6.asas pertolongan cemas.docx

32
6. ASAS PERTOLONGAN CEMAS PENGENALAN 1.0.KONSEP PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan Cemas ditakrifkan atau diertikan sebagai bantuan permulaan dan rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital. Pertolongan Cemas atau bantu mula. Definisi: Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital. Prinsip-prinsip pertolongan cemas: 1. Menyelamatakan nyawa 2. Mengurangkan kesakitan 3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk 4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital Peraturan Am Pertolongan cemas: 1

Upload: tharani-pradhaa-kannan

Post on 23-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

6. ASAS PERTOLONGAN CEMAS

PENGENALAN

1.0.KONSEP PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan Cemas ditakrifkan atau diertikan sebagai bantuan permulaan dan

rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan

dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut dengan menggunakan

objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau

sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Pertolongan Cemas atau bantu mula.

Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa

atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

1. Menyelamatakan nyawa

2. Mengurangkan kesakitan

3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk

4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:

1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.

2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedarmenjaga, terutamanya

pernafasan pesakit itu

3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar

melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa

dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.

4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

1

Page 2: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

Tindakan serta merta pertolongan cemas:

1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.

2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.

3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.

4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:

Bertindak dengan cepat dan tenang.  Dapatkan bantuan orang yang

berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

Bertindak berdasarkan DRABC [Danger Response Airways Breathing

Circulation] iaitu:

Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]

Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau

bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]

Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika

ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]

Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air

Resuscitation [B]

Pastikan nadi mangsa berfungsi  - semak di nadi karotid atau di leher

[C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

Tujuan Pertolongan Cemas.

a. Selamatkan nyawa.

Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa didalam situasi

yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti

pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi.

b. Mengelakkan dari bertambah buruk.

2

Page 3: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk

mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah

buruk.

c. Mengurangkan kesakitan.

Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk

memberikan kelegaan kepada pesakit.

2.0.PERALATAN PERTOLONGAN CEMAS

a.Isi kotak `FIRST AID` mengandungi:

a. Termometer.

b. Mangkuk

c. Termometer

d. Mangkuk Enamel

e. Ubat Cium

f. Asprin

g. Panadol

h. Ubat Melepuh

i. Kain Pembalut Luka

j. Kain Tekap

k. Kapas

l. Gunting

m. Kain Kapas

n. Pin Semat

o. Elastoplast

p. Ubat Luka

q. Papan Tuap

r. Kain Segitiga

3

Page 4: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

b.Pembebatan & Pembalut

Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal

pendarahan.

Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan

Pembalut

Pembebatan

Jenis Kain Pembalut

Pembalut Tiga Segi

Pembalut Lebar

Pembalut Kecil

Pembalut Gulung

a. Pembalut Tiga Segi

4

Page 5: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

b. Lipatan Tiga Segi

3.0.CARA IKATAN, BALUTAN DAN ANDUH.

a.Ikatan Simpul Sila

Ikatan simpul sila digunankan untuk merawat kecederaan dalaman dan luaran

Luka terjadi disebabkan oleh pecahnya bahagian kulit selepas

sesuatu kecederaan.Calar dan terbakar juga boleh dikategorikan

sebagai luka)

