document5

15
5.0 Rancangan Pengajaran Harian 2 Nama : Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi No. KP : 900928-08-6520 Kelas : 2 Aminudin Baki Tarikh : 27 Ogos 2013 Hari : Selasa Masa : 8.30 – 9.30 pagi Mata Pelajaran : Pemulihan Bahasa Melayu Penggabungjalinan mata pelajaran : Pendidikan Muzik Penyerapan Nilai : Kerjasama, ketekunan, kepatuhan, rajin Unsur-unsur Terapi : Terapi pertuturan, terapi motor kasar dan motor halus KBKK : Meneliti sebahagian atau keseluruhan dan membuat keputusan Nama Murid 1. Wan Ali bin Wan Ahmad 2. Izwanuddin bin Salleh

Upload: gkalai-arasi

Post on 11-Feb-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

Page 1: Document5

5.0 Rancangan Pengajaran Harian 2

Nama : Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi

No. KP : 900928-08-6520

Kelas : 2 Aminudin Baki Tarikh : 27 Ogos 2013

Hari : Selasa Masa : 8.30 – 9.30 pagi

Mata Pelajaran : Pemulihan Bahasa Melayu

Penggabungjalinan mata pelajaran : Pendidikan Muzik

Penyerapan Nilai : Kerjasama, ketekunan, kepatuhan, rajin

Unsur-unsur Terapi : Terapi pertuturan, terapi motor kasar dan

motor halus

KBKK : Meneliti sebahagian atau keseluruhan dan

membuat keputusan

Nama Murid 1. Wan Ali bin Wan Ahmad

2. Izwanuddin bin Salleh

3. Siti Balqis bt Zukhairi

Tajuk 32. Bacaan dan Pemahaman

Kemahiran 32.1 Membaca ayat-ayat yang disediakan.

32.2 Membaca petikan mudah.

32.3 Menyusun ayat supaya betul susunan mengikut urutan.

BBM Buku Rangsangan, Petikan Skrip Drama ‘Arnab Yang Baik Budi’, Papan

Putih, Komputer Riba, Lembaran Kerja, Kustom dan Topeng Haiwan

Pengetahuan Murid telah mengusai kemahiran membaca dan membina ayat mudah.

Page 2: Document5

Sedia Ada

Hasil P&P :

Pada akhir

p&p murid

dapat :

1. Murid membaca sekurang-kurangnya 4 daripada 5 ayat mudah

dengan betul.

2. Murid menyusun sekurang-kurangnya 4 daripada 5 ayat mudah

supaya betul susunan mengikut turutan dengan betul.

Set Induksi

(±5 minit)

Aktiviti Kesediaan Murid

1. Guru menyembunyikan topeng arnab dan kura-kura di dalam bilik

darjah.

2. Murid diminta mencari kedua-dua topeng yang disembunyikan

berdasarkan petunjuk yang diberi.

3. Murid diminta menyatakan topeng haiwan yang mereka jumpai.

4. Murid diminta mengeja perkataan-perkataan haiwan yang mereka

nyatakan.

5. Murid diminta menulis nama haiwan pada papan putih.

Langkah 1

(±20 minit)

Pengajaran dan Pembelajaran

1. Guru menyediakan skrip drama ‘Arnab Yang Baik Budi’ pada murid.

2. Guru mengedarkan skrip tersebut pada murid.

3. Murid ditayangkan dengan video klip drama ‘Arnab Yang baik Budi’.

4. Murid diminta melihat video klip tersebut dengan teliti.

5. Guru meminta murid menceritakan kembali drama tersebut.

6. Murid diminta membaca kuat skrip drama ‘Arnab Yang Baik Budi’

yang diedarkan.

7. Murid diminta membuat contoh ayat mudah berdasarkan drama

“Arnab Yang Baik Budi’.

8. Murid yang berjaya memberikan ayat mudah yang betul akan diberi

Page 3: Document5

token.

Langkah 2

(±15 minit)

Latihan

1. Guru menyediakan lembaran kerja pada murid.

2. Murid diedarkan dengan lembaran kerja.

3. Murid diminta menyusun kembali perkataan-perkataan supaya

menjadi ayat mudah yang betul.

