapa sawit sebagai medium pertumbuhan. Secara tidak langsung, cendawan boleh diperoleh dengan mudah dan banyak tanpa menunggu peredaran musim (tanaman tanpa musim).

Benih cendawan Kebanyakan benih cendawan yang terdapat di pasaran dihasilkan menggunakan bijirin seperti bijirin gandum yang bertindak sebagai medium pembawa yang mempunyai nilai nutrisi untuk pertumbuhan miselium cendawan. Pelbagai jenis bijirin seperti sekoi, kaskas, sorgum, biji jagung dan padi sering digunakan sebagai medium pembawa untuk penghasilan benih cendawan. Jerami padi dan hampas kapas tidak terkecuali dalam penghasilan benih cendawan (Gambar 3). Namun begitu, penggunaan bijirin gandum adalah disyorkan disebabkan mudah diperoleh dan harganya yang lebih murah berbanding dengan bahan lain. Benih cendawan berbentuk bijirin diinokulasikan ke dalam beg medium untuk pertumbuhan cendawan. Penginokulatan benih cendawan ke dalam beg medium memerlukan pengamatan dan kemahiran supaya tidak berlaku pencemaran dan pembaziran. Justeru, satu kaedah penginokulasi yang mudah digunakan dengan menggantikan benih cendawan bijirin kepada benih cendawan dalam bentuk pelet (wood dowel) telah dihasilkan.

Page 2: Benih cendawan pelet kayu: Kaedah alternatif penginokulasian cendawanebuletin.mardi.gov.my/buletin/18/Khairul Asfamawi.pdf · 2020. 5. 19. · Benih cendawan dalam bentuk bijirin

60

Gambar 2. Cendawan susu harimau yang ditanam di ladang usahawan tempatan, En. Nabil Sanusi, Nas Agro Farm, Jenderam Hulu, Selangor (kiri) dan ubi cendawan yang digunakan sebagai produk nutraseutikal (kanan)

Gambar 3. Benih cendawan dalam bentuk bijirin di mana jerami padi dan hampas kapas digunakan sebagai medium untuk penghasilan benih cendawan

Gambar 1. Pencarian cendawan volvariella di ladang kelapa sawit (kiri) dan jualan cendawan busut dan cendawan kukur di tepi jalan (tengah dan kanan)

Pelet kayu (wood dowel)Pelbagai bentuk dan saiz pelet kayu boleh digunakan dalam penghasilan benih cendawan (Gambar 4). Pelet kayu yang digunakan mesti bebas kimia. Penggunaan pelet kayu dilihat sebagai satu alternatif penginokulasi benih cendawan yang mudah dan efisien. Jarang sekali pelet kayu digunakan sebagai

Page 3: Benih cendawan pelet kayu: Kaedah alternatif penginokulasian cendawanebuletin.mardi.gov.my/buletin/18/Khairul Asfamawi.pdf · 2020. 5. 19. · Benih cendawan dalam bentuk bijirin

61

Gambar 5. Pelet kayu yang telah direndam (kiri) dan dituskan lalu diautoklafkan (kanan)

Gambar 4. Pelbagai bentuk pelet kayu yang boleh digunakan antaranya penyepit baju kayu, batang kayu dan dowel

bahan pembawa untuk penghasilan benih cendawan oleh pengusaha cendawan domestik. Ini disebabkan ketiadaan permintaan dan penghasilan benih cendawan menggunakan pelet kayu.

Penghasilan benih cendawan menggunakan pelet kayu sebagai pembawaPelet kayu perlu direndam dengan menggunakan air suling selama 2 – 3 jam untuk memastikan air meresap masuk ke dalam pelet kayu (Gambar 5). Jangkamasa rendaman bergantung kepada kebolehresapan kayu terhadap air. Lebihan air dibuang sehingga didapati tiada titisan air keluar daripada pelet kayu (separa basah). Pelet kayu yang separa basah diautoklafkan pada suhu 120 °C selama 20 minit (Gambar 5). Beberapa agar miselium cendawan induk bersaiz satu sentimeter persegi setiap satu diinokulat secara aseptik dan dieram selama 7 – 14 hari pada suhu 28 – 30 °C.