5

Page 6: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

b.Balutan Luka Tangan

6

Page 7: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

c. Balutan Luka Dada

Luka di bahagian depan Luka di bahagian belakang

d. Balutan Luka Bahu

e. Balutan Luka Peha

7

Page 8: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

f. Balutan Luka Siku

g. Balutan Luka Lutut

h. Balutan Luka Lengan

8

Page 9: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

i. Balutan Luka Jari

4.0. JENIS ANDUH

Anduh Besar

Anduh Kecil

Anduh pergelangan tangan

Anduh menaik

A. Anduh Besar.

9

Page 10: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

B. Anduh Menaik

C. Pembalut Cincin

5.0. JENIS-JENIS LUKA

Luka Terhiris Luka Terkoyak

10

Page 11: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

Luka Tikaman Luka Lebam

Luka Kena Tembak Luka di perut

Luka di Dada

6.0.CARA RAWATAN

11

Page 12: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

a.Cara rawatan: Luka Kecil

Luka kecil di

basuh dengan air Luka dituam dengan kain lembut

b.Cara rawatan :Terbakar Ringan

Luka kecil di basuh dengan air

Luka dituam dengan kain lembut

12

Page 13: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

c.Cara rawatan :Renjatan Elektrik

Sekiranya mangsa tidak

bernafas, pulihkan pernafasan dari mulut ke mulut.

Jika gagal segera lakukan CPR.

Jika ada kesan terbakar beri rawatan terbakar.

Segerakan mangsa ke hospital.

Langkah yang perlu diambil:

Matikan suis atau suis utama dan pastikan elektrik sudah terputus.

Menggunakan penebat untuk menyelamatkan mangsa:

1. Gunakan galah yang panjang dan kering

2. Kerusi kayu

3. Tikar getah

4. Kain sal (tuala yang kering)

5. Plastik tebal

6. Tali atau tali nylon yang kering

7.0.RAWATAN BANTU MULA

Rawatan Bantu Mula di dalam pertolongan cemas terbahagi kepada:

13

Page 14: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

a) CPR.

b) DRABS.

c) EAR.

d) TOTAPS

e) RICE.

f) ECC.

a.CPR.

Merupkan satu teknik,yang boleh menyelamatkan nyawa,tanpa

menggunakan alat-alat yang canggih dan kepakaran yang boleh

diperolehi di hospital.

Bila CPR boleh dilakukan:

a) Seseorang tidak sedarkan diri.

b) Seseorang itu tidak bernafas.

c) Tiada denyutan nadi di carotid.

a.Cara melakukan pertolongan cemas (cpr)

14

Page 15: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak

balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999) dan

segera berikan perhatian kepada mangsa. 

Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas. 

Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika

tiada pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan pernafasan.

Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa. 

Buka mulut mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda. Hembus

nafas melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda lihat ada

pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali

(setiap hembusan dua saat). 

Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan

dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan

kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua

hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan. 

Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua

sentimeter dari ulu hati. Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan

perlahan (dari tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu

dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari

satu tekanan sesaat. 

Ulang bantuan pernafasan dan tekanan dada sebanyak empat kali

atau hingga bantuan sampai. 

Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi

membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik.

15

Page 16: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

b.Prinsip-prinsip CPR.

1. Hubungi pihak ambulan atau minta tolong daripada orang ramai.

2. Lakukan cpr pada mangsa yang tak bernafas dan tiada nadi.

3. Mulakan dengan bantuan pernafasan.

4. ECC diberi berselang seli dengan pernafasan.

5. Lakukan sehinga pulih atau doktor tiba.

6. Setelah pulih, letak mangsa pada kedudukan pemulihan.

c.Situasi-situasi yang memerlukan CPR.

Lemas.

Renjatan Elektrik.

Panahan petir.

Strok.

Sakit jantung.

Rebah tanpa sebab.

b. DRABS.

Bertindak berdasarkan DRABC [Danger Response Airways Breathing

Circulation] iaitu:

– Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D].

– Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa

atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]

– Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau

tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam

kedudukan yang selesa [A]

16

Page 17: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

– Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR -

External Air Resuscitation [B]

– Pastikan nadi mangsa berfungsi  - semak di nadi karotid atau di

leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary

Resuscitation].

c.E.A.R.

Jika mangsa yang mengalami kecederaan patah juga mengalami

tersekat pernafasan,pemulihan pernafasan perlu dilakukan

dahulu.

Prosedur E.A.R digunakan bagi membantu mangsa kecederaan

fraktur yang mengalami tersekat nafas kerana tercekik,tersedut

wap dan sebagainya.

