5pembinaan item mengikut aras taksonomi bloom

13
5.0 Pembinaan dan Analisis Item Mengikut Aras Taksonomi Bloom 5.1 Soalan Objektif Soalan 1 Apakah ciri usahawan yang berjaya? A Cenderung untuk menjalankan perniagaan secara persendirian. B Berkemampuan melihat dan merebut peluang. C Mementingkan keuntungan semata-mata. D Berusaha untuk mengelakkan daripada persaingan. Justifikasi Soalan 1 dibina daripada sub topik 1.6 Asas Keusahawanan. Ia dibina dengan menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu pada aras pengetahuan. Aras pengetahuan memerlukan pelajar mengingat kembali fakta-fakta spesifik, istilah, kaedah, prosedur, konsep asas dan prinsip tentang sesuatu kandungan pelajaran. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini, iaitu pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol, pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah dan pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Oleh yang demikian, untuk soalan ini pelajar perlu mengingat semula tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang iaitu ciri-ciri usahawan berjaya yang telah diajar oleh guru. Berdasarkan kandungan sub topik tersebut, terdapat 10 ciri-ciri usahawan berjaya yang perlu diingat dan difahami oleh pelajar. Bagi soalan ini, ia tidak mengubah jawapan ke dalam bentuk yang baru sebaliknya mengambil jawapan secara terus daripada apa yang telah diajar oleh guru. Jadi, pelajar hanya perlu menggunakan proses mental bagi mengingat kembali fakta- fakta yang boleh menjadi jawapan kepada soalan ini dan mereka tidak perlu mengubah pengetahuan ke dalam bentuk yang baharu. Soalan ini adalah jenis stem tertutup dan mempunyai hanya satu pilihan jawapan yang betul sahaja. Bagi soalan ini, jawapan yang betul adalah B iaitu berkemampuan melihat dan merebut peluang. Jawapan A, C dan D merupakan ciri-ciri bagi seorang peniaga. Jadi, untuk menjawab soalan ini pelajar bukan sahaja perlu mengetahui ciri-ciri usahawan berjaya sebaliknya perlu juga mengetahui ciri-ciri peniaga. Soalan 2 7

Upload: syasyah-samat

Post on 13-Feb-2015

114 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5Pembinaan Item Mengikut Aras Taksonomi Bloom

5.0 Pembinaan dan Analisis Item Mengikut Aras Taksonomi Bloom

5.1 Soalan Objektif

Soalan 1

Apakah ciri usahawan yang berjaya?

A Cenderung untuk menjalankan perniagaan secara persendirian.

B Berkemampuan melihat dan merebut peluang.

C Mementingkan keuntungan semata-mata.

D Berusaha untuk mengelakkan daripada persaingan.

Justifikasi

Soalan 1 dibina daripada sub topik 1.6 Asas Keusahawanan. Ia dibina dengan

menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu pada aras pengetahuan. Aras

pengetahuan memerlukan pelajar mengingat kembali fakta-fakta spesifik, istilah,

kaedah, prosedur, konsep asas dan prinsip tentang sesuatu kandungan pelajaran.

Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini, iaitu pengetahuan fakta khusus

berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol, pegetahuan tentang cara

mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran,

pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan

masalah dan pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam

sesuatu bidang. Oleh yang demikian, untuk soalan ini pelajar perlu mengingat semula

tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang iaitu ciri-ciri

usahawan berjaya yang telah diajar oleh guru. Berdasarkan kandungan sub topik

tersebut, terdapat 10 ciri-ciri usahawan berjaya yang perlu diingat dan difahami oleh

pelajar. Bagi soalan ini, ia tidak mengubah jawapan ke dalam bentuk yang baru

sebaliknya mengambil jawapan secara terus daripada apa yang telah diajar oleh guru.

Jadi, pelajar hanya perlu menggunakan proses mental bagi mengingat kembali fakta-

fakta yang boleh menjadi jawapan kepada soalan ini dan mereka tidak perlu

mengubah pengetahuan ke dalam bentuk yang baharu. Soalan ini adalah jenis stem

tertutup dan mempunyai hanya satu pilihan jawapan yang betul sahaja. Bagi soalan

ini, jawapan yang betul adalah B iaitu berkemampuan melihat dan merebut peluang.

