rancangan perniagaan cendawan

42
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF Perusahaan cendawan merangkumi perusahaan benih dan juga ladang cendawan.Walaupun teknik penanamannya telah Berjaya dicuba di Malaysia sejak tahun 1934,tetapi pertumbuhan industri ini adalah lembap. Cendawan adalah satu jenis perusahaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan.Perusahaan cendawan menggunakan kawasan kecil tetapi memerlukan pengetahuan teknikal yang baik.Berbagai jenis cendawan boleh dihasilkan secara komersial dan menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Antara cendawan tersebut ialah,cendawan jerami padi,tiram putih,tiram kelabu,abalone dan juga shitake merupakan jenis cendawan yang sesuai ditanam di Malaysia.Buat masa ini semua jenis cendawan tersebut diusahakan secara komersial kecuali cendawan jerami padi. Secara amnya cendawan belum dikenali secara meluas oleh pengusaha.Walaupun perusahaan cendawan tidak memerlukan modal yang tinggi serta tanah yang luas,namun kemahiran teknik khusus daripada bakal pengusaha amat diperlukan kerana kegagalan atau kejayaan projek tersebut adalah bergantung kepada kemahiran teknik penjagaan dalam proses pemeliharaan. Antara masalah-masalah yang terlibat dalam perusahaan cendawan ialah kedapatan benih yang baik,pengurusan ladang yang kurang baik,penerimaan 1

Upload: anismasturaaa

Post on 14-Jan-2017

3.508 views

Category:

Business


46 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Perniagaan Cendawan

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Perusahaan cendawan merangkumi perusahaan benih dan juga ladang cendawan.Walaupun teknik penanamannya telah Berjaya dicuba di Malaysia sejak tahun 1934,tetapi pertumbuhan industri ini adalah lembap.

Cendawan adalah satu jenis perusahaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan.Perusahaan cendawan menggunakan kawasan kecil tetapi memerlukan pengetahuan teknikal yang baik.Berbagai jenis cendawan boleh dihasilkan secara komersial dan menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha.

Antara cendawan tersebut ialah,cendawan jerami padi,tiram putih,tiram kelabu,abalone dan juga shitake merupakan jenis cendawan yang sesuai ditanam di Malaysia.Buat masa ini semua jenis cendawan tersebut diusahakan secara komersial kecuali cendawan jerami padi.

Secara amnya cendawan belum dikenali secara meluas oleh pengusaha.Walaupun perusahaan cendawan tidak memerlukan modal yang tinggi serta tanah yang luas,namun kemahiran teknik khusus daripada bakal pengusaha amat diperlukan kerana kegagalan atau kejayaan projek tersebut adalah bergantung kepada kemahiran teknik penjagaan dalam proses pemeliharaan.

Antara masalah-masalah yang terlibat dalam perusahaan cendawan ialah kedapatan benih yang baik,pengurusan ladang yang kurang baik,penerimaan produk,ketahanan produk,persaingan,harga media dan harga jualan yang tinggi.

Pada keseluruhannya,perusahaan benih dan ladang cendawan merupakan perusahaan yang berdaya maju.Walaubagaimanapun,kejayaan sesuatu perusahaan bergantung rapat dengan lokasi,cara pengurusan,dan juga cara mempromosi produk.

1

Page 2: Rancangan Perniagaan Cendawan

2.0 PENGENALAN

Bidang pertanian merupakan satu bidang yang menjadi tumpuan kerajaan dalam menjana ekonomi Negara.Sebagai menyahut seruan kerajaan,kami telah bersepakat untuk menjadikan bidang pertanian sebagai satu kerjaya.Walaupun ia sesuatu yang baru dalam diri kami,ianya tidak akan melunturkan semagat saya untuk meneruskan usaha ini.

Untuk itu kami memilih untuk mengusahakan tanaman cendawan.Ini adalah kerana,masih tiada pengusaha menceburkan diri dalam diri dalam bidang ini secara besar-besaran terutama di negeri Sarawak ini.

