panduan pengajaran kssr psv tahun 6

55

Upload: hc-tee

Post on 09-Nov-2015

150 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

panduan kssr psv thnn 6

TRANSCRIPT

  • KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

    PANDUAN PENGAJARAN

    PENDIDIKAN SENI VISUAL

    TAHUN 6

    Terbitan

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Bahagian Pembangunan Kurikulum

    2015

  • Cetakan Pertama 2015

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,

    ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua

    sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau ara lain sebelum

    mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,

    Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran

    Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

  • MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANMEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANMEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

    MEMBUAT CORAK DAN REKAANMEMBUAT CORAK DAN REKAANMEMBUAT CORAK DAN REKAAN

    MENGGAMBARMENGGAMBARMENGGAMBAR

    MENGENAL KRAF TRADISIONALMENGENAL KRAF TRADISIONALMENGENAL KRAF TRADISIONAL

    LUKISAN - GOSOKAN DAN KOLAJ 15

    CATAN - MONTAJ DAN CETAKAN 18

    POSTER - MONTAJ DAN KOLAJ 21

    CETAKAN - MOZEK DAN STENSILAN 24

    MOBAIL - LUKISAN DAN ORIGAMI 36

    DIORAMA - MODEL DAN CATAN 39

    STABAIL - MOZEK DAN BONEKA 42

    PUALAMAN - TIUPAN SERTA LIPATAN DAN GUNTINGAN 27

    IKATAN DAN CELUPAN - RESIS DAN MOZEK 30

    RENJISAN DAN PERCIKAN - STENSILAN DAN CAPAN 33

    ALAT PERTAHANAN DIRI - UKIRAN DAN TEKAT 45

    ALAT DOMESTIK - BATIK DAN ANYAMAN 48

    PENGURUSAN PAMERANPENGURUSAN PAMERANPENGURUSAN PAMERAN 51

    MUKA SURAT RUKUN NEGARA vi FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii KATA ALU-ALUAN viii PENDAHULUAN ix OBJEKTIF x ORGANISASI KANDUNGAN xi MODUL AKTIVITI TAHUN 6 xiii

    v

  • RUKUN NEGARARUKUN NEGARARUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk

    mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;

    memelihara satu cara hidup demokratik;

    mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

    menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;

    membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan

    teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    vi

  • Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

    memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

    dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

    Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang

    berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

    berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

    terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

    vii

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

  • KATA ALU KATA ALU KATA ALU --- ALUANALUANALUAN

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

    Dalam usaha melaksanakan transformasi pendidikan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

    juga turut melalui transformasi dan sejajar dengan itu, mata pelajaran ini diletakkan dalam

    teras tema kurikulum. Mata pelajaran ini ia berada di bawah tunjang perkembangan fizikal dan

    estetika dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Menerusi mata pelajaran ini,

    murid diberi peluang untuk menghasilkan karya melalui empat bidang iaitu menggambar,

    membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional.

    Keempat-empat bidang tersebut disusun berasaskan empat standard kandungan iaitu persepsi

    estetik, aplikasi seni, ekpresi kreatif dan apresiasi seni.

    Sehubungan dengan itu, bagi menyediakan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran

    bahasa seni, kurikulum digubal adalah selaras dengan hasrat untuk melahirkan modal insan

    yang menghargai sejarah seni visual serta memberi sumbangan kepada perkembangan seni

    dan memelihara warisan seni Negara.

    Justeru itu, Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual ini disediakan untuk membantu

    guru mencapai matlamat Kurikulum Standard Pendidikan Seni Visual. Panduan yang

    disediakan ini diharapkan agar guru boleh membina modul untuk melaksanakan aktiviti bagi

    keempat-empat bidang pengajaran dan pembelajaran.

    Akhir kata, BPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua

    yang terlibat dalam penyediaan buku panduan pengajaran ini. Semoga buku ini dapat

    dimanfaatkan oleh semua guru Pendidikan Seni demi mencapai hasrat Kementerian

    Pendidikan Malaysia yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

    Dr. Sariah Binti Abdul Jalil Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

    viii

  • PENDAHULUANPENDAHULUANPENDAHULUAN

    Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) ini memperjelaskan cara

    melaksanakan standard kandungan dan standard pembelajaran dalam aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi merealisasikan hasrat Pendidikan Seni

    Visual. Guru perlu melaksanakan standard kandungan dalam PdP mengikut urutan

    bermula dengan persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni

    bagi memastikan setiap murid menguasai keempat-empat standard kandungan

    dalam penghasilan karya.

