7 kesilapan kritikal resume dilongkangkan -...

17

Upload: ngoanh

Post on 06-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi
Page 2: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi

7 Kesilapan Kritikal

Tim Infokerjayawww.resumekerja.com

Resume Dilongkangkan

Page 3: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi

DisclaimerUntuk makluman anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kajian Tim Infokerjaya. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat pengajian di mana-mana institusi pengajian sebagai tips untuk persediaan memohon kerja melalui penulisan resume yang baik. E-book ini bakal membantu anda mencipta resume yang memenuhi permintaan bakal majikan anda. Oleh itu, diharap e-book “Rahsia Resume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang

baik seterusnya memudahkan anda terpilih ke temuduga.

Amaran• E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya Resources. • Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual e-book ini kepada Pihak Lain.• Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.• Oleh itu, anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin Tim Infokerjaya Resources Kerjaya jika menerima e-book ini tanpa melalui laman web www.resumekerja.com • Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan- kegiatan sebegini. E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari www.resumekerja.com sahaja.• Jika anda memilikinya secara tidak sah, kami tidak menghalalkan ilmu di dalam e-book ini di Dunia mahupun Akhirat.

Ditulis Oleh

www.ResumeKerja.com

 

Page 4: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi

Rahsia Resume Kerja | 4

Perkara ini terjadi apabila anda meminta satu contoh resume dari rakan yang sudah mempunyai resume. Perkara pertama yang anda lakukan ialah mengubah maklumat tersebut kepada perkara yang berkaitan dengan diri anda.

Seterusnya, maklumat akademik dan ko-kurikulumjuga diubah. Anda lupa satu perkara yang perlu diubah iaitu susunan resume tersebut. Atau ada beberapa maklumat yang anda lupa tukar semasa proses pindahan dilakukan.

1. Copy & Paste Resume

7 KESILAPAN KRITIKALRESUME DILONGKANGKAN

Page 5: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi

Rahsia Resume Kerja | 5

Panel penilai resume, mereka telah menilai beratus-ratus resume sebelum pemilihan calon dilakukan. Oleh itu, mereka sudah mahir dengan corak penulisan resume yang ada. Mereka mempunyai keupayaan mengesan resume yang ditiru.

Tambahan pula jika ada maklumat yang tersalah, itu melambangkan sikap anda yang kurang serius untukmemohon pekerjaan. Resume ini layak untuk dilongkangkan oleh panel penilai resume.

Jadi elakkan sikap copy & paste resume dan mulakan penulisan resume yang serius dan berwawasan.

2. Crowded Data

Page 6: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi

Rahsia Resume Kerja | 6

Adakalanya anda mahu bakal majikan mengetahui kelebihan dan kepakaran anda sekaligus diterima bekerja dalam syarikatnya.

Jadi anda pun berfikir untuk memasukkan kesemua pencapaian yang pernah anda miliki bermula dari sekolah rendah hinggalah ke universiti. Ini bukanlahperkara yang tepat kerana anda hanya perlu memasukkan pencapaian yang perlu dengan keperluan jawatan yang dipohon sahaja.

Paling tidak pun pastikan ianya berkaitan dengan skop kerjaya yang anda pohon. Anda mesti ingat, apabila maklumat terlalu banyak, resume anda akan menjadi panjang dan isi kandungan yang meleret-leret serta kurang penting.

Ini merbahaya kepada anda. Jika panel penilai resumebosan dengan resume anda, Game Over lah jawabnya. Cipta resume yang ringkas, padat dan memenuhi kehendak panel penilai resume anda.

Page 7: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi

Rahsia Resume Kerja | 7

Anda pasti mahukan resume yang benar-benar menarik perhatian majikan. Jadi anda akan mengambil langkah untuk mencantikkan resume anda.