4. Murid yang berjaya melengkapkan lembaran kerja dengan betul

akan diberi token.

Langkah 3

(±15 minit)

Pengukuhan

1. Guru meminta murid melakonkan kembali drama ‘Arnab Yang Baik

Budi’ menggunakan skrip yang diedarkan seperti yang ditunjukkan

dalam video klip.

2. Murid disediakan dengan kustom dan topeng haiwan.

3. Murid yang berjaya menonjolkan sikap kerjasama yang baik akan

diberi token.

Penutup

(±5 minit)

1. Murid diminta menceritakan kembali drama ‘Arnab Yang Baik Budi’

dengan menggunakan ayat mudah.

2. Murid yang berjaya menceritakan dengan menggunakan ayat

mudah yang betul diberi token.

3. Guru meminta murid menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat

pada drama ‘ Arnab Yang Baik Budi’.

4. Murid yang berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang diberikan

pujian manakala murid yang kurang menonjol diberikan kata-kata

rangsangan.

Page 4: Document5

Masa :

1. Senja

1. 4.   PERWATAKAN Suria: 1. Sombong 2. Degil 3. Angkuh 4. Bangga diri 5. Mementingkan diri 6. Berambut panjang lurus 7. Cantik 8. Kaya 9. Berkulit kuning langsat 10.Tuan kepada Melur

2. Melur: 1. Lemah lembut 2. Penyanyang 3. Baik hati 4. Sabar 5. Bertanggungjawab

3. Arnab: 1. Berbulu putih 2. Manja 3. Jinak

4. Pokok 1 dan Pokok 2 : 1. Besar 2. Tinggi 3. Akar yang melingkar panjang

5. Bunga 1 dan Bunga 2 : 1. Berwarna-warni 2. Wangi 3. Mempunyai banyak kelopak

6. .   Nenek Tua : 1. Bongkok 2. Muka berkedut 3. Rambut berwarna putih 4. Bertongkat 5. Seorang yang banyak ilmu

Katak 1 dan Katak 2 1. Riang 2. Suka bernyanyi 3. Bersifat dendam•

7.

Page 5: Document5

SINOPSISSuria seorang anak bangsawan dan mempunyai orang suruhan bernama Melur. Walaupun mereka sebaya, tetapi sikap mereka jauh berbeza. Suria seorang yang sombong dan degil manakala Melur pula seorang yang baik hati dan penyanyang. Pada suatu hari, Suria dan Melur masuk ke dalam hutan untuk memetik bunga. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang perjalanan mereka. Peristiwa yang dialaminya menjadikan Suria berubah daripada seorang yang sombong kepada seorang yang baik hati.

Latar :-

• Tempat :

1. Di dalam hutan 2. Di tepi sebatang

sungai

Masyarakat :

1. Flora dan fauna

2. Golongan

bangsawan dan

golongan bawahan

Page 6: Document5

Tema : Penyesalan

Persoalan : Keangkuhan membawa kerugian.

Perbuatan baik, akan dibalas baik dan

perbuatan jahat dibalas jahat.

Plot : 1. Permulaan -Suria dan Melur masuk ke dalaam hutan

untuk memetik bunga.

2. Klimaks -Bermimpi berjumpa dengan bunga dan pokok gergasi serta nenek tua.

2. Peleraian -Suria menyesali perbuatannya sebelum ini. Meminta maaf dengan Melur dan arnab. Mereka bertemu jalan keluar.

WATAK• Suria

• Melur

• Arnab

• Pokok 1

• Pokok2

• Bunga 1

• Bunga 2

• Nenek tua

• Katak 1

• Katak 2

• Mak Cik Timah2. Suria:

1. Sombong 2. Degil

3. Angkuh 4. Bangga

5. Mementingkan diri

6. Berambut panjang lurus

7. Cantik 8. Kaya

9. Berkulit kuning langsat 10.Tuan kepada Melur

1. Melur:

1. Lemah lembut

2. Penyanyang 3. Baik hati 4. Sabar 5. Bertanggungjawab

6. Berambut panjang bertocang

dua

7. Berhidung mancung

8. Selekeh 9. Miskin

10.Orang suruhan Suria.

