51583994 aktiviti sukaneka sempena hari guru 2011

9
AKTIVITI 1 CARI GETAH DALAM TEPUNG Objektif : 1. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan. 2. Membentuk pasukan yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi untuk menentang pasukan lawan. Penyelaras: 1. Penjaga Masa: 1. Juri: 1. Cara Permainan: 1. Semua ahli kumpulan mesti terlibat dalam permainan ini. 2. Setiap/semua peserta mestilah beratur di garisan permulaan dan muka mereka akan dibasahi dengan air. 3. Selepas wisel ditiupkan, permainan dimulakan dengan peserta pertama dari tapak permulaan berlari ke garisan permainan bermula. 4. Peserta tersebut mestilah meniup tepung di dalam pinggan dan mengambil hanya satu getah dengan menggunakan mulut dan diletakkan ke dalam bekas yang disediakan. 5. Permainan diteruskan dengan peserta kedua dan seterusnya bergilir- gilir mengikut urutan sehingga wisel penamat dibunyikan iaitu selepas 10 minit. 6. Kumpulan yang berjaya mengumpul paling banyak getah akan dikira sebagai pemenang. Arahan: 1. Setiap peserta yang meniup tepung hanya dibenarkan mengambil satu getah sahaja pada setiap gilirannya. Jika peserta tersebut mengambil lebih daripada satu getah ia hanya akan dikira sebagai satu. Langkah Keselamatan:

Upload: noa-razak

Post on 11-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 51583994 Aktiviti Sukaneka Sempena Hari Guru 2011

AKTIVITI 1

CARI GETAH DALAM TEPUNG

Objektif :

1. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan.

2. Membentuk pasukan yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi untuk menentang pasukan

lawan.

Penyelaras:

1.

Penjaga Masa:

1.

Juri:

1.

Cara Permainan:

1. Semua ahli kumpulan mesti terlibat dalam permainan ini.

2. Setiap/semua peserta mestilah beratur di garisan permulaan dan muka mereka akan dibasahi dengan

air.

3. Selepas wisel ditiupkan, permainan dimulakan dengan peserta pertama dari tapak permulaan berlari

ke garisan permainan bermula.

4. Peserta tersebut mestilah meniup tepung di dalam pinggan dan mengambil hanya satu getah dengan

menggunakan mulut dan diletakkan ke dalam bekas yang disediakan.

5. Permainan diteruskan dengan peserta kedua dan seterusnya bergilir-gilir mengikut urutan sehingga

wisel penamat dibunyikan iaitu selepas 10 minit.

6. Kumpulan yang berjaya mengumpul paling banyak getah akan dikira sebagai pemenang.

Arahan:

1. Setiap peserta yang meniup tepung hanya dibenarkan mengambil satu getah sahaja pada setiap

gilirannya. Jika peserta tersebut mengambil lebih daripada satu getah ia hanya akan dikira sebagai satu.

Langkah Keselamatan:

1. Aktiviti dijalankan di kawasan yang rata dan sesuai.

2. Peserta mesti berhati-hati semasa aktiviti dijalankan.

3. Peserta sentiasa diawasi oleh penyelaras semasa aktiviti dijalankan dan peti kecemasan juga

disediakan.

Permarkahan:

1. Kumpulan yang dapat mengumpul bilangan getah paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

Page 2: 51583994 Aktiviti Sukaneka Sempena Hari Guru 2011

2. Jika terdapat dua kumpulan yang mengumpul getah paling banyak yang sama, kumpulan yang bermain

dengan jujur dan mengikut segala peraturan permainan dengan betul akan dikira sebagai pemenang.

3. Jumlah markah yang diberikan adalah berdasarkan standard pemarkahan yang telah di tetapkan.

Peralatan:

1. Stop watch

2. Wisel

3. Pinggan

4. Tepung

5. Gelang getah

6. Air

Page 3: 51583994 Aktiviti Sukaneka Sempena Hari Guru 2011

AKTIVITI 2

STRAW DI MULUT

Objektif :

1. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan.

2. Membentuk pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menentang pasukan lawan.

Penyelaras:

1.

Penjaga Masa:

1.

Juri:

1.

Cara Permainan:

1. Setiap ahli kumpulan akan berada dalam satu barisan dan akan dipisahkan dengan jarak tertentu.

2. Setiap peserta akan diberikan satu straw dan letakkan straw tersebut di mulut masing-masing.

3. Ahli pertama daripada setiap kumpulan akan memulakan permainan dengan pass getah yang diberikan

oleh penyelaras kepada ahli seterusnya dengan menggunakan straw di mulut. Kemudian ahli kedua

pula pass getah tersebut kepada ahli ketiga dengan cara yang sama, dan seterusnya sehingga peserta

terakhir.

4. Peserta terakhir perlu meletakkan getah tersebut di atas kertas/pinggan yang disediakan oleh fasilitator

dengan menggunakan straw.

5. Permainan ini akan diteruskan sehingga tempoh masa tamat. Masa permainan adalah 10 minit.

6. Kemenangan akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya mengumpul bilangan getah yang paling

banyak.

Arahan:

1. Peserta hanya boleh pass getah dengan menggunakan straw yang diberikan di mulut.

2. Tangan mesti diikat di belakang. 5 mata akan dipotong sekiranya mana-mana peserta melakukan

penipuan.