Salah satu aspek yang bakal diubahsuai adalah jenistulisan atau font. Anda boleh gunakan font yang standard iaitu Arial, Times New Roman atau Tahoma. Menggunakan font atau tulisan yang fancy hanya akan mengelirukan majikan anda contohnya font atau

3. Tulisan @ Font Yang Fancy

Page 8: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi

Rahsia Resume Kerja | 8

4. Resume Terlalu General

tulisan tersebut berkerawang. Ia mungkin cantik pada pandangan mata anda, tetapi bagi panel penilai ia suatu yang merumitkan penilaian mereka.

Langkah terbaik yang mereka boleh lakukan adalah mereka terus ketepikan resume anda tanpa menelitidengan lebih mendalam lagi walaupun anda mempunyai kelayakan yang cukup. Ini sangat merugikan anda.

Page 9: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi

Rahsia Resume Kerja | 9

Anda mempunyai satu resume dan ianya akan dihantar kepada bakal majikan anda di sebuah syarikat. Resume yang sama juga anda hantar kepada satu lagi syarikat yang lain.

Ini merupakan satu strategi yang salah untuk memohon pekerjaan kerana resume anda bersifatumum atau general. Setiap syarikat mempunyai kriteria jawatan yang berbeza-beza dan cara penilaiannya juga tidak sama.

Kaedah yang terbaik adalah sekiranya anda mempunyai lebih dari satu permohonan kerja, hasilkan satu resume untuk satu permohonan atau dalam erti kata lain “Satu resume untuk satu syarikat” bukannya satu resume untuk banyak syarikat.

Pastikan setiap resume yang dihasilkan memenuhi syarat dan kriteria jawatan yang dikehendaki oleh sesebuah syarikat. Resume anda mesti ada sasaran yang tepat. Tanpa sasaran, anda tidak dapat mengatur langkah dengan baik. Fokus betul-betul!

Page 10: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi

Rahsia Resume Kerja | 10

Selain daripada tulisan, warna yang digunakan dalam resume turut memainkan peranan. Dalam penulisan resume, hanya perlu gunakan warna dengan kadar yang minimum untuk menaikkan tarikan resume anda, iaitu kombinasi 2 warna yang tidak menjolok mata.

Tujuan kombinasi warna ini adalah untuk membangkit-kan maklumat yang anda masukkan ke dalam resume anda dan menimbulkan mood membaca kepada panel penilai resume anda.

Ingat, yang menilai resume adalah manusia. Jadi, mood mereka berbeza-beza dan tidak menentu. Bantu mereka untuk berada dalam mood yang baik supaya mereka boleh menghabiskan penilaian resume anda.

5. Guna Lebih Dari 2 Warna

Page 11: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi

Rahsia Resume Kerja | 11

Pada bahagian ini, surat iringan yang dihantar hanya perlu menyatakan pengenalan ringkas tentang diri anda, mengapa dan kenapa anda memohon jawatan di syarikat tersebut.

6. Cover Letter/Surat Iringan

Ini meningkatkan peluang anda dipanggil ke temuduga. Warna yang pelbagai dan kombinasi warna yang kurang baik boleh merimaskan mereka. Ini membuka peluang yang tinggi untuk resume anda dimasukkan ke dalam bakul sampah mereka.

Page 12: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi

Rahsia Resume Kerja | 12

Dalam satu bidang jawatan, pasti ada beberapa pecahan jawatan dan skop tugasan. Bidang kerja seorang pegawai operasi tidak sama dengan seorang akauntan.

Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah pereka bangunan, ianya pasti tidak sama dengan perekagrafik biar pun nama jawatannya hampir sama.

7. Tidak Faham Keperluan Jawatan

Terdapat beberapa kes di mana pemohon meletakkan terlalu banyak informasi dalam surat iringan sehingga menenggelamkan resume yang dihantar. Sebahagiandaripada maklumat di dalam resume diterangkan secara panjang lebar dalam surat iringan.

Ini akan menghilangkan minat bakal majikan anda untuk meneliti resume anda sekaligus beralih kepadaresume pemohon yang lain. Ingat, jangan ulang maklumat yang telah anda terangkan dalam resume di dalam surat iringan.