Prinsip dan prosedur E.A.R:

E- elevation ( meninggikan )

airway ( laluan udara )

R- resuscitation ( resusitasi atau pemulihan pernafasan)

d.TOTAPS.

Totaps adalah satu kaedah membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa

T-TALK-(Bercakap)

Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah

mangsa itu bercakap? Tanya mangsa;Tujuannya mengetahui serba

sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan mangsa seperti di

mana bahagian yg sakit atau tempat tercedera?peringkat kesakitan

Bagaimana dengan penglihatan (kabur atau Jelas)?.boleh dengar

atau tidak 

O-OBSERVE (Melihat Keadaan)

17

Page 18: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

o Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan

keadaan mangsa seperti di bahagian kepala dan kulit

(lebam, bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu badan

serta pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak).

Perhatikan dan pastikankan darjah kecederaan mangsa.

T-TOUNCH ( Sentuh )

o Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-

hati. Periksa sebarang bengkak atau defomiti yang dialami

anggota badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa

sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera, ini

mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.

A-ACTIVE MOVEMENT (Pergerakan Aktif)

o Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota

badan yg cedera seperti tangan, kaki dan kepala; tujuannya

mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan

pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain.

Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan

dgn segera.

P –PASSIVE MOVEMENT (Pergerakan Pasif)

o Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat

menggerakkan bahagian anggotanya sendiri. Beritahu

mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk

menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian

yang cedera secara perlahan-lahan yang bertujuan untuk

memeriksa atau menentukan tahap kecederaan dan

kesakitan yang diialami. Regangkan otot dan benarkan

bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius.

18

Page 19: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

S-SKILL (Kemahiran )

Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti

berdiri, berjalan, berlari dan melompat sambil melakukan

kemahiran permainan yang mudah untuk memastikan tahap

kecederaan yg dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke

hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau

paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yang

khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.

e.RICE.

o Apabila berhadapan dengan mangsa yang mengalami

fraktur(retak) dan patah tulang,kita perlu menghalang

pergerakan pada bahagian anggota yang tercedera.

o Selepas memberikan bantuan, kita perlu memastikan

mangsa dihantar ke hospital dengan menetapkan sokongan

yang selesa pada mangsa ketika dalam perjalanan.

o Mangsa kecederaan fraktur ini boleh dibantu dengan

menggunakan prosedur R.I.C.E.

Prinsip R.I.C.E

o R -rest (merehatkan mangsa atau bahagian yang tercedera).

o I -ice ( membuat tuaman dengan menggunakan ais ).

o C -compresiion ( demahan )

o E -elevation

a.Prosedur R.I.C.E bagi fraktur tertutup.

19

Page 20: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

i. Beritahu mangsa supaya jangan bergerak.Tenangkan

mangsa,ampu pada bahagian badan yang tercedera dengan

menggunakan tangan anda.Sokong anggota yang tercedera

pada posisi yang selesa bagi mangsa.Tinggikan kedudukan

bahagian yang tercedera untuk mengurangkan pengaliran

darah ke bahagian tersebut.

ii. Jika kecederaan itu baru berlaku,demah

tempat yang tercedera dengan ketul-ketul ais atau dengan tuala

yang telah direndam dalam air sejuk.Cara ini akan

mengurangkan bengkak,lebam dan kesakitan.Rujuk rajah

dibawah:

iii. Balut bahagian yang tercedera dengan kain kapas. Ikatkan

splin pada bahagian yang tercedera untuk menyokong tulang

yang patah atau retak.Untuk sokongan yang lebih teguh,ampu

bahagian yang tercedera pada bahagian anggota yang tidak

tercedera.Sebagai contoh,bagi kecederaan fraktur anggota

bahagian atas,lengan hendaklah sentiasa diampu pada badan

dengan anduh.Balut kaki yang tercedera bersama-sama

dengan kaki yang tidak tercedera.Rujuk rajah di bawah:

20

Page 21: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

iv. Tinggikan bahagian yang cedera sementara menunggu

bantuan atau semasa membawa mangsa ke hospital.Rujuk

rajah dibawah:

b. Prosedur R.I.C.E bagi fraktur terbuka.

a. Tenangkan mangsa.Sokong dengan teguh anggota yang tercedera

dengan tangan.Jangan tekan pada hujung tulang yang terkeluar

dari kulit.Rujuk rajah dibawah:

b. Demah atau tuam bahagian yang luka dengan kain pembalut yang

bersih. Beri sedikit tekanan dengan tapak tangan atau jari supaya

dapat menghentikan pendarahan.Untuk fraktur terbuka demahan

hanya menggunakan kain pembalut,bukan ais.

Rujuk rajah dibawah:

21

Page 22: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

c. Letakkan balutan cincin pada bahagian luka. Balut luka dengan

pembalut yang bersih dan steril.Jangan balut dengan kuat untuk

memastikan pengaliran darah tidak terhalang. Jika tulang

tersembul keluar,letakkan kapas di sekeliling tulang sebelum

membuat balutan.

Rujuk rajah dibawah:

d. Tinggikan anggota yang tercedera untuk mengurangkan pengaliran

darah ke tempat tersebut.Jangan gerakkan anggota yang

tercedera.Rujuk rajah dibawah:

e. Hubungi ambulans atau hantar mangsa ke hospital.

Rujuk rajah dibawah:

c.ECC- External Cardiac Compression.

22

Page 23: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

Kaedah :

Digunakan ketika gagal mengesan denyutan jantung(nadi)

mangsa.

Tujuan :

Untuk memaksa darah beredar menerusi jantung dan

keseluruhan anggota badan.

a.Prosedur ECC mangsa dewasa.

Baringkan mangsa secara terlentang.Pembantu mula melutut di

sisi kanan mangsa. Jantung condong di sebelah kiri

memudahkan membuat tekanan. Rujuk rajah di bawah:

Letakkan jari telunjuk kiri ke atas sternum mangsa.

Letak bahagian belakang tapak tangan kanan ke atas sternum.

Tindihkan tapak tangan kiri dengan selang-selikan jari-jari.

Rujuk rajah di bawah:

Tekan secara tegak dengan lengan lurus ke atas dada mangsa.

23

Page 24: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

Tekan dada sedalam lebih kurang 4 – 5 cm, kemudian lepaskan

tekanan tanpa mengangkat tangan.

Ulangi tekanan sehingga kira-kira 80 hingga 100 mampatan

seminit. (kiraan: one and two and …) Rujuk rajah di bawah:

Tarik jari ke atas dan menjauhi

dada mangsa

Menekan tulang dada ke bawah menyebabkan tekanan dalam

dada berubah.

Ini akan menolak darah dari ruang jantung ke tisu.Sebaik sahaja

tekanan dilepaskan,dada bergerak naik dan darah yang diganti

`disedut` ke dalam untuk memenuhi semula jantung.

Kemudian darah ini akan ditolak keluar dari jantung oleh tekanan

berikutnya.Rujuk rajah di bawah:

b.Prosedur ECC kanak-kanak bawah 8 tahun.Rujuk Rajah di bawah.

24

Page 25: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

Ikut prosedur orang dewasa.

Guna sebelah tangan sahaja.

Tekan pada kadar 100 mampatan seminit sahaja.Mampatan dada

sedalam 2.5 cm.

c. Prosedur ECC bayi bawah 1 tahun.Rujuk rajah di bawah.

Ikut prosedur orang dewasa.

Guna jari telunjuk dan jari hantu.

Letakkan jari-jari di tengah sternum.

Tekan pada kadar 120 mampatan seminit.

Mampatan dada sedalam 1.5 cm.

25

Page 26: 6.Asas Pertolongan Cemas.docx

26