Antara jenis cendawan yang biasa diusahakan ialah cendawan tiram kelabu yang menjadi pilihan kami.Ini adalah disebabkan cendawan tersebut rasanya sedap berbanding dengan cendawan-cendawan lain yang seharga dengannya.Ia juga salah satu jenis cendawan yang telah dikenal pasti dan mudah dipelihara dikawasan tanah rendah serta digemari pengguna dan diterima luas dipasaran.

Selain itu,pengguna juga kurang meminati cendawan tiram putih kerana mengandungi terlampau banyak air dan terlalu lembik apabila dimasak.Cendawan telinga kera pula tidak mempunyai rasa dan hanya terasa kenyal sewaktu dimakan.

Disamping itu,kami lebih suka mengusahakan cendawan tiram kelabu berbanding dengan cendawan tiram putih kerana cendawan tiram kelabu lebih tahan lama.Walaupun kadar pengeluaran hasil cendawan telinga kera lebih tinggi berbanding dengan cendawan tiram putih dan kelabu.Tetapi saya kurang berminat untuk mengusahakannya kerana permintaan terhadap cendawan terlalu sedikit.

2

Page 3: Rancangan Perniagaan Cendawan

3.0 TUJUAN PROJEK

Untuk projek penanaman cendawan ini, ianya mempunyai beberapa tujuan. Antara tujuan utama projek ini ialah:

1) Keuntungan tinggi dalam jangka waktu yang singkat

Dengan kemajuan teknologi pertanian, cendawan dapat berbuah selepas sebulan proses pembenihan. Cepat dapat pulangan atas pelaburan yang anda keluarkan, selebihnya untunglah.

2) Tidak memerlukan tanah berekar-ekar untuk bertani.Cendawan dibiak dalam bangsal dan beg media cendawan disusun diatas rak, Jadi tak perlu tanah yang luas, mengikut rekod yang kami lakukan, 5000beg media boleh menjana pendapatan melebihi RM3K sebulan hanya pada keluasan bangsal 20kaki x 40kaki sahaja. 

3) Tak perlu berpanas dibawah terik matahari untuk bertani.Konsep tanaman dalam bangsal dan segala kerja pembuatan beg media cendawan semuanya dibawah bumbung.Jadi tak perlulah kerja dibawah panas terik matahari seperti tanaman lain.

4) Hasil cendawan boleh dipelbagaikan.Hasil cendawan ini boleh dipelbagaikan, sebagai contoh boleh dibuat produk hiliran seperti cendawan goreng frozen, sos cili cendawan, cip cendawan dan pelbagai lagi. Dengan itu ianya mampu menambah duit poket pengusaha cendawan dengan jualan produk hiliran tersebut.

5) Cendawan tak perlu baja dan racun.Cendawan adalah tumbuhan organik, Jadi racun dan baja tidak diperlukan untuk penanamanatau pembiakan cendawan. Jimat kan?

6) Khasiat perubatan (Kanser).Kajian mengatakan cendawan mampu mengawal kanser, dari segi itu cendawan mendapat sambutanuntuk proses penghasilan ubat-ubatan untuk kawalan kanser.

3

Page 4: Rancangan Perniagaan Cendawan

4.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Perniagaan kami dikenali sebagai Cendawan Enterprise yang ditubuhkan pada 25 Jun 2015 dan merupakan sejeis perniagaan perkongsian yang didaftarkan di Akta Pendaftaran Peniagaan 1956 dan Akta Perkongsian 1961.Berikut ialah maklumat lanjut mengenai perniagaan ini.

NAMA PERNIAGAAN CENDAWAN ENTERPRISEALAMAT Kampung Tanjung,Mukah.

SarawakNO.TELEFON 0138880951

084-4329134EMAIL [email protected] PENDAFTARAN 30 Jun 2015NO.PENDAFTARAN 2311890TARIKH BEROPERASI 10 JULAI 2015MODAL PERMULAAN RM 20,0000JENIS PERNIAGAAN PerkongsianPRODUK Cendawan Tiram KelabuNAMA BANKNO.AKAUN BANK

