edisi november 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/sekitar mardec_ november...

15
Artikel disumbangkan oleh: Muhammad Azimuddin Mohd Azmi • Sylvia Kennedy S. Si • Noorshamilah Abd Wahab • Md Sodiqin Md Salleh Azira Ahmad • Mohd Helmi Mohd Kassim • Muhammad Hamizan Abu Hassan • Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin Bersempena Bajet 2018 yang dibentangkan pada 27hb Oktober 2017, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk beberapa inisiatif khususnya untuk semua pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh Malaysia. Sektor tanaman getah akan diberi pajakan yang baru melalui beberapa langkah di antaranya, kerajaan berusaha menyediakan infrastruktur moden supaya penoreh dapat menghasilkan ‘lateks’ berkualiti tinggi selain daripada ‘cuplump’. Edisi November 2017 Sektor tanaman getah mempunyai masa depan yang cerah termasuk pasaran batang pokok getah yang merupakan sumber untuk pengeluaran perabot terutamanya di mana permintaan yang sangat tinggi untuk bekalan kayu. Mengenai kelonggaran akibat musim tengkujuh bagi pekebun kecil dan penoreh getah, kerajaan akan menyalurkan bantuan RM200 sebulan selama tiga bulan (November 2017, Disember 2017 dan Januari 2018)

Upload: nguyenxuyen

Post on 31-Jan-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi November 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/Sekitar MARDEC_ November 2017.pdf · 8.30 am Aktiviti sukaneka bermula 11.00 am Mandi manda di pantai 1.00 pm

Artikel disumbangkan oleh:

Muhammad Azimuddin Mohd Azmi • Sylvia Kennedy S. Si • Noorshamilah Abd Wahab • Md Sodiqin Md Salleh

Azira Ahmad • Mohd Helmi Mohd Kassim • Muhammad Hamizan Abu Hassan • Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin

Bersempena Bajet 2018 yang

dibentangkan pada 27hb Oktober

2017, kerajaan telah meluluskan

peruntukan sebanyak RM200 juta

untuk beberapa inisiatif khususnya

untuk semua pekebun kecil dan

penoreh getah di seluruh Malaysia.

Sektor tanaman getah akan diberi

pajakan yang baru melalui beberapa

langkah di antaranya, kerajaan

berusaha menyediakan infrastruktur

moden supaya penoreh dapat

menghasilkan ‘lateks’ berkualiti

tinggi selain daripada ‘cuplump’.

Edisi November 2017

Sektor tanaman getah mempunyai

masa depan yang cerah termasuk

pasaran batang pokok getah yang

merupakan sumber untuk

pengeluaran perabot terutamanya

di mana permintaan yang sangat

tinggi untuk bekalan kayu.

Mengenai kelonggaran akibat

musim tengkujuh bagi pekebun kecil

dan penoreh getah, kerajaan akan

menyalurkan bantuan RM200

sebulan selama tiga bulan

(November 2017, Disember 2017

dan Januari 2018)

Page 2: Edisi November 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/Sekitar MARDEC_ November 2017.pdf · 8.30 am Aktiviti sukaneka bermula 11.00 am Mandi manda di pantai 1.00 pm

Mukasurat 2 dari 15

1.00 am Bertolak dari MPSB Mentakab

7.00 am Sampai di Pantai Puteri, Melaka

8.30 am Aktiviti sukaneka bermula

11.00 am Mandi manda di pantai

1.00 pm Berkumpul untuk acara penyampaian hadiah

2.00 pm Berhenti solat Zuhur di Masjid Al Azim

3.00 pm Aktiviti bebas di Bandar Hilir

(bersiar siar bersama keluarga)

6.00 pm Berkumpul di bas

7.00 pm Bertolak balik ke Mentakab

11.00 pm Sampai di Mentakab

Pada 22hb Oktober dan 23hb

Oktober 2017, Kelab Rekreasi,

Sukan & Kebajikan (KRSK) MPSB

Mentakab menganjurkan Hari

Keluarga yang telah diadakan di

negeri Melaka. Seramai 160 orang

merangkumi kakitangan dan pihak

pengurusan kilang menyertai Hari

Keluarga ini.

