drabc asas pertolongan cemas

Upload: amirrudin-ismail

Post on 29-Feb-2016

531 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

asas pertolongan cemas untuk panduan sebelum memulakan bantuan kecemasan

TRANSCRIPT

DRABC

DRABCAmirrudin bin IsmailPPGPJKSemester 8(Pembentangan PJM3182)

PERTOLONGAN CEMASBantuan awal yang diberikan kepada mangsa untuk membantu menyelamatkan nyawa mangsa sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

BANTUAN PERNAFASANDalam kebanyakan kes kecemasan, rawatan bantuan penafasan mulut ke mulut (CPR) amat penting diberikan kepada mangsa.

TUJUAN BANTUAN PERNAFASAN

Mencegah kerosakan otak sebelum menerima bantuan perubatan.

MATLAMAT BANTUAN PERNAFASAN

CPR mempunyai dua matlamat iaitu :-

* Mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan * Mengekalkan aliran udara masuk dan keluar ke paru-paru.

* Memberi tiupan ke dalam mulut mangsa untuk menolak masuk udara beroksigen ke dalam paru-paru. Ini akan menyerapkan oksigen ke dalam salur darah.

* Memberi tekanan di dada mangsa untuk membuatkan darah mengalir di dalam badan.

DRABC adalah lima langkah mudah untuk melakukan CPR.

CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan peralatan minimum. Anda hanya perlu:

D DANGER (BAHAYA)

Nilai situasi yang berlaku. Berdasarkan situasi tempat kejadian. Alihkan benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan mangsa.

Telefon ambulan

R RESPONSE (TINDAK BALAS)

Are You ok?

R RESPONSE (TINDAK BALAS)Periksa tindak balas pesakit. Kejutkan pesakit, tepuk bahu dan jeritkan awak ok?

Guna teknik C.O.W.SCan you hear me?Open Your eyesWhat is your name?Squeeze my hand.

A AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN)Lakukan teknik `angkat dagu dan dongak kepala'. Buka salur nafas pesakit secara mendongakkan kepala dengan satu tangan, manakala dagunya diangkat dengan tangan yang satu lagi.

B BREATHING (PERNAFASAN)* Dekatkan pipi anda dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit.

* Lihat, dengar dan rasa pernafasan mangsa selama lima hingga 10 saat.

* Jika tiada pernafasan, picit hidung mangsa sehingga tertutup dan beri dua hembusan penuh ke dalam mulutnya selama dua saat setiap hembusan

C CIRCULATION (PEREDARAN DARAH)* Jika tiada tanda pernafasan normal, batuk atau sebarang pergerakan pada mangsa, mulakan tekanan di dada pesakit

* Letakkan tangan anda di tengah dada/tulang sternum (ulu hati) mangsa. Tekan ke dalam (antara 1.52 inci atau kira-kira 5 sentimeter) sebanyak 15 kali pada kadar 80 atau 100 kali seminit dengan kiraan `dan satu', `dan dua', `dan tiga' sehingga `dan lima belas'.

* Teruskan dengan dua hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba.

PLAN TINDAKAN DRABC

SEKIANTERIMA KASIH