7 ekon

31
Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Di Malaysia • Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak dapat dipisahkan daripasa konteks sosial. • Sebagai negara yang majmuk,isu pembangunan ekonomi sangat berkait rapat dengan isu sosial terutama isu kemiskinan dan agihan pendapatan menurut golongan etnik.

Upload: jiljungjug

Post on 15-Jan-2016

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HE

TRANSCRIPT

Page 1: 7 EKON

Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Di Malaysia • Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak dapat

dipisahkan daripasa konteks sosial.

• Sebagai negara yang majmuk,isu pembangunan ekonomi sangat berkait rapat dengan isu sosial terutama isu kemiskinan dan agihan pendapatan menurut golongan etnik.

Page 2: 7 EKON

Penyusunan

semula masyara

kat

Membasmi

kemiskinan

Agihan Kekayaa

n Negara

Krisis kewangan 1985-

86,1997-1998

Page 3: 7 EKON

ISU AGIHAN KEKAYAAN NEGARA

• DI MALAYSIA ,ISU AGIHAN INI DAPAT DILHATA DARI DUA SUDUT:

*KELAS SOSIAL YANG BERBEZA

*KELOMPOK ETNIK YANG BERBEZA

• ISU INI CUBA DIATASI OLEH DASAR EKONOMI BARU

Page 4: 7 EKON

• Peranan orang cina dalam mengembangkan dan memesatkan ekonomi negara adalah antara sumbangan terpenting.

• Hal ini diakui sejak awal-awal kedatangan golongan imigran cina.

• Mengikut francis light –orang cina merupakan aset terpenting dan dapat menjana pendapatan tanpa perbelanjaan dan usaha luar biasa kerajaan british.

• Menurut dr.mahathir mohamad,masyarakat cina ialah pembayar cukai tertinggi di malaysia di mana ia penting untuk pembangunan negara.

Page 5: 7 EKON

Manakala masyarakat india telah menyumbangkan tenaga mereka dalam pembangunan negara dalam sektor perladangan getah .

Mereka juga memainkan peranan terpenting dalam penyediaan prasana negara khususnya membina jalan raya dan kereta api.

Tambahan mereka juga menyumbangkan melalui kegiatan profesional sama ada doktor,peguam ataupun pentadbir.

Page 6: 7 EKON

DASAR EKONO

MI BARU

Membasmi Kemiskina

n

Penyusunan semula masyarak

at

Page 7: 7 EKON

• Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak british menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar ,dan selanjutnya terdapat jurang perbezaan ekonomi kelompok etnik.

• Banci penduduk 1970 menunjukkan bahawa 49.3 % daripada semua keluarga di semenanjung malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan .

• daripada jumlah semua keluarga miskin, sebanyak 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.

Page 8: 7 EKON
Page 9: 7 EKON

• Dilihat daripada sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kelompok etnik turut menunjukkan ketidakseimbangan.

• Dalam sektor pertanian, etnik melayu merupakan majoriti dengan meliputi 67.6 %, etnik cina hanya meliputi 19.9 %, manakala etnik india berjumlah 11.5 %, dan lain-lain kelompok sebanyak 1 %.

• Dalam sektor perlombongan, etnik cina mendominasi dengan jumlah 58.7 %, etnik melayu hanya meliputi 32.1 %, etnik india sebanyak 8.5 % dan lain-lain kelompok sebanyak 0.7 %.

• Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam, pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam, etnik melayu meliputi 42.6 %, etnik cina 45.5 %, etnik india 10.7 % dan lain-lain kelompok sebanyak 1.2 %

Page 10: 7 EKON

DASAR EKONOMI BARU (DEB) DAN HUBUNGAN ETNIK

• Ketidaksamerataan ekonomi menjadi sebab utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga mencetuskan peristiwa 13 mei 1969.

• Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun iaitu daripada 1971-1990 yang dikenali sebagai dasar ekonomi baru.

• Dasar ekonomi baru (deb) merupakan suatu dasar yang diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.

Page 11: 7 EKON

• Dasar ekonomi baru mempunyai dua sasaran, iaitu,

• mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik

• menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

• Antara matlamat deb ialah menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 % menjelang tahun 1990.

Page 12: 7 EKON

Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah

sosial ekonomi dan projek pembangunan :

• Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

• Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

• Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

• Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.

• Memodenkan kehidupan di luar bandar.

• Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

• Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kelompok etnik di malaysia.

• Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lain-lain

Page 13: 7 EKON

STRATEGI DALAM DASAR EKONOMI BARU:

• Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.

• Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga.

• Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

• Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang melayu dan golongan bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990

• Menubuhkan beberapa agensi seperti mara, bank pembangunan, bank bumiputera, amanah saham nasional.

• Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti dara, kesedar, kejora dan sebagainya.

Page 14: 7 EKON

• Dasar ekonomi baru bermatlamatkan perpaduan negara dan dilaksanakan melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan negara yang kukuh.

• Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih daripada pihak kerajaan dan kakitangannya, malah ia memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran seluruh rakyat, termasuk daripada sektor swasta.

• Perlu disedari bahawa dasar ekonomi baru hanya mensasarkan 30 % pemilikan saham oleh golongan bumiputera dan bukannya 100 % pemilikan saham.

• Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan bahawa dasar ekonomi baru sebagai suatu dasar yang bersifat diskriminatif

Page 15: 7 EKON

• Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan melayu telah mempunyai pengalaman yang lebih lama dan luas, maka mereka lebih berkemampuan untuk menghadapi krisis ekonomi.

• Syarikat-syarikat milik golongan bumiputera, yang kebanyakannya lahir daripada dasar ekonomi baru dan dasar penswastaan, terpaksa berhempas pulas untuk bertahan.

Page 16: 7 EKON

RANCANGAN PEMBANGUNAN 5 TAHUN

Draf Pembangunan

Lima Tahun (1950-1955)

Rancangan Lima Tahun

Malaya Pertama

(1956-1960)

Rancangan Lima Tahun

Malaya Kedua (1961-1965)

Rancangan Malaysia Pertama

(1966-1970)

Rancangan Malaysia

Kedua (1971-1975)

Rancangan Malaysia Ketiga

Rancangan Malaysia Keempat

Rancangan Malaysia Kelima

Rancangan Malaysia Keenam

Rancangan Malaysia ketujuh

Rancangan Malaysia kelapan

Rancangan Malaysia

kesembilan

Rancangan Malaysia

kesepuluh

Page 17: 7 EKON

RANCANGAN LIMA TAHUN MALAYA YANG PERTAMA (1956-1960)

Rancangan malaya pertama merupakan rancangan pembangunan pertama negara selepas mencapai kemerdekaan

Rancangan ini memberi tumpuan pada pembangunan luar bandar terutama untuk memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing dengan getah tiruan.

Dua matlamat utama berikut;i. membangunkan sektor ekonomi di luar bandar bagi merapatkan jurang

perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar. ii. mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Page 18: 7 EKON

RANCANGAN LIMA TAHUN MALAYA KEDUA

(1961-1965)Rancangan malaya kedua memberi tumpuan untuk menyediakan

lebih banyak kemudahan asas dan mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar menekankan matlamat berikut

Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara kawasan

Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di luar bandar

Menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan pelajaran dan perumahan untuk penduduk di luar bandar.

Mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian yang lain sebagai tambahan kepada tanaman getah.

Page 19: 7 EKON

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA(1966 – 1970)

Rancangan malaysia pertama memberi tumpuan pada pembangunan negara secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi.

Program pembangunan negara melalui rancangan ini berasaskan satu rancangan bersepadu berikutan kemasukan sabah dan sarawak ke dalam persekutuan malaysia.

Page 20: 7 EKON

Matlamat utama rancangan malaysia pertama adalah

mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor perindustriaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada getah dan bijih timah.

mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha untuk mengurangkan penggangguran

meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dalam rakyat berpendapatan rendah.

mempercepat integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri di malaysia

Page 21: 7 EKON

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA(1971 – 1975)

Rancangan malaysia kedua dilaksanakan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan kaum yang dianggap sebagai punca pencetus peristiwa 13 mei 1969.

Rancangan malaysia kedua merupakan siri pertama dalam

rancangan pembangunan deb.

matlamat deb adalah untuk mencapai perpaduan negara yang dilaksanakan melalui serampang dua mata antaranya :

omengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan

omempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat malaysia

Page 22: 7 EKON

usaha-usaha membasmi kemiskinan

Mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor untuk diisi oleh semua kaum.

Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan wilayah.

Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan untuk semua golongan miskin di bandar dan luar bandar.

Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur.

Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum.

Page 23: 7 EKON

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976 -1980)

• Rmk ke 3 merupakan peringkat kedua deb. buat pertama kali rancangan pembangunan wilayah diperkenalkan dalam rancangan pembangunan negara.

• Tujuan utama diberikan kepada penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport. isu perpaduan masih menjadi perhatian utama dalam pembangunan ekonomi.

Page 24: 7 EKON

RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981 – 1985)

Rancangan malaysia keempat adalah rancangan untuk memperkemas langkah dan program yang terkandung dalam rancangan malaysia kedua dan rancangan malaysia ketiga untuk mencapai sosioekonomi deb.

Program pembangunan masih diteruskan dengan memberi keutamaan kepada sektor perusahaan dan pertanian. penekanan diberikan kepada perusahaan berat berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja yang mahir.

Page 25: 7 EKON

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA(1986-1990)

Rmk ke 5 masih meneruskan pembangunan sektor pertanian dan dilaksanakan melalui penggunaan tanah dengan lebih cekap, memaksimunkan sumber tenaga manusia dan menambahkan peluang latihan kemahiran dalam sektor awam dan swasta.

Usaha mempercepatkan perkembangan sektor perusahaan diperkenalkan dengan;i. meningkatkan peranan sektor swasta dan kecekapan pengurusan dalam kalangan agensi kerajaan.ii. mempergiat perusahaan pembuatan dengan menubuhkan perusahaan otomobil nasional berhad iaitu perusahaan membuat kereta nasional negara.

Page 26: 7 EKON

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991 – 1995)

• Rancangan malaysia keenam digubal untuk mengekalkan pembangunan dan menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya pembangunan seimbang dapat dicapai selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh dasar pembangunan nasional.

• Strategi yang digariskan untuk mencapai matlamat rmk ke 6i. meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi dengan menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam mengembangkan ekonomi negara.ii. mengurangkan penyertaan secara langsung sektor awam dengan meningkatkan keupayaan sedia ada sektor swasta untuk melaksanakan program pembangunan infrastruktur, pembangunan sumber manusia dan penyediaan perkhidmatan sosial.cekap kepada sektor-sektor ekonomi yang produktif.

Page 27: 7 EKON

• III. mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran peraturan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan dalam negara menggalakkan pertumbuhan sektor swasta dan pelaburan asing.iv. menggalakkan pertumbuhan pesat proses perindustrian dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih bagi menghasilkan keluaran yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.v. mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam negara dapat ditingkatkan dan disalurkan secara

Page 28: 7 EKON

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (1996 – 2000)

• Rmk 7 digubal seiring dengan hasrat negara menyokong dan mengekalkan proses pembangunan. teras rmk 7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan seimbang.

• Tumpuan rancangan adalah untuk meningkatkan produk dan kecekapan, terutama melalui pemberian insentif kepada sektor swasta

Page 29: 7 EKON

RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (2001-2005)

• Menekankan unsur kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama dasar wawasan negara.

• Rmk 8 merupakan rancangan pembangunan pertama dalam rangka rancangan jangka panjang. Dasar wawasan negara yang terkandung dalam RRJP3 berperanan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke 21.

Page 30: 7 EKON

• Rancangan malaysia kelapan menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif dasar wawasan negara, iaitu menjamin pertumbuhan mapan dan pengukuhkan daya tahan ekonomi negara serta mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama.

• Dasar wawasan negara menggabungkan teras dan dua dasar pembangunan terdahulu, iaitu dasar ekonomi baru dan dasar pembangunan nasional dengan objektif utamanya untuk mencapai perpaduan nasional. pembasmian kemiskinan tanpa mengira

Page 31: 7 EKON

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006 -2010)

• Rancangan malaysia kesembilan merupakan peringkat kedua pelaksanaan rrjp3 dan fasa kedua pelaksanaan wawasan 2020. penekanan diberikan kepada pembangunan insaniah yang melibatkan penggunaan secara optimum pembangunan fizikal yang telah disediakan.

• Rancangan ini menggariskan enam cabaran;i. meningkatkan prestasi dan kemampuan malaysiaii. mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara dan meningkatkan kegiatan inovasiiii. meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan dalam ekonomi.iv. membangunkan sumber manusia.v. memperhebat langkah pembasmian kemiskinan.vi. menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan.