58403029-kbsr

Upload: fuad-samsudin

Post on 04-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    1/44

    ANALISIS HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KBSR

    PENDIDIKAN JASMANI

    Matlamat

    Pendidikan Jasmani (PJ)bertujuan membantu murid-murid menjadi cergas melalui

    pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

    Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani

    Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif.

    Pendekatan ini dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui kegiatan

    Pendidikan Jasmani yang merangkumi tiga aspek penting, iaitu :

    Penglibatan murid secara aktif dan selamat

    Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alat

    Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran.

    Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan

    Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang utama, iaitu:

    1. Kecergasan

    Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara

    beterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal

    berasaskan kesihatan dan pelakuan motor .

    2. Kemahiran

    Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada

    aspek pergerakan otot besar dan otot halus. Tumpuan diberi kepada kemahiran asas

    dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi.

    3. Kesukanan

    Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan

    amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan,

    pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

    1

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    2/44

    Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 1

    Objektif

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tahun 1, murid dapat :

    1. Melakukan aktiviti kecergasan berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular,

    kelenturan, koordinasi, imbangan dan ketangkasan.

    2. Melakukan pergerakan asas, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan

    yakin.

    3. Melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan dalam suasana yang

    mengembirakan.

    4. Mematuhi arahan serta peraturan semasa beraktiviti bagi menjaga keselamatandiri, rakan, dan kumpulan.

    5. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang

    menggembirakan.

    Tunjang Pembelajaran

    Dalam Pendidikan Jasmani Tahun 1, terdapat 3 tunjang pembelajaran yang utama. Setiap

    tunjang adalah berbeza antara satu sama lain dan mempunyai kepentingan masing-masing

    kepada murid. Tiga tunjang pembelajaran tersebut adalah kecergasan, kemahiran dan

    kesukanan.

    Tunjang Pembelajaran 1 : Kecergasan

    1. Kecergasan Fizikal

    a.Daya tahan kardiovaskular

    Keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsidengan baik.

    b.Kelenturan

    Keupayaan meregang otot serta kebebasan sendi bergerak

    dengan sepenuhnya.

    2

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    3/44

    c.Koordinasi

    Pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata,

    tangan, kaki dan badan.

    d.Imbangan

    Kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika

    dia berada dalam

    keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti.

    e.Ketangkasan

    Kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil

    bertukar arah atau posisi dengan senang lenang.

    Tunjang Pembelajaran 2 : Kemahiran

    1. Pergerakan Asas

    a.Lokomotor

    Pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

    b.Bukan Lokomotor

    Keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan

    tanpa beralih tempat.

    c.Manipulasi alatan

    Mengkoordinasikan bahagian-bahagian tubuh badan bagi

    manipulasi alatan.

    2. Pendidikan pergerakan

    a.Gimnastik pendidikan

    Salah satu pendekatan dalam gimnastik yang memberi

    tumpuan kepada pembelajaranindividu yang unik dari segi

    gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan pelajar.

    b.Pergerakan kreatif

    Interprestasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang

    dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.

    3

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    4/44

    3. Rekreasi dan kesenggangan

    a.Rekreasi

    Aktiviti terancang untuk mengisi masa lapang yang bukan

    tujuan pertandingan.

    b.Kesenggangan

    Aktiviti mengisi masa lapang.

    Tunjang Pembelajaran 3: Kesukanan

    1. Keselamatan

    Keadaan yang membolehkan kita melibatkan diri dalam

    sesuatu keadaan sukar atau permainan tanpa menimbulkan

    implikasi buruk serta mengajar aspek-aspek keselamatan

    yang perlu dititikberatkan.

    2. Pengurusan

    a.Pengurusan diri

    Kebersihan tubuh badan atau pengjagaan imeh sendiri.

    Faedah berpakaian sukan semasa beraktiviti.

    Strategi Pengajaran

    Guru harus melakukan aktiviti mengikut kemampuan pelajar. Hal ini penting

    untuk mengelakkan pelajar kecederaan berlaku semasa melakukan sesuatu aktiviti. Guru

    juga boleh melaksanakan aktiviti berdasarkan cadangan yang telah ditetapkan dalam

    huraian sukatan pelajaran.

    Dalam kaedah yang dicadangan dalam huraian sukatan pelajaran, kebanykan

    aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan secara individu dan juga secara berkumpulan.

    Tujuan aktiviti secara individu digunakan ialah untuk mengenal pasti kebolehan pelajar

    dalam melakukan sesuatu aktiviti. Manakala aktiviti secara berkumpulan digunakan

    bertujuan untuk memupuk sikap kerjasama, toleransi dan tolong-menolong dalam

    4

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    5/44

    kalangan murid. Semasa melakukan aktiviti, keselamatan murid harus dititikberatkan

    oleh semua guru.

    Implikasi Perlaksanaan

    Banyak implikasi yang positif dapat diperolehi oleh murid sekiranya mata

    pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 1 ini diajar secara efektif. Antara implikasinya ialah

    melahirkan murid yang sihat dan cergas dapat mendedahkan murid tentang aktiviti-

    aktiviti yang berfaedah pada masa lapang, mendidik murid tentang pengurusan diri serta

    mendedahkan murid tentang aspek-aspek keselamatan semasa beraktiviti.

    PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1

    Tunjang Pembelajaran 1 : Kesihatan Diri dan keluarga

    1.Kesihatan Diri

    a. Mengenal Bahagian Tubuh Badan:

    Kepala

    Tangan

    Abdomen

    Kaki

    b. Kebersihan Diri

    Kebersihan Mulut

    Penjagaan Gigi

    Karies gigi

    Kesihatan Gigi

    Jenis makanan untuk Kesihatan gigi

    Jenis makanan yang akan merosakan gigi

    c. Pengurusan Kesihatan Diri

    Penjagaan Kulit

    Kudis

    Penjagaan Rambut

    5

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    6/44

    Kutu dan kelemumur

    Penjagaan Kebersihan tubuh badan

    Cara membasuh tangan dan mandi yang betul.

    2. Perasaana. Melahirkan Perasaan

    Kaedah melahirkan perasaan mengikut situasi

    Ketawa

    Terkejut

    Senyum

    Malu

    Menangis

    Sugul

    Suka

    Marah

    Sedih

    Gembira

    Takut

    3. Kekeluargaan

    a. Mengenali Mengenali diri sendiri, keluarga dan sahabat :

    Keistimewaan diri sendiri

    Tubuh badan sihat

    Keistimewaan keluarga

    Kasih sayang

    Keharmonian

    Keistimewaan sahabat

    Saling membantu

    Bertolak ansur

    6

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    7/44

    Tunjang Pembelajaran 2 : Gaya Hidup Sihat

    1. Pemakanan

    a. Makanan harian saya dan sahabat

    Jenis makanan harian

    Makanan berkhasiat

    Makanan rapu (tidak berkhasiat)

    Waktu makan

    Sarapan pagi

    Makan tengah hari

    Makan malam

    2. Penyalahgunaan Bahan

    a. Ubat dan racun

    Penggunaan

    Penyimpanan

    Tempat Tinggi

    Tempat Berkunci

    b. Bahaya pengambilan dadah

    Kesan-kesan dan implikasinya terhadap kesihatan

    Tunjang Pembelajaran 3 : Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

    1. Keselamatan

    a. Keselamatan diri

    Mengetahui nama dan alamat sendiri.

    Mengingati nombor telefon rumah.

    Mengetahui nama dan tempat kerja ibu bapa atau penjaga

    7

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    8/44

    b. Langkah keselamatan untuk mengelakkan bahaya di rumah, sekolah

    dan tempatpermainan seperti kawasan yang banyak kereta, lantai yang

    licin dan alatan tajam.

    Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    Objektif

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tahun 2, murid dapat :

    1. Melakukan aktiviti kecergasan berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular,

    kelenturan, koordinasi, imbangan, dan ketangkasan;2. Melakukan pergerakan asas, gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif dengan

    betul dan selamat;

    3. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi

    menjaga keselamatan;

    4. Memahami serta mengamalkan pengurusan masa yang sesuai untuk beraktiviti;

    dan

    5. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang

    menggembirakan.

    Tunjang Pembelajaran

    Melibatkan tiga tunjang pembelajaran yang utama. Tunjang pembelajaran yamg pertama

    adalah melibatkan kecergasan. Tunjang pembelajaran yang kedua pula adalah mengenai

    kemahiran dan tunjang pembelajaran yang ketiga adalah tentang kesukanan. Tunjang

    Pembelajaran Tahun 2 adalah kesinambungan daripada Tunjang Pembelajaran Tahun 1.

    Tunjang Pembelajaran 1 : Kecergasan

    1. Kecergasan Fizikal

    a.Daya tahan kardiovaskular

    Keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi

    8

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    9/44

    dengan baik.

    b.Kelenturan

    Keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi

    bergerak dengan sepenuhnya.

    c.Koordinasi

    Pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata,

    tangan, kaki dan badan.

    d.Imbangan

    Kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika

    dia berada dalam

    keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti.

    e.Ketangkasan

    Kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil

    bertukar arah atau posisi.

    Tunjang Pembelajaran 2: Kemahiran

    1. Pergerakan Asas

    a.Lokomotor

    Pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

    b.Bukan lokomotor

    Keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan

    tanpa beralih tempat.

    c.Manipulasi alatan

    Mengkoordinasikan bahagian-bahagian tubuh badan bagi

    manipulasi alatan.

    2.Pendidikan pergerakan

    a. Gimnastik pendidikan

    Salah Satu pendekatan dalam gimnastik yang memberi

    9

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    10/44

    tumpuan kepada pembelajaran individu yang unik dari segi

    gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan pelajar.

    b.Pergerakan kreatif

    -Interprestasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang

    dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.

    3.Rekreasi dan kesenggangan

    a.Rekreasi

    Aktiviti terancang untuk mengisi masa lapang yang bukan

    untuk pertandingan.

    b.Kesenggangan

    Aktiviti mengisi masa lapang.

    Tunjang Pembelajaran 3: Kesukanan

    1. Keselamatan

    Keadaan yang membolehkan kita melibatkan diri dalam sesuatu

    keadaan sukar atau permainan tanpa menimbulkan implikasi

    buruk.

    2. Pengurusan

    Pengurusan diri

    Kebersihan tubuh badan.

    Faedah berpakaian sukan semasa beraktiviti.

    Strategi Pengajaran

    Guru boleh merujuk kepada cadangan-cadangan yang telah dinasihatkan atau

    diberikan bagi mencapai hasil pembelajaran. Guru harus mencadangkan aktiviti

    pembelajaran berdasarkan kebolehan dan kemampuan murid. Didapati semua aktiviti

    yang dilakukan adalah secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Murid juga

    menjalankan aktiviti seperti menyatakan atau menamakan otot yang terlibat, melebel,

    10

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    11/44

    melakar, dan mewarna komponen fizikal yang terlibat. Dalam strategi pengajaran,

    muridbukan sahaja didedahkan tentang aktiviti psikomotor sahaja malah tahap kognitif

    juga digunapakai oleh setiap murid semasa kelas dijalankan.

    Implikasi Perlaksanaan

    Implikasi yang positif yang dapat diperolehi sepanjang aktiviti dilaksanakan.

    Misalnya, pelajar dapat menyatakan komponen kecergasan yang terlibat semasa

    melakukan aktiviti, aspek-aspek keselamatan yang terlibat,, mereka-cipta pergerakan

    berdasarkan alatan yang digunakan, dapat membahagikan masa semasa melakukan

    aktiviti, memupuk keyakinan diri dan menyemai pentingnya bekerjasama dalam

    melakukan sesuatu aktiviti. Hal ini telaha membuktikan bahawa ia telah memberikan

    implikasi positif kepada semua murid.

    PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2

    Tunjang Pembelajaran 1 : Kesihatan Diri dan keluarga

    1. Kesihatan Diri

    a. Mengenali bahagian dan organ tubuh badan

    Tulang

    Otot

    Paru-paru

    Jantung

    b. Amalan Asas Kesihatan Amalan harian

    Amalan pemakanan

    Rehat, rekreasi dan kesenggangan

    Tidur

    11

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    12/44

    c. Pengurusan Kesihatan Diri

    Menjaga pakaian dan keperluan diri

    d. Kebersihan

    Rumah

    Sekolah

    Persekitaran

    2.Perasaan

    a. Memahami perasaan

    Perasaan kasih sayang kepada ibu bapa,guru dan rakan

    Ucapan dan penghargaan

    Bersalaman

    Mereka kad ucapan

    3. Kekeluargaan

    Perbezaan organ seksual antara bayi lelaki dan bayi perempuan

    Perbezaan antara kanak- kanak lelaki dan perempuan dari segi minat,

    perawakandan pakaian

    Menjaga kebersihan, kehormatan dan keselamatan diri khasnya dari

    aspekorgan seksual

    Tunjang Pembelajaran 2 : Gaya Hidup Sihat

    1. Pemakanan

    a. Makanan harian

    Makanan berkhasiat, bersih dan selamat Maksud makanan berkhasiat

    Sumber

    Bijirin

    Sayur- sayuran

    12

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    13/44

    Daging

    Susu

    Ciri- ciri makanan bersih dan selamat

    Dibersihkan

    Dimasak jika perlu

    Tidak terdedah

    2. Penyalahgunaan bahan

    a. Ubat dan racun

    Penggunaan

    Penyimpanan

    b.Pengambilan dadah

    Kesan pengambilan

    Pencegahan

    Hukuman pengambilan adalah berat

    Jauhi dadah

    Penerangan tentang kempen anti-dadah di Malaysia

    Tunjang Pembelajaran 3 : Kebersihan dan Keselamatn Persekitaran

    1. Keselamatan

    a. Keselamatan di rumah, Sekolah dan tempat permainan

    Jenis kemalangan yang boleh berlaku semasa di rumah, sekolah

    dan tempat

    permainan

    Terjatuh

    Luka

    Patah

    Melecet

    13

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    14/44

    Terhentak

    b. Langkah keselamatan

    Simpan alat di tempat selamat

    Elakkan bermain dengan alatan tajam.

    Pastikan tempat bermain adalah selamat

    Tidak licin

    Tiada bahagian bucu yang tajam

    Tidak becak

    Gunakan alatan yang betul

    Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3

    Objektif

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tahun 3, murid dapat :

    1. Memahami maksud kecergasan berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular,

    kelenturan, koordinasi, imbangan, dan ketangkasan;

    2. Melakukan aktiviti kecergasan berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular,

    kelenturan, koordinasi, imbangan, dan ketangkasan;

    3. Melakukan pergerakan asas, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan

    betul dan selamat;

    4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi

    menjaga keselamatan;

    5. Memahami serta mengamalkan kaedah-kaedah menghargai kejayaan rakan dan

    kumpulan;

    6. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang

    menggembirakan.

    Tunjang Pembelajaran

    Dalam Pendidikan Jasmani Tahun 3, terdapat 3 tunjang pembelajaran yang utama. Setiap

    tunjang adalah berbeza antara satu sama lain dan memiliki kepentingan masing-masing

    14

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    15/44

    kepada murid. Tiga tunjang pembelajaran tersebut adalah kecergasan, kemahiran dan

    kesukanan.

    Tunjang Pembelajaran 1 : Kecergasan

    1. Kecergasan Fizikal

    a.Daya tahan kardiovaskular

    Keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi

    dengan baik.

    b.Kelenturan

    Keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi

    bergerak dengan sepenuhnya.

    c.Koordinasi

    Pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata,

    tangan, kaki dan badan.

    d.Imbangan

    Mengkoordinasikan bahagian-bahagian tubuh badan bagi

    manipulasi alatan.

    e.Ketangkasan

    Kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil

    bertukar arah atau posisi.

    Tunjang Pembelajaran 2: Kemahiran

    1. Pergerakan Asas

    a.Lokomotor Pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

    b.Bukan lokomotor

    Keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan

    tanpa beralih tempat.

    c.Manipulasi alatan

    15

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    16/44

    Mengkoordinasikan bahagian-bahagian tubuh badan bagi

    manipulasi alatan.

    2.Pendidikan pergerakan

    a. Gimnastik pendidikan

    Satu pendekatan dalam gimnastik yang memberi tumpuan

    kepada pembelajaran individu yang unik dari segi gaya

    pergerakan, pembelajaran dan perkembangan pelajar.

    b.Pergerakan kreatif

    Interprestasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang

    dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.

    3.Rekreasi dan kesenggangan

    a.Rekreasi

    Aktiviti terancang untuk mengisi masa lapang yang bukan

    untuk pertandingan.

    b. Kesenggangan

    Aktiviti mengisi masa lapang.

    Tunjang Pembelajaran 3: Kesukanan

    1.Keselamatan

    Keadaan yang membolehkan kita melibatkan diri dalam

    sesuatu keadaan sukar atau permainan tanpa menimbulkan

    implikasi buruk.

    2.Pengurusan

    Pengurusan diri

    Kebersihan tubuh badan.

    Faedah berpakaian sukan semasa beraktivi.

    3.Isu-isu jasmani dan sukan

    16

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    17/44

    Sosio budaya

    Pakaian

    Latihan

    4.Etika dalam sukan Panduan tentang peranan peserta dalam sukan dan peranan

    penonton yang menyaksikan sesuatu permainan.

    a. Semangat kesukanan

    b. Hormat menghormati.

    Strategi Pengajaran

    Guru boleh merujuk kepada cadangan-cadangan yang telah dinasihatkan atau

    diberikan bagi mencapai hasil pembelajaran. Guru juga boleh mencadangkan aktiviti

    pembelajaran lain mengikut kemampuan dan kebolehan murid. Dalam kaedah yang

    dicadangan dalam huraian sukatan pelajaran, aktiviti yang dilakukan ialah secara

    individu, berpasangan dan berkumpulan. Murid juga menjalankan aktiviti seperti

    menyatakan atau menamakan otot yang terlibat, melebel, melakar, dan mewarna

    komponen fizikal yang terlibat. Dalam strategi pengajaran, murid bukan sahaja

    didedahkan tentang aktiviti fizikal malah turut ditingkat tahap kognitif setiap murid.