Jawapan A, C dan D merupakan ciri-ciri bagi seorang peniaga. Jadi, untuk menjawab

soalan ini pelajar bukan sahaja perlu mengetahui ciri-ciri usahawan berjaya sebaliknya

perlu juga mengetahui ciri-ciri peniaga.

7

Page 2: 5Pembinaan Item Mengikut Aras Taksonomi Bloom

Soalan 2

Antara berikut, yang manakah menunjukkan bahawa seorang peniaga berbeza

daripada usahawan?

I Peniaga sentiasa bersedia menghadapi persaingan dalam perniagaan.

II Peniaga sangat mementingkan keuntungan jangka pendek.

III Peniaga cepat berpuas hati dengan pencapaian yang dimiliki.

IV Peniaga berusaha mencipta produk-produk yang baharu.

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

Justifikasi

Soalan 2 dibina daripada sub topik 4.5 Konsep keusahawanan. Ia dibina dengan

menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu pada aras kefahaman. Pada aras

kefahaman, pelajar perlu memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta,

konsep atau prinsip tentang sesuatu kandungan pelajaran. Pada aras ini juga, pelajar

perlu menyatakan semula apa yang telah dinyatakan, melihat perkaitan atau pertalian

antara bahagian-bahagian dalam sesuatu fakta dan membuat rumusan terhadap

sesuatu maklumat. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga, iaitu menterjemah

bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal, mentafsir idea atau mesej

yang tersirat dan tersurat serta menerangkan idea dalam ayat sendiri dan membuat

inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat

yang diberikan atau diterima. Oleh yang demikian, untuk soalan ini pelajar perlu

mengingat kembali dan memahami tentang perbezaan yang wujud di antara peniaga

dengan usahawan. Jawapannya juga tidak diambil bulat-bulat daripada buku teks

sebaliknya telah diterjemahkan dengan mengunakan ayat yang baharu bagi menguji

tahap kefahaman pelajar terhadap isi kandungan. Berdasarkan kandungan sub topik

tersebut, terdapat 9 perbezaan antara peniaga dan usahawan yang perlu diingat dan

difahami oleh pelajar. Soalan ini juga adalah jenis melengkapkan aneka gabungan di

mana ia mempunyai lebih daripada satu pilihan jawapan yang betul. Bagi soalan ini,

jawapan yang betul adalah C iaitu pilihan II, peniaga sangat mementingkan

keuntungan jangka pendek dan pilihan III, peniaga cepat berpuas hati dengan

pencapaian yang dimiliki. Pilihan I dan IV merupakan ciri-ciri bagi seorang usahawan.

Jadi, untuk menjawab soalan ini pelajar bukan sahaja perlu mengetahui dan

memahami tentang fakta-fakta tentang ciri-ciri peniaga dan usahawan sebaliknya juga

perlu setiap jawapan yang telah dikemukakan dalam bentuk yang baharu.

8

Page 3: 5Pembinaan Item Mengikut Aras Taksonomi Bloom

Soalan 3

Berdasarkan kenyataan di atas, borang apakah yang perlu diisikan oleh Kamarul?

A Borang PNA. 42.

B Borang A.

C Borang D.

D Borang PNA. 42 dan borang A.

Justifikasi

Soalan 3 dibina daripada sub topik 4.2 Langkah-langkah menubuhkan perniagaan

kecil. Ia dibina dengan menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu pada aras

aplikasi. Pada aras aplikasi, pelajar bukan sahaja perlu mengingat dan memahami

fakta, konsep atau prinsip tentang sesuatu kandungan pelajaran tetapi boleh

menggunakan apa yang telah dipelajari terhadap masalah atau situasi yang baharu.

Dengan kata lain pada aras ini pelajar perlu mengaplikasikan pengetahuan dan

kefahaman yang telah dimiliki oleh mereka untuk menyelesaikan masalah. Dalam

soalan ini, pelajar perlu tahu kegunaan borang PNA. 42, borang A dan borang D.

Borang PNA. 42 merupakan borang yang perlu diisikan oleh pemilik perniagaan untuk

memohon kelulusan nama perniagaan yang menggunakan nama selain nama pemilik.

