pembentangan asas pertolongan cemas

90
ASAS PERTOLONGAN CEMAS -Melecur, Pitam -Patah, Keracunan - Terseliuh -Pemulihan Pernafasan

Upload: jessica-rose-mckell

Post on 05-Dec-2014

449 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

-Melecur, Pitam-Patah, Keracunan

- Terseliuh-Pemulihan Pernafasan

Page 2: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

KETENATAN MANGSA BERGANTUNG KEPADA:

1)Luas permukaan yang cedera.

2)Tempat yang melecur.3)Tahap melecur.4)Umur, keadaan fizikal dan

kesihatan mangsa.

Page 3: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

JENIS – JENIS MELECUR

Luar–melecur pada bahagian kulit.

Dalam- melecur dalam rongga atau perut.

Page 4: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

SEBAB-SEBAB MELECUR• Haba kering

– Bahan api/api– Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur

atau puntung rokok.

• Bahan kimia

– Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.– Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput,

asid atau alkali.

• Elektrik– Arus elektrik yang rendah , seperti dari perkakas rumah.– Kilat dan petir.

Page 5: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

PANDUAN KESELAMATAN – MELECUR KIMIA

Gunakan air mengalir untuk mencuci bahan-bahan kimia dari kulit.

Tanggalkan kain dan barang kemas semasa mencuci dengan air yang mengalir.

Buang bahan kimia (pepejal) yang terlekat pada kulit sebelum mengalirkan air.

Hubungi hospital/hantar dengan segera.

Page 6: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

PERINGATAN !

Jika bahagian mata terbakar oleh bahan kimia, perlu dibawa pada aliran air selama 15 minit atau

sehingga bantuan tiba.

Page 7: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

KEJUTAN ELEKTRIK

Boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara pancaran (arcing) dan sentuhan (contact).

Pancaran berlaku dalam kemalangan arus voltan tinggi (melebihi 1000 voltan).

Arus elektrik memancar daripada punca elektrik dan menyambar mangsa menyebabkan pakaian dan kulit melecur/terbakar.

Page 8: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

FAKTOR BERLAKUNYA KEJUTAN ELEKTRIK

1. Kerosakan kabel atau alat elektrik

2. Kecuaian

3. Persekitaran yang basah

4. Tidak mengikut peraturan keselamatan

5. Semasa kejutan, badan mangsa sebagai pengalir

arus elektrik.

Page 9: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

KESAN MUNGKIN TERJADI MENGIKUT JUMLAH WATT

1) 1 mA– kejutan ringan2) 10 mA - melecur dan hilang kawalan otot3) 100 mA - mati

Page 10: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TINDAKAN

• JANGAN bantu mangsa selagi kawasan kemalangan belum disahkan selamat.

• HUBUNGI penguasa elektrik tempatan supaya bekalan elektrik diputuskan.

• Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada NADI/ NAFAS, jika tiada, lakukan CPR.

• RAWAT mangsa untuk terbakat dan juga renjatan.

• BAWA MANGSA ke hospital dengan segera.

Page 11: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TAHAP KECEDERAAN

TAHAP 1 (Superficial Burn)– Kecederaan pada bahagian kulit luar sahaja.– Ianya melibatkan bahagian epidermis dan

terasa sangat sakit. – Kulit kelihatan kemerahan.

Page 12: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TAHAP 2 (Intermidiate Burn)

– Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis).– Kulit kelihatan merah gelap, lepuh dan

mengelembung.– Terasa sakit.

Page 13: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TAHAP 3 (Deep Burn)

– Semua lapisan kulit telah rosak.– Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih

kering.– Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika

saraf rosak.

Page 14: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas
Page 15: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas
Page 16: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

PENGENDALIAN AM

1. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan)

2. Tenangkan mangsa.3. Alirkan air bagi melecur tahap

pertama dan kedua selama 20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.

