5 bendalir badan, aplikasi dan taharah (2)

6
Penetapan Hukum MASALAH HAID 1. Bagaimana sekiranya remaja perempuan berusia 16 tahun masih tidak didatangi haid sedangkan keadaan fizikal menunjukkan tanda-tanda seksual sekunder dan tanda-tanda prahaid setiap bulan? Disarankan berjumpa doktor. Remaja berkenaan mungkin mengalami masalah contohnya imperforate hymen. Doktor akan membuat bukaan pada selaput dara (hymen) bagi mengalirkan darah haid yang terkumpul di dalam faraj (yang menyebabkan kesakitan pada setiap bulan). Selepas bukaan pada selaput dara, darah keluar dan pada masa itu gadis berkenaan dikira mengalami haid dan wajib mengikuti hukum-hukum berkenaan dengan haid. 2. Anak perempuan yang mengalami pendarahan pada kali pertama kurang dari tempoh minimum 24 jam. Hukum: Mazhab Syafii berpendapat untuk anak perempuan yang mengalami haid pertama dan tidak mematuhi syarat tempoh minimum haid selama 24 jam sehari semalam ataupun 24 jam dalam masa 15 hari 15 malam bagi pendarahan yang sedikit dan berpanjangan, pendarahan ini tetap dihukum sebagai istihadah, bukannya haid. 3. Anak perempuan yang mengalami pendarahan pertamanya melebihi 15 hari 15 malam (contohnya: 16 hari). Hukum: Mazhab Syafii berpendapat untuk anak perempuan yang mengalami haid pertama dan tidak mematuhi syarat tempoh maksimum haid, pendarahan yang dikira haid hanyalah satu hari satu malam. Hari yang selebihnya dikira darah istihadah. Ini kerana perempuan itu baru kedatangan haid kali pertama dan belum dapat membezakan ciri dan sifat darah haid. 1 2 14 15 16 17 18 19 hari Haid Istihadah

Upload: sabrina-lye

Post on 12-Jul-2015

860 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5 bendalir badan, aplikasi dan taharah (2)

Penetapan Hukum MASALAH HAID

1. Bagaimana sekiranya remaja perempuan berusia 16 tahun masih tidak didatangi haid

sedangkan keadaan fizikal menunjukkan tanda-tanda seksual sekunder dan tanda-tanda

prahaid setiap bulan?

Disarankan berjumpa doktor.

Remaja berkenaan mungkin mengalami masalah contohnya imperforate hymen. Doktor

akan membuat bukaan pada selaput dara (hymen) bagi mengalirkan darah haid yang

terkumpul di dalam faraj (yang menyebabkan kesakitan pada setiap bulan).

Selepas bukaan pada selaput dara, darah keluar dan pada masa itu gadis berkenaan dikira

mengalami haid dan wajib mengikuti hukum-hukum berkenaan dengan haid.

2. Anak perempuan yang mengalami pendarahan pada kali pertama kurang dari tempoh

minimum 24 jam.

Hukum: Mazhab Syafii berpendapat untuk anak perempuan yang mengalami haid pertama

dan tidak mematuhi syarat tempoh minimum haid selama 24 jam sehari semalam ataupun

24 jam dalam masa 15 hari 15 malam bagi pendarahan yang sedikit dan berpanjangan,

pendarahan ini tetap dihukum sebagai istihadah, bukannya haid.

3. Anak perempuan yang mengalami pendarahan pertamanya melebihi 15 hari 15 malam

(contohnya: 16 hari).

Hukum: Mazhab Syafii berpendapat untuk anak perempuan yang mengalami haid pertama

dan tidak mematuhi syarat tempoh maksimum haid, pendarahan yang dikira haid hanyalah

satu hari satu malam.

Hari yang selebihnya dikira darah istihadah.

Ini kerana perempuan itu baru kedatangan haid kali pertama dan belum dapat membezakan

ciri dan sifat darah haid.

1 2 14 15 16 17 18 19 hari

Haid Istihadah

Page 2: 5 bendalir badan, aplikasi dan taharah (2)

4. Wanita yang mengalami haid melebihi tempoh maksimum untuk haid seterusnya (bukan

pendarahan kali pertama).

Hukum penentuan haid untuk wanita yang mempunyai masalah pendarahan adalah mengikut

kaedah di bawah:

a) Kenal pasti warna dan ciri sifat darah haid.

Darah haid adalah darah kehitaman manakala istihadah adalah merah terang.

Darah pekat dan hangat adalah sifat darah haid yang kuat manakala darah cair

adalah sifat darah haid yang lemah.

Darah haid berbau hanyir manakala darah istihadah tidak berbau.

Sekiranya wanita mampu membezakan salah satu daripada 3 ciri ini, maka darah

yang mempunyai sifat seperti darah haid dihukum haid dan selebihnya adalah

istihadah.