    Implikasi Perlaksanaan

    Murid akan memahami betapa pentingnya memelihara keceergasan dan kesihatan

    tubuh badan.

    Mengenal pasti dan mengingat setiap komponen kecergasan yang terlibat dalam

    sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

    Dapat mempelajari pelbagai jenis kemahiran pegerakan.

    Murid akan lebih mengutamakan aspek-aspek keselamatan semasa melakukan

    aktiviti terutamanya aktiviti yang melibatkan alatan.

    17

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    18/44

    Murid dapat melakukan aktiviti yang berfaedah sekiranya ada masa lapang di

    rumah.

    Murid mampu mencipta pergerakan yang baru dan menyeronokkan.

    Murid dapat mempelajari cara pengurusan diri dan masa dengan baik.

    Mempupuk sikap keyakinan diri dalam diri bagi setiap murid.

    Memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.

    PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3

    Tunjang Pembelajaran 1 : Kesihatan Diri dan keluarga

    1. Kesihatan Diri

    a. Alatan kebersihan diri

    Menjaga alatan kebersihan diri seperti:

    Tuala

    Stoking

    Pakaian dalam

    Sapu tangan

    b. Kehormatan diri

    Memelihara dan menyayangi kehormatan diri melalui

    Penjagaan organ seksual

    Cara berpakaian

    Sikap dan tutur kata

    Kesedaran dan tanggung jawab menjaga tubuh badan

    18

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    19/44

    2.Perasaan

    a. Memahami nilai

    Tolong-menolong

    Bekerjasama

    Toleransi

    Hormat- menghormati

    3. Kekeluargaan

    a. Keluarga sendiri

    b. Salasilah keluarga

    c. Kepentingan hubungan kekeluargaan

    Tu njang Pembelajaran 2 : Gaya Hidup Sihat

    1. Pemakanan

    a. Merancang waktu makan harian:

    Sarapan

    Minum pagi

    Makan tengah hari

    Minum petang

    Makan malam

    Minum malam

    b. Memilih jenis makanan

    Sarapan

    Makan tengah hari

    Makan malam

    2. Penyalahgunaan bahan

    a. Rokok dan alkohol

    Kesan merokok

    19

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    20/44

    Ketagih

    Nafas berbau

    Kanser paru- paru

    Kesan alkohol Mabuk

    Ketagihan

    Penyakit hati

    b. Pengambilan dadah

    Kesan

    Ketagihan

    Kerosakan saraf

    Membawa maut

    Pencegahan

    Tunjang Pembelajaran 3 : Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran

    1. Keselamatan

    a. Keselamatan diri

    Berhati- hati dengan orang tidak dikenali - Tidak menerima

    pelawaan & pemberian

    i. Makanan

    ii. Duit

    iii. Menaiki kenderaan

    Tidak berada di tempat sunyi seorang diri

    Hubungi guru atau penjaga jika mensyaki seseorang atau

    menghadapi masalah.

    b.Keselamatan di rumah,sekolah dan tempat permainan

    Kawasan atau tempat berbahaya seperti

    Lombong

    20

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    21/44

    Air pasang dan hujan

    Di bawah talian elektrik

    Kawasan pertanian

    Bengkel

    Kawasan binaan

    Alatan berbahaya

    Alatan yang patah

    Alatan yang berkarat

    Penggunaan alatan yang salah

    c. Kemalangan di tempat kerja

    Di kawasan pertanian

    Di bengkel

    Di kawasan binaan

    d. Alatan keselamatan

    Alat pelindung muka

    Alat pelindung badan

    Jaket keselamatan

    Topi keselamatan

    Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4

    Objektif

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tahun 4, murid dapat :

    1. Memahami maksud kecergasan fizikal berkaitan dengan daya tahan

    kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan, ketangkasan, daya tahan otot,

    kekuatan, dan masa tindak balas.

    2. Melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan keupayaan kecergasan secara

    menyeluruh.

    21

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    22/44

    3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik irama,

    dan gimnastik artistik dengan betul dan selamat.

    4. Menyatakan peralatan dan fungsinya dalam kraf perkhemahan.

    5. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang

    menggembirakan.

    Tunjang Pembelajaran

    1. Kecergasan Fizikal

    2. Kemahiran

    3. Kesukanan

    Pecahan Konten : Kecergasan fizikal

    1. Daya Tahan Kardiovaskular

    2. Kelenturan

    3. Koordinasi

    4. Imbangan

    5. Ketangkasan

    6. Daya Tahan Otot

    7. Kekuatan

    8. Masa Tindak Balas

    Murid-murid tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3), hanya diberi penekanan terhadap 5 komponen

    kecergasan utama iaitu Daya Tahan Kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan,

    dan ketangkasan. Bermula pada murid tahun 4, tiga lagi komponen kecergasan yang

    diterapkan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani iaitu Daya Tahan Otot, kekuatan dan

    masa tindak balas. Penerapan 8 jenis kecergasan dalam setiap murid di sekolah, akan

    melahirkan murid yang cergas dan mempunyai daya tahan serta kekuatan fizikal yang

    tinggi. Penerapan semua jenis kecergasan di peringkat awal akan membentuk tanggapan

    yang positif dalam kalangan murid terhadap pentingnya aktiviti fizikal.

    Walaubagaimanapun, aktiviti yang dijalankan mestilah mengambil kira tahap

    kemampuan dan kesihatan para murid.