Arnab:

1. Berbulu putih

2. Manja

3. Jinak

Pokok 1 dan Pokok 2 : 1. Besar

2. Tinggi

3. Akar yang

melingkar panjang

Katak 1 dan Katak 2

1. Riang

2. Suka bernyanyi

3. Bersifat dendam

Page 7: Document5

DIALOG

Sedang Melur berkemas-kemas……

Mak Cik Timah : Apa yang kau nak buat dengan bakul tu melur? Kau nak ke

mana tu? Kan dah lewat petang ni.

Melur : (Terdiam seketika dan memandang Mak Cik Timah ). Errrr…..

(Teragak-agak)

Mak Cik Timah : (Berkerut kebingungan)

Arnab:

1. Berbulu putih

2. Manja

3. Jinak

Pokok 1 dan Pokok 2 : 1. Besar

2. Tinggi

3. Akar yang

melingkar panjang

Page 8: Document5

Suria : (Bercekak pinggang) Hei Melur, cepat cikit!! Apa yang kau

terhegeh- hegeh lagi tu? Lembap macam siput la kau ni.

Melur : (Sambil memegang bakul dan berlari ke arah Suria)

Melur : Ye Cik, saya datang ni.

Suria : (Mengerling ke arah Melur dan terus berjalan).

Melur dan Suria berjalan-jalan masuk ke dalam hutan. Hari beransur senja.

Melur : Wah, cantiknya bunga kat sini kan Cik! (sambil tersenyum)

Suria : (Memetik sekuntum bunga lalu menghalakannya ke arah muka

Melur) Ini kau kata cantik? (Melemparkan bunga itu ke arah Melur)

Bunga ni hanya layak untuk orang macam kau je, bukan aku.

(Memijak bunga yang dilemparnya tadi). Kita ni, bagaikan langit

dengan bumi.

Suria terus memetik bunga sambil merungut hal tadi. Sambil berjalan, Suria memijak bunga-bunga yang terdapat di sepanjang jalan.

Melur : (Sambil memerhati Suria) Cik, janganlah buat macam tu. Kasihan

bunga bunga itu.

Suria : (Mendengus kasar) Diamlah kau, menyibuk je. Daripada kau

bercakap, baik kau pegang bakul tu elok-elok.

Semasa mereka meneruskan perjalanan, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu yang mengerang kesakitan di sebalik semak.

Melur : Cik, cik ada terdengar bunyi suara tak?

Arnab : Erghh….. sakit……. Sakit…..Tolong aku.

Melur : (Mencari-cari lalu terpandang arnab dan terus menuju ke arah arnab

tersebut).

Suria : Hei, kau nak ke mana tu? (Sambik bercekak pinggang).

Melur : (Memberhentikan langkah dan terus berpaling ke arah Suria). Arnab

Page 9: Document5

tu sakit Cik. Marilah kita tolong dia.

Suria : (Dengan pandangan sinis, sambil mengerling ke arah arnab itu). Kau

nak tolong ke? Dah la kotor, busuk pula tu. (Sambil menutup hidung).

Melur : (Dengan nada sedih). Kasihan di Cik, dia pun makhluk Allah jugak

macam kita.

Suria : Kalau kau nak, kau jela yang tolong. (Mendengus kasar)

Melur :(Merawat arnab tersebut dan membawanya bersama.)

Setelah jauh berjalan…….

Suria : Eh, kita kat mana ni Melur? (dalam keadaan cemas).

Melur : Ssss…sa..ya rasa kita sudah tersesat ni.

Suria : Apa? Kita tersesat? Ni semua salah kau. Kalau kau tidak tolong

arnab bodoh tu tadi, tentu tak jadi macam ni.

Melur : (Sambil menangis). Maafkan saya cik.

Suria : (Berjalan ke arah pokok yang terdapat di pinggir sebatang sungai)

Melur, aku nak tidur sebentar. Kau jangan kemana-mana.

Melur : (Memerhatikan keadaan sekeliling sambil memegang arnab) Baik

Cik. (meletakkan barang-barang)

Suria : (Bersandar di pokok dan terus melelapkan mata).