Contoh:

o Puan Marina mengalami pendarahan selama 18 hari.

o 5 hari pertama: Darah merah kehitaman, pekat dan hanyir.

o Hari ke-6 hingga 18: Merah terang, cair, tidak berbau.

o Hukum: 5 hari pertama adalah darah haid manakala hari berikutnya adalah

darah istihadah.

1 2 3 4 5 14 15 16 17 18 hari

Haid Istihadah

b) Bagaimana jika wanita tidak dapat membezakan sifat dan ciri-ciri darah haid seperti diatas?

Jika dia berkitaran tetap, maka hendaklah dia mengira haid mengikut kebiasaan dia berhaid.

Contoh:

o Puan Marina biasanya mengalami haid pada 1 hb setiap bulan selama 7 hari.

o Maka haidnya adalah pada 1 ke 7 hb. Selebihnya adalah istihadah.

1 7 14 15 16 17 18 hari

Haid: Kebiasaan Istihadah

Page 3: 5 bendalir badan, aplikasi dan taharah (2)

c) Bagaimana jika wanita tidak dapat mengenal pasti sifat darah haid dan kitaran haid wanita

tersebut tidak teratur?

o Maka hendaklah wanita tersebut mengira haidnya selama 6 atau 7 hari sahaja setiap

bulan (berdasarkan hadis berkenaan Hamnah bt. Jahsyin riwayat Imam Tirmizi).

1 7 14 15 16 17 18 hari

Haid: Berdalilkan hadis Istihadah

5. Pendarahan berlaku selepas wanita putus haid.

Sekiranya SAH wanita tersebut telah putus haid, maka darah tersebut dihukum darah

istihadah.

Putus haid mengikut kaedah saintifik adalah apabila wanita di usia menopause dan tidak

didatangi haid selama setahun ataupun 6 bulan dengan sokongan ujian makmal paras

hormon.

6. Masalah yang timbul kerana rawatan ubat-ubatan/penggunaan alat dalam rahim.

a) Pendarahan biasa kerana penggunaan pil perancang.

o Contoh: Anis, 17 tahun mengalami masalah haid tidak teratur. Dia kemudian

menggunakan pil kombinasi hormon sebagai rawatan kepada masalah berkenaan

dan selepas 3 minggu mengambil pil, dia mengalami pendarahan selama seminggu.

o Adakah pendarahan ketika dibawah pengaruh ubat hormon itu haid? – Ya, kerana

masih memenuhi syarat haid.

b) Pendarahan berpanjangan secara berterusan ataupun terputus-putus akibat penggunaan

alat dalam rahim (IUD: Intrauterine device).

o Contoh: Puan Marina, 30 tahun menggunakan IUD dengan tujuan merancang

keluarga dan akibatnya mengalami pendarahan sedikit dan berpanjangan selama 30

hari.

o Adakah pendarahan disebabkan kesan sampingan alat tersebut dikira haid?

o Hukum: Sekiranya pendarahan kurang dari tempoh maksimum haid, maka

pendarahan tersebut dikira haid. Sekiranya lebih seperti kes Puan Marina ini, maka

rujuk 4.

Page 4: 5 bendalir badan, aplikasi dan taharah (2)

Aplikasi Hukum ke atas Wanita HAID dan NIFAS

1. Hukum SOLAT

HARAM mengerjakan sebarang solat.

Jika tetap solat? – Maka tidak sah.

Jika sempat bersolat satu rakaat solat fardu dalam waktunya dan tiba-tiba didatangi haid? –

Maka WAJIB meneruskan solat hingga selesai. Wanita tidak perlu menggantikan solat itu

(orang yang mendapat satu rakaat daripada solat maka sesungguhnya dia sudah mendapat

solat, direkod oleh Bukhari dan Muslim).

Jika haid datang dalam waktu solat fardu dan wanita belum sempat menunaikan solat? –

Maka WAJIB menggantikan solat itu. Terdapat 3 masalah:

1) Haid pada AWAL waktu solat fardu.

o Sekiranya haid di awal waktu dan wanita mempunyai masa paling minimum

(contohnya dia biasa mengambil masa 2 ke 3 minit menyelesaikan rakaat

pertama solat), dan dia masih belum bersolat, maka dia perlu menggantikan

solat itu.

2) Suci haid pada AKHIR waktu solat fardu.

o Apabila wanita itu mendapati dirinya suci daripada haid beberapa minit sebelum

tamatnya waktu solat fardu, sedangkan jarak waktu suci dan waktu solat fardu

masih memungkinkan dia memperoleh satu rakaat solat, dia perlu

menggantikan solat selepas dia selesai mandi wajib.

3) Suci pada PERTENGAHAN waktu solat fardu.

o Wanita yang tamat haid dan sempat bersuci pada pertengahan waktu solat

fardu, contohnya Asar, maka WAJIB solat fardu Asar tapi TIDAK perlu

menggantikan atau menjamak solat fardu sebelumnya iaitu Zohor.

