51092206 kurikulum task analisis

4
Perancangan sebelum pengajaran Tajuk: 1) Suku kata KVKV 2) Membina dan menulis suku kata menjadi perkataan Sukatan Pelajaran : 4.1 Membina dan membaca sukukata. 4.1.1 Sukukata. Deskripsi Pelajaran: Membina dan menulis suku kata menjadi perkataan KVKV iaitu ‘ su du, ba ju dan bola merupakan isi pelajaran pada hari ini. Objektif : Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat : i. Membunyikan suku kata terbuka KVKV ii. Membina perkataan daripada dua suku kata terbuka KVKV iii. Memilih, memadankan dan menyalin suku kata menjadi perkataan yang bermakna. iv. Menulis perkataan berdasarkan gambar dengan betul. Analisis Tugasan 1. Guru menunjukkan barang-barang maujud seperti “sudu, buku dan bola” kepada pelajar. Hal ini bertujuan memberi gambaran awal kepada pelajar mengenai mata pelajaran yang ingin diajar pada hari ini. Murid memberi tumpuan terhadap barang maujud yang bertujuan oleh guru. Proses ini melibatkan pendekatan guru kerana guru memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Upload: muzakkir-tanjong

Post on 21-Jan-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 51092206 Kurikulum Task Analisis

Perancangan sebelum pengajaran

Tajuk:

1) Suku kata KVKV

2) Membina dan menulis suku kata menjadi perkataan

Sukatan Pelajaran :

4.1 Membina dan membaca sukukata.

4.1.1 Sukukata.

Deskripsi Pelajaran:

Membina dan menulis suku kata menjadi perkataan KVKV iaitu ‘ su du, ba ju dan bola

merupakan isi pelajaran pada hari ini.

Objektif :

Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat :

i. Membunyikan suku kata terbuka KVKV

ii. Membina perkataan daripada dua suku kata terbuka KVKV

iii. Memilih, memadankan dan menyalin suku kata menjadi perkataan yang bermakna.

iv. Menulis perkataan berdasarkan gambar dengan betul.

Analisis Tugasan

1. Guru menunjukkan barang-barang maujud seperti “sudu, buku dan bola” kepada pelajar.

Hal ini bertujuan memberi gambaran awal kepada pelajar mengenai mata pelajaran yang

ingin diajar pada hari ini. Murid memberi tumpuan terhadap barang maujud yang

bertujuan oleh guru. Proses ini melibatkan pendekatan guru kerana guru memainkan

peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Page 2: 51092206 Kurikulum Task Analisis

2. Murid menyebut nama objek mengikut kad ganbar yang ditunjukkan oleh guru. Murid

mengeja perkataan berdasarkan gambar. Proses ini memudahkan murid untuk mengeja

kad gambar tersebut kerana murid sudah boleh menamakan objek.

3. Guru mempamerkan kad gambar di papan putih. Murid menyebut semula gambar objek

yang ditunjukkan oleh guru berdasarkan kad gambar. Hal ini bertujuan untuk

mengukuhkan kefahaman murid. Proses ini melibatkan pendekatan kepada murid. Guru

mengarahkan murid menyebut kad suku kata KVKV secara beramai-ramai. Guru

mengarahkan setiap murid keluar ke hadapan untuk menyatukan dan memadankan dua

suku kata berdasarkan ingatan.

4. Guru memberikan lembaran kerja 1 dan 2 kepada murid mengikut peringkat iaitu

daripada mudah kepada sukar. Guru memberikan lembaran kerja kepada setiap murid

sebagai bahan pengukuhan dari segi kemahiran dan kefahaman. Hal ini demikian kerana

latihan yang diberi mampu merangsang minda murid dan melatih psikomotor halus iaitu

menulis.

5. Guru menilai hasil kerja murid secara rawak dan mengimbas kembali isi pelajaran pada

hari ini sambil bertanyakan kepada murid tentang apa yang dipelajari pada hari ini. Murid

menyebut kembali apa yang dipelajari dan diingat pada hari tersebut.

Bahan Bantu Mengajar:

Kad suku kata “ bo la, su du dan bu ku”. Guru menggunakan kad gambar, power point dan

lembaran kerja.

Permulaan Pengajaran

Page 3: 51092206 Kurikulum Task Analisis

Set Induksi:

1. Murid ditunjukkan bahan maujud iaitu bola, sudu dan buku

2. Murid dan guru bersoal jawab dan berinteraksi di antara satu sama lain tentang objek yang

ditunjukkan.

3. Guru mengimbas kembali pengajaran sebelum ini iaitu sukukata KV seperti ‘ bo’ sebelum guru

meneruskan pengajaran dan pembelajaran suku kata KVKV pada hari ini.

4. Guru meminta murid menyebut dan membunyikan prkataan dengan suku kata terbuka seperti

bola, sudu dan buku.

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini.

1. Guru menunjukkan bola

2. Murid dikehendaki menyebut perkataan bola

3. Seterusnya guru meneruskan pengajaran dengan mengarahkan murid menyebut dan mengeja

suku kata KVKV bagi sudu dan buku.

Penyampaian isi pengajaran

1. Untuk permulaan isi pengajaran, murid akan ditunjukkan dengan bahan maujud iaitu bola,

buku dan sudu.

2. Murid dan guru berinteraksi dan bersoal jawab mengenai objek yang ditunjukkan.

3. Seterusnya murid ditunjukkan dengan suku kata terbuka seperti “bo la, su du dan buku

berserta dengan kad gambar bagi memudahkan pemahaman murid.

bola bukusudu

Page 4: 51092206 Kurikulum Task Analisis

4. Guru akan mengeja dan menyebut suku kata tersebut. Kemudian, murid mengeja suku kata

bersama guru. Guru meningkatkatkan pemahaman murid dengan mengarahkan murid

mengeja suku kata secara individu sambil didengar oleh guru.

5. Setelah selesai, murid dikehendaki membaca suku kata tersebut secara beramai-ramai.

6. Untuk meneruskan pembelajaran pada hari ini, murid perlu memadankan suku kata tersebut

menjadi perkataan bermakna berdasarkan gambar yang diberikan.

7. Akhir sekali, murid perlu memadankan perkataan dengan gambar yang bersesuaian.

8. Untuk penilaian, murid dikehendaki melakukan tugasan dengan cara memadankan suku

kata terbuka KVKV dengan objek dan menulis semula perkataan bermakna suku kata

KVKV dengan gambar yang betul.

9. Sebelum menutup pengajaran, guru mengimbas kembali pengajaran pada hari itu untuk

melihat sejauh mana kefahaman murid.