7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

30
7 AMALAN HIDUP SIHAT YANG MUDAH DILAKUKAN. BY KAKI PELANGI · 12:40 PM Tidak dinafikan semakin ramai rakyat Malaysia yang mula sedar akan kepentingan menjalani hidup sihat. Namun, masih terdapat antara kita yang tidak mengambil hal ini sebagai suatu yang penting. Harus kita sedar bahawa kesihatan adalah jaminan untuk hidup yang lebih sejahtera. Dan untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup sihat merupakan satu daripada syaratnya. Gaya Hidup Sihat Amalan kehidupan yang sihat dapat mengurangkan risiko kita untuk terdedah kepada penyakit yang semakin mudah menyerang kita semua pada hari ini dan boleh menjadi pembunuh utama manusia. Masih ramai individu diluar sana yang mengalami masalah berlebihan,tidak aktif dan tidak menjalani gaya hidup yang sihat. Mereka ini menjadi sasaran penyakit strok kerana kebanyakan mereka mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Namun, masih belum terlambat untuk mereka berubah dan menjalani hidup yang lebih sihat. Antara amalan yang mudah dilakukan adalah: 1. Pemakanan Sihat Ini merupakan amalan utama dalam menjalani gaya hidup sihat. Pemakanan yang sihat dapat membantu kita mengekalkan tubuh yang sihat dan mengelakkan kita menjadi gemuk.

Upload: senior-executive-open-university-malaysia

Post on 21-Jan-2017

2.162 views

Category:

Healthcare


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

7 AMALAN HIDUP SIHAT YANG MUDAH DILAKUKAN.BY KAKI PELANGI · 12:40 PM

Tidak dinafikan semakin ramai rakyat Malaysia yang mula sedar akan kepentingan menjalani hidup sihat. Namun, masih terdapat antara kita yang tidak mengambil hal ini sebagai suatu yang penting. Harus kita sedar bahawa kesihatan adalah jaminan untuk hidup yang lebih sejahtera. Dan untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup sihat merupakan satu daripada syaratnya.

Gaya Hidup SihatAmalan kehidupan yang sihat dapat mengurangkan risiko kita untuk terdedah kepada penyakit yang semakin mudah menyerang kita semua pada hari ini dan boleh menjadi pembunuh utama manusia.Masih ramai individu diluar sana yang mengalami masalah berlebihan,tidak aktif dan tidak menjalani gaya hidup yang sihat. Mereka ini menjadi sasaran penyakit strok kerana kebanyakan mereka mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi.Namun, masih belum terlambat untuk mereka berubah dan menjalani hidup yang lebih sihat. Antara amalan yang mudah dilakukan adalah:1. Pemakanan SihatIni merupakan amalan utama dalam menjalani gaya hidup sihat. Pemakanan yang sihat dapat membantu kita mengekalkan tubuh yang sihat dan mengelakkan kita menjadi gemuk.Kurangkan pengambilan makanan bergula dan garam kerana pengambilan berlebihan boleh merisikokan kita mendapat darah tinggi, kencing manis dan obesiti yang boleh menyebabkan strok.

Page 2: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

Jika anda gemar makan makanan yang tidak menyihatkan, anda boleh menggantikannya dengan snek yang berkhasiat dan pastikan anda tidak mengambilnya pada waktu hampir dengan waktu makan malam.Makan dalam jumlah yang kecil dan minum air kosong 6-8 gelas sehari. 2. Persekitaran Yang BersihMemastikan kebersihan diri dan juga persekitaran juga penting dalam amalan gaya hidup sihat. Mengutamakan kebersihan dapat menghalang wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar dan merisikokan anda mendapatkan penyakit lain.3. Menjalani Pemeriksaan Kesihatan BerkalaBukan ketika sakit sahaja perlukan pemeriksaan, anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala ini perlu bagi mengesan simptom awal penyakit yang boleh meragut nyawa.

Sekiranya penyakit berbahaya dapat dikesan pada peringkat awal, ini boleh memastikan cara pencegahan dan rawatan terperinci yang boleh dijalankan.Pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.

Page 3: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

4. BeriadahBeriadah atau bersenam dapat mengeluarkan peluh dari badan. Toksin dalam badan juga turut keluar melalui peluh. 

Kebaikan bersukan

Senaman berjadual sangat perlu bagi memastikan tubuh anda menjadi cergas dan membantu sistem peredaran darah lebih teratur. Ingat! Saluran darah yang tersekat boleh mengakibatkan strok.Contoh senaman mudah adalah seperti berlari,, bersukan, berjalan, dan aerobik.5. Berhenti Merokok 

Seperti yang sedia maklum, tabiat merokok boleh merisikokan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung dan lebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut.