Melur menangis meratapi nasib sambil bernyayi dan diperhati oleh arnab.

Tiba-tiba terdengar keriuhan sekumpulan katak yang sedang bersuka ria.

Katak 1 : (Memerhati keaadan sekeliling). Wah, cantiknya tempat ini!

Katak 2 : Ye la. Jom kita pergi mandi.

(Lagu)

Lompat si katak lompat (lompat)

Lompatlah tinggi-tinggi

Cepatlah adik cepat

Page 10: Document5

Cepatlah bangun pagi-pagi

Lompat si katak lompat

Lompat tepi perigi

Cepatlah adik cepat

Cepatlah gosok gigi Yipee.....

Suria : (Terjaga dan mencari arah bunyi tersebut). Siapa yang buat bising

ni?

Melur : (Terkejut dan menuju ke arah Suria). Saya rasa itu bunyi

sekumpulan katak yang bernyanyi riang.

Suria : (Mencari-cari batu lalu melempar ke arah sekumpulan katak

tersebut). Pergi main jauh-jauh !!!

Katak 1 : Perempuan jahat!!!

Katak2 : Kau akan terima balasannya. (Sambil berlalu pergi).

Suria kembali menyambung tidurnya, manakala Melur pula masih leka bermain- main dengan arnab.

Melur : (Mengusap-usap badan arnab sambil mengeluh).

Apalah nasib aku. Dah la selalu kena marah, sekarang sesat pula.

Malangnya…nasibku ini.

Arnab : jangan bersedih Melur yang baik hati. Orang yang baik pasti

ditolong Allah.

Akibat keletihan Suria telah bermimpi.

Suria : (Berjalan-jalan seorang diri di dalam hutan). Kat mana aku ni?

(Kebingungan).

(Suria mencari-cari jalan keluar sambil merentap bunga dan tumbuh-

tumbuhan yang terdapat di sekelilingnya. Tiba-tiba……….).

Page 11: Document5

Lampu digelapkan dan diterangkan perlahan-lahan.

Suria : Aduh, sakitnya kaki aku! (Suria merasakan ada sesuatu yang

merentap kakinya)

Bunga 1: Hei, budak sombong. Kau nak ke mana tu?

Suria : (Matanya terbeliak dan kehairanan melihat persekitarannya lebih

besar berbanding dengan dirinya). Kau ni siapa? Mana Melur?

Bunga 2: Kau lupa ke? Aku yang kau rentap dan dibuang sesuka hati kau.

Arnab : Aku yang kau hina, aku yang kau ejek, busuk dan buruk.

Bunga 1: Aku yang kau pijak-pijak.

Mereka mengutuk Suria beramai-ramai sambil mengeruminya.

Engkau yang sombong,

Engkau yang bongkak, (Ulang 2x)

Engkau pemarah

Suria : (Menggigil ketakutan lalu pensan)

Tiba-tiba muncul seorang nenek tua yang bertongkat. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mengerumi Suria berlalu pergi.

Nenek tua : (Semakin menghampiri Suria). Inilah balasan di atas perbuatan

jahat kau Suria.

Nenek tua : Sikap kau yang sombong dan tidak berperikemanusiaan. Kau

seorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan

perasaan orang lain terutamanya perasaan Melur yang selalu

menjaga kau.

Nenek tua : Tak mungkin kau akan berubah. Hati kau keras seperti batu. Tak

mungkin, tak mungkin. (Menggelengkan kepala).

Nenek tua : (Berlalu pergi dengan perlahan-lahan meninggalkan Suria) Suria

terjaga

Suria : (Mencari-cari nenek). Nenek…nenek…nenek….. Lampu

diterangkan.

Melur : (Sedang asyik memetik bunga dan tiba-tiba.....) Cik suria!!!

Page 12: Document5

(Terkejut dan terus meluru ke arah Suria)

Suria : (Terjaga daripada tidur) Maafkan aku Melur ….maafkan aku

arnab. (sambil memeluk kedua- duanya).

Melur : (Kebingungan dan akhirnya tersenyum sambil membalas

pelukan Suria).

Lampu digelapkan dan tirai ditutup.