5. pemilihan teknik

3
Setelah menentukan cat yang akan digunakan, saya akan menggunakan teknik melembut atau scumbling dan teknik hard edge untuk mewarnakan karya saya. Dalam teknik melembut, warna disapu secara opaque ke atas lapisan yang sebelumnya yang mana boleh disapu secara rata, lut sinar atau impasto. Ciri penting dalam teknik ini ialah bahagian yang tidak dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza. Teknik scrumbling ini boleh diperolehi dengan cara menyapu warna terang atas permukaan gelap atau gelap atas permukaan gelap. Ia boleh diaplikasikan dengan menggunakan berus atau tompokan dengan kain buruk atau jari. Pada bahagian kayu dalam karya yang dipilih, saya akan

Upload: png-fei-mun

Post on 15-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

teknik catan

TRANSCRIPT

Setelah menentukan cat yang akan digunakan, saya akan menggunakan teknik melembut atau scumbling dan teknik hard edge untuk mewarnakan karya saya. Dalam teknik melembut, warna disapu secara opaque ke atas lapisan yang sebelumnya yang mana boleh disapu secara rata, lut sinar atau impasto. Ciri penting dalam teknik ini ialah bahagian yang tidak dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza. Teknik scrumbling ini boleh diperolehi dengan cara menyapu warna terang atas permukaan gelap atau gelap atas permukaan gelap. Ia boleh diaplikasikan dengan menggunakan berus atau tompokan dengan kain buruk atau jari. Pada bahagian kayu dalam karya yang dipilih, saya akan menggunakan teknik hard edge. Teknik ini mempunyai gubahan yang teratur dan mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat.Catan kelihatan seolah-olah dipotong dan biasanya pengkarya menggunakan masking tape untuk memisahkan warna-warna yang disapu.

Saya akan menggunakan cat akrilik sebagai media utama dalam penghasilan karya saya. Cat akrilik ialah sejenis cat yang cepat mengering dan mengandungi pigmen pengantungan dalam polimer emulsi akrilik. Cat akrilik boleh dicairkan dengan air, tetapi menjadi kalis air apabila kering. Warna yang dihasilkan bergantung kepada berapa cat dicairkan dengan air atau diubah suai dengan gel media. Lukisan akrilik yang siap boleh menyerupai cat air atau lukisan minyak dan mempunyai ciri-ciri unik berbanding dengan media lain. Cat akrilik adalah cat yang cepat kering ketika mencampur warna jadi haruslah dilakukan dengan cepat. Kelebihan cat akrilik adalah dapat digunakan di pelbagai media lukis sama ada di atas kertas atau kanvas. Cat akrilik juga dapat memberi kesan timbul atau relief pada lukisan. Caranya adalah melukis lapisan dasar berulang kali. Setelah lapisan kering tambahkan lapisan berikutnya, warna yang dihasilkan oleh cat akrilik cenderung memberikan ketajaman. Untuk menghasilkan warna tampak lebih lembut, tambahkan air dan campurkan dengan cat warna putih.

Setelah menentukan cat yang akan digunakan, saya akan menggunakan teknik impasto untuk mewarnakan karya saya. Impasto adalah teknik lukisan di mana cat dilapiskan dengan sangat tebal di atas kanvas sehingga hasil kesan timbul iaitu tiga dimensi dan arah goresan sangat mudah terlihat. Cat yang digunakan biasa pula tercampur di atas kanvas. Apabila kering, teknik impasto akan menghasilkan tekstur yang jelas sehingga kesan kehadiran objek lebih terasa. Impasto akan memberikan dua kesan iaitu yang pertama akan memberikan kesan pantulan cahaya yang berbeza berbanding dengan sapuan cat minyak yang biasa. Kesan yang kedua ialah dapat memberikan kesan ekspresi yang lebih kuat.