Page 4: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

Ini adalah kerana terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok.Jadi, bertindak sekarang, katakan tidak pada merokok. Dapatkan nasihat dari doktor untuk menangani masalah ketagihan dan cara berhenti merokok.6. Atasi Stress

Page 5: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

Semua orang mengalami stress atau tekanan. Pelbagai punca yang boleh menyebabkan stress, antaranya masalah keluarga, kerja, kewangan,dan sebagainya.Tekanan atau stress yang berpanjangan boleh menimbulkan rasa marah. Jadi, atasi masalah ini dengan mengawal tekanan dan kemarahan.Beberapa cara untuk mengurangkan marah: Berfikir secara positif Belajar bertenang Wujudkan hobi Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah Rehat dan tidur yang cukup Cari teman untuk berkongsi atau meluahkan masalah7. Pastikan Rehat yang CukupRehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan selain dapat menenangkan tubuh badan serta minda.Selain itu, proses metabolisme juga dapat berjalan dengan lancar dengan rehat yang mencukupi.Hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih. 7 amalan yang sangat mudah untuk kita amalkan untuk menjadikan gaya hidup kita jalani lebih sihat. Usaha yang kita laburkan hari ini akan mendatangkan faedah yang sangat berbaloi di masa akan datang. KP mahu hari tua yang cergas dan ceria. Anda?

Page 6: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

10 Langkah Gaya Hidup SihatSemua orang ingin sihat. Bila sihat, badan pun rasa lebih cergas dan lebih bersemangat nak buat kerja. Untuk artikel ni puteri nak kongsikan 10 langkah gaya hidup sihat yang boleh kita amalkan.

1. Makan makanan yang seimbang – Amalan pemakanan yang seimbang memang perlu diutamakan.  Makanan yang kurang berkhasiat perlu dikurangkan atau lebih elok kalau dielakkan.

2. Minum air secukupnya – minum air suam atau air masak yer, bukannya air manis atau air berkarbonat.  Pengambilan jus buah-buahan yang segar pun elok kalau diamalkan. Tapi kena rajin buat sendiri, sebab yang dijual di kedai tu dah ditambah dengan gula.

3. Bersenam – Kalau nak sihat, kenalah rajin bersenam. Berjogging, berjalan kaki atau berbasikal pun memang elok untuk kesihatan dan menambah stamina.

4. Buat sesuatu yang kita minat – Bila kita melakukan sesuatu aktiviti yang kita minat, kita akan rasa lebih ceria dan bersemangat.  Pastikan aktiviti itu bermanfaat.

5. Kawal berat badan – Berat badan kenalah dikawal, tak boleh berlebihan dan tak boleh juga kurang. Pastikan berat badan bersesuaian dengan ketinggian kita. Kalau rasa berat badan dah berlebihan, boleh dapatkan Panduan untuk menurunkan berat badan secara sihat.

6. Pengambilan Supplemen – Pengambilan supplemen penting terutamanya untuk yang sentiasa sibuk sampai kadang-kala tak sempat nak makan atau kurang rehat.

7. Rehat– Sesibuk mana pun, kita perlu ada masa untuk berehat. Sekali sekala tu bolehlah bersantai atau bercuti untuk menghilangkan stress dan kepenatan.

Page 7: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

8. Tidur – Pastikan waktu tidur mencukupi. Tidur terlalu banyak pun tak elok juga sebab badan kita akan terasa letih.

9. Berfikiran positif – Sentiasa berbaik sangka. Dengan berfikir positif, hidup kita akan terasa lebih ceria.

10. Pemeriksaan kesihatan – Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Pemeriksaan kesihatan ni penting untuk kita ketahui tahap kesihatan kita.

Mudah-mudahan dengan mengamalkan 10 langkah ini, kita akan berjaya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Tapi yang penting jangan tinggalkan solat.

Page 8: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

Amalkan 5 Gaya Hidup Sihatpada 19hb Februari 2013 jam 4.09 ptgIsu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Banyak Pandangan berkaitan dengan gaya hidup sihat, tetapi adalah tidak wajar kita mengambil mudah tentang amalan gaya hidup sihat ini.

1. Menjaga Pemakanan Seharian   

Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis. 2.  Bersenam atau Beriadah   Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan. 3.  Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. 4.  Membuat Pemeriksaan Kesihatan Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun. 5.  Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan 

Page 9: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah boleh menyebabkan punca penyakit sosial dan masyarakat, menjadi penghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara, maka marilah kita meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha mengawal dan mencegah berlakunya kegiatan buruk ini.       Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang perlu kita lakukan untuk membolehkan kita hidup sihat.  Amalan gaya hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil dimana ibu bapa serta anggota keluarga memainkan peranan mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat.  Oleh itu mencegah lebih baik dari mengubati. 

Page 10: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

Amalan gaya hidup sihat masyarakat kita?Masyarakat Malaysia kini mula sedar akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat  dalam usaha menjaga kesihatan diri.Jelaskan amalan gaya hidup sihat ini.

Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak kehidupan yang baik dalam diri seseorang itu. Antara contoh gaya hidup sihat ini meliputi aspek pemakanan yang betul dan mengamalkan senaman yang berkala. Media massa telah banyak kali menyiarkan berita tentang gaya hidup sihat ini kerana sudah ada kajian yang menyatakan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia semakin bertambah. Jelaslah, ada banyak gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh masyarakat Malaysia.

Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan yang sihat. Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa mereka hendaklah mengambil diet yang betul terutama mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang seimbang memastikan tubuh badan menerima semua khasiat yang diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman moden yang penuh dengan masalah ini. Jadi, diet yang baik menjadikan kehidupan seseorang manusia itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang.

Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu kehidupan yang sihat.  Langkah ini baik untuk diamalkan agar pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak doktor itu mampu untuk mengesan sebarang simpton awal penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia pula. Kejayaan mengesan penyakit berbahaya pada peringkat awal memastikan cara pencegahan dan rawatan yang terperinci mendatangkan impak yang positif kepada kesihatan seseorang itu. Sesungguhnya, sikap suka bertemu dengan doktor menjadi satu ciri utama untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman yang berjadual juga memainkan peranan utama dalam kehidupan yang sihat. Senaman setiap pagi atau petting menjamin peluh keluar daripada badan dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua toksik badan keluar dan tekanan stres yang dialami terus dapat dihilangkan jua. Oleh itu, senaman menjadi aktiviti yang paling baik untuk memiliki satu gaya hidup yang baik buat manusia.

Malah, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat ini. Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya. Manusia memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan manusia akan mampu memulihkan tenaganya untuk meneruskan kehidupan pada esok harinya. Jadi, rehat yang meliputi tindakan yang berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia.

Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin memiliki gaya hidup yang sihat ini. Pemikiran positif ini penting kerana kehidupan zaman modern begitu banyak tekanan baik di pejabat dan juga di rumah bersama-sama alam kebendaan yang begitu ketara itu. Mereka yang memahami diri sendiri dan melihat sesuatu peristiwa itu dengan persepsi yang positif sudah pasti akan mampu menerima cabaran hidup dengan lebih matang lagi rasional. Sesungguhnya, minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan kehidupan moden yang begitu mendesak ini.

Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan satu gay a hidup yang sihat boleh dicapai oleh manusia. Kerjasama semua amat diperlukan terutama kesedaran diri sendiri agar kesihatan menjadi keutamaan dalam hidup semua pihak. Kegagalan untuk bertindak dengan segera bakal menyaksikan

Page 11: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

masyarakat kita searing dilanda penyakit demi penyakit yang boleh membawa impak buruk pula. Slogan badan cergas otak cerdas membuktikan betapa pentingnya aspek kesihatan dalam diri manusia yang ingin sejahtera kehidupannya.

Posted by Noor Azman Mahat at 2:18 PM 

Page 12: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

Apakah saiz sajian?Saiz sajian ialah jumlah makanan yang dimakan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti.

Apakah yang membentuk sajian?Jenis Makanan Satu Sajian

Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian

½ cawan nasi putih ½ cawan mi / bihun / kue tiau / pasta 1 keping roti bijirin penuh ½ keping capati (saiz kecil) 1 cawan bubur nasi ½ cawan bijiran sarapan 1 biji ubi kentang saiz sederhana 3 keping biskut tawar / krim

Sayur-sayuran ½ cawan sayuran berdaun hijau tua ½ cawan sayuran buah atau ubian ½ cawan lain-lain sayuran

Buah-buahan

½ biji jambu batu saiz sederhana 1 potong betik / tembikai / nanas 1 biji pisang / oren / pir / epal ½ cawan jus buah (tanpa gula)

Susu dan Produk Tenusu

1 cawan susu ½ cawan dadih 1 keping keju * tenusu rendah lemak lebih digalakkan

Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang 1 ketul peha ayam saiz sederhana 1 ekor ikan kembung 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis

Page 13: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala ½ cawan kekacang kering 4 sudu makan udang kecil dengan kulit 1 keping tauhu 1 keping tempe 1 biji telur saiz sederhana (gred C)

Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia

Kadar Pemakanan Kanak-kanak Petatih Dan Pra-sekolah.(2 Tahun Hingga 6 Tahun)

Pada usia 2 tahun, kanak-kanak seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan kanak-kanak adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Pada tahap usia ini juga, kanak-kanak perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian dan galakan.

Panduan Pemakanan Untuk Kanak-kanak Petatih Dan

PrasekolahAlam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah panduan pemakanan untuk kanak-kanak:

Berikan kanak-kanak makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi

Page 14: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.

Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain.

Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan.

Berikan susu semasa waktu snek. Kanak-kanak mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.

Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar kanak-kanak tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.

Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk kanak-kanak sebelum menambahkan rempah ratus.

Pemakanan Kanak-kanak Berpandukan Piramid Makanan

Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia:    Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan.    Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental. Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap

jangkitan. Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan

pertumbuhan pada peringkat remaja.

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan.

Page 15: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia.

Aras 1: Bijirin dan ubi-ubian    Beri kanak-kanak lebih banyak makanan dari kumpulan ini.   Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk

karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada kanak-kanak.  Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan

sejumlah protein.    Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut.    Kanak-kanak memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari.

Satu hidangan bijiran dan 

sumber bijiran serta ubi

Bilangan hidangan sehari2 - 3 Tahun 4 - 6 Tahun

1 Keping roti "whole meal"1/2 Cawan Nasi 1/2 Capati1 Cawan bubur1 Biji sederhana kentangKeping biskut - Krim Krakers masin

6* 8*

* Nota: Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis  makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 2: Buah dan sayur     Berikan kanak-kanak lebih makanan daripada kumpulan ini.    Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada kanak-kanak. Kanak-kanak perlukan sekurang-kurangnya 2 hidangan setiap

hari.                                                       

Satu hidangan bijiran dan sumber bijiran dan ubi / Satu

hidangan buah-buahan

Bilangan hidangan sehari2-3 Tahun 4-6 Tahun

1/2 Cawan sayur-sayuran hijau 2* 2*

Page 16: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

yang telah di masak1/2 Cawan buah-buahan / sayur-sayuran1/2 Biji jambu sederhana 1 Biji kecil atau sederhana buah oren, sejenis buah berwarna hijau (pear, epal)1 saiz sederhana pisang1 hiris betik, nenas, tembikai

1* 1*

* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu  Kanak-kanak harus mengambil makanan dalam kumpulan ini

dalam kuantiti yang sederhana.     Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein,

vitamin B dan mineral.    Keperluan untuk kanak-kanak ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam,

itik, daging dan ubi-ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.

Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian / Satu hidangan

hasil tenusu.

Bilangan hidangan sehari2-3 Tahun 4-6 Tahun

1 Potong sederhana "peha ayam"1 Ekor ikan kembong sederhana2 Ketul daging saiz kotak mancis 5 Sudu penuh ikan bilis tanpa kepalaNota : 1 Ketul daging berukuran

 2*  2*

Page 17: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

kotak mancis = 1 Biji telur sederhana = 1 Keping tempe = 1 Keping tauhu = 2 Sudu makan mentega kacang = 1/2 Cawan ubi-ubian / kacang yang telah dikeringkan = 4 Ekor udang bersaiz kecil1 Gelas susu1 Cawan dadih1 Keping Keju

2 - 3 * 3 *

*Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan             untuk semua jenis makanan dalam kumpulan

makanan.

Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gula      Pastikan kanak-kanak kurangkan pengambilan daripada kumpulan

makanan jenis ini.

Cara Menggalakkan kanak-kanak untuk makan

Ibu atau penjaga harus menyelia kanak-kanak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada kanak-kanak untuk makan. Di antaranya ialah:

Page 18: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

Duduk dengan kanak-kanak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa kanak-kanak menikmati hidangan.

Berikan masa kepadak anak-kanak menikmati hidangan mereka, jangan terburu-buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.

Beri pujian kepada kanak-kanak kerana makan dengan baik.

Berikan kanak-kanak makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.

Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh kanak-kanak.

Jika kanak-kanak memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.

Berikan makanan sebaik sahaja kanak-kanak berasa lapar. Jika kanak-kanak menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera kanak-kanak akan hilang.

Jangan beri kanak-kanak makan jika dia mengantuk.

Jangan memaksa kanak-kanak untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.

Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa kanak-kanak menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.

Bermain permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera kanak-kanak untuk makan (menyanyi dan bermain).

Page 19: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

Gunakan sebarang kreativiti dalam menghidangkan makanan kepada kanak-kanak. Ia penting dalam membantu merangsang selera kanak-kanak.

Sekali sekala bawalah kanak-kanak makan diluar. Contoh seperti di taman permainan atau di pantai.

Galakkan kanak-kanak mengambil snek yang berkhasiat. Contoh snek seperti susu, buah dan sandwich.

Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan utamanya.

Kepentingan Makanan BerkhasiatKesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Page 20: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

Sumber dari berita harian

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai

Page 21: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

   Makanan Seimbang Kurangkan

Risiko Penyakit Berbahaya

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser,

Page 22: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?1.  Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.2.  Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.3.  Lebihan kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.4.  Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.5.  Osteoporosis

Page 23: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.6.  Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)

Tips Diet SeimbangAntara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan

Page 24: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan: Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan. Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam). Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis). Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.6. Kurangkan garam

Page 25: 7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).Sumber dari UTUSAN PENGGUNA