5 sikap negatif yang boleh menghancurkan bisnes kereta sewa anda

7

Upload: kereta-sewa-tawau-j3

Post on 21-Mar-2017

576 views

Category:

Small Business & Entrepreneurship


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5 Sikap Negatif Yang Boleh Menghancurkan Bisnes Kereta Sewa Anda
Page 2: 5 Sikap Negatif Yang Boleh Menghancurkan Bisnes Kereta Sewa Anda

Sikap TERLALU BERKIRA

Kalau mahu jadi pengusaha bisnes kereta sewa yang berjaya lagi sukses, jangan sekali-

kali berkira dengan pelanggan. Ini bukan soal duit saja, tapi dari segi servis. Contohnya

ada pelanggan pulangkan kereta di tempat anda tapi pelanggan tersebut tiada transport

untuk dipakai pulang, jangan berkira sangat. Hantarlah dia ke stesen bas/teksi yang

berhampiran. Kalau rumahnya dekat sahaja, hantarlah pulang ke rumah. Dan kalau hantar

tu, janganlah caj pulak ya. Kejam sangat tu.

Page 3: 5 Sikap Negatif Yang Boleh Menghancurkan Bisnes Kereta Sewa Anda

Sikap EGO

Sikap ini bakal memusnahkan bisnes kereta sewa anda. Untuk makluman. yang sewa

kereta ni terdiri dari pelbagai jenis manusia. Ada yang org high profile, ada yang kerja kem

saja. Tapi mereka semua ada satu persamaan, kalau mereka tidak puashati dengan kereta

anda atau servis anda, bersedia la kena ‘bash’ atau kena maki hamun kaw-kaw punya.

Tapi jangan ego, jangan pernah terfikir yang anda sudah pandai, kaya, ada kerja bagus,

ada master degree maka anda tidak boleh kena marah oleh pelanggan yang kerja kem

saja. Buang ego itu dan terima la kemarahan pelanggan itu dan tanganinya dengan cara

yang merendah diri. Buang ego itu ok.

Page 4: 5 Sikap Negatif Yang Boleh Menghancurkan Bisnes Kereta Sewa Anda

Sikap PEMARAH

Kalau anda ada sikap ini, percayalah, satu kali saja tu kereta anda akan disewa oleh

pelanggan tersebut, next time confirm dia akan pergi tempat lain. Contohnya, pada satu

hari kereta anda telah di book selama 7 hari. Orang ni confirm sudah. Dua hari sebelum

sewa bila di sms pun dia cakap ok, confirm. Kemudian anda pun hantar kereta di airport

pada hari yang dijanjikan. Tunggu punya tunggu punya tunggu, si penyewa tidak muncul.

Bila di call dia cakap, “owh.. sori bos ku, ada saudaraku bagi pinjam keretanya. Ndak jadi

ku sewa kereta mu” Perlukah anda meletup dan maki hamun penyewa tersebut? Tak perlu.

Cakap saja, ok bos, tq… lain kali kalau mau pakai kereta bagi tau la. Lepas tu blacklist

nombornya (gurau je) yang penting anda jangan marah.

Kedua, kalau tengah malam penyewa call marah-marah macam mau gila sudah, dan

cakap aircond kereta mati (mungkin masalah wiring) dan dia mau tukar kereta NOW, iaitu

pada jam 2 pagi. Anda tak perlulah bertengkar dengan dia. Cakaplah baik2, kami

beroperasi sampai jam sekian-sekian saja sir/madam (panggil begitu supaya hatinya

senang). Pekerja pun tidur sudah ni. Esok pagi la kami tengok kereta itu ya. Bagitau begitu,

yang penting jangan marah.

Page 5: 5 Sikap Negatif Yang Boleh Menghancurkan Bisnes Kereta Sewa Anda

Sikap SOMBONG

Ini memang confirm kena benci la ni kalau sombong dengan pelanggan. Contohnya dia

mau sewa kereta WAJA la kan. Tapi dia mau bayar murah, sebab duitnya tak cukup.

Janganlah sombong dan cakap “kalau tiada duit, tak payah sewa” atau paling worst,

langsung senyap tak balas sms/whatsapp semasa pelanggan cuba nego-nego dan merayu

minta murah. Sekurang-kurangnya bagi tau mereka yang harga anda tawarkan adalah

berpatutan kerana…. dot.. dot…dot…. tak payah lah pertikaikan kemampuan pelanggan

untuk membayar. Kadang-kadang mereka tu memang loaded dan anak jutawan, tapi saja

je tu nak saiko kita.

Page 6: 5 Sikap Negatif Yang Boleh Menghancurkan Bisnes Kereta Sewa Anda

Sikap PEMBOHONG

Dalam iklan tertulis bahawa sewa adalah RM90/hari. Tapi bila pelanggan pulangkan lepas

sehari pinjam, anda caj dia RM160. Alasannya sebab sudah lebih masa. Sedangkan dalam

iklan, dalam resit, dan semasa anda bagi kereta langsung tak mention extra caj kalau lebih

masa. Time pelanggan pulangkan kereta barulah anda sibuk nak cakap. Ini bermaksud

anda telah berbohong pada pelanggan dan over-charge. Sudahlah berbohong, anda paksa

lagi dia kasi keluar duit di mesin ATM sebab bayaran tak mencukupi. Memang confirm

anda akan dikenang sepanjang masa dengan perasaan yang geram dan akan diviralkan di

facebook, twitter, instagram, pinterest, tumblr, youtube dan whatsapp selama sebulan

berturut-turut. Jadi jangan berbohong dengan pelanggan, akibatnya adalah fatal.

Page 7: 5 Sikap Negatif Yang Boleh Menghancurkan Bisnes Kereta Sewa Anda