Antara aturcara Hari Keluarga yang

disusun adalah seperti berikut:-

Antara aktiviti menarik sukaneka

yang diadakan di Pantai Puteri

dibahagikan kepada beberapa

kategori. Pihak ibu menyertai acara

mengupas kulit buah epal dan

pertandingan belon air. Pihak

bapa pula mengambil bahagian

dalam acara boling pantai dan

memotong kertas terpanjang.

Selain itu, pihak remaja lelaki

mengambil bahagian dalam

pertandingan bola pantai dan

remaja perempuan dalam acara

bola tampar pantai. Mereka juga

turut serta dalam acara mengisi

air di dalam cawan.

Kanak-kanak juga tidak melepaskan

peluang mengambil bahagian di

dalam pertandingan mumia.

Semoga kemeriahan Hari Keluarga

yang diadakan ini menjadi satu

platform untuk mengeratkan

hubungan silaturrahim sesama

pihak pengurusan, kakitangan dan

juga ahli keluarga masing-masing.

• Muhammad Azimuddin Mohd Azmi (MPSB Mentakab)

Gambar 1: Pertandingan mengisi air di dalam

cawan oleh remaja perempuan

Page 3: Edisi November 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/Sekitar MARDEC_ November 2017.pdf · 8.30 am Aktiviti sukaneka bermula 11.00 am Mandi manda di pantai 1.00 pm

Mukasurat 3 dari 15

Gambar 2: Pertandingan bola pantai oleh

remaja lelaki

Gambar 3: Pertandingan boling pantai oleh

kaum bapa

Gambar 4: Acara mengupas kulit buah epal

oleh kaum ibu

Gambar 5: Kanak-kanak menyertai pertandingan mumia

Page 4: Edisi November 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/Sekitar MARDEC_ November 2017.pdf · 8.30 am Aktiviti sukaneka bermula 11.00 am Mandi manda di pantai 1.00 pm

Mukasurat 4 dari 15

Pada 14hb November 2017, wakil

daripada pelanggan SMPT iaitu Mr.

Soo Wai Kheong telah menjalankan

audit terhadap operasi makmal dan

juga pemprosesan getah di kilang

PT. MARDEC Siger Way Kanan

(PTMSWK) Lampung, Indonesia.

SMPT merupakan pelanggan

terbesar di PTMSWK yang rata-rata

pembelian oleh pihak SMPT adalah

60% daripada jumlah keseluruhan

produksi setiap bulan di PTMSWK.

SMPT menjalankan proses audit

sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali

dalam masa setahun. Pada audit kali

ini, kilang PTMSWK mendapat

pencapaian dengan nilai 4.5 untuk

operasi makmal dan 5.9 untuk

operasi kilang secara keseluruhan.

Penilaian pihak SMPT adalah seperti

berikut:-

1 = Sangat Baik

5 = Baik

8 = Buruk

10 = Sangat buruk

Dengan pencapaian tersebut,

PTMSWK akan berusaha lagi bagi

penambahbaikan di semua bahagian

dalam operasi kilang.

Bersesuaian dengan motto PTMSWK

iaitu, “Kualitas Budaya Kita”

maka semua kakitangan PTMSWK

sentiasa menjamin Kawalan Kualiti

yang merupakan budaya di

PTMSWK dan juga melaksanakan

semua ‘Core Value’ yang dijunjung

tinggi iaitu: -

1. FEAR OF GOD,

2. INTEGRITY,

3. PROFESIONALISM,

4. TOTAL QUALITY,

5. INNOVATIVE

6. PRUDENT

• Sylvia Kennedy S. Si (PTMSWK)

Gambar 6: Mr Soo bersama pihak Pengurusan Kilang

Page 5: Edisi November 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/Sekitar MARDEC_ November 2017.pdf · 8.30 am Aktiviti sukaneka bermula 11.00 am Mandi manda di pantai 1.00 pm

Mukasurat 5 dari 15

Gambar 7: Mr Soo bersama

kakitangan di bahagian

“Purchaser”

Gambar 8: Mr Soo bersama

pekerja di bahagian “Production”

Gambar 9: Mr Soo bersama

kakitangan di bahagian

“Shipment”

Page 6: Edisi November 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/Sekitar MARDEC_ November 2017.pdf · 8.30 am Aktiviti sukaneka bermula 11.00 am Mandi manda di pantai 1.00 pm

Mukasurat 6 dari 15

Pihak Giti Tire telah mengadakan lawatan dan audit di semua kilang MPSB; merangkumi Mentakab, Kuala Berang, Baling dan Bota. Wakil daripada pihak Giti Tires iaitu Mr. Mah Kah Chun telah menjalankan aktiviti audit di semua kilang MPSB dari 30hb Oktober 2017 hingga 8hb November 2017.

Lawatan dan aktiviti audit ini

merangkumi bahagian pemprosesan

getah SMR dan juga ‘Mixture

Rubber”. Tujuan audit dilakukan

untuk memastikan semua MPSB

mencapai spesifikasi dan

menghasilkan produk berkualiti

tinggi seperti yang dikehendaki oleh

pihak Giti Tire.

Selain itu juga, pihak Giti Tire

mengesyorkan aspek pemeriksaan

menyeluruh bermula dari

penerimaan getah sekerap,

“housekeeping” sekitar kawasan

kilang, penyelenggaraan peralatan

dan mesin serta keselamatan

pekerjaan.

• Azira Ahmad (Ibu Pejabat)

Gambar 10: Mr. Mah bersama pihak pengurusan

MPSB Mentakab dan Ibu Pejabat

Gambar 11: Mr. Mah memeriksa di bahagian

pemprosesan

Gambar 12: Mr Mah memeriksa “bale”

bersama Encik Esamsuri

Page 7: Edisi November 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/Sekitar MARDEC_ November 2017.pdf · 8.30 am Aktiviti sukaneka bermula 11.00 am Mandi manda di pantai 1.00 pm

Mukasurat 7 dari 15

Gambar 13: Aktiviti audit di MPSB Kuala Berang

Gambar 14: Aktiviti audit di MPSB Baling

Page 8: Edisi November 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/Sekitar MARDEC_ November 2017.pdf · 8.30 am Aktiviti sukaneka bermula 11.00 am Mandi manda di pantai 1.00 pm

Mukasurat 8 dari 15

Gambar 15: Pihak pengurusan MPSB Bota dan Ibu Pejabat

mengadakan perbincangan bersama Mr Mah

Gambar 16: Mr Mah melakukan pemeriksaan di bahagian

operasi MPSB Bota termasuk bahagian “Mixture Rubber”

Gambar 17: Audit merangkumi bahagian makmal MPSB Bota

Page 9: Edisi November 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/Sekitar MARDEC_ November 2017.pdf · 8.30 am Aktiviti sukaneka bermula 11.00 am Mandi manda di pantai 1.00 pm

Mukasurat 9 dari 15

• Muhammad Hamizan Abu Hassan (Ibu Pejabat)

Page 10: Edisi November 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/Sekitar MARDEC_ November 2017.pdf · 8.30 am Aktiviti sukaneka bermula 11.00 am Mandi manda di pantai 1.00 pm

Mukasurat 10 dari 15

Pada 23hb November 2017, satu

Konvensyen Mini telah dilaksanakan

untuk Kumpulan Kawalan Kualiti

(KKK) MPSB Mentakab. Konvensyen

tersebut diadakan di Felda

Residence Tekam, Jerantut, Pahang.

Konvensyen ini merupakan satu

platform bagi pekerja mengenal

pasti masalah, mengumpul data,

menjalankan analisis dan

mengoptimakan kreativiti untuk

penyelesaian sesebuah masalah.