Borang A pula perlu diisikan oleh pemilik perniagaan untuk mendaftarkan perniagaan

setelah mendapat kelulusan nama. Manakala borang D adalah sijil perakuan

pendaftaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Oleh

yang demikian, untuk soalan ini pelajar perlu memahami permasalahan atau situasi

yang dikemukakan dan membuat hubung kait dengan setiap jawapan yang diberikan.

Kefahaman pelajar terhadap kegunaan setiap borang tersebut akan membantu pelajar

untuk mengaplikasikan ke dalam permasalahan baharu. Soalan ini adalah jenis stem

tertutup dan mempunyai hanya satu pilihan jawapan yang betul sahaja. Bagi soalan

ini, jawapan yang betul adalah D iaitu mengisi borang PNA. 42 dan borang A.

Jawapan B berkemungkinan besar akan menjadi pengganggu atau distraktor paling

besar kepada pelajar aras rendah kerana mereka mungkin akan keliru tentang

kehendak atau pokok soalan. Mereka mungkin hanya akan faham bahawa kehendak

kepada soalan tersebut ialah mendaftarkan peniagaan dan tidak mengambil kira

tentang penggunaan nama perniagaan selain daripada namanya pemilik. Jadi, mereka

berkemungkinan besar akan menjawab jawapan B.

9

Kamarul ingin mendaftarkan perniagaannya dengan menggunakan nama selain daripada namanya sendiri.

Page 4: 5Pembinaan Item Mengikut Aras Taksonomi Bloom

Soalan 4

Antara berikut, yang manakah tindakan yang telah dilakukan oleh Saiful sebelum

memulakan perniagaannya itu?

I Mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

II Memohon keahlian dengan Persatuan Hotel Malaysia.

III Memohon lesen dengan Bahagian Pelesenan Pelancongan, Kementerian

Pelancongan Malaysia.

IV Mendapatkan suntikan tifoid daripada Kementerian Kesihatan.

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D I, II, III dan IV

Justifikasi

Soalan 4 dibina daripada sub topik 4.2 Langkah-langkah menubuhkan perniagaan

kecil.Ia dibina dengan menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu pada aras

analisis. Pada aras analisis, pelajar perlu mengenal pasti pertalian antara idea,

mencari persamaan atau perbezaan yang wujud di antaranya. Soalan pada aras

analisis juga menguji kebolehan pelajar memecahkan atau mencerakin sesuatu

perkara kepada bahagian-bahagiannya dan mengenal pasti tentang hubung kait

antara bahagian-bahagian berkenaan. Aras ini menekankan keupayaan pelajar

mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut.

Dalam soalan ini, pelajar seharusnya tahu peranan bagi setiap agensi-agensi yang

telah dikemukakan pada jawapan soalan. Seterusnya, pelajar perlu memahami dan

menganalisis pernyataan atau situasi yang diberikan dengan memecahkannya kepada

beberapa bahagian. Berdasarkan situasi yang dinyatakan, pelajar perlu

memecahkannya kepada 3 bahagian iaitu memulakan perniagaan, perkhidmatan

makanan dan minuman serta di sebuah kawasan peranginan. Ini bermakna bahawa

bagi soalan ini terdapat 3 pilihan jawapan yang betul. Selepas itu, pelajar mesti

menghubung kaitkan pecahan-pecahan tadi dengan jawapan yang diberikan. Sebagai

contoh, memulakan perniagaan bermaksud Saiful perlu mendaftarkan perniagaannya

itu. Jadi, agensi yang terlibat dalam proses mendaftarkan perniagaan ialah

Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Seterusnya, untuk pecahan kedua iaitu, perkhidmatan

makanan dan minuman. Pemilik atau pengusaha perniagaan perkhidmatan makanan

dan minuman wajib mendapatkan suntikan tifoid terlebih dahulu daripada Kementerian

10

Saiful telah mengusahakan sebuah perniagaan perkhidmatan makanan dan minuman di sebuah kawasan peranginan sejak sebulan yang lepas.

Page 5: 5Pembinaan Item Mengikut Aras Taksonomi Bloom

Kesihatan bagi mencegah penularan wabak penyakit melalui makanan dan minuman.

