soalan bloom

28
TABURAN KESUKARAN ITEM SOALAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH BAHASA MELAYU BERDASARKAN MODEL RASCH Zamri Mahamod, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor. [email protected] , 019-3952626 ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengukur ketepatan Model Rasch dalam mengukur item soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peringkat Penilaian Menengah Rendah dari tahun 2005 – 2007 serta dan mengaitkannya dengan aras Taksonomi Bloom. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar Tingkatan 3 yang menduduki peperiksaan pada tahun 2007. Kumpulan pelajar ini menjawab soalan peperiksaan tahun 2005 dan 2006 sebelum menduduki peperiksaan sebenar, manakala jawapan soalan tahun 2007 diperoleh selepas pelajar menduduki peperiksaan sebenar pada tahun tersebut. Data kajian diproses dalam perisian SPSS versi 11.5 dan seterusnya dianalisis menggunakan program Winsteps 3.57.2 yang mengaplikasikan Model Analisis Rasch. Hasil analisis menunjukkan taburan kesukaran item bagi soalan PMR 2005, 2006 dan 2007 mencapai aras 1.00, iaitu menunjukkan nilai kesahan yang sangat tinggi. Indeks kebolehpercayaan item yang dihasilkan juga menunjukkan nilai yang sangat boleh dipercayai iaitu melebihi 0.80. Tahun 2005 menunjukkan nilai 0.82 , tahun 2006 (0.84) dan tahun 2007 (0.92). Item kajian pada tahun 2005 tersebar pada skala logit aras maksimum (3.07), minimum (-2.74), tahun 2006 maksimum (4.25), minimum (-2.28), dan tahun 2007 maksimum (4.50), minimum (-2.75). Aras kesukaran item 1 Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

Upload: acupin

Post on 05-Dec-2014

396 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan bloom

TABURAN KESUKARAN ITEM SOALAN PEPERIKSAANPENILAIAN MENENGAH RENDAH BAHASA MELAYU

BERDASARKAN MODEL RASCH

Zamri Mahamod, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul RahmanFakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia43600 Bangi, Selangor.

[email protected], 019-3952626

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengukur ketepatan Model Rasch dalam mengukur item soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peringkat Penilaian Menengah Rendah dari tahun 2005 – 2007 serta dan mengaitkannya dengan aras Taksonomi Bloom. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar Tingkatan 3 yang menduduki peperiksaan pada tahun 2007. Kumpulan pelajar ini menjawab soalan peperiksaan tahun 2005 dan 2006 sebelum menduduki peperiksaan sebenar, manakala jawapan soalan tahun 2007 diperoleh selepas pelajar menduduki peperiksaan sebenar pada tahun tersebut. Data kajian diproses dalam perisian SPSS versi 11.5 dan seterusnya dianalisis menggunakan program Winsteps 3.57.2 yang mengaplikasikan Model Analisis Rasch. Hasil analisis menunjukkan taburan kesukaran item bagi soalan PMR 2005, 2006 dan 2007 mencapai aras 1.00, iaitu menunjukkan nilai kesahan yang sangat tinggi. Indeks kebolehpercayaan item yang dihasilkan juga menunjukkan nilai yang sangat boleh dipercayai iaitu melebihi 0.80. Tahun 2005 menunjukkan nilai 0.82 , tahun 2006 (0.84) dan tahun 2007 (0.92). Item kajian pada tahun 2005 tersebar pada skala logit aras maksimum (3.07), minimum (-2.74), tahun 2006 maksimum (4.25), minimum (-2.28), dan tahun 2007 maksimum (4.50), minimum (-2.75). Aras kesukaran item kajian tersebar mengikut kedudukan aras Taksonomi Bloom berdasarkan terdapatnya taburan item paling sukar dan paling mudah serta lebihan soalan yang lain berada dalam kategori sederhana. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan peperiksaan PMR Kertas I Bahasa Melayu untuk tahun 2005, 2006 dan 2007 benar-benar dapat menguji tahap kebolehan kepelbagaian pelajar berdasarkan aras taburan kesukaran item yang ditunjukkan.