    Buku Panduan Pengajaran PSV memberikan cadangan aktiviti untuk guru

    melaksanakan PdP. Guru boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah suai

    aktiviti mengikut kesesuaian dan kebolehan murid. Setiap aktiviti yang dicadangkan

    adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan

    inovatif yang boleh dilaksanakan dalam tempoh satu hingga tiga minggu.

    Kandungan buku ini diorganisasi berasaskan empat modul iaitu Menggambar,

    Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf

    Tradisional. Keseluruhan modul ini mempunyai 12 aktiviti. Setiap aktiviti disusun

    berasaskan 3 komponen. Komponen Satu ialah penerangan awal berhubung dengan

    aktiviti yang hendak dijalankan, Komponen Dua ialah standard kandungan dan

    standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid, dan Komponen Tiga ialah

    cadangan pelaksanaan PdP dan ilustrasi yang perlu dilaksanakan.

    Buku panduan ini diharapkan dapat membantu guru untuk menjana idea melalui

    penggunaan pelbagai media dan teknik pengajaran bagi melaksanakan PdP yang

    lebih menyeronokan, bermakna dan efektif untuk mencapai matlamat dan objektif

    PSV.

    ix

  • OBJEKTIFOBJEKTIFOBJEKTIF

    1. Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual membolehkan guru:

    2. peka dan bertanggungjawab terhadap perkembangan pendidikan negara melalui

    Pendidikan Seni Visual.

    3. mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan melalui

    aktiviti didik hibur sesuai dengan fitrah kanak-kanak. meningkatkan keyakinan diri

    dalam pengajaran secara sistematik dan kreatif .

    4. menyedari adanya pelbagai media dan teknik dalam pengajaran Pendidikan Seni

    Visual.

    5. mengendalikan pentaksiran secara tepat dan jelas.

    6. menghayati warisan budaya bangsa untuk meningkatkan semangat patriotisme.

    7. memperkembangkan kemahiran berfikir dalam situasi dan kehidupan harian ke arah

    pembentukan modal insan

    8. membantu murid dalam penghasilan karya yang lebih bermakna.

    9. menerapkan elemen merentas kurikulum (EMK) dalam pembelajaran dan pengajaran.

    x

  • O R G A N I S A S I K A N D U N G A NO R G A N I S A S I K A N D U N G A NO R G A N I S A S I K A N D U N G A N

    Kandungan buku ini diorganisasi berasaskan empat modul yang mempunyai 12 aktiviti

    (muka surat xiii) Setiap modul disusun berasaskan 3 komponen.

    Komponen SatuKomponen SatuKomponen Satu

    Butiran umum penyataan tentang modul, aktitviti, tema, tajuk, masa, media, bahan

    bantu mengajar dan EMK.

    Komponen DuaKomponen DuaKomponen Dua

    Pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh

    murid iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi seni.

    Komponen TigaKomponen TigaKomponen Tiga

    Cadangan pelaksanaan PdP dan ilustrasi.

    xi

  • xiii

  • KOMPONEN SATU Modul 1 : Menggambar Aktiviti : Lukisan

    Gabungan teknik : Kolaj dan gosokan

    Tema : Alam Semulajadi

    Tajuk : Adik Ku

    Masa : 120 Minit

    Media : Alat : Permukaan yang berjalinan, gunting atau alatan lain

    yang sesuai

    Bahan : kertas lukisan, pensel warna, kertas warna, gam atau

    bahan lain yang sesuai

    Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil lukisan, kolaj dan gosokan

    EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

    KOMPONEN DUA

    A. STANDARD KANDUNGAN

    1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, jalinan, warna dan bentuk

    serta kepelbagaian dan kesatuan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan

    manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan dengan gabungan aktiviti kolaj dan

    gosokan.

    2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan

    teknik dalam penghasilan lukisan dengan gabungan aktiviti kolaj dan gosokan.

    3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan lukisan dengan

    gabungan aktiviti kolaj dan gosokan.

    4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni

    dan budaya

    MENGGAMBARMENGGAMBARMENGGAMBAR

    15

  • KOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGA

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Persepsi Estetik

    Guru menunjukkan gambar dan contoh

    lukisan, kolaj dan gosokan

    Guru menyatakan definisi lukisan, kolaj

    dan gosokan

    Guru bersoal jawab tentang bahasa seni

    visual yang ada pada karya lukisan, kolaj

    dan gosokan

    Aplikasi Seni

    Guru memperkenalkan dan menyatakan media yang

    akan digunakan.

    Guru menunjuk cara melakar gambar portrait mudah

    dengan memberikan penekanan pada komposisi.

    Guru menunjuk cara menghasilkan lukisan dengan

    gabungan aktiviti kolaj dan gosokan.

    16

  • STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Ekspresi Kreatif

    Murid melakar dan menghasilkan karya lukisan

    dengan bimbingan guru.

    Murid menghasilkan karya mengikut kreativiti

    Apresiasi Seni

    Murid mempamerkan karya.

    Murid menceritakan pengalaman proses

    penghasilan karya.

    Memberi ulasan karya

    17

  • MENGGAMBARMENGGAMBARMENGGAMBAR

    KOMPONEN SATU Modul 1 : Menggambar

    Aktiviti : Catan

    Gabungan teknik : Montaj dan cetakan

    Tema : Alam Semula Jadi

    Tajuk : Hidupan dasar Laut

    Masa : 120 Minit

    Media : Alat : berus lukisan, blok cetakan, gunting, palet atau

    alatan lain yang sesuai

    Bahan: kertas lukisan, majalah, cat air atau cat poster atau cat

    tempera, gam atau bahan lain yang sesuai

    Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil catan, montaj, dan cetakan

    EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

    KOMPONEN DUA

    A. STANDARD KANDUNGAN

    1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, jalinan, warna, ,

    imbangan dan penegasan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia

    dan karya seni dalam penghasilan catan dengan gabungan aktiviti montaj dan cetakan.

    2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan

    teknik dalam penghasilan catan dengan gabungan aktiviti montaj dan cetakan.

    3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan catan dengan

    gabungan aktiviti montaj dan cetakan.

    4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni

    dan budaya.

    18

  • KOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGA

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Persepsi Estetik

    Guru menunjukkan gambar dan contoh catan, montaj

    dan cetakan.

    Guru menyatakan definisi catan, montaj dan cetakan.

    Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang

    ada pada karya catan,

    montaj dan cetakan.

    Aplikasi Seni

    Guru memperkenalkan dan menyatakan media yang

    akan digunakan.

    Guru menunjuk cara melakar gambar hidupan dasar

    laut dengan memberikan penegasan pada hal benda.

    Guru menunjuk cara mewarna lakaran menggunakan

    teknik basah atas kering.

    19

  • STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Ekspresi Kreatif

    Murid menghasilkan catan mengikut

    kreativiti dengan bimbingan guru.

    Apresiasi Seni

    Murid mempamerkan karya.

    Murid menceritakan pengalaman proses

    penghasilan karya.

    Memberi ulasan karya

    20

  • MENGGAMBARMENGGAMBARMENGGAMBAR

    KOMPONEN SATU Modul 1 : Menggambar

    Aktiviti : Poster

    Gabungan teknik : Montaj dan kolaj

    Tema : Alam Semula Jadi

    Tajuk : Hargai Kehidupan

    Masa : 120 Minit

    Media : Alat : berus lukisan, palet, gunting atau alatan yang

    sesuai

    Bahan : kertas lukisan, kertas warna, majalah, cat

    poster, gam atau bahan lain yang sesuai

    Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil poster, montaj dan kolaj

    EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

    KOMPONEN DUA A. STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, bentuk,

    penegasan, imbangan, dan kontra yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan

    manusia, dan karya seni dalam penghasilan poster dengan gabungan aktiviti montaj dan

    kolaj.

    2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan

    teknik dalam aktiviti menghasilkan poster dengan gabungan aktiviti montaj dan kolaj.

    3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan poster dengan

    gabungan aktiviti montaj dan kolaj.

    4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni

    dan budaya.

    21

  • KOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGA

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Persepsi Estetik

    Guru menunjukkan contoh poster,

    montaj dan kolaj.

    Guru menyatakan definisi poster

    montaj dan kolaj.

    Guru bersoal jawab tentang bahasa

    seni visual yang ada pada contoh

    poster, montaj dan kolaj.

    Aplikasi Seni

    Guru memperkenalkan media yang digunakan.

    Guru menunjuk cara menghasilkan latar belakang

    bagi menunjukkan unsur ruang.

    Guru menunjuk cara menghasilkan poster dengan

    gabungan aktiviti montaj dan kolaj.

    22

  • STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI

    STANDARD PEMBELAJARAN

    Ekspresi Kreatif

    Murid menghasilkan poster mengikut

    kreativiti dengan bimbingan guru.

    Apresiasi Seni

    Murid mempamerkan karya.

    Murid menceritakan pengalaman proses

    penghasilan karya.

    Memberi ulasan karya

    23

  • KOMPONEN SATU Modul 1 : Menggambar

    Aktiviti : Cetakan

    Gabungan teknik : Mozek dan Stensilan

    Tema : Alam Semula Jadi

    Tajuk : Burung Raja Udang

    Masa : 120 Minit

    Media : Alat : blok cetakan, stensil, gunting atau alatan lain

    yang sesuai

    Bahan : kertas lukisan, oil pastel, cat air, gam atau

    bahan lain yang sesuai

    Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil cetakan, mozek dan stensilan

    EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

    KOMPONEN DUA A. STANDARD KANDUNGAN

    1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, rupa, jalinan, kesatuan,

    kontra, dan kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia

    dan karya seni dalam penghasilan gambar teknik cetakan dengan gabungan aktiviti mozek

    dan stensilan.

    2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan

    teknik dalam penghasilan gambar teknik cetakan dengan gabungan aktiviti mozek dan

    stensilan.

    3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan gambar teknik

    cetakan dengan gabungan aktiviti mozek dan stensilan.

    4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni

    dan budaya.

    MENGGAMBARMENGGAMBARMENGGAMBAR

    24

  • KOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGA

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Persepsi Estetik

    Guru menunjukkan contoh cetakan,

    mozek serta stensilan.

    Guru menyatakan definisi cetakan,

    mozek serta stensilan.

    Aplikasi Seni

    Guru memperkenalkan media yang digunakan.

    Guru meminta murid menyatakan media lain

    yang boleh digunakan.

    Guru menunjuk cara menghasilkan cetakan,

    mozek serta stensilan.

    25

  • STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Apresiasi Seni

    Murid mempamerkan karya.

    Murid menceritakan pengalaman proses

    penghasilan karya serta memberi ulasan.

    26

    Ekspresi Kreatif

    Murid menghasilkan karya pualaman

    mengikut kreativiti dengan bimbingan

  • MEMBUAT CORAK DAN REKAANMEMBUAT CORAK DAN REKAANMEMBUAT CORAK DAN REKAAN

    KOMPONEN SATU Modul 2 : Membuat Corak dan Rekaan

    Aktiviti : Pualaman

    Gabungan teknik : Tiupan serta lipatan dan guntingan

    Tema : Objek Buatan Manusia

    Tajuk : Pasu Hiasan

    Masa : 120 Minit

    Media : Alat : gunting, besin atau alatan lain yang sesuai

    Bahan : Kertas lukisan, cat kilat, gam atau bahan lain yang

    sesuai

    Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil pualaman, tiupan lipatan dan guntingan

    EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

    KOMPONEN DUA

    A. STANDARD KANDUNGAN

    1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, kontra serta ritma

    dan pegerakan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya

    seni dalam penghasilan corak dan rekaan pada pualaman dengan gabungan aktiviti tiupan

    serta lipatan dan guntingan.

    2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan

    teknik dalam penghasilan corak dan rekaan pada pualaman.

    3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan corak dan rekaan

    pada pualaman.

    4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni

    dan budaya.

    27

  • KOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGA

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Persepsi Estetik

    Guru menunjukkan contoh pualaman,

    tiupan serta lipatan dan guntingan.

    Guru menyatakan definisi cetakan

    pualaman, tiupan serta lipatan dan

    guntingan

    Aplikasi Seni

    Guru memperkenalkan media yang digunakan.

    Guru meminta murid menyatakan media lain

    yang boleh digunakan.

    Guru menunjuk cara menghasilkan corak

    pualaman.

    Guru menunjuk cara menghasilkan pualaman

    28

  • STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Ekspresi Kreatif

    Murid menghasilkan karya pualaman

    mengikut kreativiti dengan bimbingan

    guru.

    Apresiasi Seni

    Murid mempamerkan karya.

    Murid menceritakan pengalaman proses

    penghasilan karya serta memberi ulasan.

    29

  • MEMBUAT CORAK DAN REKAANMEMBUAT CORAK DAN REKAANMEMBUAT CORAK DAN REKAAN

    KOMPONEN SATU Modul 2 : Membuat Corak dan Rekaan

    Aktiviti : Ikatan dan celupan

    Gabungan teknik : Resis dan mozek

    Tema : Objek Buatan Manusia

    Tajuk : Cekak Hiasan

    Masa : 120 Minit

    Media : Alat : gelang getah, batu atau alatan lain yang sesuai

    Bahan : kain kapas putih, pewarna kain, manik, lilin atau bahan

    lain yang sesuai

    Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil ikatan dan celupan, resis dan mozek

    EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

    KOMPONEN DUA A. STANDARD KANDUNGAN

    1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, kepelbagaian

    serta ritma dan pegerakan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia

    dan karya seni dalam penghasilan corak dan rekaan pada ikatan dan celupan dengan

    gabungan aktiviti resis dan mozek.

    2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan

    teknik dalam penghasilan corak dan rekaan pada ikatan dan celupan.

    3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan corak dan rekaan

    pada ikatan dan celupan.

    4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni

    dan budaya.

    30

  • KOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGA

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Persepsi Estetik

    Guru menunjukkan contoh ikatan

    dan celupan, resis dan mozek.

    Guru meminta murid menyatakan

    bahasa seni visual yang ada pada

    contoh ikatan dan celupan, resis dan

    mozek.

    Aplikasi Seni

    Guru memperkenalkan media yang digunakan.

    Guru menunjuk cara menghasilkan corak ikatan

    dan celupan.

    Guru menunjuk cara menghasilkan ikatan dan

    celupan dengan gabungan aktiviti resis dan

    mozek.

    31

  • STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Ekspresi kreatif

    Murid menghasilkan karya ikatan dan celupan

    dengan gabungan aktiviti resis dan mozek

    dengan bimbingan guru.

    Apresiasi Seni

    Murid mempamerkan karya.

    Murid menceritakan pengalaman proses

    penghasilan karya serta memberi ulasan.

    32

  • MEMBUAT CORAK DAN REKAANMEMBUAT CORAK DAN REKAANMEMBUAT CORAK DAN REKAAN

    KOMPONEN SATU Modul 2 : Membuat Corak dan Rekaan

    Aktiviti : Renjisan dan percikan Gabungan teknik : Stensilan dan capan

    Tema : Alam Semula Jadi

    Tajuk : Beg kertas

    Masa : 120 Minit

    Media : Alat : berus lukisan, palet, stensil, daun atau alatan lain yang

    sesuai

    Bahan : kertas lukisan, cat air atau bahan lain yang sesuai

    Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil renjisan dan percikan, stensilan serta capan

    EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

    KOMPONEN DUA A. STANDARD KANDUNGAN

    1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, Imbangan,

    kesatuan dan kontra yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan

    karya seni dalam penghasilan corak dan rekaan pada renjisan dan percikan dengan

    gabungan aktiviti stensilan dan capan.

    2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan

    teknik dalam penghasilan corak dan rekaan pada renjisan dan percikan.

    3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan corak dan rekaan

    pada renjisan dan percikan.

    4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni

    dan budaya.

    33

  • KOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGA

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Persepsi Estetik

    Guru menunjukkan contoh renjisan dan

    percikan, stensilan dan capan.

    Guru meminta murid menyatakan bahasa

    seni visual yang ada pada contoh

    renjisan dan percikan, stensilan dan

    capan.

    Aplikasi Seni

    Guru menunjuk cara menghasilkan

    corak renjisan dan percikan.

    Guru menunjuk cara menghasilkan

    renjisan dan percikan dengan

    gabungan aktiviti stensilan dan

    capan.

    34

  • Ekspresi Kreatif

    Murid menghasilkan karya

    Renjisan dan percikan dengan

    gabungan aktiviti Stensilan dan

    capan dengan bimbingan guru.

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Apresiasi Seni

    Murid mempamerkan karya.

    Murid menceritakan pengalaman proses

    penghasilan karya serta memberi ulasan.

    35

  • KOMPONEN SATU Modul 3 : Membentuk dan Membuat Binaan

    Aktiviti : Mobail

    Gabungan teknik : Lukisan dan origami

    Tema : Alam Semula Jadi

    Tajuk : Rama - rama

    Masa : 120 Minit

    Media : Alat : gunting, pembaris atau alatan lain yang sesuai

    Bahan : kertas, pensel warna, tali, dawai atau bahan lain yang

    sesuai

    Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil mobail, lukisan dan origami

    EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

    KOMPONEN DUA A. STANDARD KANDUNGAN

    1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, ruang, Imbangan serta

    ritma dan pegerakan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan

    karya seni dalam penghasilan mobail dengan gabungan aktiviti lukisan dan origami.

    2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan

    teknik dalam penghasilan mobail.

    3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan mobail.

    4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah

    seni dan budaya.

    MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANMEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANMEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

    36

  • KOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGA

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Persepsi Estetik

    Guru menunjukkan contoh mobail,

    lukisan dan origami.

    Guru bersoal jawab tentang bahasa

    seni visual yang ada pada contoh

    mobail, lukisan dan origami.

    Guru menyatakan definisi mobail,

    lukisan dan origami.

    Aplikasi seni

    Guru memperkenalkan media yang

    digunakan.

    Guru meminta murid menyatakan media lain

    yang boleh digunakan.

    37

  • STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Ekspresi Kreatif

    Murid menghasilkan karya mobail

    mengikut kreativiti dengan bimbingan

    guru.

    Apresiasi Seni

    Murid mempamerkan karya.

    Murid menceritakan pengalaman proses

    penghasilan karya.

    Memberi ulasan karya

    38

  • MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANMEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANMEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

    KOMPONEN SATU Modul 3 : Membentuk dan Membuat Binaan

    Aktiviti : Diorama

    Gabungan teknik : Model dan catan

    Tema : Objek Buatan Manusia

    Tajuk : Kota Metropolitan

    Masa : 120 Minit

    Media : Alat : gunting, berus lukisan atau alatan lain yang sesuai

    Bahan : kertas lukisan, cat poster, gam, kotak atau bahan lain

    yang sesuai.

    Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil diorama, model dan catan

    EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

    KOMPONEN DUA A. STANDARD KANDUNGAN

    1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, ruang, penegasan

    serta kepelbagaian dan kesatuan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan

    manusia dan karya seni dalam penghasilan diorama dengan gabungan aktiviti model dan

    catan.

    2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan

    teknik dalam penghasilan diorama.

    3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan diorama.

    4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni

    dan budaya

    39

  • KOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGA

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Persepsi Estetik

    Guru menunjukkan contoh diorama,

    model dan catan.

    Guru bersoal jawab tentang bahasa

    seni visual yang ada pada contoh

    diorama, model dan catan.

    Guru menyatakan definisi diorama,

    model dan catan.

    Aplikasi Seni

    Guru memperkenalkan media yang

    digunakan.

    Guru meminta murid menyatakan media

    lain yang boleh digunakan.

    Guru menunjuk cara menghasilkan diorama

    dengan gabungan aktiviti model dan catan.

    40

  • STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Ekspresi Kreatif

    Murid menghasilkan karya diorama

    mengikut kreativiti dengan bimbingan

    guru.

    Apresiasi Seni

    Murid mempamerkan karya.

    Murid menceritakan pengalaman proses

    penghasilan karya.

    Memberi ulasan karya

    41

  • MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANMEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANMEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

    KOMPONEN SATU Modul 3 : Membentuk dan Membuat Binaan

    Aktiviti : Stabail Gabungan teknik : Mozek dan boneka

    Tema : Objek Buatan Manusia

    Tajuk : Boneka

    Masa : 120 Minit

    Media : Alat : gunting atau alatan lain yang sesuai

    Bahan : bahan kutipan atau bahan lain yang sesuai

    Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil stabail, mozek dan boneka

    EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

    KOMPONEN DUA A. STANDARD KANDUNGAN

    1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, ruang, imbangan,

    kepelbagaian serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada alam semula jadi, objek

    buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan stabail dengan gabungan aktiviti

    mozek dan boneka.

    2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan

    teknik dalam penghasilan stabail.

    3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan stabail.

    4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni

    dan budaya.

    42

  • 43

    KOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGA

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Persepsi Estetik

    Guru menunjukkan contoh stabail,

    mozek dan boneka.

    Guru bersoal jawab tentang bahasa

    seni visual yang ada pada contoh

    stabail, mozek dan boneka.

    Guru menyatakan definisi stabail,

    mozek dan boneka.

    Aplikasi Seni

    Guru memperkenalkan media yang

    digunakan.

    Guru meminta murid menyatakan media lain

    yang boleh digunakan.

    Guru menunjuk cara menghasilkan stabail

    dengan gabungan aktiviti mozek dan boneka.

  • 44

    STANDARD PEMBELAJARAN

    ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Ekspresi Kreatif

    Murid menghasilkan stabail mengikut

    kreativiti dengan bimbingan guru.

    Apresiasi Seni

    Murid mempamerkan karya.

    Murid menceritakan pengalaman proses

    penghasilan karya.

    Memberi ulasan karya

  • KOMPONEN SATU Modul 4 : Mengenal Kraf Tradisional

    Aktiviti : Alat pertahanan diri

    Gabungan teknik : Ukiran dan tekat

    Tema : Objek Buatan Manusia

    Tajuk : Terabai

    Masa : 120 Minit

    Media : Alat : gunting atau alatan lain yang sesuai

    Bahan : kayu atau kad board atau mounting board, benang

    atau bahan lain yang sesuai

    Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil alat pertahanan diri serta ukiran dan tekat

    EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

    KOMPONEN DUA A. STANDARD KANDUNGAN

    1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, rupa, warna, kontra dan

    harmoni yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni

    dalam penghasilan stabail dengan gabungan aktiviti ukiran dan tekat.

    2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan

    teknik dalam penghasilan alat pertahanan diri.

    3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan alat pertahanan

    diri.

    4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni

    dan budaya.

    MENGENAL KRAF TRADISIONALMENGENAL KRAF TRADISIONALMENGENAL KRAF TRADISIONAL

    45

  • KOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGA

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Persepsi Estetik

    Guru menunjukkan contoh alat

    pertahanan diri, ukiran dan

    tekat.

    Guru bersoal jawab tentang

    bahasa seni visual yang ada

    pada contoh alat pertahanan

    diri, ukiran dan tekat.

    Guru menyatakan definisi alat

    pertahanan diri, ukiran dan

    tekat

    Aplikasi Seni

    Guru memperkenalkan media yang digunakan.

    Guru meminta murid menyatakan media lain

    yang boleh digunakan.

    Guru menunjuk cara menghasilkan alat

    pertahanan diri, ukiran dan tekat.

    46

  • STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Ekspresi Kreatif

    Murid menghasilkan alat pertahanan diri

    mengikut kreativiti dengan bimbingan guru.

    Apresiasi Seni

    Murid mempamerkan karya.

    Murid menceritakan pengalaman proses

    penghasilan karya.

    Memberi ulasan karya

    47

  • MENGENAL KRAF TRADISIONALMENGENAL KRAF TRADISIONALMENGENAL KRAF TRADISIONAL

    KOMPONEN SATU Modul 4 : Mengenal Kraf Tradisional

    Aktiviti : Alat domestik

    Gabungan teknik : Batik dan anyaman

    Tema : Objek Buatan Manusia

    Tajuk : Tudung Saji

    Masa : 120 Minit

    Media : Alat : berus, palet, gunting atau alatan lain yang sesuai

    Bahan : kertas warna, gam atau bahan lain yang sesuai

    Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil alat domestik batik dan anyaman

    EMK : Keusahawanan, TMK, Kreativiti dan Inovasi

    KOMPONEN DUA A. STANDARD KANDUNGAN

    1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, bentuk, jalinan, imbangan dan

    kesatuan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni

    dalam penghasilan alat domestik dengan gabungan aktiviti batik dan anyaman.

    2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan

    teknik dalam penghasilan alat domestik.

    3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan alat domestik.

    4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni

    dan budaya.

    48

  • KOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGAKOMPONEN TIGA

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Persepsi Estetik

    Guru menunjukkan contoh alat

    domestik, batik dan anyaman.

    Guru bersoal jawab tentang bahasa

    seni visual yang ada pada contoh

    alat domestik, batik dan anyaman.

    Guru menyatakan definisi alat

    domestik, batik dan anyaman.