Manakala, untuk pecahan ketiga iaitu, di sebuah kawasan peranginan. Sebarang

perniagaan yang hendak ditubuhkan berkaitan dengan bidang pelancongan mestilah

mendapat kelulusan atau lesen daripada Bahagian Pelesenan Pelancongan,

Kementerian Pelancongan Malaysia. Lesen ini dikeluarkan kepada pengusaha

pelancongan untuk tempoh tiga tahun. Jadi, di sini pelajar telah mendapat tiga pilihan

jawapan yang betul iaitu, pilihan I, III dan IV. Oleh itu, jawapan untuk soalan ini adalah

C iaitu, I, III dan IV. Selain dapat menjawab soalan ini, ia secara tidak langsung juga

dapat menerapkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) terhadap pelajar, iaitu

kemahiran menganalisis dan menghubung kait.

Soalan 5

Berikut adalah langkah-langkah dalam proses pengeluaran yang tidak mengikut urutan

yang betul. Antara berikut, yang manakah disusun mengikut urutan yang BETUL?

I Mengenali keperluan pelanggan.

II Menetapkan harga yang sesuai.

III Mereka bentuk dan mengembangkan produk.

IV Menyediakan tempat untuk pemasaran produk.

V Mengadakan promosi secara berkesan.

VI Menyediakan perkhidmatan dan sokongan selepas jualan.

A I II III V IV VI C I III II IV V VI

B I III II V IV VI D I II III IV V VI

Justifikasi

Soalan 5 dibina daripada sub topik 4.4 Pengeluaran. Ia dibina dengan menggunakan

kemahiran Taksonomi Bloom iaitu pada aras sintesis. Pada aras sintesis, pelajar perlu

mengumpulkan atau menyatukan maklumat, pengetahuan dan kebolehan daripada

bahagian-bahagian yang telah dipelajari dalam sesuatu pembelajaran untuk

membentuk sesuatu yang baru dan asli. Soalan pada aras ini memerlukan pelajar

menyelesaikan masalah yang luar biasa (unfamiliar) dengan cara yang unik atau

menyatukan semula semua bahagian menjadi satu bahagian yang unik. Soalan ini

mengkehendaki pelajar menyusun semula urutan dalam proses pengeluaran

berdasarkan pilihan jawapan yang telah diberikan. Untuk menjawab soalan ini, pelajar

seharusnya perlu tahu dan faham tentang setiap langkah yang terdapat dalam proses

pengeluaran atau operasi perniagaan. Pelajar juga perlu menganalisis setiap langkah

yang telah diberikan dalam soalan ini dan cuba menyusun urutan tersebut. Proses

11

Page 6: 5Pembinaan Item Mengikut Aras Taksonomi Bloom

menyusun urutan yang betul sepatutnya berlaku secara berulang-ulang sehinggalah

pelajar mendapat jawapan yang tepat. Dalam soalan ini, cabaran mungkin akan timbul

semasa pelajar cuba untuk membuat pilihan jawapan langkah yang keempat dan

kelima. Pelajar perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya semasa menentukan

langkah-langkah tersebut. Di sini pelajar juga perlu mengaitkan semula proses

pengeluaran ini dengan proses pemasaran kerana langkah keempat dan kelima

tersebut telah berada dalam proses pemasaran produk. Dalam usaha untuk menjawab

soalan ini, ia secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kemahiran menganalisis

dan menghubung kait dalam kalangan pelajar. Soalan ini adalah jenis melengkapkan

aneka gabungan di mana pelajar perlu memilih antara beberapa gabungan pilihan

jawapan bagi menentukan gabungan jawapan yang betul. Jawapan C

berkemungkinan akan menjadi distraktor yang paling besar dalam soalan ini kerana

pelajar aras rendah mungkin akan memilih pilihan IV sebagai langkah keempat dan

pilihan V sebagai langkah kelima.

Soalan 6

Rajah 1 menunjukkan penyata untung rugi Syarikat One Nation Sdn. Bhd.

Rajah 1Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh syarikat tersebut untuk

meningkatkan untung bersih?

I Membuat promosi secara berterusan.