Abstract: The purposes of this study are to measure the item difficulty of the questions of Bahasa Melayu Paper 1, Penilaian Menengah Rendah (PMR) year 2005, 2006 and 2007 and to relate it with the Taxonomy Bloom item difficulty level. The subjects are 50 form 3 students who sat for the examination in year 2007. These subjects have sat for an examination in the year 2005 and 2006 before sitting for the actual examination and the answers obtained for this research was from the actual examination sat in the year 2007. The data is processed with the SPSS system, version 11.5 and it is analyzed with the use of the Winsteps 3.57.2 program. The validity and reliability was tested through

1

Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

Page 2: Soalan bloom

Rasch Analysis Model. The results of the analysis shows the Infit MNSQ value for

Page 3: Soalan bloom

Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

the year 2005, 2006 and 2007 reaches a very high validity level of 1.00. The reliability index proves a very high value which is above .80. Examination item of the year 2005, the reliability index shows 0.82, year 2006 (0.84) and year 2007 (0.92). Examination item of the year 2005 shows the maximum logit scale of (3.07), minimum scale is (-1. 74), and year 2006 the maximum scale is (4.25), minimum is (-2.28) and year 2007 maximum scale is (4.50), and minimum is (- 2.75). Taken as a whole, item difficulty of this research as according to the level of Taxonomy Bloom, it proves that the items are categorized as most difficult items, easiest items and the remainder items are in the medium category. By conclusion, the results of this study proves that the Bahasa Melayu Paper 1, PMR examination of the year 2005, 2006 and 2007 is valid in testing students proficiency as according to the level of item difficulty.

PENGENALAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Dalam sistem pendidikan kebangsaan, bahasa Melayu ialah bahasa pengantar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Bahasa Melayu merupakan alat perhubungan dan perpaduan antara kaum di negara ini (Abd. Aziz 2000). Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi.

Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 2001). Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan pelajar untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Pelajar mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir.

Kajian ini secara keseluruhannya ada kaitan dengan item soalan yang digunakan dalam peperiksaan awam di Malaysia serta penguasaan tatabahasa bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah rendah. Kajian ini melibatkan soalan Kertas 1 Bahasa Melayu Penilaian Menengah Rendah (PMR) melibatkan tahun 2005, 2006 dan 2007.

PERNYATAAN MASALAH

Dalam sistem pendidikan negara kita yang bertumpukan kepada peperiksaanawam dan ujian-ujian di sekolah, tumpuan utama adalah kepada kemahiran 3M

3

Page 4: Soalan bloom

Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

(membaca, menulis dan mengira). Asas penilaian adalah kepada kertas-kertas penilaian berupa item-item yang perlu dijawab oleh pelajar. Item-item dalam sesuatu instrumen ialah satu inti pati penting bagi menjalankan sesuatu pengujian dan pengukuran. Sekolah yang menghasilkan peratus kelulusan yang tinggi akan terus dicanangkan sebagai sekolah yang berkualiti. Kecemerlangan seseorang guru pula dikaitkan dengan bilangan muridnya yang mendapat gred A. Oleh itu, kualiti setiap soalan atau item wajar dinilai semula selepas sesuatu ujian itu diadakan (Mohamad Sahar 2008). Terdapat berbagai-bagai cara untuk menilai item yang telah diuji, salah satunya dikenali sebagai analisis item. Hasil daripada proses analisis item akan memperoleh maklumat tentang kualiti soalan yang telah digunakan. Maklumat ini menyumbang kepada usaha membentuk ujian yang boleh dipercayai. Analisis ini juga akan menunjukkan tahap kesukaran dan tahap diskriminasi sesuatu soalan tertentu. Item-item yang disahkan baik dan berkualiti boleh disimpan dalam bank soalan yang diwujudkan peringkat sekolah. Usaha sebegini akan mengurangkan risiko kebergantungan kepada soalan-soalan yang diperoleh secara tidak sah yang boleh dipertikai dari segi mutu dan kualitinya. Hasil yang diharapkan, mutu ujian yang dijalankan benar-benar dapat menguji pelajar serta menghasilkan keputusan yang betul-betul boleh dipercayai.

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui taburan aras kesukaran item soalan Bahasa Melayu Kertas 1 Peperiksaan PMR, iaitu salah satu peperiksaan peringkat kebangsaan yang perlu diduduki oleh pelajar pada akhir tahun pembelajaran tingkatan tiga. Banyak kajian yang dihasilkan mengaitkan faktor-faktor yang berkaitan pelajar, guru dan sekolah dengan pencapaian. Pengkaji berhasrat untuk menyumbangkan maklumat dengan memberi fokus kepada alat pengukuran berasaskan Model Rasch yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar. Kaedah Rasch dapat menunjukkan satu pola perkaitan antara individu yang dikaji dengan item dalam soalan kajian, yang mana pola sebegini tidak dapat ditunjukkan melalui kaedah pengukuran biasa yang digunakan sebelum ini. Tidak terdapat kajian sebelum ini yang memberi fokus kepada perkaitan antara kebolehan individu dengan aras kesukaran soalan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pemilihan kertas I peringkat peperiksaan PMR memandangkan peperiksaan tersebut hanya merangkumi soalan obj ektif aneka pilihan yang boleh memberi kesahan yang tinggi (Abd. Rashid & Siti Rahayah 2001).

