5. topik 1 - hbms3103

10

Click here to load reader

Upload: grapok

Post on 18-Jun-2015

360 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5. Topik 1 - HBMS3103

PENGENALAN

Dalam gubahan muzik, satu idea yang baik adalah untuk memasukkan beberapa not hiasan bagi menjadikan sesuatu bahagian (parts) dalam pergerakan harmoni itu lebih menarik. Bagi memudahkan proses memasukkan not hiasan, tuliskan dahulu pergerakan kord dan kemudian masukkan not hiasan pada tempat yang difikirkan sesuai. Not yang digunakan sebagai hiasan dalam sesuatu gubahan muzik adalah not bukan harmoni atau non-harmony note. Non-harmony note atau juga disebut non-harmonic tone, atau juga non-chord tone, adalah not yang tidak terdapat di dalam sesuatu kord. Ia selalunya bersifat kromatik dan diletakkan di antara pergerakan kord. Di antara contoh-contoh not hiasan yang biasa digunakan adalah passing notes, suspensions, auxiliary notes dan appoggiaturas. Not-not hiasan ini akan dibincangkan dalam topik ini.

NOT-NOT HIASAN I

Sebelum meneruskan penjelasan tentang contoh-contoh not hiasan, anda perlu memahami terlebih dahulu konsep ÂaccentedÊ dan ÂunaccentedÊ serta konsep step atau leap.

1.1

TTooppiikk  11 Bahasa Muzik

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Membincangkan beberapa bahasa muzik yang biasa digunakan dalam skor;

2. Menganalisa not-not hiasan yang terdapat dalam skor muzik; dan

3. Mengaplikasikan pemahaman tentang not-not hiasan dengan meletakkan not-not hiasan tertentu ke dalam skor yang diberi.

Page 2: 5. Topik 1 - HBMS3103

TOPIK 1 BAHASA MUZIK

2

Accented boleh memberi dua makna. Pertama, bilamana setiap detik mempunyai pergerakan kord yang berbeza, accented bermaksud Âon the beatÊ. Kedua, bilamana sesuatu harmoni itu berpanjangan lebih dari satu detik maka accented bermaksud Âon a strong beatÊ (contoh detik yang kuat atau strong beat dalam tanda masa 4/4 adalah pada detik pertama dan ketiga). Unaccented pula adalah sebaliknya. Bilamana setiap detik mempunyai pergerakan kord yang berbeza, unaccented bermaksud 'off the beat' dan apabila sesuatu harmoni itu berpanjangan, unaccented 'on a weak beat' (detik yang lemah atau weak beats dalam tanda masa 4/4 adalah pada detik kedua dan keempat). Satu step adalah jeda kedua, sama ada major atau minor. Biasanya ia bersifat satu diatonic step, bermaksud not yang paling hampir dengan not yang terdapat dalam kord atau nada sama ada ianya satu ton atau semiton. ÂLeapÊ pula adalah sebarang jeda ketiga atau lebih.

1.1.1 Not Passing

Not Passing atau Passing note adalah not bukan harmoni yang terdapat di antara dua not yang bergerak secara stepwise dalam sesebuah bahagian gubahan lagu. Selalunya passing note adalah penghubung di antara satu jeda melodi ketiga dalam salah satu suara-suara yang ditulis. Dalam erti kata lain, not passing kelihatan apabila sesuatu melodi bergerak selangkah dari satu kord ton ke kord ton yang lain melalui satu not transisi yang bersifat dissonant dengan kord yang ada. Not dissonant selalunya mengarah kepada voice leading note. Passing note terbit pada bahagian unaccented dalam bar, oleh itu not dissonant tersebut tidaklah bersifat prominent atau penting. Contoh passing note (tanda *):

(a)

Page 3: 5. Topik 1 - HBMS3103

TOPIK 1 BAHASA MUZIK 3

(b)

1.1.2 Not Accented Passing

Not Accented passing boleh dikenal pasti apabila bunyi dissonant yang berlaku pada weak beat. Sesuatu not itu dilabelkan sebagai not accented passing sekiranya:

(a) Ia jatuh Âon the beatÊ dengan nada kord yang sama;

(b) Ia adalah note non-harmony; dan

(c) Ia terdapat dalam satu stepwise melodi. Contoh:

1.1.3 Not Changing

Not Changing atau 'changing tones' dikesan apabila terdapat double appoggiatura yang menjurus kepada on chord resolution note. Changing note melibatkan empat not yang mana not pertama dan not keempat adalah sama. Di tengah-tengahnya terdapat dua not yang tidak terdapat dalam kord yang bersifat satu langkah ke bawah dan satu langkah ke atas yang mempunyai jeda ketiga. Not kedua adalah unaccented,