II Mengurangkan bayaran cukai

III Mengurangkan kos angkutan masuk

IV Meningkatkan jualan produk.

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

12

Syarikat One Nation Sdn. Bhd.Penyata Untung Rugi

bagi Tahun Berakhir 2011

Pendapatan RMJualan 500 000.00(–) Kos Jualan 200 000.00Untung Kasar 300 000.00

Perbelanjaan 200 000.00Untung Bersih 100 000.00(–) Cukai 20 000.00Untung Bersih selepas cukai 80 000.00

Page 7: 5Pembinaan Item Mengikut Aras Taksonomi Bloom

Justifikasi

Soalan 6 dibina daripada sub topik 4.8 Simpan kira. Ia dibina dengan menggunakan

kemahiran Taksonomi Bloom iaitu pada aras penilaian. Pada aras penilaian, pelajar

perlu membentuk pertimbangan tentang nilai atau makna terhadap sesuatu kaedah,

idea atau produk yang mempunyai tujuan yang tertentu. Pertimbangan dibuat dengan

piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan,

rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan. Soalan ini mengekehendaki

pelajar untuk menilai keempat-empat pilihan jawapan secara menyeluruh. Di mana

tiga pilihan jawapan merupakan pilihan jawapan yang betul dan satu jawapan

merupakan pilihan jawapan yang salah. Untuk sesuatu soalan berada dalam kategori

penilaian soalan itu mestilah mempunyai ciri-ciri di mana semasa pelajar menjawab

soalan itu pelajar itu melakukan pertimbangan keatas satu set kriteria. Soalan di atas

menunjukkan penyata untung rugi syarikat One Nation. Untuk meningkatkan

keuntungan bersih syarikat pelajar perlu menilai akaun untung rugi yang disediakan

bersama soalan. Pilihan jawapan yang disediakan “I. Membuat promosi secara

berterusan” merupakan pilihan jawapan yang betul kerana apabila syarikat membuat

promosi secara berterusan jualan produk akan meningkat dan seterusnya

meningkatkan jualan yang membawa kepada untung bersih yang lebih tinggi.

Jawapan “III. Mengurangkan kos angkutan masuk” merupakan pilihan jawapan yang

agak mengelirukan bagi pelajar yang tidak memahami konsep kos angkutan masuk

dimana kos angkutan masuk ialah kos yang termasuk dalam kos jualan. Pelajar perlu

terlebih dahulu memahami maksud dan apa yang terkandung dalam kos jualan. Di

mana sekiranya kos angkutan masuk dapat dikurangkan maka kos jualan akan

berkurang dan untung bersih akan meningkat. Jadi jawapan III boleh diterima sebagai

betul. Jawapan ”IV. Meningkatkan jualan produk” adalah berada di bawah jualan.

Perkataan produk sengaja ditambah ke dalam pilihan jawapan untuk mengelirukan

pelajar. Pelajar yang bijak tidak akan terpedaya dan akan terus memilih jawapan ini

sebagai pilihan yang betul. Maka pilihan ini juga betul. Bagi pilihan jawapan ”II.

Mengurangkan bayaran cukai” merupakan pilihan jawapan yang tidak tepat kerana

bayaran cukai sememangnya tidak boleh dikurangkan kerana bayaran cukai

bergantung kepada untung bersih sekiranya untung bersih semakin besar maka

bayaran cukai juga semakin bertambah. Dalam akaun untung rugi juga menunjukkan

bahawa bayaran cukai berada dibawah untung bersih di mana soalan secara jelasnya

mengkehendaki untung bersih bukannya untung bersih selepas cukai. Maka jawapan

13

Page 8: 5Pembinaan Item Mengikut Aras Taksonomi Bloom

yang salah dalam keempat-empat pilihan ini ialah pilihan II. Dan jawapan

keseluruhannya ialah C.

5.2 Soalan Esei

Soalan 1

(a) Huraikan ciri-ciri perniagaan milikan tunggal dari aspek-aspek berikut:

(i). Milikan [2 markah]

(ii). Modal [2 markah]

(iii). Liabiliti [2 markah]

(b) Terangkan prosedur penubuhan bagi sesebuah perniagaan. [12 markah]

Justifikasi

(a) Soalan ini dibina daripada sub topik Pengenalan kepada perniagaan. Ia dibina

dengan menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu pada aras pengetahuan.