Pelaksanaan KKK membolehkan

kakitangan sokongan terutamanya

untuk menghasilkan inovasi yang

memberi kesan positif kepada

sesebuah organisasi. Encik Mohd

Yazid Yusop selaku “Chairman”

memberi sokongan penuh kepada

semua ahli kumpulan bagi

menjayakan program KKK ini.

Bagi Projek Terbaik telah dimenangi

kumpulan Gen_2, Model Terbaik

oleh kumpulan QM-Pro manakala

kumpulan Crystal memenangi

Persembahan Terbaik. Encik Shahrul

Azwan bin Abdul Khalil dari

kumpulan Crystal merupakan

“Presenter Terbaik”.

• Noorshamilah Abd Wahab (MPSB Mentakab)

Gambar 18: Konvesyen diadakan di

Felda Residence Tekam

Gambar 20: Peserta KKK bersama pihak ‘Chairman’,

‘Coordinator’ dan ‘Facilitator’

Gambar 19: Peserta KKK bersama pihak juri

Page 11: Edisi November 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/Sekitar MARDEC_ November 2017.pdf · 8.30 am Aktiviti sukaneka bermula 11.00 am Mandi manda di pantai 1.00 pm

Mukasurat 11 dari 15

Pihak juri terdiri daripada

kakitangan Ibu Pejabat; Puan

Norhayati Mohd Shah, Encik

Muhammad Hamizan Abu Hassan

dan Encik Mohd Helmi Mohd Kassim.

Diharap program KKK diteruskan pada

masa hadapan dengan lebih ramai

penyertaaan serta idea yang kreatif dan

inovatif daripada para pekerja.

Gambar 21: Peserta KKK membentangkan projek KKK

masing-masing

Gambar 22: Projek Terbaik dimenangi oleh

Kumpulan Gen_2

Gambar 23: Model Terbaik dimenangi oleh

Kumpulan QM-Pro

Gambar 24: Persembahan Terbaik dimenangi oleh

Kumpulan Crystal

Gambar 25: Encik Shahrul Azwan bin Abdul Khalil

sebagai ‘Presenter’ Terbaik

Page 12: Edisi November 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/Sekitar MARDEC_ November 2017.pdf · 8.30 am Aktiviti sukaneka bermula 11.00 am Mandi manda di pantai 1.00 pm

Mukasurat 12 dari 15

Pendedahan pendengaran dengan tahap bunyi penting bagi menjamin kesihatan pekerjaan. Sebagai contoh, tahap bunyi perbualan biasa ialah sebanyak 70 desibel (dB), suara yang dinaikkan ialah 76 hingga 82 dB manakala jeritan sebanyak 88 dB. Kajian menunjukkan tahap pendedahan pendengaran yang selamat ialah sebanyak 85 desibel sahaja untuk tempoh 8 jam sehari.

Gaya hidup terutamanya di bandar yang sering terdedah kepada bunyi bising tidak kira di tempat kerja seperti di kilang mahupun di luar iaitu bunyi motor berkuasa tinggi, pusat hiburan dan mendengar muzik dengan kuat boleh menyebabkan kecacatan deria telinga.

Punca yang dikenalipasti:-

1. mendengar muzik menerusi fon telinga secara kuat,

2. menghadiri konsert rock,

3. memesin rumput,

4. menggunakan peralatan elektrik

5. jentera/peralatan kilang

Apa saja bunyi yang melebihi 85 dB boleh merosakkan telinga dan mendengar lagu menerusi fon telinga juga boleh melebihi 100 dB.

Rawatan dan pencegahan: -

1. Perlahankan muzik yang didengari sama ada di tempat kerja, rumah mahupun kereta.

2. Kurangkan pendedahan terhadap aktiviti-aktiviti yang bising.

Setiap tempat kerja yang berdepan dengan bunyi yang kuat seperti kilang wajib mempunyai langkah keselamatan dengan penyediaan alat perlindungan telinga.