    22

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    23/44

    Pecahan Konten : Kemahiran

    1. Permainan

    i. Hoki

    ii. Bola Sepak

    iii. Bola Jaring

    iv. Bola Baling

    2. Olahraga

    i. Balapan

    ii. Padang

    3. Pendidikan Pergerakan

    i. Gimnastik Irama

    ii. Gimnastik Artistik

    4. Rekreasi dan kesenggangan

    i. Rekreasi

    ii. Kesenggangan

    Dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4, murid-murid akan didedahkan kepada

    4 jenis sukan. Dalam mempelajari keempat-empat jenis sukan, murid akan dilatih atau

    diajar dengan beberapa jenis kemahiran asas dalam setiap permainan. Dalam permainan

    hoki bagi murid tahun 4, akan diajar kemahiran memukul, menolak dan menahan,

    menggelecek, flik atau kuis, serta menjaga gol. Dalam permainan bola sepak pula, mruid

    akan diajar kemahiran seperti kemahiran menendang, menyerkap, mengelecek,

    menanduk, menjaga gol, dan melontar ke dalam. Murid juga akan diajar kemahiran asas

    dalam permainan bola jaring seperti kemahiran menghantar dan menerima bola,

    menjaring, gerak kaki, mengelak dan mengacah serta kemahiran mengawal. Manakala

    dalam permainan bola baling pula,murid akan diajar beberapa agi kemahiran asas

    permainan iaitu kemahiran menghantar bola, menerima bola dari depan, mengelecek dan

    menjaring.

    Dalam olahraga pula, pelajar dapat mempelajari 1 jenis acara balapan dan 1 jenis

    acara padang. Dalam acara balapan, murid akan diajar kemahiran asan larian. Manakala

    23

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    24/44

    dalam acara padang pula pelajar akan diajar kemahiran lompat jauh. Dalam kedua-dua

    acara ini, pelajar akan diajar ansur maju yang terlibat dalam kedua-dua jenis sukan ini.

    Pendidikan pergerakan pula akan diajar tentang gimnastik irama. Gimnastik irama

    bermasud pergerakan yang dilakukan segerak dengan ritma untuk menghasilkan

    pergerakan tubuh badan yang berkoordinasi serta estetik.Tema Pergerakan adalah

    imbangan, melentik, meringkuk dan melunjur. Gimnastik artistik pula menekankan tiga

    aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombol. Teknik dan gaya pelaksanaan

    sesuatu kemahiran pergerakan adalah khusus kepada pendaratan dan pergerakan statik.

    Dalam rekreasi dan kesenggangan pula, pelajar akan diajar tentang rekreasi iaitu

    cara mendirikan khemah, susun atur kraf perkhemahan dan keselamatan di kawasan

    perkhemahan.

    Melalui permainan-permainan ini, murid dapat mengaplikasikan kemahiran-

    kemahiran yang telah mereka pelajari sejak dari tahun 1 lagi. Selain itu, murid juga boleh

    meningkatkan tahap keceegasan mereka melalui permainan-permaian ini.

    Pecahan Konten : Kesukanan

    1. Keselamatan

    Keselamatan dalam sukanbermaksud suatu keadaan yangmembolehkan kita melibatkan

    diri dalam sukan dan permainan tanpa menimbulkan implikasi buruk. Antara aspek

    keselamatan yang ditekankan adalah alatan, padang dan dewan. Contoh alatan adalah

    tiang gol, tiang sepak takraw, tiang bola tampar, tiang badminton, permukaan

    gelanggang, papan anjal, peti lombol dan tilam.

    2. Pengurusan

    Pengurusan diri dari segi amalan pemakanan untuk tenaga, pengambilan air semasa

    latihan dan bersukan. Pengurusan alatan sukan dan permainan seperti penjagaan alatan

    sukan dan permainan

    Strategi Pengajaran

    Guru boleh merujuk cadangan yang telah diberikan bagi mencapai hasil

    pembelajaran. Guru juga boleh mencadangkan aktiviti pembelajaran lain mengikut

    24

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    25/44

    kebolehan murid. Dalam kaedah yang dicadangan dalam huraian sukatan pelajaran,

    aktiviti yang dilakukan adalah secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Muridr

    juga menjalankan aktiviti seperti menyatakan atau menamakan otot yang terlibat,

    melebel, melakar, dan mewarna komponen fizikal yang terlibat. Murid juga banyak

    didedahkan kepada alatan-alatan dalam sukan dan permainan. Guru juga sentiasa

    menekankan aspek keselamatan semasa melaksanakan aktiviti. Dalam strategi

    pengajaran, murud bukan sahaja didedahkan tentang aktiviti fizikal malah turut ditingkat

    tahap kognitif setiap pelajar.

    Implikasi Perlaksanaan

    Murid dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal masing-masing.

    Meningkatkan kecekapan komponen kecergasan semasa melakukan aktiviti

    fizikal.

    Memupuk minat terhadap aktiviti sukan dan rekreasi di sekolah.

    Meningkat perpaduan dalam kalangan mruid berlainan bangsa dan agama.

    Murid dapat mempelajari seberapa banyak sukan semasa berada di sekolah.

    Mengeratkan hubungan antara guru dengan murid.

    Dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah.

    PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4

    Tunjang Pembelajaran 1 : Kesihatan Diri Dan Keluarga

    1.Kesihatan Diri.

    a.Pengenalan sistem pembiakan manusia:

    Lelaki

    Perempuan

    b. Seksualiti:

    Akil baligh

    25

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    26/44

    Perubahan fizikal

    c.Pengurusan kesihatan diri

    Amalan asas kesihatan:

    Penjagaan kebersihan diri khasnya organ seksual

    Pemeriksaan kesihatan

    Alatan keperluan diri:

    Tuala wanita

    Pakaian dalam

    Sabun dan bedak

    Shampoo

    d. Mengetahui sistem pencernaan: Bahagian-bahagian sistem pencernaan

    Fungsi sistem pencernaan

    2.Perasaan

    a. Memahami perasaan

    Mengenal pasti pelbagai perasaan

    Kesyukuran di atas sesuatu kejayaan.

    Kekecewaan apabila kegagalan

    Tersinggung di atas perbuatan orang lain.

    Mengawal perasaan negatif melalui

    Perbincangan

    Kaunseling

    Beriadah

    3.Kekeluargaan

    a. Peranan keluarga

    Hubungan kekeluargaan

    Kemesraan

    Hormat menghormati

    26

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    27/44

    Saling ambil berat dan perhatian

    Penghargaan

    Menangani gejala sosial

    Mengawasi aktiviti anak

    Memilih rakan

    Tunjang Pembelajaran 2 : Gaya Hidup Sihat

    1. Pemakanan

    a. Piramid makanan

    Karbohidrat

    Contoh makanan: nasi, roti, bijirin

    Pengambilan : lebih banyak

    Vitamin

    Contoh makanan: buahbuahan, sayur-sayuran.

