5 kelebihan bahan bercetak

3
Nama: 1. Siti Salwa binti Samsudin 2. Nur Hidayatul Hafizah bt Kasnon Soalan: 5 kelebihan dan 5 kekurangan bahan bercetak. Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, jurnal, surat, berita, peta, surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau gambar. Gagne telah memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai untuk murid-murid Kepentingan menggunakan bahan cetak ini ialah mewujudkan rangsangan awal kepada murid untuk mempelajari topik tersebut. Rangsangan awal yang diwujudkan melibatkan rangsangan deria mata dan tangan. Kanak-kanak lumrahnya akan tertarik dengan pelbagai warna dan bentuk yang berwarna warni, mereka juga mempunyai tahap inkuiri yang tinggi untuk meneroka sesuatu yang berada di hadapan mereka. Oleh itu, penggunaan bahan bercetak seperti buku teks boleh membantu merangsang minat murid dan perasaan inkuiri murid dengan pelbagai gambar yang menarik dan dapat dipegang oleh mereka sendiri. Ini dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada

Upload: salwa-samsudin

Post on 05-Dec-2014

269 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5 kelebihan bahan bercetak

Nama: 1. Siti Salwa binti Samsudin2. Nur Hidayatul Hafizah bt Kasnon

Soalan: 5 kelebihan dan 5 kekurangan bahan bercetak.

Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah

didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran

tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti

buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, jurnal, surat,

berita, peta, surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini

mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau gambar. Gagne

telah memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran

yang paling sesuai untuk murid-murid

Kepentingan menggunakan bahan cetak ini ialah mewujudkan

rangsangan awal kepada murid untuk mempelajari topik tersebut. Rangsangan

awal yang diwujudkan melibatkan rangsangan deria mata dan tangan. Kanak-

kanak lumrahnya akan tertarik dengan pelbagai warna dan bentuk yang

berwarna warni, mereka juga mempunyai tahap inkuiri yang tinggi untuk

meneroka sesuatu yang berada di hadapan mereka. Oleh itu, penggunaan

bahan bercetak seperti buku teks boleh membantu merangsang minat murid dan

perasaan inkuiri murid dengan pelbagai gambar yang menarik dan dapat

dipegang oleh mereka sendiri. Ini dapat memberi pengalaman yang bermakna

kepada murid. Contohnya gambar seperti rajah kitaran hujan akan menunjukkan

proses yang berlaku sehingga terbentuknya air hujan. Dengan berpandukan

gambar rajah tersebut, murid akan tertarik untuk melihat satu persatu proses

berlakunya hujan berbanding mereka perlu membaca satu persatu proses

berlaku dalam bentuk ayat atau penulisan. Setelah mereka mendapat

pengetahuan awal berkenaan gambar tersebut, kebiasaannya barulah mereka

meneruskan pembacaan yang menarik minat mereka untuk mengetahui lebih

lanjut. Maka salah satu kelebihan menggunakan bahan bercetak telah dibuktikan

dapat menarik minat murid untuk menerokai gambar-gambar tersebut.

Page 2: 5 kelebihan bahan bercetak

Selain itu, penggunaan bahan bercetak juga boleh menjimatkan masa

dan dibawa kemana-mana sahaja. Contohnya poster, seandainya guru ingin

mengadakan kelas di dalam bilik interaksi di perpustakaan, dengan

menggunakan poster sebagai sumber pengajaran, dan sifat poster yang ringan,

mudah dibawa, tidak mudah rosak memudahkan urusan guru untuk

memindahkan bahan tersebut ke bilik interaksi daripada meja beliau di dalam

bilik guru dan pembalajaran masih dapat diteruskan seperti biasa.

Tambahan pula, bahan bercetak juga lebih murah kosnya berbanding

bahan bersumberkan komputer yang memerlukan kos yang besar untuk

mengendalikannya. Guru tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk

menyediakan bahan pembelajaran, contohnya guru ingin menyediakan teks

cerita pendek untuk muridnya, guru boleh mencetak ke kertas lain dalam kuantiti

yang di perlukan dan mengedarkannya kepada murid-murid. Cara ini bukan

sahaja menjimatkan kos malahan boleh menjimatkan masa yang diperlukan

untuk menyediakan bahan.

Selain kelebihannya menjimatkan, baha bercetak juga lebih mudah

untuk dirujuk. Contoh bahan ialah surat majalah, guru ingin mengajar topik

menjaga kebersihan diri, dalam ruangan kandungan guru boleh merujuk muka

surat yang dikehendaki untuk melihat artikel yang berkaitan. Cara ini akan

memudahkan lagi urusan guru kerana masa untuk mencari bahan dapat di

singkatkan dan penumpuan terhadapt pembelajaran dapat di tingkatkan.

Bahan bercetak juga tahan lama, contohnya buku-buku, majalah, boleh

digunakan untuk jangka masa yang panjang. Bahan seperti ini juga guru boleh

gunakan pada bila-bila masa, dengan murid kelas berlainan dan pada tahun

berlainan. Contohnya, guru menggunakan contoh surat kiriman rasmi sebagai

sumber pengajaran dan pembelajaran di kelas 4 Amanah, dan dalam masa yang

sama semasa mengajar di kelas 4 Cergas, guru boleh menggunakan bahan

yang sama untuk menunjukkan kepada murid contoh surat kiriman rasmi.