Menurut Kumar (1996), kajian tinjauan biasanya dijalankan apabila pengkaji ingin meneroka isu baru atau membangunkan, memurnikan, menguji alat dan prosedur pengukuran. Pengkaji melakukan kajian secara tinjauan kerana belum ada maklumat awal tentang perkaitan soalan dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan PMR, iaitu salah satu peperiksaan kebangsaan Malaysia yang diduduki oleh pelajar dalam tingkatan tiga pada akhir pembelajarannnya. Bagi mencapai tujuan kajian, item-item dalam kertas soalan peperiksaan PMR dianalis untuk mencari bukti yang menunjukkan aras kesukaran item yang diketengahkan sebagai masalah dalam kajian ini. Instrumen kajian yang utama ialah kertas soalan PMR untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 bagi tahun 2005, 2006 dan 2007.

4

Page 5: Soalan bloom

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat taburan kesukaran item soalan Bahasa Melayu PMR Kertas I tahun 2005, 2006 dan 2007 dan akan dibuat satu perbandingan berdasarkan susunan aras Taksonomi Bloom. Secara khusus, tujuan kajian ini adalah untuk:1. Mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan soalan peperiksaan PMR

bagi tahun 2005, 2006 dan 20072. Mengenal pasti taburan aras kesukaran item soalan peperiksaan PMR

bagi tahun 2005, 2006 dan 2007.3. Mengenal pasti bentuk-bentuk soalan yang sukar bagi peperiksaan PMR

bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 dan kaitannya dengan Taksonomi Bloom.

PERSOALAN KAJIAN

Dalam melengkapkan kajian ini, tiga persoalan kajian ditimbulkan untuk mendapatkan jawapan yang pasti seperti berikut:

1. Apakah kesahan dan kebolehpercayaan item soalan peperiksaan PMR bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 menepati Model Rasch?

2. Apakah taburan aras kesukaran item soalan peperiksaan PMR bagi tahun 2005, 2006 dan 2007?

3. Apakah kaitan aras kesukaran soalan peperiksaan PMR bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 dengan aras Taksonomi Bloom?

METODOLOGI

Pengkaji menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif untuk mengumpul dan menganalisis data. Menurut Wiersma (2000), kaedah penyelidikan kuantitatif dijalankan untuk menentukan perkaitan, kesan dan punca sesuatu fenomena. Pengkaji menggunakan data kuantitatif untuk mengemukakan bukti emperikal serta meneroka perkara-perkara lain yang boleh dikaitkan dengan fenomena aras kesukaran item. Dalam kajian ini, data kuantiatif dikumpul dengan menggunakan kertas soalan PMR Bahasa Melayu Kertas 1. Data dianalisis secara deskriptif untuk menghuraikan prestasi kumpulan kajian dan prestasi setiap item ujian. Kumar (1996) menyatakan, setiap statistik deskriptif digunakan untuk menerangkan sesuatu keadaan, permasalahan dan fenomena secara sistematik. Pengkaji menggunakan statistik deskriptif (purata, kekerapan, peratusan, julat dan sisihan lazim) untuk menghuraikan ciri-ciri dan prestasi item ujian. Bagi mencapai tujuan kajian, item-item dalam kertas soalan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 dianlisis.

Populasi kajian terdiri daripada 50 orang pelajar Tngkatan 3 di daerah Bachok, Kelantan. Pelajar-pelajar ini yang dipilih secara rawak, dikehendaki menjawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 PMR untuk tahun 2005,

5

Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

Page 6: Soalan bloom

Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

2006 dan 2007. Pelajar terlibat adalah pelajar yang menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2007. Pelajar terbabit dikehendaki menjawab soalan peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas 1 untuk tahun 2005 dan 2006 sebelum menghadapi peperiksaan sebenar pada tahun tersebut. Pelajar-pelajar ini, menjawab soalan-soalan tersebut setelah selesai sukatan pelajaran menengah rendah, iaitu sebelum pelajar menduduki peperiksaan sebenar PMR untuk tahun 2007. Manakala untuk kertas soalan tahun 2007, pelajar terbabit dikehendaki menanda semula jawapan yang telah dijawab dalam pepriksaan sebenar setelah selesai menghadapi peperiksaan PMR pada tahun tersebut.