    Pengambilan : banyak

    Protein

    Contoh makanan: ikan, daging, susu

    Pengambilan : Sederhana

    Lemak

    Contoh makanan: kek, keju, minyak

    Pengambilan : Sedikit

    2.Penyalahgunaan bahan

    a. Ubat dan racun

    Definisi

    b.Pengambilan dadah

    Keburukan:

    Diri

    Keluarga

    27

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    28/44

    Masyarakat

    Tunjang Pembelajaran 3 : Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran

    1.Keselamatan

    a. Keselamatan di jalan raya:

    Tanda keselamatan jalan raya

    Mematuhi peraturan-peraturan jalanraya.

    b. Keselamatan di air:

    Pengangkutan di air

    Banjir

    c.Keselamatan api:

    Punca kebakaran

    Cara mencegah

    2.Penyakit

    a.Penyakit berjangkit

    Jenis-jenis penyakit:

    Selesema

    Demam

    Taun

    Cacing

    Panau

    Kurap

    Batuk

    Cara merebak:

    Melalui udara

    Gigitan serangga

    Bawaan air

    Makanan

    28

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    29/44

    Sentuhan

    Cara mencegah:

    Guna pelindung hidungmembasmi haiwan pembawa

    penyakit

    Menjaga kebersihan makanan

    Pakai kasut

    3.Pertolongan Cemas

    a.Pertolongan cemas:

    Definisi pertolongan cemas.

    Maksud kecederaan ringan.

    b.Kecederaan ringan

    Jenis kecederaan ringan:

    Luka kecil

    Calar

    Lebam

    Terseliuh

    c.Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)

    Peringkat sekolah:

    Perkhimatan Pergigian Sekolah

    Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

    Persatuan Bulan Sabit Merah

    St. Johns Ambulance

    Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5

    Objektif

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tahun 5, murid dapat :

    29

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    30/44

    1. Mengetahui maksud kecergasan fizikal berkaitan dengan daya tahan

    kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan, ketangkasan, daya tahan otot,

    kekuatan, masa tindak balas, kelajuan, dan kuasa.

    2. Melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan keupayaan kecergasan secara

    menyeluruh.

    3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik irama,

    dan gimnastik artistik dengan betul dan selamat.

    4. Memahami dan mengamalkan sikap positif dalam bidang sukan yang diceburi.

    5. Mematuhi arahan serta peraturan semasa beraktiviti bagi menjaga keselamatan.

    6. Mengetahui dan memahami keburukan dadah dalam sukan.

    7. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang

    menggembirakan.

    .

    Tunjang Pembelajaran

    1. Kecergasan

    2. Kemahiran

    3. Kesukanan

    Pecahan Konten : Kecergasan Fizikal

    1. Daya Tahan Kardiovaskular

    2. Kelenturan

    3. Imbangan

    4. Ketangkasan

    5. Daya Tahan Otot

    6. Kekuatan

    7. Masa Tindak Balas

    8. Kelajuan

    9. Kuasa

    10. Konsep Kecergasan Fizikal dan Kesihatan Menyeluruh

    30

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    31/44

    Pecahan Konten : Kemahiran

    1. Permainan

    i. Sofbol

    ii. Badminton

    iii. Ragbi Sentuh

    2. Olahraga

    i. Padang (lompat tinggi)

    3. Pendidikan Pergerakan

    i. Gimnastik Irama

    ii. Gimnastik Artistik

    3. Rekreasi

    Pecahan Konten : Kesukanan

    1. Keselamatan semasa beraktiviti

    2. Pengurusan

    3. Isu-isu Pendidikan Jasmani dan Sukan

    4. Etika dalam sukan.

    Strategi Pengajaran

    Guru boleh merujuk cadangan yang diberi bagi mencapai hasil pembelajaran.

    Guru juga boleh mencadangkan aktiviti pembelajaran lain mengikut kebolehan

    murid (mengikut aras-aras kognitif, afektik dan psikomotor murid)

    Melakukan aktiviti secara individu dan berkumpulan.

    Menggunakan kaedah perbincangan antara murid dengan guru mengenai aspek-

    aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan aktiviti aktiviti

    yang dilakukan.

    Menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar. contohnya,

    meminta pendapat murid dalam seseuatu aktiviti yang dilakukan.

    Mendedahkan murid dengan kerja kursus secara individu iaitu seperti

    menyediakan folia yang berkaitan dengan permainan dan konsep asas kecergasan.

    31

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    32/44

    Mengutamakan penglibatan murid dalm sesi pengajaran dan pembelajaran.

    contohnya, murid diminta menyatakan semula, melebel, murid menunjukkan

    pergerakan yang telah diajar dan sebagainya.

    Implikasi Perlaksanaan

    Implikasi yang positif yang dapat diperolehi sepanjang aktiviti dilaksanakan. Misalnya,

    Murid akan menjadi lebih kreatif dalam melakukan sesuatu aktiviti.

    Melahirkan pelajar yang beretika semasa melakukan aktiviti sukan

    Murid dapat melakukan dan mempelajari kemahiran asas setiap permainan yang

    diajar dengan betul dan selamat.

    Menerapkan sikap suka bersukan dalam diri setiap murid.

    Murid juga dapat memperbaiki kelemahan rakannya yang lain semasa melakukan

    aktitivi sekiranya mengetahui teknik yang betul serta undang-undang permainan.

    Murid akan dapat menyatakan pendapat masing-masing seperti menyatakan

    perasaan semasa melakukan sesuatu aktiviti aktiviti.

    Murid dapat menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam

    melakukan aktiviti yang melibatkan semua tunjang pembelajaran.

    Murid dapat mempelajari anggota badan yang terlibat semasa melakukan sesuatu

    aktiviti.

    Murid bukan sahaja mampu bermain tetapi mengetahui serba sedikit tentang

    undang-undang permainan.

    Dapat memupuk sikap yakin, percaya bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

    Murid juga akan memperolehi pengetahuan yang berguna mengenai pemakanan

    seharian, pemakanan dalam sukan (semasa dan selepas latihan).

