5e lc model

13
Aplikasi “The 5E Learning Cycle Model” Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah Di Sarawak Oleh : Awang Bakhtiar Awang Seri 1.0 Latarbelakang Kajian Pada tahun 1997, mata pelajaran Sains dimasukkan sebagai subjek peperiksaan dalam UPSR dan penilaiannya melibatkan Kemahiran Saintifik yang terdiri daripada Kemahiran Proses dan Manipulatif Sains (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 1997). Kemahiran Proses Sains (KPS) lebih menjurus kepada penilaian melalui laporan amali yang ditulis oleh pelajar manakala Kemahiran Manipulatif lebih menjurus kepada penilaian terhadap aktiviti atau pengendalian alat atau bahan semasa menjalankan amali. Kedua-dua kemahiran ini adalah saling berkaitan dan merupakan aspek terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains di semua peringkat persekolahan di Malaysia terutamanya semasa menjalankan amali (Anizah bt. Asimin, 2004). Kemahiran Saintifik ialah kemahiran yang membolehkan pelajar mempersoal sesuatu dan mencari jawapan secara sistematik. Kemahiran Saintifik boleh diperkembangkan melalui aktiviti Sains yang merangkumi aktiviti seperti merekabentuk 1

Upload: awangbakhtiar

Post on 07-Aug-2015

52 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5E LC model

Aplikasi “The 5E Learning Cycle Model” Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah Di Sarawak

Oleh : Awang Bakhtiar Awang Seri

1.0 Latarbelakang Kajian

Pada tahun 1997, mata pelajaran Sains dimasukkan sebagai subjek peperiksaan dalam

UPSR dan penilaiannya melibatkan Kemahiran Saintifik yang terdiri daripada Kemahiran

Proses dan Manipulatif Sains (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 1997). Kemahiran Proses

Sains (KPS) lebih menjurus kepada penilaian melalui laporan amali yang ditulis oleh pelajar

manakala Kemahiran Manipulatif lebih menjurus kepada penilaian terhadap aktiviti atau

pengendalian alat atau bahan semasa menjalankan amali. Kedua-dua kemahiran ini adalah

saling berkaitan dan merupakan aspek terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Sains di semua peringkat persekolahan di Malaysia terutamanya semasa menjalankan amali

(Anizah bt. Asimin, 2004).

Kemahiran Saintifik ialah kemahiran yang membolehkan pelajar mempersoal sesuatu

dan mencari jawapan secara sistematik. Kemahiran Saintifik boleh diperkembangkan melalui

aktiviti Sains yang merangkumi aktiviti seperti merekabentuk eksperimen, membuat

pemerhatian, menganalisa data, membuat kesimpulan dan penggunaan radas atau peralatan

Sains. Selain menyeronokkan, aktiviti Sains dalam makmal memberi pengalaman baru serta

dapatan tertentu yang mampu memperkukuhkan pemahaman sesuatu konsep Sains (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 1994).

Walau bagaimanapun, aktiviti Sains dalam makmal dan pembentukan sikap positif

terhadap Sains sering diabaikan (Sharifah Nor Ashikin S.A Rahman dan Rohaida Mohd. Saat,

2005) dan ini menjejaskan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sains. Kaedah pengurusan

penglibatan murid dalam amali atau kerja-kerja makmal harus diberi perhatian kerana bukan

hanya kerja-kerja makmal ini menyumbang kepada peratusan dalam penguasaan konsep

1

Page 2: 5E LC model

malahan keberkesanan kerja-kerja amali ini dalam menyumbang kepada peranan pelajar itu

sendiri perlu diambil kira dan mewajarkan penggunaan kepakaran dan peralatan makmal

(Roszilah Hamid et.al., 2005).

Kajian ini akan meneroka cara guru cemerlang mengurus pelajar dan seterusnya

membina satu model bagi menyediakan satu piawaian standard untuk membantu para guru

dalam pengurusan penglibatan murid dalam amali Sains di mana secara tidak langsung akan

dapat meningkatkan penglibatan pelajar. Teknik pengurusan penglibatan murid yang berkesan

akan menjadikan kaedah amali sebagai kaedah yang menarik serta mampu menghasilkan

pelajar yang berciri modal insan (Nurzatulshima Kamarudin, et.al., 2009). Diharap hasil

kajian ini dapat membantu pihak KPM, khususnya Pusat Perkembangan Kurikulum, bagi

memantapkan lagi kurikulum Sains yang dilaksana di sekolah.

2.0 Pernyataan Masalah

Penguasaan Kemahiran Saintifik merupakan salah satu objektif utama pembelajaran

Sains (Tan Ming Tang & Chin Teoi Peng, 2001). Kegagalan para murid memahami konsep

Kemahiran Saintifik akan mengakibatkan kegagalan penerapannya dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran Sains dan seterusnya akan mengecewakan pencapaian objektif dan

kehendak kurikulum Sains KBSR (Ismail Jusoh, 2001). Mata pelajaran Sains yang

menekankan Kemahiran Saintifik diterap dan dipelajari oleh murid sekolah rendah bermula

dari tahun tiga sehingga mereka menamatkan persekolahan di peringkat sekolah rendah.

Persoalannya, adakah semua murid yang telah mempelajari Kemahiran Saintifik telah

menguasai kemahiran tersebut? Kebanyakan kajian lepas melaporkan ramai pelajar kurang

menguasai KPS yang diperlukan untuk melaksanakan inkuiri Saintifik walaupun pada aras

yang mudah (Mohd Najib Ghafar & Abdul Rauf Ibrahim, 2011; Kartini Abdul Mutalib et.al.,

2

Page 3: 5E LC model

2010). Antara kajian yang melaporkan bahawa para pelajar mempunyai tahap penguasaan

KPS yang kurang memuaskan adalah seperti kajian yang dijalankan oleh Yeam Koon Peng

(2007), Lay Yoon Fah (2003), Ismail Jusoh (2001), Daniel & Rohaida (2000 & 1999), Zurida

Ismail (1998), Ismail othman (1997), Nordin Razak (1997), Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

(1997), Tan (1993 & 1996), Lee (1991), dan Chan (1984). Manakala beberapa kajian

mendapati penguasaan Kemahiran Manipulatif pelajar berada pada tahap sederhana seperti

kajian yang dijalankan oleh Fathiah bt Mohamed @ Mohd Zamani (2007), Azizi bin Haji

Yahaya et.al., (2003), Hafira Iswani Binti Hussin (2000), dan Munirah Binti Zahari (2000).

Berdasarkan hasil kajian ini dapat disimpulkan bahawa tahap penguasaan Kemahiran Saintifik

pelajar di Malaysia adalah kurang memuaskan. Pelajar begitu kurang menguasai Kemahiran

Saintifik disebabkan masalah-masalah seperti guru dan pelajar jarang mempraktikkan

Kemahiran Saintifik serta corak pengajaran kurang menekankan kemahiran berfikir seperti

yang dicadangkan dalam kurikulum Sains (Yeam Koon Peng, 2007). Oleh itu, satu usaha

perlu dilakukan bagi menggalakkan para guru dan pelajar untuk mempraktikkan Kemahiran

Saintifik dan seterusnya meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti amali Sains supaya

pelajar dapat menguasai sepenuhnya Kemahiran Saintifik. Tegasnya, penglibatan aktif pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam makmal amat membantu dalam penghasilan

modal insan yang dilengkapi dengan ciri-ciri kreativiti, kritikal dan inovatif (Nurzatulshima

Kamarudin, et.al., 2009).

Kurikulum baru Sains memberi penekanan terhadap tiga aspek utama iaitu

pemerolehan pengetahuan, penguasaan Kemahiran Saintifik dan penerapan sikap Saintifik

serta nilai murni (Abu Hassan bin Kassim & Rohana bte Hussin, 2003). Kemahiran Saintifik

adalah merupakan asas penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan

‘belajar melalui pengalaman’ (Mohd Najib Ghafar & Abdul Rauf Ibrahim, 2011; Abu Hassan

3

Page 4: 5E LC model

bin Kassim, 2001), di mana tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam aspek

Kemahiran Saintifik, pelajar tidak dapat melaksanakan aktiviti penyiasatan dengan berkesan

(Abu Hassan bin Kassim, 2001). Walau bagaimanapun, para pelajar lebih mengutamakan

penguasaan pengetahuan serta konsep-konsep sains dan kurang penekanan pembentukan ke

atas aspek-aspek pembelajaran Sains yang lain seperti penguasaan Kemahiran Saintifik

(Kamisah Osman et.al., 2007). Usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan mata pelajaran

Sains dalam kalangan kumpulan pelajar aliran Sains yang berpencapaian rendah adalah wajar

memandangkan mereka telah menggunakan peruntukan geran perkapita yang besar.

Tambahan lagi, kegagalan pelajar menguasai kemahiran dan pengetahuan asas dengan mantap

merupakan antara penyebab keciciran, pembentukan sikap negatif, kurang keyakinan diri,

kurang berdaya dan menyebabkan ciri-ciri kelemahan itu semakin subur dan menjadi

kumulatif yang akhirnya mempengaruhi pencapaian pelajar pada tahap pembelajaran yang

lebih tinggi (KPM, 2000).