2. Hukum PUASA

HARAM.

Jika tetap berpuasa? – Maka tidak sah.

Berlainan dengan solat, puasa fardu yang ditinggalkan WAJIB diganti kembali. Terdapat 3

masalah boleh berlaku:

1) Haid SEBELUM waktu berbuka.

o Sekalipun haid datang beberapa minit sebelum berbuka, puasa tetap tidak

sah.

o Sekiranya wanita merasakan dia mengalami haid sebelum waktu berbuka,

sedangkan apabila dia memeriksa, darah haid masih BELUM mengalir

keluar, maka puasa pada masa itu masih lagi SAH.

2) Haid yang SEDIKIT selepas azan subuh.

o Puasa tetap TIDAK sah.

Page 5: 5 bendalir badan, aplikasi dan taharah (2)

3) Haid tamat SEBELUM terbit fajar.

o Sekiranya tamat haid sebelum terbit fajar tapi belum sempat mandi wajib,

maka boleh berpuasa dan hukumnya puasa SAH.

3. Hukum ibadat HAJI

Wanita yang mengalami haid semasa menunaikan haji hanya diHARAMKAN

menyempurnakan TAWAF samada tawaf fardu atau sunat.

Jika tetap tawaf? – Maka tidak sah.

Selepas suci daripada haid? – Maka perlu melakukan tawaf wajib itu.

Amalan yang lain? – Boleh dilaksanakan.

Masalah yang sering berlaku:

1) Wanita didatangi haid berterusan sehingga ke saat dia perlu pulang ke negara asal

padahal dia belum sempat menunaikan tawaf wajib.

o Sekiranya wanita ini pergi bersama rombongan sedangkan rombongan

sudah mahu pulang, maka keringanan diberikan. Wanita hendaklah bersuci

daripada haid (meskipun masih lagi didatangi haid) kemudian menyumbat

faraj dengan kain atau kapas kemudian melakukan tawaf fardu.

2) Wanita didatangi haid berterusan sehingga ke saat dia perlu pulang ke negara asal

padahal dia belum sempat menunaikan tawaf wida’ (tawaf selamat tinggal).

o Tidak perlu meyelesaikan tawaf itu kerana hukum tawaf wida’ hanyalah

sunat.

4. Hukum membaca dan memegang al-QURAN

Hukum asal menyentuh al-Quran tanpa terjemahan dan membacanya samada

menggunakan masyaf ataupun hafalan adalah HARAM.

Bagaimana jika membaca di dalam hati? – Dibenarkan.

Sekiranya wanita membaca potongan ayat quran dengan niat sebagai doa atau zikir, maka

itu diBENARkan, selagi tidak berniat membacanya.

Sekiranya wanita terbabit sudah istiqamah membaca quran setiap hari atau ingin

mengekalkan hafazan, maka hukum membaca quran adalah HARUS meskipun ketika

didatangi haid.

Hukum asal haram adalah terpakai kepada mereka yang daripada awal lagi memang tidak

lazim membaca quran.

Page 6: 5 bendalir badan, aplikasi dan taharah (2)

5. Hukum MEMASUKI MASJID

Hukum asal wanita berhadas besar memasuki masjid (ruang solat) tanpa sebarang tujuan

adalah HARAM.

Namun hukum adalah harus sekiranya adanya keperluan. Contoh: Ingin menuntut ilmu,

menghadiri kuliah di masjid dll. Pastikan darah tidak menitis serta tidak mengotori masjid.

Sekiranya tidak ada tujuan yang munasabah, maka hukum adalah makruh. Contoh: Ingin

melihat perkahwinan kawan didalam masjid sedangkan mengalami haid.

6. Hukum BERSETUBUH

HARAM (al-Baqarah: 222).

Bagaimana jika suami ingin berseronok dengan anggota isteri SELAIN anggota antara pusat

dan lutut? – Dibenarkan, tapi hendaklah memakai kain menutupi tempat haid.

7. Hukum PENCERAIAN

HARAM (at-Talaq: 1)

Bagaimanapun talak tetap JATUH.

Waktu haid atau nifas semasa diceraikan tidak diambil kira sebagai permulaan idah.

Maka hikmah pengharaman adalah bagi mengelakkan isteri teraniaya kerana wanita yang

diceraikan semasa haid atau nifas terpaksa melalui tempoh idah yang lebih panjang jika

dibenarkan perceraian berlaku pada waktu itu.

RUJUKAN

1. FIKAH PERUBATAN (Dr. Harmy Mohd Yusoff dll)

2. Aplikasi Hukum ke atas Wanita HAID dan NIFAS: Hukum ibadat haji, hukum membaca dan

memegang al-Quran, hukum memasuki masjid.