1611890345567824-Maybank2209886511256700-Bank Rakyat

4

CENDAWAN

PREMIUMQUALITY

Page 5: Rancangan Perniagaan Cendawan

CARTA ORGANISASI SYARIKAT

5

DIRECTORANGELIA AK

LUSING

FINANCE MANAGER

DOLLY JOSEPH

ADMINISTRATION

ANIS MASTURA MOHAMAD

MARKETING MANAGER

NUR ARFAHZALINA

OPERATION MANAGER

CECILIA KULAN JALONG

Page 6: Rancangan Perniagaan Cendawan

5.0 LATAR BELAKANG PEMEGANG SAHAM SYARIKAT

BIL NAMA UMUR JAWATAN SAHAM

1 ANGELIA AK LUSING 23 DIRECTOR 30% X 20,000=RM6,000

2 DOLLY JOSEPH 19 FINANCE MANAGER

20% X 20,000= RM4,000

3 NUR ARFAHZALINAMOHD.BAHARUDDIN

21 MARKETING MANAGER

20% X 20,000= RM4,000

4 ANIS MASTURA MOHAMAD

19 ADMINISTRATION 15% X 20,000= RM3,000

5 CECILIA KULAN JALONG

19 OPERATION MANAGER

15% X 20,000= RM3,000

JUMLAH RM20,000

LATAR BELAKANG PEMILIK

6

Page 7: Rancangan Perniagaan Cendawan

PEMILIK 1

NAMA : Angelia Anak Lusing

NO. KAD PENGENALAN : 920719-13-6446

TARIKH LAHIR : 19 July 1992

UMUR : 23 Tahun

JANTINA : Perempuan

ASAL : Kapit

BANGSA : Iban

AGAMA : Kristian

ALAMAT TETAP : Rh Edison Bugap Sg Melekun Kapit,Sarawak

NO. TELEFON : 018-3819738

KURSUS YG PERNAH DIHADIRI: Kursus Tanaman Cendawan Dgn

Teknologi Em Anjuran Kementerian Usahawaan

KEMAHIRAN: Teknologi Maklumat & Usahawan

PENGALAMAN: Pembantu Am di Jabatan Pertanian

7

Page 8: Rancangan Perniagaan Cendawan

NAMA : Faustina Kowalska

NO. KAD PENGENALAN : 960622-13-8546

TARIKH LAHIR : 22 Jun 1996

UMUR : 19 Tahun

JANTINA : Perempuan

ASAL : Miri

BANGSA : Iban

AGAMA : Kristian

ALAMAT TETAP : Lot 1289,Jln Emas Permata,Kpg Kelip Kelap,Taman

Tunku, 98000 Miri,Sarawak

NO. TELEFON : 014-8763342

KURSUS YG PERNAH DIHADIRI: Kursus Keusahawanan

&Pengurusan Kewangan Anjuran Kementerian Keusahawaan

KEMAHIRAN: Cekap Dalam Pengurusan Kewangan

PENGALAMAN: Juruwang Di Giant Supermarket

NAMA : Nur Arfahzalina Binti Mohd.Baharrudin

8

Page 9: Rancangan Perniagaan Cendawan

NO. KAD PENGENALAN : 940818-13-6298

TARIKH LAHIR : 18 August 1994

UMUR : 21 Tahun

JANTINA : Perempuan

ASAL : Mukah

BANGSA : Melanau

AGAMA : Islam

ALAMAT TETAP : No.855 Taman Pelita,Phase Ii Jln Org Kaya

Setiaraja,96400 Murah,Sarawak.

NO. TELEFON : 011-86754431

KURSUS YG PERNAH DIHADIRI: Kursus Pemasaran dan Kursus Keusahawan Anjuran Kementerian Keusahawaan.

KEMAHIRAN: Mahir dalam memasarkan sesuatu produk.

PENGALAMAN:

NAMA : Anis Mastura Binti Mohamad

9

Page 10: Rancangan Perniagaan Cendawan

NO. KAD PENGENALAN : 960213-13-5178

TARIKH LAHIR : UMUR : 19 Tahun

JANTINA : Perempuan

ASAL : Miri

BANGSA : Melanau

AGAMA : Islam

ALAMAT TETAP : Lot 7767,Kampung Batu Satu,Jln Lutong Kuala

Baram 98100 Miri,Sarawak.