Page 17: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

PENGENDALIAN AM

5. Letakkan kompres sejuk yang diperbuat daripada kain bersih atau tuala

6. Disarankan bagi tahap 1 dan 2 supaya disapukan permukaan melecur dengan krim antiseptik.

7. Tutupkan kawasan lecur dengan pembalut atau pad steril.

8. Jika serius, hantar ke hospital dengan segera.

Page 18: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL

1. Basuh tangan sebelum memberi rawatan dan pakai sarung tangan jika ada.

2. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang selesa.

3. Tanggalkan jam tangan, tali pinggang, pakaian ketat dan barang kemas sebelum bahagian yang tercedera membengkak.

Page 19: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL

4. Guna kain bersih dan basah untuk menutup bahagian yang tercedera.

5. Periksa pernafasan/nadi setiap 5 minit.6. CPR jika perlu.

Page 20: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

JANGAN!

1. Tanggalkan pakaian yang terlekat pada kulit jika melecur teruk.

2. Pecahkan gelembong.

3. Guntingkan kulit yang terkoyak.

4. Beri makanan/minuman

5. Letak atau sapu merjerin, kicap, ubat gigi dan lain-lain.

6. Membuang masa untuk memberi rawatan.

Page 21: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

2. PITAMKekurangan bekalan darah ke otak

untuk seketika waktu.

Page 22: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

PUNCA PITAM

1.Berdiri tegak terlalu lama dalam cuaca

panas

3.Emosi.

2. Terlalu letih, kelaparan

4. Persekitaran yang sesak

5. Tindakbalas saraf terhadap

kesakitan

Page 23: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TANDA – TANDA PITAM

Muka pucat.

Berpeluh sejuk

Pandangan kabur

PeningRasa loya

Denyutan nadi cepat

tetapi lemah

Page 24: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

LANGKAH KESELAMATAN

1. Baringkan di tempat teduh dan berudara bersih.

2. Longgarkan pakaian yang ketat3. Tinggikan bahagian kaki4. Tenangkan dan beri keselesaan5. Galakkan tarik nafas6. Rawat semua kecederaan

Page 25: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

3. PATAH & TERKEHEL

Page 26: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

3. PATAH & TERKEHEL

Page 27: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

DEFINISI PATAH

Patah ialah terputusnya

kesinambungan struktur

tulang manakala terkehel

pula keadaan hujung tulang

terkeluar dari sendi .

Page 28: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

JENIS PATAH

• Patah Tertutup: Patah yang tidak melibatkan luka terbuka di bahagian kulit.

• Patah Terbuka: Patah yang melibatkan luka terdedah di bahagian kulit dan mudah mendapat jangkitan.

Page 29: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

KEADAAN PATAH

~ Patah Menyerong ~ Patah Menyilang

Page 30: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

KEADAAN PATAH

Patah TerpusingPatah yang berlakudi sekeliling tulang.

Page 31: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

Patah Melarat• Sesuatu bahagian mustahak dalam tubuh telah

tercedera apabila fraktur berlaku, misalnya otak, paru-paru, jantung, buah pinggang dan salur darah tercedera.

Page 32: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

~ Patah Tebu < Tulang retak tetapi tidak terputus dan

biasanya berlaku pada kanak-kanak.

Page 33: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

~ Patah Remuk < Tulang remuk dan bersepeh

Page 34: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

PUNCA PATAH

• Pukulan Tepat - menyebabkan tulang patah pada tempat pukulan

• Tarikan Otot- Tarikan otot yang kuat boleh menyebabkan tulang patah

• Patologikal - Patah yang disebabkan oleh penyakit yang ada pada tulang berkenaan:

# Tumor tulang

# TB tulang

Page 35: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TANDA-TANDA KEPATAHAN

• Sakit apabila tersentuh• Bengkak atau lebam• Hilang fungsi pada anggota yang patah• Perubahan pada rupa bentuk• Berbunyi pada bahagian yang digerakkan

Page 36: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

RAWATAN AWAL

• Hentikan pendarahan jika terdapat luka.