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas 1 yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk tahun 2005, 2006 dan 2007. Dalam hal ini, kajian rintis tidak dijalankan terhadap instrumen kajian memandangkan instrumen tersebut telah diterima pakai di seluruh sekolah di Malaysia. Pemilihan soalan berdasarkan tahun 2005, 2006 dan 2007 disebabkan pada tahun 2005 bermulanya format baru peperiksaan PMR untuk soalan Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2 (Format Pentaksiran PMR 2005). Ini bermaksud, soalan-soalan sebelumnya adalah tidak sama dari segi formatnya sama ada bilangan soalan, ataupun kandungan pemberatan soalan yang berbeza. Pemilihan soalan yang sama formatnya bermula soalan tahun 2005, 2006 dan 2007 bertujuan untuk dibuat perbandingan taburan indeks kesukaran antara soalan tersebut.

Sebelum analisis prestasi responden dilakukan, respons setiap pelajar disemak berpandukan panduan pemarkahan yang telah disediakan. Data-data yang diperolehi daripada respon 50 pelajar dimasukkan ke dalam perisian Statistical Packages for The Social Science (SPSS) versi 11.5 dan diproses dengan menggunakan program Winsteps 3.63.0. Perisian ini membolehkan analisis dijalankan tanpa perlu ujian normaliti kerana corak taburan data tidak mempengaruhi hasil analisis (Linacre 2004). Pendekatan Model Rasch tidak mengandaikan taburan normal bagi individu atau item bagi membolehkan analisis dijalankan. Salah satu sifat yang paling penting Model Rasch ialah objektiviti khususnya (Rasch 1977). Maksudnya, perbandingan antara dua item tidak bergantung kepada aras kebolehan individu yang digunakan untuk pengukuran aras kesukaran item dan perbandingan terhadap kebolehan dua individu berbeza tidak bergantung kepada aras kesukaran item-item yang diguna untuk mengukur kebolehan individu .

Model Rasch dipilih kerana model ini dapat menunjukkan dengan jelas taburan kesukaran soalan dalam bentuk data dan graf. Menurut Linarce (1992) dan Van der Linden, (1992), Model Rasch dipilih kerana item dan individu diukur pada satu skala yang sama serta skor ujian adalah mencukupi untuk analisis statistik Ini bermakna jika data serasi dengan model, maka skor ujian mengandungi semua maklumat tentang kebolehan individu yang diuji lalu menyebabkan pengelasan individu berdasarkan skor ujian adalah dijustifikasi. Dalam Model Rasch kebarangkalian individu untuk menjawab sesuatu item dengan betul bergantung kepada kebolehan individu tersebut dan kesukaran item. Oleh itu, seseorang yang lebih berkebolehan mempunyai kebarangkalian yang lebih besar untuk menjawab item itu dengan betul berbanding dengan individu

6

Page 7: Soalan bloom

kebolehan rendah.

7

Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

Page 8: Soalan bloom

Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

DAPATAN KAJIAN

Rajah 2 hingga 4 memperlihatkan taburan aras kesukaran dipadankan dengan susunan dalam Taksonomi Bloom bermula dengan aras paling bawah dan dikatakan mewakili aras kognitif paling mudah iaitu pengetahuan, diikuti dengan kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan paling sukar, penilaian. Aras taksonomi ini disusun mengikut skala logit yang diperoleh daripada hasil analisis Model Rasch yang juga menunjukkan bacaan paling atas skala adalah item yang paling sukar. Manakala bacaan menghala ke bawah skala mewakili soalan paling mudah.

Analisis Item Bahasa Melayu Peperiksaan PMR 2005

Rajah 2 menunjukkan taburan kesukaran item pada skala logit lebih tersebar berbanding dengan taburan kebolehan kedudukan individu. Bacaan nilai logit item tersebar pada kedudukan 4.00 logit hingga bacaan paling bawah -3.00 logit. Sedangkan kedudukan individu hanya tersebar pada kedudukan nilai logit paling atas dengan bacaan 3.12 logit dan bacaan paling bawah -.17 nilai logit. Hal ini menunjukkan item soalan tahun 2005 tersebar pada aras kesukaran paling sukar pada bacaan 4.00 nilai lagit dan aras yang paling mudah pada bacaan -3.00 nilai logit.

Kelihatan item juga banyak tertumpu berhampiran bacaan min item (M / 0.00). Nilai min individu yang dihasilkan ialah 1.39 logit manakala min item telah ditetapkan pada aras 0.00. Menurut Wright dan Masters (1982), apabila nilai min kebolehan individu menghampiri nilai min bagi kesukaran item (0.00 logit), menunjukkan item-item kajian bersesuaian atau berpadanan dengan kebolehan individu. Jarak antara nilai logit min kebolehan individu (1.39 logit) dengan nilai min bagi kesukaran item (0.00 logit) menunjukkan kesukaran item Kertas 1 PMR tahun 2005 tidak tersebar kepada semua kebolehan individu.