    Murid akan lebih memahami cara yang betul untuk menggunakan alatan dan cara

    untuk menguruskan alatan tersebut.

    Mengetahui bahaya dadah dan kesannya dalam terhadap diri sendiri dan dalam

    kehidupan seharian.

    PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

    32

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    33/44

    Tunjang Pembelajaran 1 : Kesihatan Diri Dan Keluarga

    1.Kesihatan Diri

    a. Seksualiti:

    Akil baligh:

    Haid

    Ihtilam

    b.Penyakit tidak berjangkit:

    Jenis penyakit tidak berjangkit

    Karies gigi

    Penyakit jantung

    Diabetes

    Asma

    Penyakit buah pinggang

    Cara mencegah:

    Bersenam

    Makan makanan yang seimbang

    Gaya hidup sihat

    Bersukan

    2.Perasaan

    a.Memahami perasaan sendiri mengikut situasi dan cara mengatasinya:

    Setelah membantu keluarga

    Apabila menempuhi kegagalan

    Kehilangan orang yang disayangi

    Apabila menghadapi kesusahan

    Tidak diterima oleh rakan sebaya

    3.Kekeluargaan

    33

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    34/44

    a. Keremajaan

    Perubahan fizikal:

    Ketinggian

    Suara

    Paras rupa

    Perubahan perasaan:

    Mencari identiti diri

    Mementingkan rakan

    Sentiasa bimbang paras muka

    Emosi tidak stabil

    Peranan remaja:

    Menyertai aktiviti keluarga

    Menyertai aktiviti masyarakat

    Mematuhi norma masyarakat

    Tunjang Pembelajaran 2 : Gaya Hidup Sihat

    1.Pemakanan

    a.Amalan pemakanan yang sihat:

    Jenis makanan

    Makanan seimbang

    Pilihan makanan

    2.Penyalahgunaan bahan

    a. Kemahiran menyatakan TIDAK kepada

    Rokok

    Alkohol

    Dadah

    Bahan hidu

    34

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    35/44

    Tunjang Pembelajaran 3 : Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran

    1.Keselamatan

    a. Keselamatan di rumah, sekolah dan tempat permainan

    Bahaya

    Langkah keselamatan

    b. Keselamatan di jalan raya

    Tanda keselamatan

    Peraturan

    c.Keselamatan api

    Punca kebakaran

    Cara mencegah

    d. Keselamatan di air

    Kawasan berair

    Banjir

    Langkah keselamatan

    2.Penyakit berjangkit

    a.Jenis penyakit berjangkit dan agen pembawa penyakit berjangkit:

    Kepialu

    Campak

    Rubella

    Cacar

    Beguk

    b. Cara merebak

    Udara

    Air

    Sentuhan

    Agen pembawa

    c. Cara mencegah

    35

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    36/44

    Imunisasi

    Menjaga kebersihan makanan

    Asingkan pesakit

    Jaga kebersihan alat kebersihan diri&pakaian

    3.Pertolongan cemas

    a. Bantuan awal kecederaan ringan:

    Luka kecil

    Patah

    Terseliuh

    Lebam

    Melecur

    b.Perkhidmatan kesihatan dan keselamatan:

    Pusat Kesihatan Kecil

    Hospital

    Polis

    Bomba dan penyelamat

    36

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    37/44

    Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 6

    Objektif

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tahun 6, murid dapat :

    1. Mengetahui maksud kecergasan fizikal berkaitan dengan daya tahan

    kardiovaskular, kelenturan, imbangan, ketangkasan, daya tahan otot, kekuatan

    otot, masa tindak balas, kelajuan, kuasa, dan komposisi badan.

    2. Memahami maksud kecergasan fizikal dan kesihatan menyeluruh.

    3. Melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan keupayaan kecergasan.

    4. Mengaplikasi kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik irama, dan

    gimnastik artistik dengan betul dan selamat.5. Memahami dan mematuhi peraturan keselamatan semasa beraktiviti bagi menjaga

    keselamatan.

    6. Mengetahui kemudahan tempat yang sesuai untuk beraktiviti.

    7. Mengenali bentuk-bentuk rasuah dan perjudian dalam sukan dan permainan.

    8. Mengetahui dan mengamalkan undang-undang dan peraturan dalam sukan dan

    permainan.

    9. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang

    menggembirakan.

    Tunjang Pembelajaran

    1. Kecergasan

    2. Kemahiran

    3. Kesukanan

    Pecahan Konten : Kecergasan Fizikal

    1. Daya Tahan Kardiovaskular

    2. Kelenturan

    3. Imbangan

    4. Ketangkasan

    37

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    38/44

    5. Daya Tahan Otot

    6. Kekuatan

    7. Masa Tindak Balas

    8. Kelajuan

    9. Kuasa

    10. Komposisi Badan

    11. Konsep Kecergasan Fizikal dan Kesihatan Menyeluruh

    Dalam pecahan konten kecergasan fizikal ini, Hal ini dibahagikan kepada 11 tajuk yang

    utama yang melibatkan kompenen kecergasan, pembelajaran motor (masa tindak balas)

    dan konsep kecergasan fizikal dan kesihatan menyeluruh. Setiap tajuk telah dicadangkan

    beberapa aktiviti yang sesuai dengan jenis kompenen kecergasan dan juga tahap

    kemapuan pelajar. Jenis-jenis latihan adalah tidak jauh berbeza dengan pelajar dari tahun

    1 hingga tahun 5, Cuma intensiti latihan atau aktiviti adalah tinggi berbanding pelajar-

    pelajar tahun 1 hingga tahun 5 Selain itu, semasa menjalankan aktiviti aspek keselamatan

    turut diutamakan. Ia penting untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

    Berdasarkan huraian sukatan pelajaran ini, nyatalah bahawa kesihatan dan kecergasan

    fizikal amat diutamakan.