Page 37: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

RAWATAN AWAL

• Rehatkan pesakit dan pastikan mangsa bernafas dengan betul.

Page 38: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

RAWATAN AWAL• Melarang bahagian patah digerakkan• Tujuan:

* Mengurangkan kesakitan

* Untuk mengelakkan patah bertambah teruk

TUAP ANDUH

Page 39: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

RAWATAN AWAL

• Pastikan mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Page 40: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

4. KERACUNAN MAKANAN

Keracunan makanan ialah penyakit yang disebabkan oleh

pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Page 41: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

PUNCA KERACUNAN MAKANAN

Keracunan makanan disebabkan oleh bakteria, mikro-organisma, virus, racun atau toksin dan

bahan-bahan kimia.

Page 42: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

MAKANAN YANG SERING TERDEDAH PADA BAKTERIA

Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi

beriyani, mi dan sebagainya Roti dan kuih-muih Makanan laut seperti kerang Daging- lembu, ayam, ikan Makanan dalam tin yang telah kemik atau yang

kembung pada bahagaian atasnya atau berkarat.

Page 43: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

CONTOH PERSEKITARAN

• Keadaan sekitar anda dan pengendalian makanan yang tidak teliti juga menggalakkan bakteria mencemari makanan.

• Contoh keadaan yang sering berlaku:-Makanan mentah Daging, ayam dan ikan tidak disimpan di tempat dingin Makanan dalam tin terdedah kepada suhu bilik selepas

dibuka

Page 44: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas

Buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik

Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus

Makanan tidak disimpan segera

Page 45: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TANDA –TANDA KERACUNAN MAKANAN

1) Bermula 2-5 hari selepas makan.

2) Pesakit akan mengalami demam dan najis mengandungi darah.

Page 46: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

KESAN KERACUNAN MAKANAN

Kesan bahaya akibat keracunan makanan adalah kehilangan air dalam badan.

Sekiranya tubuh kekurangan air dan terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Ada juga yang lebih serius, hingga melibatkan keracunan sistem saraf.

Page 47: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

KESAN KERACUNAN MAKANAN

Cirit-birit : mengeluarkan najis cair atau berair lebih tiga kali sehari.

Sakit perut atau memulas. MenggigilDemamMuntahDehidrasi atau kehilangan air

Page 48: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

CARA MENGELAKKAN DARI KERACUNAN MAKANAN

1) Sentiasa menjaga kebersihan.

Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan.

Basuh tangan selepas keluar dari tandas.Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau

penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan.

Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan- haiwan yang lain.

Page 49: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas
Page 50: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

2) Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak.

Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak.

Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan

yang belum dimasak.Simpan makanan yang telah dimasak dan yang

mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang.

Page 51: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

3) Sentiasa masak dengan sempurna.-Masak dengan sempurna terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut.- Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna.4) Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul.-Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam.-Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi di dalam peti sejuk.

Page 52: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

5) Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih.-Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan.-Pilih makanan yang segar dan berkhasiat.-Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah.

6) Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar. -Hindari dari gerai atau kedai makan yang kotor.

Page 53: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

DEFINISI TERSELIUH

Terseliuh biasanya disertai pembengkakan. Ada yang kerana jatuh, boleh juga kerana hentakan.

Jika terjadi pembengkakan, biasanya otot-otot menjadi tegang atau istilah lainnya adalah salah urat.

Makna lain terseliuh juga adalah kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut. Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen.

Page 54: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

BAHAGIAN-BAHAGIAN TERSELIUH

Terseliuh di hadapan

Terseliuh di belakang

Terseliuh di bahagian rusuk

Page 55: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TANDA TERSELIUH HADAPAN

a)Terdapat tanda-tanda lebam dan bengkak warna hitam di sebelah hadapan pergelangan tangan atau kaki salah satu yang terbabit.

b)Orang yang terseliuh akan merasa terlalu sakit apabila tangan atau kakinya ditolak ke atas tetapi kurang rasa sakit bila digerakkan ke bawah.