Dari segi taburan aras kesukaran dipadankan dengan susunan dalam Taksonomi Bloom, nilai bacaan paling tinggi (maksimum) pada skala logit ialah 3.07 mewakili S2, manakala bacaan paling bawah (minimum) ialah -2.74 mewakili S3. Didapati item bertaburan mengikut aras Taksonomi Bloom dan bagi soalan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2005, kelihatan item banyak bertumpu di kawasan domain aplikasi dan kefahaman. Kajian ini memberi tumpuan kepada item paling sukar yang mewakili satu item (S2).

Agihan yang dipersetujui oleh penggubal-penggubal soalan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), untuk membentuk soalan ujian yang bermutu memerlukan agihan mengikut perkadaran 5 (mudah), 3 (sederhana) dan 2 (sukar). Berdasarkan perkadaran ini, agihan yang sepatutnya untuk sejumlah 40 item ujian ialah 20 item untuk soalan berbentuk mudah, 12 item untuk soalan jenis sederhana dan 8 item untuk jenis soalan jenis sukar. Berdasarkan Jadual 2, terdapat 12 soalan yang terletak pada aras pengetahuan dan kefahaman yang boleh dikaitkan dengan soalan jenis mudah. Susunan soalan tersebut mengikut skala logit ialah S3, S38, S31, S29, S24, S22, S12, S37, S1, S18, S16 dan S11. Terdapat tiga item soalan yang berada pada aras penilaian dan sintesis yang

8

Page 9: Soalan bloom

dapat dikaitkan dengan soalan jenis sukar (S2, S28 dan S39). Selebihnya iaitu sebanyak 25 soalan dapat digolongkan dalam kumpulan sederhana.

INPUT:

4

3

50 students 40 items

students - MAP <more> | <rare>

+ s2|

X | s28,+

T|

XX ||T

XXXX |

XXX S| s8

MEASURED:50 students 40

- items

s39

items 2 CATS 3.64.2

Penilaian

Sintesis

2 +XXXXXX |XXX

|

|s35 s36 AnalisisXX |

M|XXXXX

XXXXXXX ||S s40

ss6s5

1 XXXXXX +XX |

XXX S||

s33s10 s32 s34

XXX | s13 s21 s23 s9 AplikasiX |X |

0 +MX T|

s19s20

s4s26

s7

|||

s14s17s11

s15s27s16

s25 s30

-1 + s18 Kefahaman|S s1 s37| s12 s22 s24 s29

-2 + s31

|T | s38 Pengetahuan

-3 + s3

9

Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

Page 10: Soalan bloom

Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

<less> | <frequ>

RAJAH 2. Perkaitan Aras Kesukaran dan Taksonomi Bloom

Berdasarkan analisis yang dijalankan soalan paling sukar bagi tahun 2005 ialah soalan nombor 2. Soalan nombor 2 berdasarkan Kertas I PMR tergolong dalam soalan yang menguji kemahiran morfologi pelajar. Jawapan yang dicadangkan untuk soalan 2 peperiksaan PMR tahun 2005 ialah A, memandangkan ‘di’ merujuk kepada kata sendi nama yang merujuk kepada tempat. Pengganggu dalam soalan ini amat berkesan sehingga tidak ada pelajar yang menanda jawapan A untuk soalan tersebut. Soalan 2 untuk peperiksaan PMR tahun 2005 adalah seperti berikut:

2. Ketua kelas itu menampalkan jadual peperiksaan kenyataan kelas.

papan

A. di C. atasB. pada D. kepada

Berdasarkan analisis, juga didapati soalan nombor 3 bagi tahun

peperiksaan 2005, iaitu soalan yang menguji kemahiran morfologi pelajar dikatakan soalan paling mudah yang mana semua pelajar menjawab betul bagi soalan tersebut. Cadangan jawapan bagi soalan 3 ialah D. Petikan soalan 3 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2006 ialah (LPM 2006):

3. Peserta Bengkel Bahasa Melayu_________________pandangan bagimenyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada akhir kursus.

A. berbantah-bantah C. berubah-ubahB. berbalas-balas D. bertukar-tukar

Analisis Item Bahasa Melayu Peperiksaan PMR 2006

Merujuk Rajah 3, didapati item soalan bertaburan mengikut aras kesukaran, bersesuaian dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi (maksimum) pada skala logit dengan merujuk kembali Jadual 3 ialah 4.25 mewakili S1 1, manakala bacaan paling bawah (minimum) ialah -2.28 mewakili S1 7 dan S2. Didapati item soalan PMR tahun 2006 lebih banyak tertumpu pada aras domain aplikasi dan kefahaman dan hanya item S1 1 yang berada pada aras penilaian. Kajian ini memberi tumpuan kepada mengenal pasti item paling sukar yang mewakili item (S1 1).