    Aplikasi Seni

    Guru memperkenalkan media yang digunakan.

    Guru meminta murid menyatakan media lain

    yang boleh digunakan.

    Guru menunjuk cara menghasilkan alat

    domestik dengan gabungan aktiviti batik dan

    anyaman.

    49

  • STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    ILUSTRASI AKTIVITI STANDARD PEMBELAJARAN

    Ekspresi Kreatif

    Murid menghasilkan alat domestik

    mengikut kreativiti dengan bimbingan

    guru.

    Apresiasi Seni

    Murid mempamerkan karya.

    Murid menceritakan pengalaman proses

    penghasilan karya.

    Memberi ulasan karya

    50

  • PENGURUSAN PAMERANPENGURUSAN PAMERANPENGURUSAN PAMERAN Persepsi Estetik

    Guru bersoal jawab tentang prosedur pengurusan pameran

    a) Pembentukan jawatankuasa pameran b) Penentuan tarikh, masa dan tempat pameran c) Pemilihan karya d) Susun atur karya pameran e) Kapsyen karya pameran f) Pengurusan semasa pameran g) Pengurusan selepas pameran

    Aplikasi Seni

    Murid mengaplikasikan prosedur pengurusan sebelum pameran

    a) Melantik ahli jawatankuasa pameran b) Menentukan tarikh, masa dan tempat pameran

    Ekspresi Kreatif

    Murid mengaplikasikan prosedur pengurusan serta menzahirkan idea dalam melaksanakan pameran mengikut prosedur.

    a) Memilih karya b) Menyusun atur karya c) Menyediakan kapsyen karya d) Melaksanakan tugasan semasa dan selepas pameran

    Apresiasi Seni

    Murid menceritakan pengalaman proses penghasilan karya.

    Memberi ulasan serta refleksi dengan menceritakan pengalaman

    melaksanakan pameran.

    51

  • ILUSTRASI PAMERANILUSTRASI PAMERANILUSTRASI PAMERAN

    52

  • 53

  • PENGHARGAANPENGHARGAANPENGHARGAAN

    PENYUMBANG:

    Penasihat Dr. Masnah Binti Ali Muda Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum

    Penasihat Editor Mohamed Salim Bin Taufix Rashidi Bahagian Pembangunan Kurikulum Editor Muhd. Nizam Bin Mohd. Yusoff Bahagian Pembangunan Kurikulum Mohd Shazlan Bin Shahudin Bahagian Pembangunan Kurikulum Penulis

    Salleh Bin Ismail IPGM Kampus Ipoh Mazlan Bin Abu Bakar IPGM Kampus Raja Melewar Mohd Razali Bin Jaafar IPGM Kampus Ipoh Cik Zaharah Binti Mohamad IPGM Kampus Ilmu Khas Mohd Nor Nizam Bin Ramli Bahagian Pembangunan Kurikulum

    Che Yan Binti Hussain SK Padang Pusing, Pendang, Kedah Shamshul Kamariah Binti Yaacob SK Seri Anggerik, Cheras, Kuala Lumpur Zainab Binti Samian SK Merpati Sandakan, Sandakan, Sabah Nor Khalid Bin Musi SK Seri Nasib Baik, Batu Pahat, Johor Marhaini Binti Mohamed SK Dato Onn Jaafar, Batu Pahat, Johor Mohd Azahar Bin Mohd Khalid SK Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur Siti Sakinah Binti Ismail SK Puchong Perdana, Selangor Zarulhuda Binti Hj Kamarudin SK Desa Pinggiran Putra, Selangor Reka Bentuk Grafik dan Susun Atur Amli Shah Bin Fuad Shah SK Seksyen 6 Kota Damasara, Selangor Norshila Binti Shafie SK Bandar Tun Razak 2, Kuala Lumpur Mohd Azahar Bin Mohd Khalid SK Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur Mohamad Fhaizul Bin M.Bukhori SK Bandar Sunway, Selangor Ilustrator Mohamad Adillas Bin Ahmad Fesol Bahagian Pembangunan Kurikulum

    Mohd Nazri Bin Mohd Yusop SK Pengkalan, Perak Azam Fansuri Bin Aziz SK Bandar Puteri Jaya, Kedah

    Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah Tahun 6 ini.

    54

  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

    ARAS 4-8, BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917

    http//www.moe.gov.my/bpk