Nyatakan maklumat penting sahaja. Ini surat iringan bukan surat rasmi aduan kerosakan yang dipenuhi dengan pelbagai laporan. Senangkan kerja-kerja bakal majikan atau panel penilai resume anda. Jangan susahkan mereka! Buat mereka gembira.

Page 13: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi

Rahsia Resume Kerja | 13

Pereka bangunan menggunakan ukuran secara tepat dan logik, pereka grafik menggunakan ukuran tepat tetapi kreatif, pasti skop kerja dan tugasannya tidak sama.

Oleh itu sebelum anda membuat permohonan, pastikan skop kerja, tanggungjawab dan kriteria yang diperlukan dapat diteliti bagi mengelakkan anda menerima risiko kerja yang tidak sepatutnya diterima.

Bayangkan jika anda menerima tawaran kerja yang berbeza dengan kelulusan dan pengetahuan yang ada, kerja dan tugasan yang bakal anda terima tidak dapat disiapkan dan bakal menghasilkan kerja yang tidak sempurna.

Page 14: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi

Rahsia Resume Kerja | 14

Strategi anda menulis resume yang baik adalah untuk menarik perhatian panel penilai atau bakal majikananda untuk pilih anda ke proses seterusnya iaitu temuduga. Jika tahap ini anda gagal, bermakna langkah seterusnya menjadi lebih sukar buat anda.

Oleh itu, anda perlu ambil serius dalam penulisan resume ini jika anda benar-benar impikan pekerjaan yang hebat. Pastikan resume anda mencapai tahap yang panel penilai mahukan. Pikat hati mereka melalui penulisan resume anda.

Apa yang diterangkan dalam ebook ini adalah langkah awal untuk anda elak dalam penulisan resume anda. Kesilapan-kesilapan inilah yang banyak dilakukan oleh mereka diluar sana dan mungkin juga anda.

Untuk lebih mendalam, ketahui teknik-teknik dan cara penulisan resume yang menarik serta mempunyai daya tarikan kepada bakal majikan anda di dalam versi penuh ebook ‘Rahsia Resume Kerja’. Resume anda bakal dinilai bukan DILONGKANGKAN!

Kesimpulan

Tidak faham keperluan jawatan juga boleh buatkan resume anda menjadi terlalu penuh dengan maklumat kerana anda ingin muatkan segala maklumat yang anda rasakan penting walhal tidak bagi panel penilai. Resume begini bakal dilongkangkan oleh mereka.

Page 15: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi

Dapatkan panduan lengkap persediaan resume kerja di halaman rasmi kami :

www.ResumeKerja.com

Page 16: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi

RAHSIA RESUME KERJA• Membantu anda membina resume kerja langkah demi langkah.• Menerangkan proses sesebuah resume dipilih untuk ke temuduga.• Dimuatkan dengan 20 soalan temuduga daripada resume kerja anda.• Terus ke www.ResumeKerja.com

RAHSIA BIJAK TEMUDUGA• Membantu persediaan temuduga anda.• Bagaimana menyediakan mental yang kuat sebelum hadir ke temuduga?• Mempunyai 1 ebook utama dan 5 komponen penting persiapan untuk temuduga.• Dan Banyak lagi yang menarik di www.RahsiaBijakTemuduga.com

PANDUAN KERJAYA JURURAWAT• Anda berminat menjadi Jururawat? • Menerangkan langkah demi langkah memohon jururawat kerajaan dan swasta.• Diterangkan dalam 7 Modul utama.• Kerjaya jururawat adalah satu kerjaya yang murni dan lumayan.• Terus ke www.KerjayaJururawat.com

Forum Blog Facebook

www.SembangKerjaya.com www.RujukanKerjaya.com TimInfokerjaya

Page 17: 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan - ajakrakan.comajakrakan.com/go/rrk/kesilapankritikal.pdf · cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat ... Strategi