Agihan yang dipersetujui oleh penggubal-penggubal soalan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), untuk membentuk soalan ujian yang bermutu memerlukan agihan mengikut perkadaran 5 (mudah), 3 (sederhana) dan 2 (sukar). Berdasarkan perkadaran ini, agihan yang sepatutnya untuk sejumlah 40 item ujian ialah 20 item untuk soalan berbentuk mudah, 12 item untuk soalan jenis sederhana dan 8 item untuk jenis soalan jenis sukar. Berdasarkan Jadual 3, terdapat 14 soalan yang terletak pada aras pengetahuan dan kefahaman yang boleh dikaitkan dengan soalan jenis mudah. Susunan soalan tersebut mengikut

10

Page 11: Soalan bloom

Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

skala logit ialah S1, S12, S29, S9, S14, S34, S40, S5, S6, S28, S36, S7, S17 dan S2. Hanya terdapat satu item soalan yang boleh dikaitkan dengan soalan jenis sukar iaitu soalan yang berada pada aras penilaian dan sintesis (S1 1). Selebihnya iaitu sebanyak 25 soalan dapat digolongkan dalam kumpulan sederhana.

INPUT:50 students 40 items MEASURED: 50 students 40 items 2 CATS 3.64.2

students - MAP - items<more> | <rare>

5 +

| s114 +

XXX

T|XXX |

3 +XX |

S|TXXXX |

XXXX | s262 + s37

XXXXXXX M|XXXXXX |

XXXX | XXXXX |S s32XXXXXXXXX S |

1 XX + s18 s3X | s24 s27 s35

| s15 s21

| s10| s19

T| s16 s38| s25 s30 s31 s8

|0 +M s20 s22 s23 s4

| s13 s39| s33| s1 s12 s29 s9

-1 +| s14 s34 s40|S| s5 ss6

-2 +| s28 s36 s7

11Pengetahuan

Penilaian

Sintesis

Analisis

Aplikasi

Kefahaman

Page 12: Soalan bloom

Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

-3 + s17 s2<less>| <frequ>

RAJAH 3. Perkaitan Aras Kesukaran dan Taksonomi Bloom

Analisis yang dijalankan untuk soalan tahun 2006, didapati soalan paling sukar ialah soalan nombor 11. Soalan nombor 11 berdasarkan Kertas I Bahasa Melayu PMR, masih tergolong dalam soalan yang menguji kemahiran morfologi pelajar. Dalam soalan ini, pelajar dikehendaki memilih penggunaan perkataan yang salah dari segi tatabahasa berdasarkan jawapan bergaris yang bertanda A, B atau C. Jika semua perkataan dalam ayat tersebut didapati tidak mengandungi kesalahan, pelajar dikehendaki memilih jawapan D. Jawapan yang dicadangkan untuk soalan 11 ialah C, memandangkan ejaan yang betul bagi perkataan ‘perkarangan’ mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) ialah ‘pekarangan’. Terdapat 5 orang daripada 50 orang yang menanda betul untuk soalan ini. Petikan soalan 11 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2006 ialah (LPM 2006):

Deretan pasu bunga dan tompokan rumput yang terdapat di perkarangan A B C

rumah Kak Hasnah sangat menarik perhatian kami. Tiada kesalahan. D

Hasil analisis didapati terdapat dua soalan yang dikatakan paling mudah untuk tahun kajian 2006 iaitu soalan nombor 17 dan 2 (Rajah 3). Semua pelajar menjawab betul untuk kedua-dua soalan ini. Kedudukan soalan 17 lebih hampir dengan garis logit, berbanding soalan 2. Perkara ini menggambarkan soalan 17 lebih cenderung kepada Model Rasch berbanding soalan 2. Soalan 17 menguji kemahiran sintaksis pelajar, iaitu pelajar dikehendaki memilih pasangan ayat yang menggunakan huruf condong dengan betul. Cadangan jawapan bagi soalan 17 ialah C iaitu untuk pasangan jawapan III dan IV. Soalan 2 pula menguji kemahiran morfologi iaitu menguji penggunaan kata ganda yang sesuai dalam ayat. Jawapan untuk soalan 2 ialah C. Petikan soalan 17 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2006 ialah (LPM 2006):

I. Dia makan nasi itu dengan berseleranya hingga tidak meninggalkan basi

II. Adik menunjukkan wajahnya yang basi setelah dimarahi oleh abang.

III. Ani bernasib baik kerana tidak termakan kuih yang basi itu.IV. Cerita yang disampaikannya kepada kami sudah basi.

A . I d a n I I C. III dan IVB . I I d a n I I I D. I dan IV

12

Page 13: Soalan bloom

Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

|

|S

Contoh petikan soalan 2 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2006 adalah seperti berikut:

Kedengaran ______________ suara orang menjerit meminta tolongketika saya duduk bersendirian pada petang itu.