    Pecahan Konten : Kemahiran

    1. Permainan

    i. Bola keranjang

    ii. Bola Tampar

    iii. Sepak Takraw

    2. Olahraga

    i. Padang (lontar peluru)

    ii. Balapan (lari berpagar)

    3. Pendidikan Pergerakan

    i. Gimnastik Irama

    ii. Gimnastik Artistik

    38

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    39/44

    Dalam pecahan konten yang melibatkan kemahiran, murid darjah 6 akan diajar tentang 3

    lagi jenis permainan yang baru iaitu bola keranjang, bola tampar, dan sepak takraw.

    Mempelajari kemahiran ini, murid masih lagi didedahkan dengan beberapa kemahiran

    asas dalam setiap permainan. Bagi permaian bola keranjang, murid akan diajar kemahiran

    asas seperti melantun, menghantar, menerima, menggelecek, menghadang dan menjaring.

    Dalam permainan bola tampar pula, murid tahun 6 akan didedahkan dengan 5 kemahiran

    asas bola tampar iaitu menyangga, mengumpan, merejam, menghadang dan servis.

    Manakala bagi permainan sepak takraw pelajar akan diajar dengan kemahiran mengawal,

    menghantar, mengumpan, merejam dan sepak mula. Mempelajari kemahiran asas adalah

    penting bagi setiapmurid. Walaupun terdapat muridr yang tidak begitu cemerlang dalam

    kecerdasan kinestetik tetapi sekurang-kurangnya mereka mampu mempelajari atau

    melakukan beberapa kemahiran asas bagi setiap permainan.

    Begitu juga dalam acara padang dan balapan, murid dapat mempelajari teknik-

    teknik dan ansur maju yang betul dalam acara lontar peluru dan lari berpagar. Dalam

    pendidikan pergerakan iaitu gimnastik irama dan artistik, murid akan diajar beberapa

    jenis pergerakan baru yang sesuai dengan murid-murid tahun 6.

    Pecahan Konten : Kesukanan

    1. Keselamatan

    2. Pengurusan

    3. Isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

    4. Etika dalam sukan

    Strategi Pengajaran

    Kaedah pengajaran yang digunakan adalah banyak tertumpu kepada kaedah

    Pembelajaran Mastery ( Mastery Learning ). Pembelajaran mastery adalah adalah satu

    kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif yang mendorongkan murid sampai kepada

    satu tahap penguasaan unit-unit pengajaran tertentu sebelum mereka dibenarkan maju

    atau meneruskan pembelajaran seterusnya. Kaedah ini amat sesuai digunakan kerana

    tahap penguasaan sesuatu bahan yang diajar adalah berbeza antara seseorang murid

    dengan murid lain.

    39

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    40/44

    Implikasi Perlaksanaan

    Banyak implikasi yang positif yang akan diperolehi sekiranya pengajaran dan

    pembelajaran (P&P)dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan berkesan. Antara

    implikasinya ialah :

    Dapat melahirkan murid yang cerdas dan cergas dari segi kognitif, afektif dan

    psikomotornya.

    Dapat melahirkan atlit yang cemerlang pada masa hadapan, bukan sahaja

    mengetahui teknk-teknik dalam permainan tetapi turut mengetahui pemakanan

    dalam sukan, undang-undang permainan dan etika semasa bersukan.

    Murid akan terdorong untuk mempelajari mata pelajaran pendidikan jasmani

    kerana aktiviti yang dipelajari oleh mereka tidak membosankan dan mudah untuk

    dipelajari kerana mempunyai kesinambungan daripada tahun-tahun sebelumnya.

    Murid dapat mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam

    kehidupan seharian.

    Murid akan lebih berpengetahuan luas kerana didedahkan dengan isu-isu semasa

    dan dapat menerokah ilmu pengetahuan melalui internet.

    40

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    41/44

    PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6

    Tunjang Pembelajaran 1 : Kesihatan Diri Dan Keluarga

    1. Kesihatan Diri

    a. Seksualiti

    Perubahan fizikal yang dialami oleh remaja:

    Saiz otot

    Pertumbuhan bulu

    Pertumbuhan payu dara

    Paras rupa&Suara

    Menjaga kebersihan diri dan kesihatan tubuh badan.

    2.Kekeluargaan

    a.Keremajaan

    Masalah yang dihadapi di awal remaja

    Konflik dalam keluarga

    Perubahan emosi

    Perasaan ingin mencuba

    Mudah terpengaruh

    Ingin bertindak seperti orang dewasa

    Tunjang Pembelajaran 2 : Gaya Hidup Sihat

    1.Pemakanan

    a. Label kandungan

    Jenama makanan

    Isipadu (bilangan/berat bersih)

    Arahan penyimpanan

    Senarai ramuan

    Nama dan alamat pengilang

    41

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    42/44

    Komposisi khasiat makanan

    Pengawet dan pewarna -

    Tarikh sah digunakan

    Tanda halal' Jabatan -

    Kemajuan Islam Malaysia

    2.Pengurusan konflik dan stres

    a.Penghargaan kendiri

    Definisi penghargaan kendiri

    Cara meningkatkan penghargaan kendiri

    b. Konflik dan stres

    Definisi konflik dan stres

    Punca konflik dan stres

    Cara mengatasi konflik dan stres

    3. Penyalahgunaan bahan

    a.Pengambilan dadah

    Akibat

    Undang-undang dadah di Malaysia

    Tunjang Pembelajaran 3 : Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran

    1.Keselamatan

    a.Keracunan makanan

    Makanan tercemar

    Makanan yang luput tarikh

    Makanan bertin yang kemek

    42

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    43/44

    2.Penyakit berjangkit

    a.Jenis, tanda dan simptom penyakit:

    Penyakit bawaan air

    Penyakit bawaan vektor

    Hepatitis

    HIV/AIDS

    b.Peranan murid:

    Sekolah bebas denggi

    PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja)

    c. Kempen kebersihan danPROSTAR

    Taun

    Denggi

    AIDS

    3.Pertolongan cemas

    a. Alatan

    Peti pertolongan cemas yang lengkap

    b.Bantuan awal

    Kecederaan ringan

    c.Perkhidmatan kesihatan

    Hospital daerah/negeri

    Perkhidmatan doktor pakar

    Klinik swasta

    43

  • 7/29/2019 58403029-KBSR

    44/44