NO. TELEFON : 016-8876431

KURSUS YG PERNAH DIHADIRI: KEMAHIRAN: PENGALAMAN:

NAMA : Cecilia Kulan Jalong

NO. KAD PENGENALAN : 960423-13-7584

10

Page 11: Rancangan Perniagaan Cendawan

TARIKH LAHIR : 23 April 1996

UMUR : 19 Tahun

JANTINA : Perempuan

ASAL : Bintulu

BANGSA : Kenyah

AGAMA : Kristian

ALAMAT TETAP : No.76,Taman Kidurong,Jln Gembira

97000,Bintulu,Sarawak.

NO. TELEFON : 014-8762239

KURSUS YG PERNAH DIHADIRI: KEMAHIRAN: PENGALAMAN:

6.0 LATAR BELAKANG PROJEK

11

Page 12: Rancangan Perniagaan Cendawan

NAMA PROJEK : Projek Penanam Cendawan Tiram Kelabu

LOKASI : Kampung Tanjung,Mukah,Sarawak.

NAMA PENGUSAHA : CENDAWAN ENTERPRISE

ANGGARAN KOS : RM 20,000 Permulaan

ANGGARAN HASIL : 20 kg Sehari,harga jualan RM10.00/Kg

PENGELUARAN

ANGGARAN KASAR : RM 20 kg x RM 12.00 = RM 200 Sehari

PENDAPATAN

TEMPOH PULANG : RM 73,000 Setahun

BALIK MODAL

JENIS PRODUK

12

Page 13: Rancangan Perniagaan Cendawan

JENIS PRODUK

Cendawan

SIFAT-SIFAT PRODUK

Cendawan atau kulat merupakan sejenis kehidupan yang tumbuh atau boleh diusahakan daripada kumpulan ‘fungi’.Ada sejnis cendawan yang beracun atau yang dapat dimakan atau dimasak.

CIRI-CIRI PRODUK

Ciri-ciri utama produk kami ialah selain daripada sedap rasanya,cendawan juga mempunyai khasiat yang banyak.ia juga baik untuk membina kesihatan kerana mempunyai beberapa keperluan badan mikro iaitu mengandungi 9 asid amino dengan 19-35% protein.Vitamin yang terdapat pada cendawan ini ialah:vitamin B1,B1,niasin,biotin dan vitamin C.Ia juga mengandungi mineral penting seperti K,PCa,Na,Mg dan Cu.

Kebaikan cendawan ini pula ialah:

-Tiada bahan kimia

-Tiada buangan haiwan

-100% organic

-Taman tertutup

-Amalan kebersihan dalam penanaman

-Khasiat tinggi

-Pemakanan sihat

-Sesuai untuk diet sayur

Cendawan ini juga sangat baik untuk kesihatan badan kita.Contohnya;

13

Page 14: Rancangan Perniagaan Cendawan

-Mengawal atur darah,anti thrombotic,merendahkan tekanan darah

-Mengurangkan kandungan glukosa dan lipid.

-Meningkatkan system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bakteria.

-Menghalang pertumbuhan tumor.

-Agen anti oksida dan melindungi faktor genetik.

KEISTIMEWAAN PRODUK

14

Page 15: Rancangan Perniagaan Cendawan

Cendawan yang kami hasilkan ini juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Selain dimasak sebagai sayur,cendawan juga dapat dibuat sup,nasi goreng,pancake,cendawan goreng dan banyak lagi.

Selain itu,cendawan ini juga dapat dihasilkan sebagai air minuman ajaib dalam amalan tradidional yang sering dikaitkan dengan kesihatan dan

15

Page 16: Rancangan Perniagaan Cendawan

diamalkan bagi tujuan merawat penyakit seperti; strok,kanser,batu karang,maigrin,batu,asma,dapat memulihkan tenaga batin,gout,kencing manis,tekana darah tinggi dan sebagainya.

Cendawan juga dapat menghasilkan pati cendawan.Pati cendawan ini telah terkenal di 20 buah negara,di Rusia dikenali sebagai ‘Mushroom tea’,di China ‘Hongchajun’,manakala di Jepun ‘Kocha Kinoko’ dan lain-lain lagi.Pati cendawan ini kaya dengan natrusi yang amat luar biasa.Ia mengandungi asid organic,vitamin,enzyme yang mengandungi vitamin B(B1,B2,B6 dan B12) di dalam membekalkan tenaga.Vitamin B berfungsi memproses lemak dan protein untuk membentuk tenaga.Lastic asid juga sangat penting di dalam membantu proses penghadaman.