[ Contoh : Gunakan tangan ketika pass getah kepada peserta lain ]

3. Pastikan peserta terakhir meletakkan getah di atas kertas/pinggan yang disediakan, di mana getah yang

berada di luarnya tidak dikira dalam pengiraan.

Langkah Keselamatan:

1. Pastikan berhati-hati ketika pass getah, supaya straw tidak kena pada mata ahli kumpulannya.

2. Pastikan ada jarak tertentu di antara peserta, bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

Page 4: 51583994 Aktiviti Sukaneka Sempena Hari Guru 2011

Permarkahan:

1. Kumpulan yang dapat mengumpul bilangan getah paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

2. Jika terdapat dua kumpulan yang mengumpul getah paling banyak yang sama, kumpulan yang bermain

dengan jujur dan mengikut segala peraturan permainan dengan betul akan dikira sebagai pemenang.

3. Jumlah markah yang diberikan adalah berdasarkan standard pemarkahan yang telah di tetapkan.

Peralatan:

1. Stop watch

2. Wisel

3. Straw

4. Pinggan/ kertas

5. Gelang getah

6. Tali ikat tangan

Page 5: 51583994 Aktiviti Sukaneka Sempena Hari Guru 2011

AKTIVITI 3

KEMBAR KU

Objektif :

1. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan.

2. Membentuk pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menentang pasukan lawan.

Penyelaras:

1.

Penjaga Masa: -

Juri:

1.

Cara Permainan:

1. Setiap kumpulan terdiri daripada 7 ahli.

2. Kain diagihkan untuk mengikat kaki setiap ahli supaya menjadi kembar.

3. Setiap kembar akan berlari menuju ke garisan penamat.

4. Kembar yang mencatat masa terpantas dikira sebagai pemenang.

5. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati

Arahan:

1. Sekiranya ikatan kaki terurai, kembar akan tersingkir dari permainan dan di kira kalah.

Langkah Keselamatan:

1. Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan dan kasut sukan.

2. Permainan akan dijalankan secara regu agar tidak terlalu sesak dan untuk mengelakkan kemalangan.

Permarkahan:

1. Kumpulan yang mencatat masa terpantas adalah pemenang.

2. Kembar – kembar yang kalah dalam pusingan pertama akan bertanding semula untuk merebut tempat

ketiga.

3. Jumlah markah yang diberikan adalah berdasarkan standard pemarkahan yang telah di tetapkan.

Peralatan:

1. Stop watch

2. Wisel

3. Kain ikat kaki

Page 6: 51583994 Aktiviti Sukaneka Sempena Hari Guru 2011

AKTIVITI 4

BELON OH BELON

Objektif :

1. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan.

2. Membentuk pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menentang pasukan lawan.

Penyelaras:

1.

Penjaga Masa: -

Juri:

1.

Cara Permainan:

1. Setiap kumpulan terdiri daripada tujuh orang.

2. Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu 4 daripadanya berada di tapak satu dan 3

peserta lagi di tapak dua.

3. Selepas wisel dibunyikan, permainan dimulakan dengan peserta pertama dari tapak satu membawa

belon air kepada peserta di tapak dua.

(Cara membawa belon air ialah dengan belon air dikepit dengan kedua-dua kaki dan peserta tidak

dibenarkan memegang belon air dengan tangan.)

4. Peserta di tapak dua akan menyambut belon air itu dan membawa belon air kepada peserta di tapak

satu. Permainan dikira tamat jika peserta-peserta yang pada awalnya berada di tapak satu kesemuanya

telah berada di tapak dua dan peserta-peserta yang pada awalnya berada di tapak dua pula telah berada

di tapak satu.

Arahan:

1. Jika belon air yang dibawa terjatuh ataupun pecah, peserta dikehendaki lari semula ke tempat asal dan

mula semula.

Langkah Keselamatan:

1. Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan dan kasut sukan.

2. Pemainan dijalankan di kawasan lapang.

Permarkahan:

1. Kumpulan pertama berjaya menamatkan acara ini dikira sebagai pemenang.

2. Markah diberikan berdasarkan standard pemarkahan yang telah disediakan.

Peralatan:

1. Wisel

2. Belon berisi air

Page 7: 51583994 Aktiviti Sukaneka Sempena Hari Guru 2011

AKTIVITI 5

TARIK TALI

Objektif :

1. Menguji daya ingatan.

2. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan.

Penyelaras:

1.

Penjaga Masa: -

Juri:

1.

Cara Permainan:

1. Setiap kumpulan akan terdiri daripada 7 orang.

2. Ketua kumpulan akan mencabut undi untuk menentukan lawan mereka.

3. Perlawanan adalah secara kalah mati. Kumpulan yang menang akan meneruskan perlawanan untuk

merebut gelaran juara. Manakala kumpulan yang kalah akan berlawan untuk menentukan kedudukan

ketiga dan keempat.

Langkah Keselamatan:

1. Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan dan kasut sukan.

2. Pemainan dijalankan di kawasan lapang.

Permarkahan:

1. Markah diberikan berdasarkan standard pemarkahan yang telah disediakan.

Peralatan:

1. Wisel

2. Tali

3. Kain