Page 56: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TANDA TERSELIUH BELAKANG

a) Terdapat tanda-tanda lebam bengkak warna hitam di sebelah belakang,bawah tapak tangan atau kaki salah satu yang telibat.

b) Orang yang terseliuh akan merasa amat sakit bila tangan atau kakinya atau salah satu yang terbabit digerakkan ke bawah tetapi kurang merasai sakit apabila digerakkan ke atas.

Page 57: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TANDA TERSELIUH BAHAGIAN RUSUK

a) Terdapat tanda-tanda lebam bengkak warna hitam di sebelah kiri buku lali jika terseliuh berlaku di kiri kaki dan begitulah sebaliknya.

b) Mangsa akan merasa amat sakit bila anggota terbabit digerak pusing ke kiri sekiranya seliuh terjadi di kiri dan begitulah sebaliknya.

Page 58: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

JENIS TERSELIUH

a) Buku lalib) Lengan dan bahu

Page 59: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TERSELIUH BUKU LALI

Mengenali Simptom Buku Lali Terseliuh:-

Sakit BengkakLebamSusah berjalanSendi buku lali kejang

Page 60: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TERSELIUH BUKU LALI

Punca Buku Lali Terseliuh:TerjatuhTerseliuh atau terpelecok. Aktiviti sukanBerkasut tumit tinggiBerjalan atau berlari pada

permukaan tidak rata.

Page 61: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TAHAP-TAHAP BUKU LALI TERSELIUH

• Tahap SatuSedikit regangan atau koyakan kecil

pada ligamen lateral buku laliRasa kurang sakitBengkak sedikit di sekitar tulang

atau kawasan luar buku laliSendi berasa tegang atau sukar

berjalan dan berlari

Page 62: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TAHAP-TAHAP BUKU LALI TERSELIUH

• Tahap DuaKoyakan tahap sederhana pada fiber

ligamenRasa sakit sederhana atau mungkin

sukar berjalanBengkak dan rasa tegang di sendi

buku laliLebam

Page 63: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TAHAP-TAHAP BUKU LALI TERSELIUH

• Tahap TigaLigamen koyak terukSendi buku lali langsung tidak stabilRasa sakit sekejap-sekejapBengkak yang terukLebam yang berlarutan.

Page 64: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

JANGAN !

Jangan mengurut buku lali yang terseliuh

mengurut akan menyebabkan buku lali

bertambah cedera.

Page 65: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

RAWATAN R.I.C.E.

Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan.

Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.

REST

Page 66: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

RAWATAN R.I.C.E. Ais yang dibalut dengan kain atau plastik dituam pada tempat

yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi

rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera

kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera.

Tuaman ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.

ICE

Page 67: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

RAWATAN R.I.C.E.

• Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.

COMPRESSION

Page 68: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung.

Ini dapat mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera.

Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.

Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin.

ELEVATION

Page 69: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

TERSELIUH LENGAN & BAHU

• Risiko terseliuh lengan atas dan bahu meningkat kerana sesuatu perlakuan daya yang melampau seperti mencapai dan membaling aktiviti, berulang kali mengangkat berat berat, trauma terus ke bahu, jatuh ke lengan terulur, penyertaan dalam sukan lasak sehingga menyebabkan terseliuh.

Page 70: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

CARA MENGENAL PASTI

Pemerhatian

Setempat bengkak (edema) tisu lembut atau dalam sendi (pengaliran cairan)

Lebam (ecchymosis) dan tulang selangka menonjol distal

Individu akan menunjukkan reaksi sakit, gerakan bahagian lengan dan bahu menjadi pasif atau lemah

Kekuatan pergerakan terjejas apabila cuba untuk menggerakkan bahu.

Page 71: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

SISTEM PERNAFASAN

• Semasa kita bernafas, kita menyedut & menghembus udara.

• Udara yang disedut dibawa ke paru-pari dan meresap oksigen ke dalam darah.

• Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen, selebihnya komposisi gas nitrogen.

