document5

8
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN TAJUK : Sebagai seorang guru yang mempunyai pelajar yang pelbagai kaum dan mengamalkan kepelbagaian budaya, bagaimanakah anda merancang untuk mewujudkan pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pendahuluan. Pengurusan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini apatah lagi sekiranya melibatkan kepelbagaian latar belakang etnik.Iklim dan budaya sekolah merupakan elemen yang perlu diambil perhatian oleh seorang guru kerana ia merupakan elemen yang penting dalam memastikan persekitaran bilik darjah yang kondusif .Ia bertujuan memastikan guru dapat memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai daripada murid yang mempunyai kepelbagaian etnik. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Lemlech (1988), menjelaskan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan.Marzano (2003), menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam

Upload: lenny-mangai

Post on 09-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

5

TRANSCRIPT

Page 1: Document5

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

TAJUK : Sebagai seorang guru yang mempunyai pelajar yang pelbagai kaum dan

mengamalkan kepelbagaian budaya, bagaimanakah anda merancang untuk

mewujudkan pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan mampu

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pendahuluan.

Pengurusan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting

dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini apatah lagi sekiranya

melibatkan kepelbagaian latar belakang etnik.Iklim dan budaya sekolah merupakan

elemen yang perlu diambil perhatian oleh seorang guru kerana ia merupakan

elemen yang penting dalam memastikan persekitaran bilik darjah yang kondusif .Ia

bertujuan memastikan guru dapat memastikan matlamat pengajaran dan

pembelajaran dapat dicapai daripada murid yang mempunyai kepelbagaian etnik.

Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang,

kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran,

kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan

mampu mengendalikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Lemlech

(1988), menjelaskan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam

kehidupan.Marzano (2003), menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah

mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi

sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan

masyarakat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan persekitaran

fizikal efektif bagi membantu perkembangan murid.

Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman,sesuai untuk

proses pengajaran dan pembalajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah

yang berkesan.Halpin dan Crof (1963) menyatakan bahawa iklim sekolah

mengambarkan personality seorang individu sendiri dan bagaimana seorang guru

tersebut berusaha untuk mencapai organisasi sekolah yang berkesan dan

Page 2: Document5

kondusif.Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) pula mendefinisikan iklim sekolah

sebagai suasana sekolah yang baik, persekitaran yang selesa, tenteram, mesra,

riang dengan pembelajaran yang lancar.

Disamping itu, konsep pengurusan fizikal bilik darjah juga harus

dititikberatkan oleh seorang guru di mana ianya bukan hanya dari aspek kemudahan

prasarana serta kemudahan fizikal sahaja, namun hasil daripada pengurusan fizikal

dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan

mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.

Pengurusan fizikal bilik darjah telah dirumuskan oleh Fred Steele (1973) sedemikian

“ the effect of physical setting in a classroom is a setting for social interaction,

symbolic identification, growth, security, shelter and pleasure”. Kenyataan yang

dinyatakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan

bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk

dapat membantu dalam interaksi antara murid dari latar belakang linguistik dan

kebudayaan berbeza.

Rancangan Guru Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya.

Kriteria umum untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

terbahagi kepada beberapa aspek antaranya :

1.Aspek fizikal.

Melalui aspek ini guru menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik

darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai

kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu

kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-

ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Oleh itu, kepelbagaian

kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan

serta memupuk satu suasana mesra budaya.

Page 3: Document5

Disamping itu, aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya

dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya.

Guru harus memilih tema lukisan mural berkenaan berkisar mengenai perayaan-

perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti

sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan

oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat

memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta

persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai

serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah

berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya.

Seterusnya, ruang untuk murid bekerja atau melakukan aktiviti adalah penting

untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai

latar belakang dan budaya. Tugasan yang diberikan oleh guru dapat di bincang

diruang ini di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta Kim Moi dapat

berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka.

Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh Woolfolk

(2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical environment of the

classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to

shape classroom culture”

2. Sudut Pembelajaran dan Bacaan.

Aspek seterusnya adalah sudut-sudut pembelajaran dan bacaan.Guru harus

mewujudkan sudut-sudut baru selain daripada sudut-sudut yang sedia ada.seperti

sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat

mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta

kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Melalui kewujudan sudut ini,

secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar,

toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk

mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelbagai aktiviti -

Page 4: Document5

aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik

minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini Zaki dapat mengetahui tentang

kebudayaan serta agama Muthu dan Lim dan sebaliknya agar terdapat satu

pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif

serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari

Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran ini disokong

oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to

include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and

discover knowledge”.

Disamping itu, guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di

mana sudut-sudut ini akan menyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan

antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah

negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu

suasana mesra budaya dalam bilik darjah.

Seterusnya, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan

bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak

atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau

kumpulan etnik.

Sudut pembelajaran elektronik juga adalah penting; di mana murid dari pelbagai

latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh

guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan

dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan ini murid-murid dapat memupuk serta

menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

3. Persekitaran Sosio-Emosi

Page 5: Document5

Persekitaran Sosio-Emosi yang baik di dalam kelas dapat menjadi perangsang bagi

membangkit dan mengekalkan minat murid dalam pengajaran dan

pembelajaran.Woolfolk (1990 ) menyatakan bahawa, motivasi atau kuasa dalaman

akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkahlaku murid.

Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru bagi memastikan

persekitaran sosio emosi yang baik adalah :

i. Memberi pujian dan galakkan pada murid supaya murid merasa dihargai

dan diberi perhatian.

ii. Mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat menerima

hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan diri.

iii. Perhubungan antara kelompok etnik perlu dititikberatkan supaya setiap

murid dapat bergaul dan melakukan aktiviti dengan baik tanpa mengira kaum dan

adat resam.Murid perlu belajar bertoleransi dan menyesuaikan diri dengan rakan-

rakan dari pelbagai etnik.

iv. Perlembagaan Negara perlu difahami dan dihayati oleh setiap murid agar

tidak timbul salah faham dalam pergaulan dari pelbagai kaum.

v. Murid perlu memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak

setiap rakyat Malaysia.

vi. Emosi murid perlu diuruskan dengan penuh kebijaksanaan agar mereka

tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berada di dalam kelas dan

berhadapan dengan guru semasa melakukan aktiviti pembelajaran.

Page 6: Document5

vii. Hubungan yang baik antara guru dan murid juga harus dibina terlebih

dahulu yang mana guru perlu mengamalkan kepemimpinan demokraksi dan tidak

terlalu mengongkong murid-murid mereka.

viii. Hubungan yang positif dengan rakan sekelas juga perlu dibina.Murid perlu

dibimbing agar dapat berinteraksi dengan semua kaum tanpa mengira kelas social

dan budaya.Mereka perlu diberi pendedahan tentang adat resam dan amalan

budaya setiap kaum di Malaysia.

ix. Murid digalakkan untuk berfikir mengenai hubungan etnik di Malaysia dari

segi sejarah, latar belakang ekonomi dan politik serta aspek lain.

x. Kesedaran murid untuk mengenalpasti bahawa wujud kepelbagaian dalam

masyarakat Malaysia khususnya dalam kelompok etnik atau dalam bentuk lain

seperti agama, budaya, kedudukan ekonomi, politi dan sosial.