Aras pengetahuan memerlukan pelajar mengingat kembali fakta-fakta spesifik,

istilah, kaedah, prosedur, konsep asas dan prinsip tentang sesuatu kandungan

pelajaran. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini, iaitu pengetahuan

fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol,

pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan

tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu

dalam menyelesaikan masalah dan pengetahuan tentang perkara yang bersifat

sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Oleh yang demikian, untuk soalan ini

pelajar perlu mengingat semula tentang ciri-ciri perniagaan milikan tunggal dan

perkongsian. Berdasarkan kandungan sub topik tersebut, terdapat 5 ciri

perniagaan milikan tunggal dan perkongsian yang perlu diingat dan difahami oleh

pelajar. Bagi soalan ini, ia tidak mengubah jawapan ke dalam bentuk yang baru

sebaliknya mengambil jawapan secara terus daripada apa yang telah diajar oleh

guru. Jadi, pelajar hanya perlu menggunakan proses mental bagi mengingat

kembali fakta-fakta yang boleh menjadi jawapan kepada soalan ini dan mereka

tidak perlu mengubah pengetahuan ke dalam bentuk yang baharu. Untuk

menjawab soalan ini, pelajar perlu membanding bezakan ciri-ciri di antara

perniagaan milikan tunggal dan perkongsian. Pelajar juga perlu mengingat

kembali kata kunci bagi setiap isi kandungan kerana pemarkahan diberikan

berdasarkan kata kunci yang dinyatakan. Bagi setiap pecahan soalan diberikan 2

markah di mana ia mempunyai dua isi penting yang perlu dinyatakan pada soalan

14

Page 9: 5Pembinaan Item Mengikut Aras Taksonomi Bloom

ini. Untuk soalan ini, pelajar tidak perlu membuat penerangan sebaliknya hanya

menyatakan kembali isi-isi penting yang telah diajarkan oleh guru.

(b) Soalan ini dibina daripada sub topik Penubuhan dan pengendalian perniagaan. Ia

dibina dengan menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu pada aras

kefahaman. Pada aras kefahaman, pelajar perlu memahami, menterjemah dan

menginterpretasi fakta, konsep atau prinsip tentang sesuatu kandungan pelajaran.

Pada aras ini juga, pelajar perlu menyatakan semula apa yang telah dinyatakan,

melihat perkaitan atau pertalian antara bahagian-bahagian dalam sesuatu fakta

dan membuat rumusan terhadap sesuatu maklumat. Aras kefahaman ini terbahagi

kepada tiga, iaitu menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah

makna asal, mentafsir idea atau mesej yang tersirat dan tersurat serta

menerangkan idea dalam ayat sendiri dan membuat inferens tentang apa yang

akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan atau

diterima. Oleh yang demikian, untuk soalan ini pelajar perlu mengingat kembali

dan memahami tentang prosedur penubuhan syarikat. Pelajar perlu menghafal

prosedur penubuhan syarikat yang telah tersdia dalam buku teks dan menyatakan

kembali dengan menggunakan ayat sendiri. Selain itu, pelajar perlu tahu jenis-

jenis dan kegunaan borang yang perlu diisi antaranya ialah PNA. 42, Borang A

(Kaedah 3) dan Borang D. Pelajar juga perlu menuliskan nama-nama borang

dengan tepat untuk mendapatkan markah. Pelajar juga perlu menghafal langkah-

langkah semasa pendaftaran dengan betul dan teratur supaya prosedur yang

dinyatakan adalah tepat mengikut urutan jawapan. Soalan ini mempunyai empat

isi penting yang perlu dinyatakan oleh pelajar. Setiap isi penting tersebut

mempunyai dua penerangan yang perlu diberikan bersertakan contoh-contoh

yang sesuai. Setiap isi penting yang diterangkan bersama-sama dengan contoh

akan diberikan 3 markah.

15

Page 10: 5Pembinaan Item Mengikut Aras Taksonomi Bloom

6.0 Rumusan

Melalui pembinaan Jadual Penentu Kandungan dan Jadual Penentu Ujian, guru akan dapat

melihat dengan lebih jelas sejauh manakah tahap penguasaan pelajar bagi setiap topik.