Page 72: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

SISTEM PERNAFASAN

• Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk melakukan proses respirasi.

• Sel-sel otak kita akan mulai mati sekiranya tidak mendapat bekalan oksigen selama 3 minit.

• Udara = 21% Oksigen + 79% Nitrogen• Jumlah Oksigen diperlukan(respirasi) = 5%• Baki Oksigen = Hembusan untuk membantu mangsa.

Page 73: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

BILANGAN pernafasan SESEORANG

PERINGKAT BILANGAN SEMINIT

Dewasa

Kanak-kanak

Bayi

15 hingga 20 kali seminit.

22 hingga 25 kali seminit.

35 hingga 40 kali seminit.

Page 74: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

BILANGAN NADI SESEORANG

PERINGKAT BILANGAN SEMINIT

Dewasa

Kanak-kanak

Bayi

70 -80 kali

90-100 kali

100-140 kali

Page 75: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

Cara memeriksa nadi Periksa nadi di

pergelangan tangan (nadi radial) atau di leher (nadi karotid).

Jangan gunakan ibu jari untuk memeriksa nadi sebaliknya guna hujung jari telunjuk, jari tengah dan jari manis anda.

Page 76: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

Cardiopulmonary resuscitation (CPR)

• CPR merupakan bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan andi dan tidak bernafas.

• Merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan pada dada.

• Fungsi – Membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan.

Page 77: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

SEBAB UTAMA CPR DILAKUKAN

Terhenti pernafasanTiada nadi

Page 78: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

PEMERIKSAAN ABC

• Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan CPR.

• A – Airway (saluran pernafasan)• B – Breathing (pernafasan)• C – Circulation (peredaran darah)

Page 79: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas
Page 80: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

A- AIRWAY (saluran pernafasan)

• Merupakan tindakan pertama dalam proses CPR.

• Tujuan- Memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka.

• Cara – Dongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa.

Page 81: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

A- AIRWAY

• Tujuan kedudukan mendongak – Akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara.

• Perlu juga membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut.

• Contohnya: Gigi palsu yang pecah.

Page 82: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

B – BREATHING (PERNAFASAN)

• Selepas saluran pernafasan dibuka, periksa pernafasan mangsa.

• Dekatkan telinga anda di sisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa.

Page 83: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

B – BREATHING (PERNAFASAN)

• Tujuan kedudukan/ keadaan tersebut:-a) Membolehkan mendengar bunyi nafasb) Merasa hembusan nafas c) Mata anda memandang tepat ke arah dada

untuk melihat pergerakan turun-naik dada.• Kaedah 3M = Mendengar, Merasa, Melihat• Jika tiada nafas, anda perlu memberikan

pernafasan bantuan. Cth:-Mulut ke mulut.

Page 84: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

C – CIRCULATION (PEREDARAN DARAH)

• Mengekalkan peredaran darah.• Perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa

telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut.

• Sekiranya mangsa mempunyai denyutan andi, anda hanya perlu meneruskan langkah kedua (bantuan pernafasan) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri.

Page 85: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

C – CIRCULATION (PEREDARAN DARAH)

• Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa.

• Semasa tekanan dilakukan, tangan anda hendaklah sentiasa lurus.

• Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan.

• Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).

Page 86: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT

Page 87: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT

• Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaram, goyangkan badan. Dapatkan bantuan.

• Baringkan mangsa supaya kedudukan telentang.

• Buangkan sebarang benda asing dari mulut.• Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan

kepala dan angkat dagu mangsa.

Page 88: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT

• Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.

• Tentukan mulutnya terbuka.• Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke

mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangas bergerak naik.

• Tentukan tiada kebocoran udar semasa hembusan dilakukan.

Page 89: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT

• Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.

• Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit.

• Jika mangsa telah mula bernafas secara normal, letakkan mangsa dalam keadaan pemulihan.

Page 90: Pembentangan Asas Pertolongan Cemas

POSISI PEMULIHAN