16

Page 17: Rancangan Perniagaan Cendawan

PEMILIHAN PROSES DAN PROSES PENANAMAN CENDAWAN

1) RUMAH CENDAWAN

Rumah cendawan ini memerlukan 3 ruang.a) Ruang penyediaan

-Tempat untuk menggaul medium,mengisi beg cendawan dan mengukus.

b) Bilik suntik-Tempat untuk menyuntik benih cendawan ke dalam beg.Bilik ini mestilah sentiasa bersih.

c) Ruang rak beg cendawan-Ruang ini untuk meletakkan rak-rak beg cendawan yang diperam dan juga cendawan yang mengeluarkan hasil.

2) PENYEDIAAN BEG CENDAWAN

17

Page 18: Rancangan Perniagaan Cendawan

Bahan-bahan yang digunakan ialah habuk kayu,dedak halus,kapur pertanian,air,plastik,leher dan penutup beg,kapas dan penyodok kecil.

Cara-cara:

1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1

2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.

3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.

4.Pasangkan gegelang PVC dileher dan ditutup(penutup disumbat dengan sedikit kapas)

3) PENGUKUSAN BEG CENDAWAN

18

Page 19: Rancangan Perniagaan Cendawan

Selepas penyediaan beg media cendawan,pengukusan perlu dijalankan untuk membunuh segala organisma yang terdapat di dalam habuk kayu supaya tidak berlaku pencemaran.Pengukusan dibuat dengan menggunakan tong dram,set dapur gas,pelapik dan penutup tong dram.

Cara-cara untuk pengukusan beg media adalah seperti berikut:

-Pelapik diletakkan setinggi 12cm ke dalam tong drum.

-Air diisikan kedalam tong drum sama paras dengan tinggi pelapik.

-Beg-beg media disusukan secara menegak kedalam tong dram dan tutup rapat menggunakan penutup tong dram tersebut.

-Kukus selama 6 jam

-Beg-beg media cendawan dikeluarkan dari tong dram dan disejukkan selama 1 malam.

19

Page 20: Rancangan Perniagaan Cendawan

Ini adalah beg-beg media yang telah dikukus dan disejukkan selama 1 malam.

20

Page 21: Rancangan Perniagaan Cendawan

4) PENYUNTIKKAN BENIH

Bahan-bahan yang digunakan ialah benih cendawan dan penyungkil besi.

Cara-cara:

1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.

2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.

3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali mulut beg cendawan.

4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari cahaya matahari)

5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).

Bilik penyuntikan cendawan.

21

Page 22: Rancangan Perniagaan Cendawan

5) MEMUNGUT HASIL

1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.

2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).

3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan  kelembapan dan merendahkan suhu.

22

Page 23: Rancangan Perniagaan Cendawan

4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.

5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.

PELAN LOKASI SYARIKAT CENDAWAN ENTERPRISE

23

BILIK MESYUARATTANDAS (L)

BILIK PANTRI

TANDAS(P)

PEJABAT PENGURUS

PEJABAT

PINTU

MASUK

SURAU (L)

SURAU(P)

BILIK REHAT

Page 24: Rancangan Perniagaan Cendawan

DI LUAR PEJABAT

PELAN SUSUN ATUR PEJABAT

24

RUMAH CENDAWAN

Page 25: Rancangan Perniagaan Cendawan

7.0 RANCANGAN ORGANISASI,PENGURUSAN,& PENTADBIRAN

Objektif, Misi, Visi dan Kunci kejayaan Syarikat

1.OBJEKTIF

● ►Untuk menghasilkan cendawan secara besar-besaran bagi tujuan pemasaran.

●►Memastikan cendawan yang dihasilkan bermutu tinggi serta mendapatkan cendawan yang segar hasil usaha sendiri.

2.VISI SYARIKAT

● ►Mencapai target syarikat iaitu meningkatan pemasaran penanaman cendawan pada setiap tahun serta menjadikan sebagai sebuah perniagaan yang berdaya saing di pasaran dunia dalam menghasilkan cendawan yang segar dan bermutu tinggi menepati citarasa tempatan dan antarabangsa.

