61766340 surat rasmi lawatan

3
Sarina Binti Abdul Lateh, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Unit Sejarah Semester 5, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Zainab 1, Jalan Telipot Belakang SMK Zainab 1, 15150, Kota Bharu Kelantan. 06 Ogos 2015 Tuan/Puan, Memohon Persetujuan untuk Mengadakan Lawatan Penanda Aras Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa kami seramai 9 orang guru pelatih semester 5 daripada Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan seorang pensyarah pengiring di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail ingin mengadakan program lawatan penanda aras ke sekolah Tuan. 3. Tujuan kami menjalankan lawatan ini adalah untuk melaksanakan Program Bina Insan Guru bagi semester 5 yang berkisar tentang lawatan penanda aras di salah sebuah sekolah berprestasi tinggi. Matlamat program ini adalah untuk mengetahui apakah amalan terbaik sekolah ini sehingga dianugerahkan sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi.

Upload: reenaz-iena

Post on 02-Sep-2015

338 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

badwolf_old

Sarina Binti Abdul Lateh,Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan,Unit Sejarah Semester 5,IPG Kampus Dato Razali Ismail,Batu Rakit, 21030 Kuala Terengganu,Terengganu.

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Zainab 1,Jalan Telipot Belakang SMK Zainab 1, 15150, Kota Bharu Kelantan.06 Ogos 2015

Tuan/Puan,

Memohon Persetujuan untuk Mengadakan Lawatan Penanda Aras

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.2.Sukacitanya dimaklumkan bahawa kami seramai 9 orang guru pelatih semester 5 daripada Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan seorang pensyarah pengiring di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ingin mengadakan program lawatan penanda aras ke sekolah Tuan. 3.Tujuan kami menjalankan lawatan ini adalah untuk melaksanakan Program Bina Insan Guru bagi semester 5 yang berkisar tentang lawatan penanda aras di salah sebuah sekolah berprestasi tinggi. Matlamat program ini adalah untuk mengetahui apakah amalan terbaik sekolah ini sehingga dianugerahkan sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi.

4.Di samping itu, kami juga ingin memohon daripada pihak pentadbiran sekolah untuk mengadakan slot aktiviti taklimat kepimpinan organisasi dan juga bengkel pengurusan pendidikan pada hari lawatan tersebut. Berikut adalah pengisian yang perlu ada di dalam slot-slot aktiviti tersebut:

Taklimat kepimpinan organisasi:- Berkaitan dengan struktur organisasi sekolah

Bengkel pengurusan pendidikan:- Guru dan perundangan Mandat Akta 550 (1996) Surat pekeliling ikhtisas Pekeliling perkhidmatan

4.Butiran lawatan tersebut adalah seperti berikut:Tarikh: 08 Oktober 2015Hari: AhadMasa: 11:00 pagi (Dijangka sampai di sekolah dari IPG KDRI) hingga 5:30 petang

5.Sebarang pertanyaan dan maklum balas daripada pihak tuan bolehlah berhubung terus dengan saya sendiri di talian 013-6133914 (Sarina Binti Abdul Lateh)

6.Segala jasa baik dan pertimbangan pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang Menjalankan Tugas,

.........................................(SARINA BINTI ABDUL LATEH)Guru PelatihProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan,Unit Sejarah Semester 5,IPG Kampus Dato Razali Ismail,Batu Rakit, 21030 Kuala Terengganu,Terengganu.

Tentatif Program

07:45 pagi - 10:45 pagi Perjalanan dari IPG KDRI ke SK. Zainab 111:00 pagi 12:30 tengah hari - Taklimat kepimpinan organisasi12:30 tengah hari 02:00 Rehat / makan tengah hari / solat 02:00 petang 04:30 petang bengkel04:30 05:30 lawatan ke persekitaran sekolah dan refleksi