Jika anda terdedah kepada bunyi kuat yang melampau seperti tembakan, mercun atau pertunjukan bunga api, perlu rehat di tempat yang sunyi selama 24 jam. Jika pendengaran tidak pulih dan berdengung selepas tempoh tersebut, hendaklah segera berjumpa dengan doktor.

Di bawah Seksyen 15 dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, kewajipan majikan adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja di tempat kerja termasuk had pendedahan pendengaran yang dibenarkan.

• Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin (Ibu Pejabat)

Gambar 26: Sekiranya pendedahan berterusan

untuk jangka masa yang lama, ia boleh

mengakibatkan kehilangan pendengaran kekal.

Dalam kes ini, rambut saraf di koklea (telinga

dalam) menjadi rosak

Page 13: Edisi November 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/Sekitar MARDEC_ November 2017.pdf · 8.30 am Aktiviti sukaneka bermula 11.00 am Mandi manda di pantai 1.00 pm

Artikel disumbangkan oleh:

Muhammad Azimuddin Mohd Azmi • Sylvia Kennedy S. Si • Noorshamilah Abd Wahab • Md Sodiqin Md Salleh

Azira Ahmad • Mohd Helmi Mohd Kassim • Muhammad Hamizan Abu Hassan • Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin

Pada 23hb sehingga 24hb November

2017, MPSB Mentakab telah

menganjurkan “Team Building”

selama dua hari satu malam di Felda

Residence Tekam di Jerantut, Pahang.

Aktiviti ini telah disertai seramai 23

orang. Tujuan utama aktiviti ini

dianjurkan bagi mengukuhkan

semangat kerjasama di antara satu

sama lain di kalangan peserta.

Pada hari pertama, aktiviti rakit bermula pada jam 3.00 petang dengan semua peserta dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Management Team, Gen_2, Crystal dan QM-Pro. Pertandingan ini dimenangi oleh Kumpulan Crystal dan tempat kedua Kumpulan Gen_2. Aktiviti berakhir pada jam 6.00 petang walaupun dalam keadaan hujan yang sangat lebat.

Pada sebelah malam, aktiviti dimulakan jam 8.30 malam dengan aktiviti “Night Treasure Hunt” dibahagikan juga dengan kumpulan yang sama. Pertandingan ini di menangi oleh kumpulan Management Team dan tempat kedua kumpulan Gen_2.

Pada hari kedua pula, aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi untuk menjelajah gua. Perjalanan ke Kota Warisan, iaitu Kota Gelanggi Jerantut mengambil masa 10 minit dari Felda Residence Tekam. Terdapat lebih kurang 12 gua tetapi peserta cuma menjelajah enam gua sahaja disebabkan kekangan masa. Enam gua tersebut adalah Gua Angin, Gua Gajah, Gua Sanding, Gua Potret, Gua Kelawar dan Gua Tongkat. Aktiviti ini berakhir pada jam 11.30 pagi. “Team Building” ini berakhir selepas makan tengahari dan ‘Check Out’ pada jam 2.30 petang.

• Noorshamilah Abd Wahab (MPSB Mentakab)

Gambar 27: Aktiviti membuat rakit berkumpulan

Page 14: Edisi November 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/Sekitar MARDEC_ November 2017.pdf · 8.30 am Aktiviti sukaneka bermula 11.00 am Mandi manda di pantai 1.00 pm

Mukasurat 14 dari 15

Gambar 28: Aktiviti “Night Treasure Hunt”

Page 15: Edisi November 2017 - mardec.com.mymardec.com.my/sites/default/files/Sekitar MARDEC_ November 2017.pdf · 8.30 am Aktiviti sukaneka bermula 11.00 am Mandi manda di pantai 1.00 pm

Mukasurat 15 dari 15

Gambar 29: Peserta dibahagikan kepada dua

kumpulan untuk menjelajah gua

Gambar 30: Gambar kenangan selepas

berjaya dalam misi aktiviti “Team Building”

Gambar 31: Para peserta “Team Building”

bergambar kenangan bersama Cancer

Fighter Malaysia, En. Zaki Bijak