Kerajaan menekankan penggunaan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran

serta berpusatkan pelajar (Nurzatulshima Kamarudin, et.al., 2009). Antaranya disarankan

lebih banyak eksperimen, perbincangan, lawatan dan penyelesaian masalah. Pembelajaran

melalui eksperimen atau kaedah amali lebih cepat berlaku kerana pelajar menjalankan

penyiasatan sendiri bagi memperolehi maklumat melalui bahan yang sebenar. Kaedah tersebut

dapat menerapkan pengetahuan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni

(KPM 2002). Melalui kaedah amali yang biasanya dijalankan secara berkumpulan, akan dapat

menerapkan elemen sikap saintifik dan nilai murni seperti bekerjasama, sistematik dan yakin,

jujur dan tepat dalam merekod data (KPM 2002, 2005). Persoalannya: Adakah pelajar terlibat

sepenuhnya dalam aktiviti amali Sains dan menguasai sepenuhnya objektif perlaksanaan

pengajaran dan pembelajaran dalam makmal sains?. Adakah kaedah atau teknik yang

4

Page 5: 5E LC model

digunakan oleh guru semasa menjalankan aktiviti amali Sains memenuhi sepenuhnya

kehendak Kurikulum baru Sains?. Oleh itu, cara guru cemerlang mengurus pelajar akan

diteroka bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam amali sains dan seterusnya memastikan

perlaksanaan amali sains mencapai objektif perlaksanaannya. Satu model pengurusan

penglibatan murid dalam amali Sains dibina bagi menggalakkan aktiviti amali dalam makmal

dan seterusnya akan dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti

amali dalam makmal. Model yang dibina boleh dijadikan satu standart piawaian bagi para

guru dalam pengurusan penglibatan murid dalam amali Sains dan seterusnya boleh dijadikan

rujukan bagi meningkatkan pembelajaran Sains di Malaysia.

Kaedah amali dalam mata pelajaran sains merupakan kaedah pengajaran yang

memberi peluang kepada pelajar menjalankan penyiasatan melalui perancangan, pelaksanaan

dan perbincangan (Nurzatulshima Kamarudin, et.al., 2009). Walau bagaimanapun, aktiviti

amali Sains dalam makmal sering diabaikan oleh para pelajar dan guru (Sharifah Nor Ashikin

S.A Rahman dan Rohaida Mohd. Saat, 2005). Menurut KPM (2000), pengabaian terhadap

aktiviti amali sains menjejaskan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sains dan seterusnya

menjejaskan pembentukan sikap positif terhadap Sains. Satu pendekatan diperlukan bagi

mengelak pengabaian terhadap aktiviti amali Sains dan yang utama sikap positif terhadap

Sains perlu dibentuk. Kaedah pengurusan penglibatan murid dalam amali atau kerja-kerja

makmal perlu diberi perhatian. Kajian ini akan meneroka dan meninjau kaedah pengurusan

yang dilaksanakan oleh para guru cemerlang bagi mengenalpasti kaedah pengurusan terbaik

untuk menggalakkan penglibatan murid dalam amali Sains dan seterusnya memastikan

perlaksaan amali tersebut mencapai objektif dan saranan kurikulum. Seterusnya satu model

akan dibina bagi menyediakan satu standard untuk mambantu para guru dalam pengurusan

penglibatan murid dalam amali Sains bagi meningkatkan lagi penglibatan pelajar dalam amali

5

Page 6: 5E LC model

sains. Pengurusan pelajar dalam kelas amali yang teratur akan memastikan objektif

pembelajaran yang bertujuan membentuk pelajar yang aktif dan bercirikan modal insan akan

tercapai (Nurzatulshima Kamarudin, et.al., 2009).

3.0 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk meneroka dan membina model pengurusan penglibatan

murid dalam amali Sains yang menjadi amalan para guru cemerlang sekolah rendah di

Sarawak. Beberapa objektif telah dikenal pasti di dalam kajian ini iaitu:

a) Meneroka amalan pengurusan penglibatan murid dalam amali Sains oleh guru

cemerlang sekolah rendah di Sarawak.

b) Menentukan sama ada terdapat perbezaan dalam amalan pengurusan penglibatan

murid dalam amali Sains oleh guru cemerlang sekolah rendah di Sarawak merentas

jantina, umur, pendapatan dan tahap pendidikan guru; jenis sekolah; dan masalah

pengajaran pembelajaran.

c) Mengenalpasti faktor-faktor dan masalah-masalah yang mempengaruhi amalan

pengurusan penglibatan murid dalam amali Sains guru cemerlang sekolah rendah di

Sarawak.

d) Membina model pengurusan penglibatan murid dalam amali Sains yang menjadi

amalan guru cemerlang sekolah rendah di Sarawak.

4.0 Metodologi

Kaedah tinjauan dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang amalan pengurusan

penglibatan murid dalam amali Sains oleh guru cemerlang sekolah rendah di Sarawak.

Kaedah tinjauan ini menggunakan Ujian Pengurusan Penglibatan Murid (UPPM) secara

6

Page 7: 5E LC model

bertulis, soal selidik mengenai faktor-faktor dan masalah-masalah yang mempengaruhi

pengurusan penglibatan murid dalam amali Sains, soal selidik Persepsi Guru, pemerhatian

guru, Temubual Murid dan analisis dokumen murid bagi mendapatkan maklumat dan data

yang diperlukan dalam kajian ini.

Gabungan kajian kuantitatif dan kualitatif akan dilaksanakan dalam kajian ini.

Dapatan kajian kualitatif akan menyokong dapatan kajian kuantitatif. Kajian kuantitatif

dijalankan terhadap semua guru cemerlang bagi matapelajaran Sains yang terdapat di

Sarawak. Bagi kajian kualitatif, tinjauan dilaksanakan terhadap murid Tahun 4 sehingga

Tahun 6 dan guru cemerlang bagi matapelajaran Sains dalam 3 buah sekolah yang dipilih di

mana setiap satunya mewakili bahagian Selatan Sarawak, Tengah Sarawak dan Utara

Sarawak.

RUJUKAN:

Abu Hassan bin Kassim (2001). Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik. Johor : UTM.Abu Hassan bin Kassim & Rohana bte Hussin (2003). Tahap penguasaan KPS dan

hubungannya dengan pencapaian kimia di kalangan pelajar tingkatan empat daerah Johor Bahru. Kertas Kerja dibentang dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan pada 19 hingga 21 Oktober 2003, anjuran Fakulti Pendidikan, UTM, di Hotel Puteri Pan Pacifik.

Anizah bt. Asimin (2004). Mengkaji tahap Kemahiran Pelajar Dalam Mengendaklikan dan Menggunakan Alat Pengukur Dalam Makmal Sains Di Sekolah Menengah Sekitar Inanam. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pendidikan (Sains). (Tidak Diterbit).

Ismail Jusoh (2001). Sedutan Dapatan Projek Penyelidikan Pendidikan Di Simunjan: Pengajaran Dan Penakulan Saintifik. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Sains & Matematik Sarawak. Kuching : MPBL

Kamisah Osman, Zanaton Haji Iksan dan Lilia Halim, (2007). Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan (UKM). 32. pp. 39-60.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Proses Pengajaran Guru Sains Kepada Pelajar Berpencapaian Rendah Dalam Mata Pelajaran Sains. Kuala Lumpur: BPPDP.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian sukatan pelajaran Fizik Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2005). Curriculum Specifications: Physics Form 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2008). Assessment Guide: Science Practical Work Assessment (PEKA) UPSR. Putra Jaya: KPM.

7

Page 8: 5E LC model

Lembaga Peperiksaan (1997). Sains: Panduan Penilaian Kerja Amali (PEKA). Kuala Lumpur: KPM.

Mohd Najib Ghafar & Abdul Rauf Ibrahim (2011). Penilaian Hubungan Tahap Penguasaan Konsepsi Sains Dengan Tahap KPS Guru Peringkat Menengah Rendah. Journal of Science and Mathematics Educational. 3. Pp. 1-19.

Nurzatulshima Kamarudin, Lilia Halim, Kamisah Osman dan T Subahan Mohd. Meerah (20098). Pengurusan Penglibatan Pelajar dalam Amali Sains (Management of Students’ Involvement in Science Practical Work). Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 205 – 217

Roszilah Hamid, Siti Aminah Osman, Kamarudin Mohd Yusof dan Noraini Hamzah (2005). Pengendalian Kerja Makmal Menggunakan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah Berbanding Kaedah Berasaskan Subjek (Tradisi): Satu Kajian Kes. Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sharifah Nor Ashikin S.A. Rahman dan Rohaida Mohd Saat (2005). Keberkesanan Program PEKA dalam Penguasaan KPS Bersepadu. Jurnal Pendidikan (UM). 25 (Malay Language Version). pp. 65-77.

Tan Ming Tang & Chin Teoi Peng (2001). Satu Tinjauan Awal Konsepsi KPS Di Kalangan Guru Sains PKPG 14 Minggu Di Maktab Perguruan Batu Lintang. Kuching: MPBL.

Yeam Koon Peng (2007). Tahap Pencapaian Dan Pelaksanaan KPS Dalam Kalangan Guru Pelatih. USM : Tesis Sarjana Muda (Tidak Diterbit).

8