25

Page 26: Rancangan Perniagaan Cendawan

3.MISI SYARIKAT

● ►Menjadikan syarikat kami sebagai pengeluar cendawan yang segar,bermutu tinggi serta berdaya saing di pasaran tempatan dan luar negara menjelang tahun 2020.

● ►Meningkatkan produktiviti dan memberi pulangan yang besar kepada syarikat,rakan kongsi dan pelabur.

KUNCI KEJAYAAN SYARIKAT

1.Mewujudkan budaya kerja yang berdaya saing dan Innovatif dengan mengamalkan ‘Lean Organization’ secara efektif.

8.0 RANCANGAN PASARANDalam apa jenis perniagaan sekalipun,pemasaran merupakan aspek yang terpenting dalam menentukan kejayaan sesuatu projek.Tanpa pemasaran yang berkesan,sesuatu perniagaan pasti akan mengalami masalah sekaligus akan memusnahkan impian untuk maju dalam perniagaan.Juteru itu,sebelum menceburkan diri dalam tanaman cendawan ini,tinjauan terhadap permintaan terlebih dahulu dilakukan.Cendawan mudah rosak,oleh itu system pemasaran yang cekap diperlukan.Terdapat dua saluran utama pemasaran cendawan segar yang selalu digunakan untuk pemasaran cendawan segar tropika iaitu secara terus ataupun melalui orang tengah.Berikut merupakan hasil tinjauan awal kami terhadap permintaan cendawan tiram kelabu sekitar kawasan Mukah untuk satu hari.

●► Pasaraya : 10kg

●► Kedai makan : 15kg

●► Pemborong : 30kg

●► Pasar : 15kg

●► Terus kepada pengguna : 20kg

Ini antara rancangan pemasaran kami.

26

Page 27: Rancangan Perniagaan Cendawan

Peringkat Permulaan

1.Pemasaran akan dilakukan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA)

a)Dilakukan bagi membolehkan pengusaha menumpukan perhatian kepada pengurusan dan penanaman.

b)FAMA akan membantu dari segi logistic dan pasaran.

c)Memperolehi pengalaman dan kebolehpercayaan sebelum memasuki pasaran terbuka secara sendiri.

2.Pembekalan dilakukan melalui kontrak bekalan.

a)Cara kedua: Konsep jaminan pasaran 100%

Kaedah permulaan bagi permulaan projek melalui pinjaman bank.

Peringkat Kedua

1.Pemasaran masih lagi dijalankan melalui FAMA tetapi menggunakan kontrak bekalan berbeza.

-Cara pertama: Konsep jaminan ikut peratus

2.Kaedah yang akan digunakan setelah pinjaman dilunaskan atau mendapat kepercayaan daripada pasaran terbuka.

-Pemasaran akan dilakukan sendiri kepada pasaraya,pasar borong,pasar basah dan mana-mana ruang atau kaedah jualan yang ada bagi mendapatkan harga yang maksima.

-Pemasaran selain daripada FAMA akan dipecahkan mengikut peratus bagi mengelak pergantungan kepada sesuatu ruang sahaja.

27

Page 28: Rancangan Perniagaan Cendawan

9.0 RANCANGAN OPERASI DAN PENTADBIRAN

28

Page 29: Rancangan Perniagaan Cendawan

29

Page 30: Rancangan Perniagaan Cendawan

10.0 RANCANGAN KEWANGAN

ANGGARAN KEPERLUAN MEMULAKAN PROJEK CENDAWAN

(PERUNTUKAN RM20,000)

PERKARA KUANTITI ANGGARAN (RM)

CATATAN

1.Binaan dan peralatan1.1.Bangunan 1-Rumah Cendawan(415’X40)●Ruang menyimpan media(5’5)Ruang menggaul media,bagging dan kukus dan simpan barang.(10’X10’)●Bilik suntik benih(5’X5)●Ruang pungut hasil(15’X30’)

1 unit 14,500 Ruang memnungut hasil memuatkan 3,600 beg cendawan(anggaran hasil 12kg/hari)Anggaran jualan hasil:

12kg X RM5 X 30 hari=RM 1800/bulan

1.2 Set dapur,pengukus beg @ RM500/set

2 set 1,000

30

Page 31: Rancangan Perniagaan Cendawan

1.3 Tutup,leher & penyumbat beg @ 15 sen/set

7,200 set 1,080 Boleh dipakai selama 3 tahun

1.4 Peralatan menyiram & peralatan kecil-baldi,pencedok dll.

1 set 100

JUMLAH 16,8680

2.BAHAN PENANAMAN CENDAWAN(UNTUK 3,600 BEG/MUSIM/TAHUN=7200 BEG/TAHUN2.1 Habuk kayu@ 20 sen/kg 3,600kg

720500gm/beg

2.2 Dedak halus @ 50 sen/kg

360kg 180

500gm/beg

2.3 Kapur pertanian @ 20sen/kg

36kg 72

5gm/beg

2.4 Plastik PP 6”X13”,06 @RM8/kg

36kg 288

2.5 Benih cendawan @ RM1.20

240 botol 288

30 beg/botol

2.6 Gas @ 7sen/beg 7,200 beg

504

Kadar pengukusan menggunakan tong dram

2.7 Pengunaan air 100

2.8 Pelbagai-klorok,alcohol 68

2.9 Upah pekerja @ RM 550X 2 bulan pertama

1 pekerja 1100

Upah pekerja di bulan ketiga diambil dari jualan hasil cendawan

JUMLAH 3,320 JUMLAH BESAR 20,000

31

Page 32: Rancangan Perniagaan Cendawan

ANGGARAN KEPERLUAN MEMULAKAN PROJEK CENDAWAN

(PENDAPATAN KASAR RM3000/SEBULAN)

PERKARA ANGGARAN(RM) CATATAN1.BINAAN DAN PERALATAN1.1Bangunan 1-Rumah penyediaan

(20’X15’)● Ruang menyimpan media(5’X10)●Stor(3’X10’)●Ruang menggaul media,bagging dan kukus (10’X15’)●Bilik suntik benih(5’X5)

7000

1.2 Rumah cendawan (20’X40’) (termasuk rak beg media)

16,000 Ruang memungut hasil memuatkan 6,000 beg cendawan anggaran hasil 20kg/hari

1.3 Set dapur,pengukus beg 2 set @RM 500/set

1000

1.4 Peralatan menyiram 1 set 1001.5 Pelbagai peralatan kecil,baldi,pencedok dll.

300

JUMLAH 24,4002.BAHAN PENANAMAN CENDAWAN(UNTUK 6,00 BEG/MUSIM X 2

32

Page 33: Rancangan Perniagaan Cendawan

MUSIM/TAHUN= 12,000 BEG SETAHUN.2.1 Habuk kayu,6000kg @ 20 sen

1,200 3000kg/1 musim

2.2 Dedak halus,600kg @ 50 sen

300 300kg/1 musim

2.3 Kapur pertanian,60kg @ 20sen

12 30kg/1 musim

2.4 Tutup,leher & penyumbat beg 12,000 set @ 15 sen

1,800 Boleh dipakai semula untuk 3 tahun

2.5 Plastik PP 6”X13”,06 @RM8/kg

480

2.6 Benih cendawan 400 botol @ RM 1.20

240

2.7 Gas @ 7 sen/beg x 12,000 beg

840

2.8 Pengunaan air dan api 2002.9 Pelbagai 400 JUMLAH 5,472 JUMLAH BESAR 29,872

PENGIRAAN PENDAPATAN KASAR RM3,000/SEBULAN

Penghasilan 20kg/sehari ●Tiap beg di anggarkan 50/gm/kutipan●Setiap hari perlu buka beg media 400 beg/harian (400 beg x 50 gm=20kg)●Setiap beg media diselangi 15 hari sekali kutipan hasil.●Perlu ada : 400 beg media x 15 hari = 600 beg media

Hasil harian cendawan 20kg/harian dengan harga jualan RM 5/kg

Pendapatan kasar harian 20kg x RM 5.00=RM 100/hari

33

Page 34: Rancangan Perniagaan Cendawan

34