Page 4: Benih cendawan pelet kayu: Kaedah alternatif penginokulasian cendawanebuletin.mardi.gov.my/buletin/18/Khairul Asfamawi.pdf · 2020. 5. 19. · Benih cendawan dalam bentuk bijirin

62

Pelet kayu yang dipenuhi dengan miselium cendawan (Gambar 6) dalam kepadatan tinggi boleh diinokulasi sama ada ke dalam bongkah cendawan (beg medium cendawan) atau batang kayu untuk pertumbuhan cendawan (Gambar 7). Antara cendawan yang sering ditanam menggunakan batang kayu ialah cendawan shitake, cendawan lingzhi, cendawan kukur (sisir) serta cendawan tiram kelabu. Kaedah inokulasi menggunakan pelet kayu akan mengurangkan kuantiti penggunaan beg benih bagi setiap bongkah cendawan. Ini dapat mengurangkan kadar pencemaran yang akan merencatkan perkembangan miselium dan seterusnya pertumbuhan cendawan. Jangkamasa inokulasi benih cendawan didapati menjadi singkat dan teratur (Jadual 1) manakala kos benih untuk setiap suntikan adalah lebih rendah berbanding dengan penggunaan benih bijirin (Jadual 2). Secara amnya, penghasilan cendawan menggunakan benih cendawan pelet kayu menyamai dengan kaedah konvensional bijirin (Rajah 1). Justeru, penggunaan pelet kayu untuk penghasilan benih cendawan dilihat sebagai satu alternatif penginokulasian yang mudah dan ringkas.

Gambar 6. Pertumbuhan miselium cendawan kelihatan pada pelet kayu

Gambar 7. Perbezaan suntikan menggunakan pelet kayu (kiri) dan bijirin benih cendawan (kanan)

Page 5: Benih cendawan pelet kayu: Kaedah alternatif penginokulasian cendawanebuletin.mardi.gov.my/buletin/18/Khairul Asfamawi.pdf · 2020. 5. 19. · Benih cendawan dalam bentuk bijirin

63

Jadual 1. Perbandingan jangkamasa inokulasi benih

Bentuk benih cendawan Bilangan beg medium cendawan Masa (minit)Pelet kayu 500 160 ± 20Bijirin 500 250 ± 15

Jadual 2. Pengiraan kos penghasilan benih cendawan untuk setiap beg medium cendawan

Bentuk benih cendawan

*Harga beg benih (RM)

Kuantiti Bilangan beg medium cendawan setiap beg benih

Harga benih setiap beg medium cendawan (RM)

Pelet kayu 3.50 350 g 70 beg (5 g setiap beg)

0.05

Bijirin 10.00 1,000unit

1,000(1 pelet setiap beg)

0.01

*Harga beg benih termasuk kos penyediaan benih

50 6 3

149.1 6 2.32

51 6 2

145.7 6 1.86

59 6 251 6 2

32 6 230 6 1

121.1 6 2.32 121.1 6 1.72

71.2 6 2.02 68.6 6 1.36

C. tiram kelabu (b) C. tiram kelabu (p) C. tiram putih (b) C. tiram putih (p) C. kukur (b) C. kukur (p)

Jangkamasa penjanaan cendawan (hari)

Hasilan cendawan (gram per beg)

Rajah 1. Perbandingan hasilan cendawan terpilih antara benih pelet kayu (p) dan bijirin (b)

Page 6: Benih cendawan pelet kayu: Kaedah alternatif penginokulasian cendawanebuletin.mardi.gov.my/buletin/18/Khairul Asfamawi.pdf · 2020. 5. 19. · Benih cendawan dalam bentuk bijirin

64

PenghargaanPenulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengusaha cendawan, En. Nabil Sanusi, Nas Agro Farm, Jenderam Hulu, Selangor atas perkongsian ilmu serta sumbangan gambar penanaman cendawan susu harimau. Beliau berjaya menghasilkan produk kesihatan, Lignosus Alpha – O dan Lignosus Alpha – A berasaskan cendawan susu harimau.

BibliografiGanisan, K. (2011). Penghasilan benih cendawan tiram kelabu. Buletin Teknologi

Tanaman Bil. 8: 13 – 21Khairul Asfamawi, K., Aminuddin, H., Mohamad, A.M., Mohd Hassan, W. dan

Yasser, S.M. (2012). Manual Teknologi Penanaman Cendawan Tiram Kelabu. Serdang: MARDI

Khairul Asfamawi, K., Ahmad Fuad, B., Mohd Irwani Hafiz, S., Hafiz Aizat, Y., Mohd Nizam, M.N., Mohd Hafiz Fikri, H. dan Ahmad Safuan, B. (2017). Penggunaan batang kayu getah (log): Satu alternatif penanaman cendawan kukur. Buletin Teknologi MARDI Bil. 11: 57 – 65

Khairul Asfamawi, K., Ahmad Fuad, B., Mohd Irwani Hafiz, S., Hafiz Aizat, Y., Mohd Nizam, M.N., Mohd Hafiz Fikri, H. dan Ahmad Safuan, B. (2017). Beg medium sebagai asas penanaman cendawan kukur. Buletin Teknologi MARDI Bil. 11: 19 – 26