A. jauh-jauh C. sayup-sayupB. jelas-jelas D. samar-samar

Analisis Item Bahasa Melayu Peperiksaan PMR 2007

Merujuk Rajah 4 didapati item soalan bertaburan mengikut aras kesukaran, bersesuaian dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi (maksimum) pada skala logit ialah 4.50 mewakili S20, manakala bacaan paling bawah (minimum) ialah -2.75 mewakili S22. Didapati item soalan PMR tahun 2007 lebih banyak tertumpu pada aras domain kefahaman dan hanya item S20 yang berada pada aras penilaian. Kajian ini memberi tumpuan kepada mengenal pasti item paling sukar yang mewakili item (S20). Terdapat 17 soalan yang terletak pada aras pengetahuan dan kefahaman yang boleh dikaitkan dengan soalan jenis mudah. Susunan soalan tersebut mengikut skala logit ialah S12, S32, S36, S14 S18, S33, S7, S1, S16, S2, S28, S3, S30, S4, S31, S6 dan S22. Terdapat19 soalan yang boleh dikaitkan dengan jenis sederhana (S25, S39, S34, S38, S1 1, S35, S19, S5, S9, S26, S15, S21, S8, S29, S27, S10, S13, S17 dan S24). Terdapat empat soalan boleh dikaitkan dengan soalan berbentuk sukar (S20, S23, S40 dan S37).

Analisis yang dijalankan untuk soalan tahun 2007, didapati soalan paling sukar ialah soalan nombor 20. Soalan nombor 20 berdasarkan Kertas I Bahasa Melayu PMR, tergolong dalam soalan yang menguji bidang sintaksis. Soalan ini menghendaki pelajar menentukan bahagian bergaris pada soalan sama ada mengandungi kesalahan ataupun tidak. Pelajar dikehendaki memilih cadangan jawapan yang disediakan sama ada A, B dan C atau memilih jawapan D jika ayat tersebut tidak mengandungi kesalahan. Jawapan yang dicadangkan untuk soalan20 ialah D memandangkan kedudukan ayat tersebut perkataan ikut tidak perlu dimasukkan sebarang imbuhan. Hanya terdapat dua orang yang menjawab betul untuk soalan ini. Soalan 20 untuk tahun 2007 disisipkan sebagaimana berikut:

Pandulah kenderaan ikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan.

A. Pandulah kenderaan mengikut peraturanB. Memandulah kenderaan mengikut peraturanC. Memandulah kenderaan ikut peraturanD. Pandulah kenderaan ikut peraturan

Soalan nombor 22 bagi tahun peperiksaan 2007 merupakan soalan yang paling mudah. Soalan yang menguji kemahiran sintaksis iaitu pelajar

13

Page 14: Soalan bloom

Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

dikehendaki memilih ayat-ayat yang mempunyai maksud sama ataupun maksud yang hampir sama dengan ayat yang dicetak tebal. Cadangan jawapan bagi soalan 22 ialah B. Semua pelajar memilih B untuk soalan ini. Pengganggu yang

14

Page 15: Soalan bloom

Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

|

|S

dikemukakan tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga semua pelajar menjawab betul. Petikan soalan 22 Peperiksaan PMR Bahasa Melayu Kertas I untuk tahun 2007 ialah (LPM 2007):

“Jangan berbual-bual dan membuat kerja lain ketika saya mengajar,” kata Cikgu Rosnah kepada murid-muridnya.

A. Cikgu Rosnah melarang murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain sewaktu saya sedang mengajar.

B. Cikgu Rosnah melarang murid-muridnya bercakap atau membuat kerja lain semasa dia sedang mengajar.

C. Cikgu Rosnah berkata kepada murid-muridnya jangan membuat kerja lain atau bercakap semasa cikgu sedang mengajar.

D. Cikgu Rosnah berkata kamu jangan bercakap atau melakukan kerja lain semasa dia mengajar murid-muridnya.

INPUT:

5

50 students 40 items MEASURED: 50

students - MAP - items <more> | <rare>

+

students 40 items 2 CATS 3.64.2

Penilaian| s204 +

|T s23s40

|3 + s37

X |Sintesis| s25

XXX T|2 + s39

X |S s34S|

XXXXXX |XXXXXXXXXX | s38XXXXXXXXXXX M| s11

| s351 XXXXX + s19

AnalisisXXXXX S| s5 s9XXXX | s26

| s15 s21 s8

XXXX |T| s29| s27

0 +M| s10| s13 s17 Aplikasi

| s24|

-1 + s12 s32 s36

15

Page 16: Soalan bloom

Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

| s14| s18 s33 s7

Kefahaman

16

Page 17: Soalan bloom

Seminar Pendidikan Kejuteraan dan Alam Bina 2008

|

|S

-2 + s1 s16 s2 s28 s3| s31 s30 s4 s6|

-3 + s22 Pengetahuan<less> | <frequ>

RAJAH 4. Perkaitan Aras Kesukaran dan Taksonomi Bloom

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Susunan dalam aras Taksonomi Bloom disusun secara menaik mengikut garis logit pada graf pemetaan item-individu (Wright map) sehingga kepada aras paling sukar iaitu penilaian. Setelah dibuat perbandingan antara taburan item dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom didapati:

1. Taburan item soalan Bahasa Melayu PMR 2005 banyak bertumpu dikawasan domain aplikasi dan sebahagian yang lain tertumpu pada domain aplikasi, analisis dan kefahaman. Item yang lain didapati bertaburan mengikut aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi (maksimum) pada skala logit ialah 3.07 mewakili S2, manakala bacaan paling bawah (minimum) ialah -2.74 mewakili S3.

2. Taburan item soalan Bahasa Melayu PMR 2006 juga banyak tertumpupada domain aplikasi, analisis dan kefahaman dan item yang lain bertaburan mengikut aras kesukaran, bersesuaian dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi pada skala logit ialah 4.25 mewakili S1 1, manakala bacaan paling bawah ialah -2.28 mewakili S1 7 dan S2.

3. Taburan item soalan Bahasa Melayu PMR 2007 lebih banyak tertumpuatau berfokus di bahagian bawah skala logit iaitu pada domain analisis dan kefahaman dan hanya satu item sahaja berada pada aras paling tinggi iaitu S20 yang dikaitkan dengan aras penilaian. Didapati juga item soalan bertaburan mengikut aras kesukaran, bersesuaian dengan kedudukan aras Taksonomi Bloom. Bacaan paling tinggi pada skala logit ialah 4.50 mewakili S20, manakala bacaan paling bawah ialah -2.75 mewakili S22.

RUJUKAN

Abd Aziz Abd Talib. 2000. Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Abd. Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin. 200 1. Isu pengukuran dan penilaianpendidikan. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial.Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

17

Page 18: Soalan bloom

Zamri Mahamo, Mohd Sarifuddin Mat Salleh & Anita Abdul Rahman

Bhasah Abu Bakar. 2003. Asas pengukuran dalam bilik darjah. Tanjong Malim: Quantum Books.

Bond, T.G. & Fox, C.M. 2001. Applying the Rasch Model: Fundamental measurement in the humans sciences. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

Bond, T.G. 2004. Validity and assesment: A Rasch measurement perpective.Metodoligia de las Ciencias del Comportamiento, 5(2): 179-194.

http://www.faess.jcu.edu.au/dowmloads/bondValidity.pdf(10 Januari 2005)Borg, R.W. & Gall D.M. 1989. Educational research: An introduction.5th

Edition. New York: Longman IncHanizah Hamzah. 2007. Kebezaan kefungsian item berkaitan gender dalam

peperiksaan Matematik peringkat kebangsaan: kewujudan dan perkaitan dengan jenis item. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kumar, R. 1996. Research methodology. Australia: Longman.Linacre, J. M. 2004. Winstep Rasch measurement computer program. Chicago:

Winsteps.com.Mohamad Sahari Nordin. 2008. Pengujian dan penaksiran di bilik darjah. Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Mohd Majid Konting. 1998. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Pustaka.Rasch Measurement Transactions, 18:3. 2004. When does a gap between

measures matter? atas tal ian pada 17 November 2004. htp:/www.209.41. 153/rmt/rmt32a.htm

Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wiersma, W. 2000. Research methode in education. 7th Edition. Boston: Allyn & Bacon.

Wright, B. D. & Linacre, J. M. C. 1989. Observations are always ordinal; measurements, however, must be interval. Physical Medicine and Rehabilitation, 70(12): 857-860

http://www.rasch.org/memo44.htm (8 Ogos 2004).Wright, B. D. & Masters, G. N. 1982. Rating scale analysis. Chicago: MESA

Press.Wright, B. D. & Stone, M. H. 1979. Best test design. Chicago: MESA Press,

2387 - 2396.

18