Page 4: 5. Topik 1 - HBMS3103

TOPIK 1 BAHASA MUZIK

4

manakala not ketiga boleh jadi accented atau unaccented. Changing note juga kadangkala dirujuk sebagai 'double auxiliary noteÊ. Contoh changing note:

NOT-NOT HIASAN II 1.2

1.2.1 Not Auksiliari

Not auksiliari atau auxiliary note juga dikenali sebagai neighbours note. Auxiliary not dimasukkan di antara dua not yang bersebelahan yang mempunyai pic yang sama. Auxiliary note boleh diletakkan sama ada di sebelah atas atau bawah not yang berturut tersebut. Ia biasanya bersifat unaccented, tetapi kadang-kadang ianya dijumpai bersifat accented. Auxiliary note boleh bergerak sama ada satu ton atau semiton; atau diatonik atau kromatik. Terdapat istilah Chromatic Auxiliary Note apabila not yang digunakan tidak terdapat dalam skel nada lagu tersebut. Apabila auxiliary note berada di atas harmony note, ianya dipanggil Upper Auxiliary Note, manakala apabila ia di bawah ia digelar Lower Auxiliary Note. Upper auxiliary notes selalunya diatonik dan lower auxiliary notes boleh jadi sharp chromatic bukannya flat chromatic. Contoh auxiliary note:

Page 5: 5. Topik 1 - HBMS3103

TOPIK 1 BAHASA MUZIK 5

1.2.2 Not Anticipation

Anticipation adalah unaccented note yang pendek/cepat. Ia dimainkan dengan segera sebelum not berikutnya yang sama pic dengannya. Not yang sebelum anticipation ini biasanya diatonic step atas atau bawah. Anticipation juga berlaku apabila satu not dimainkan sebelum kord tertentu tetapi not tersebut kepunyaan kord itu. Contoh anticipation:

1.2.3 Suspension

Terdapat tiga peringkat dalam pembentukan suspension not tetapi not tersebut mestilah berada dalam bahagian yang sama.

(a) Preparation: Not Suspended mesti terdapat dalam kord yang berikutnya sebagai satu konsonan di dalam sesuatu bahagian.

(b) Suspension: Terjadi perubahan kord tetapi not yang dipanjangkan tadi berada dalam bahagian yang sama dan secara tidak langsung membentuk satu accented dissonance.

(c) Resolution: Not Suspended bergerak ke bawah satu diatonic step menuju ke satu unaccented consonance.

Biasanya suspension dan resolution terjadi dalam kord yang sama.

Page 6: 5. Topik 1 - HBMS3103

TOPIK 1 BAHASA MUZIK

6

Contoh suspensions:

AKTIVITI 1.1

1. Analisa skor di bawah dan nyatakan not hiasan yang digunakan.

(a)

(b)

(c)

(d)

Page 7: 5. Topik 1 - HBMS3103

TOPIK 1 BAHASA MUZIK 7

(e)

(f)

(g)

(h)

(i)

2. Hiaskan skor di bawah dengan not hiasan yang tertentu:

(a) Passing note

Accented passing note

(b)

Page 8: 5. Topik 1 - HBMS3103

TOPIK 1 BAHASA MUZIK

8

Changing note (c)

(d) Upper auxiliary note

(e) Anticipation

(f) Suspension

Page 9: 5. Topik 1 - HBMS3103

TOPIK 1 BAHASA MUZIK 9

Not hiasan menjadikan sesuatu bahagian dalam pergerakan harmoni itu

lebih menarik.

Not yang digunakan sebagai hiasan dalam sesuatu gubahan muzik adalah not bukan harmoni atau non-harmony note.

Sebagai hiasan, not bukan harmoni atau non-harmony note atau non-chord tone adalah not yang tidak terdapat di dalam sesuatu kord yang selalunya bersifat kromatik dan diletakkan di antara pergerakan kord.

Satu pergerakan adalah berjarak satu semiton. Pergerakan ÂLeapÊ adalah sebarang jeda ketiga atau lebih.

Not Passing atau Passing note adalah penghubung di antara satu interval melodik atau melodic interval ketiga dalam salah satu suara-suara yang ditulis.

Not Accented passing boleh dikenal pasti apabila bunyi dissonant yang berlaku pada detik yang lemah.

Changing note atau 'changing tones' dikesan apabila terdapat double appoggiatura yang menjurus kepada on chord resolution note.

Not Auxiliary dimasukkan di antara dua not yang bersebelahan yang mempunyai pic yang sama.

Accented passing note

Anticipation

Auxiliary note

Changing note

Leap

Non-harmonic tone

Not hiasan

Passing note

Preparation

Solution

Stepwise

Suspension

Page 10: 5. Topik 1 - HBMS3103

TOPIK 1 BAHASA MUZIK

10

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan pelajaran kurikulum

bersepadu pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.