Ujian yang dibuat mengikut standard Jadual Penentu Ujian yang telah ditetapkan akan

menghasilkan ujian yang berkualiti di mana ujian ini mampu menguji tahap pengusaan

pelajar pada semua aras kognitif. Penilaian akhir selepas ujian ini ditadbir boleh dibuat

secara individu ataupun sekumpulan individu. Jadi, guru boleh melihat tahap penguasaan

keseluruhan pelajar dan juga setiap orang pelajar. Selepas penilaian dibuat, guru juga boleh

menentukan sama ada pelajar telah menguasai sesutu topik ataupun tidak. Melalui penilaian

ini, guru boleh melihat pada bahagian topik yang mana tidak dikuasai oleh pelajar dan

seterusnya membaiki cara pengajaran dan memberi penekanan terhadap topik yang tidak

dikuasai oleh pelajar tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa Jadual Penentu Ujian sangat

penting dalam proses penggubalan soalan untuk sesuatu ujian. Oleh itu, setiap orang guru

perlulah mempunyai kemahiran dalam membina Jadual Penentu Ujian mengikut standard

yang telah ditetapkan.

Bibliografi

Bhasah Abu Bakar. 2009. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Edisi Kedua. Tanjong Malim:

Quantum Books.

Kamaros Zaman Mohd Affendi dan Sanif Sapaat. 2012. Kemahiran Hidup Bersepadu

(Kemahiran Teknikal). Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Mohd Nadzri Kassim. 2012. Kemahiran Hidup Bersepadu (Perdagangan dan

Keusahawanan). Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Lampiran16

Page 11: 5Pembinaan Item Mengikut Aras Taksonomi Bloom

Skema Jawapan Soalan Objektif

1) B

2) C

3) D

4) C

5) B

6) C

Skema Jawapan Soalan Esei

(a) (i). Milikan

- Dimiliki oleh individu secara persendirian [1 m].

- Pemilik bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejayaan dan kegagalan

perniagaan [1 m].

(ii). Modal

- Memerlukan modal permulaan yang kecil [1 m].

- Disumbangkan oleh pemilik sendiri melalui simpanan sendiri, pinjaman daripada

bank, saudara-mara dan kawan-kawan [1 m].

(iii). Liabiliti

- Menanggung liabiliti tidak terhad [1 m].

- Kerugian bukan sahaja melibatkan modal dan aset perniagaan tetapi juga

melibatkan harta peribadi pemilik. [1 m].

(b) (i). - Mengisi borang carian nama [1 m].

- Pemilik yang ingin mendaftarkan perniagaan dengan menggunakan namanya

sendiri tidak perlu melakukan prosedur carian nama [1 m].

- Pemilik yang ingin mendaftarkan perniagaan dengan menggunakan nama lain

perlu mengisi Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (PNA. 42) [1 m].

(ii). - Mendaftarkan perniagaan [1 m].

- Pemilik perlu mengisi Borang A (Kaedah 3) untuk mendaftarkan perniagaan

setelah mendapat kelulusan nama [1 m].

- Pemilik perlu menyertakan salinan kad pengenalan pemilik dan dokumen

sokongan bagi jenis perniagaan yang memerlukan permit atau lesen [1 m].

(iii). - Membayar yuran pendaftaran perniagaan [1 m].

- Pemilik yang mendaftarkan perniagaan dengan menggunakan namanya sendiri

perlu membayar yuran sebanyak RM 30.00 [1 m].

- Pemilik yang mendaftarkan perniagaan dengan menggunakan nama lain perlu

membayar yuran sebanyak RM 60.00 [1 m].

17

Page 12: 5Pembinaan Item Mengikut Aras Taksonomi Bloom

(iv). - Mempamerkan sijil perakuan pendaftaran perniagaan [1 m].

- Sijil perakuan pendaftaran perniagaan (Borang D) dikeluarkan oleh Suruhanjaya

Syarikat Malaysia dipamerkan di premis perniagaan [1 m].

- Sijil ini perlu diperbaharui tempoh setiap tahun [1 m].

18