Khairul Asfamawi, K., Ahmad Fuad, Badrun, Mohd Irwani Hafiz, S., Hafiz Aizat, Y., Mohd Nizam, M.N., Mohd Hafiz Fikri, H., Ahmad Safuan, B. dan Badaruzzaman, M.N. (2017). Rubber wood log: An alternative split gill mushroom, Schizophyllum commune cultivation. MARDI Science and Technology Exhibition (MSTE), 18 – 19 Sept. 2017, MAEPS, Serdang

Khairul Asfamawi, K., Ganisan, K., Rosli, M.A., Ahmad Fuad, B., Mohd Hafiz Fikri, H. dan Syaliana, K. (2018). Pelet spawn: New approach ‘stack and stay’ for spawn inoculation. MARDI Science and Technology Exhibition (MSTE), 8 – 10 Okt. 2018, Ayer Keroh, Melaka

Khairul Asfamawi, K., Ganisan, K., Rosli, M.A. dan Syaliyana, K. (2019). Comparative study of ‘stick and stay’ pelet spawn on selected edible mushroom. Southeast Asia Vegetable Symposium, 9 – 11 Julai 2019, Melaka

RingkasanKualiti benih cendawan adalah faktor penting yang mempengaruhi hasil akhir pengeluaran cendawan. Kebanyakan benih cendawan adalah dalam bentuk bijirin. Biji gandum, sorgum dan biji jagung digunakan sebagai pembawa untuk pertumbuhan miselium cendawan. Inokulasi benih cendawan bijirin ke dalam beg medium merupakan proses penting. Proses penginokulasian memerlukan kemahiran dan tumpuan untuk mengelakkan pencemaran dan pembaziran dari segi masa dan bahan. Benih cendawan pelet boleh dihasilkan dengan menggunakan habuk kayu getah, jerami padi dan kayu sebagai pembawa. Ini menjadikannya satu bentuk yang kukuh dan mudah untuk dikendali dan diinokulasi berbanding dengan benih cendawan bijirin. Strain cendawan, Pleurotus pulmonaris, Pleurotus florida dan Schizophyllum commune dikulturkan pada pelet kayu untuk pertumbuhan miselium cendawan. Pelet kayu yang diselaputi miselium cendawan diinokulat ke dalam beg substrak. Kos penghasilan benih cendawan pelet kayu ialah 30% lebih rendah berbanding dengan pengeluaran benih cendawan secara bijirin. Inokulasi pelet kayu ke dalam substrak beg cendawan lebih mudah dan pantas dibandingkan dengan penggunaan bijirin. Tambahan pula, masa penginokulasian dapat

Page 7: Benih cendawan pelet kayu: Kaedah alternatif penginokulasian cendawanebuletin.mardi.gov.my/buletin/18/Khairul Asfamawi.pdf · 2020. 5. 19. · Benih cendawan dalam bentuk bijirin

65

dikurangkan sehingga 40% berbanding dengan kaedah konvensional. Teknologi penghasilan dan penggunaan benih cendawan pelet kayu di kalangan pengusaha cendawan tidak meluas. Justeru, penggunaan benih cendawan pelet dilihat sebagai satu alternatif penginokulasi yang mudah, efisien dan praktikal untuk penanam cendawan.

SummarySpawn quality is an important factor that affects the final yield in mushroom production. As most mushroom spawns are in the form of cereals, wheat grain, sorghum and corn seeds that are used as a carrier for growth of mushroom mycelium. Inoculation of the grain spawn into media bags is an essential process. This inoculation process requires skill and focus to avoid contamination and wastage of time and material. Pellet spawn can be made by using sawdust, rice straw or wood (dowel) as carrier. This makes it simple to hold and inoculate due to its firm form instead of using grain spawn. Strains of selected edible mushrooms such as Pleurotus pulmonaris, Pleurotus florida, Schizophyllum commune are cultivated with wood pellet for mycelia colonisation. Mycelium colonisation on pellet (pellet spawn) is used for inoculation into substrate bag. The cost of pellet spawn production is 30% cheaper in mass production instead of grain spawn. The inoculation of pellet spawn into mushroom bag substrate are relatively easier and faster compared to use of grain spawn. Moreover, innoculation time on each bag could be reduced up to 40% compared with the conventional method. The production and use of pellet spawn among mushroom growers are still rare. Due to this, the use of pellet spawn is seen as an easy innoculation alternative, efficient and practical to mushroom growers.

PengarangKhairul Asfamawi KhulidinPusat Penyelidikan Tanah, Air dan Baja, Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, SelangorE-mel: [email protected] Krishnen dan Syaliyana KhairudinPusat Penyelidikan Tanah, Air dan Baja, Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, SelangorRosli Mohd AbuPusat Pembangunan Usahawan dan Pemindahan Teknologi, Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor