4-bendalir badan, aplikasi dan taharah

46
BENDALIR BADAN, APLIKASI DAN TAHARAH

Upload: sabrina-lye

Post on 26-Jun-2015

5.087 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Penulis: Doktor Berpengalaman.. Dr. Harmy abdul yusuf, Ustaz Syamsul Kamal Abdulllah, Dr, Rosediani Muhammad, Wan Nor Ainon Wan Abdullah

TRANSCRIPT

Page 1: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

BENDALIR BADAN, APLIKASI DAN TAHARAH

Page 2: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

HAID

Page 3: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

HAID

o Darah kotor yang mengalir setiap bulan daripada rahim wanita baligh.

o Ia adalah darah fitrah bukan disebabkan kecederaan, bersalin atau penyakit, dll.

o Mengikut syarak juga bermaksud sama: Darah yang keluar dari rahim wanita yang sihat pada masa-masa khusus.

Page 4: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

HAID YANG NORMAL

o Haid pertama (menarke) menandakan permulaan usia baligh. Sekitar 9 tahun (menurut Imam Syafie).

o Tempoh?• Kebiasaannya selama 6-7 hari.

Page 5: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

TEMPOH MINIMUM HAID?

o Paling pendek adalah 24 jam. Ada 2 keadaan:1. Haid keluar berterusan melalui faraj ataupun hanya

terdapat darah dalam saluran faraj tanpa mengalir keluar selama 24 jam. Keadaan ini boleh disahkan dengan memasukkan kapas ke dalam saluran faraj dan didapati kapas itu mempunyai kesan darah.

2. Apabila darah mengalir secara terputus-putus dalam masa 15 hari 15 malam ataupun kurang, hitung bilangan jam kedatangan darah itu. Apabila didapati jumlah jam terkumpul adalah 24 jam, ia masih dikira haid. Masa suci antara darah yang keluar terputus-putus itu masih dikira dalam tempoh haid.

Page 6: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

o Tempoh maksimum haid adalah 15 hari 15 malam.

o Waktu suci antara 2 haid adalah 15 hari 15 malam. Tiada had maksimum untuk tempoh suci ini.

Page 7: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

SIFAT DARAH HAID?

WARNA: Mengikut ulama Mazhab Syafii darah haid diklasfikasikan kepada beberapa WARNA: Hitam, merah, kuning, kuning kemerahan dan berakhir dengan kuning keputihan.

Jumhur ulama juga menetapkan darah haid berWARNA: Hitam, merah, coklat, kuning dan keruh.

Pekat Panas Keluar dengan perlahan Berbau busuk

Page 8: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

ISTIHADAH

Page 9: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

ISTIHADAH

o Darah yang mengalir dari rahim secara berpanjangan sama ada berterusan atau terputus-putus.

o Perbezaannya dengan haid adalah darah tidak mematuhi kriteria haid.

o Manakala untuk wanita selepas bersalin, darah yang mengalir dipanggil istihadah sekiranya tempoh keluar kurang dari masa minimum nifas atau melebihi masa maksimum nifas.

Page 10: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

HUKUM ISTIHADAH?

o Semua kategori darah adalah najis tapi…

o Wanita beristihadah dikira SUCI manakala…

o Keadaan haid dan nifas dikategorikan sebagai berhadas besar.

Page 11: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

HUKUM?

o Wanita beristihadah boleh menunaikan segala ibadah yang diharamkan semasa haid dan nifas.

o Wanita beristihadah tidak perlu mandi wajib bagi beribadah dan tidak wajib selepas darah istihadah berakhir.

o Persetubuhan? – Jumhur ulama memBENARkan kerana tiada dalil pengharaman.

Page 12: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

BAGAIMANA KAEDAH BERSUCI BAGI WANITA BERISTIHADAH SEBELUM SOLAT?

1. Kaedah membasuh:• Hendaklah membasuh kemaluan bagi menghilangkan

darah.• Sumbat saluran faraj dengan kain atau kapas bagi

mengelakkan darah mengalir keluar kerana hukum DARAH itu adalah NAJIS.

• Sekiranya sukar menyumbat faraj ? – Harus memakai tuala wanita tetapi mestilah sekemas mungkin.

• Sekiranya darah tetap mengalir selepas penyumbatan? – Maka solat tetap SAH (ini adalah RUKHSAH !).

• Sekiranya berpuasa? – Letak kapas/kain/tisu di bahagian luar faraj tanpa menyumbat bagi mengelakkan terbatal puasa.

Page 13: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

2. Wudu’:• Perlu dilakukan selepas masuk waktu fardhu.• Wudu’ tidak boleh didahulukan sehingga tiba masa

melaksanakan solat.

3. Selepas berwudu’:• Maka segera bersolat.• Dimaafkan sekiranya sedikit kelewatan berlaku

kerana mamakai pakaian solat, berjalan ke masjid, iqamat, menunggu jemaah lain dll.

Page 14: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

SELEPAS WANITA BERISTIHADAH MENGAMBIL WUDU’ MENGIKUT KAEDAH YANG DINYATAKAN INI, ADA 3 KEADAAN YANG BOLEH BERLAKU:

1. Darah istihadah berhenti sepenuhnya selepas solat.o Ini adalah situasi yang paling kerap berlaku.o Dalam situasi ini, wanita tersebut selepas

solat melihat pada kapas yang digunakan untuk penyumbatan dan didapati padanya terdapat darah (yang keluar selepas berwudu’).

o Hukum: Solatnya sah (kerana rukhsah seperti yang telah dinyatakan, namun wudu’nya BATAL).

Page 15: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

2. Darah istihadah berhenti sepenuhnya selepas berwudu’ tetapi belum sempat melakukan solat.o Wudu’ semasa beristihadah dilakukan ketika darah

keluar dan dia terpaksa menyumbat farajnya dengan kapas untuk mengelakkan darah mengalir keluar. Situasi adalah darurat ketika itu.

o Namun selepas berwudu’ dia dapat merasakan darah berhenti sepenuhnya, dan jika darah itu didapati memang benar-benar berhenti, maka…

o Hukum: Wudu’nya BATAL dan dia perlu berwudu’ baru bagi melakukan solat. Ini kerana wudu’ pertama dilakukan semasa darurat namun dia kini bukan lagi dalam keadaan keuzuran dan darurat !

Page 16: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

3. Darah istihadah berhenti sepenuhnya semasa sedang melakukan solat.o Situasi ini paling jarang berlaku.o Kebanyakan wanita tidak dapat merasakan dengan

pasti samada darah keluar atau berhenti tanpa melihat sendiri selepas solat (ini adalah situasi 1).

o Namun bagi sesetengah wanita, dia dapat merasakan samada darah keluar atau tidak.

o Sekiranya darah berhenti sepenuhnya ketika dia sedang solat, dan dia dapat merasakannya dengan pasti, maka…

o Hukum: Solatnya TIDAK SAH dan wudu’nya BATAL (sama seperti situasi 2).

Page 17: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

NIFAS

Page 18: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

NIFAS

o Pengertian:• Dari sudut bahasa bererti beranak.• Dari sudut syarak: Darah yang keluar daripada rahim selepas

bersalin.

o Darah nifas selepas bersalin yang dimaksudkan dalam mazhab Syafii termasuklah bersalin HIDUP, MATI, ataupun KEGUGURAN tanpa mengira cara orang itu bersalin (cara biasa ataupun pembedahan).

Sekiranya beranak kembar , mengikut mazhab Syafii, nifas bermula selepas kelahiran anak kedua. Darah yang mengalir selepas kelahiran bayi pertama dikira darah haid atau fasad.

Page 19: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

NIFAS YANG NORMAL

o Tempoh?• Tempoh minimum adalah hanya satu ‘lahzah’ (seketika).• Tempoh maksimum adalah 60 hari.• Kebiasaannya selama 40 hari (mengikut mazhab Syafii).

o Tempoh nifas adalah berbeza mengikut wanita, bergantung pada proses penyembuhan yang berlaku pada tempat bekas uri dinding rahim.

Page 20: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

HUKUM PENDARAHAN SEMASA MENGANDUNG DAN AIR KETUBAN

Page 21: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

‘HAID’ SEMASA HAMIL

o Pendarahan semasa hamil boleh berlaku disebabkan keguguran, masalah uri, atau luka pada serviks disebabkan oleh kanser dan polips.

o Maka apa HUKUM darah itu?

Page 22: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

ADA 2 PENDAPAT:

1. Darah adalah haido Mazhab Syafii: Pendapat baru mengatakan

haid (pendapat lama mengatakan bukan haid) kerana darah yang keluar semasa hamil bukan darah berpenyakit.

o Mazhab Maliki: Darah adalah haid, tapi hanya sekiranya berlaku di awal bulan mengandung. JIKA berlaku pada bulan ke-3 dan seterusnya, atau melebihi 20 hari, maka darah adalah istihadah.

Page 23: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

2. Darah itu BUKAN haido Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad

menghukumkan darah itu sebagai darah istihadah kerana wanita hamil tidak didatangi haid.

Pendapat ini dikira lebih TEPAT kerana berdasarkan kajian saintifik, mekanisma pendarahan semasa hamil berlainan dengan semasa haid !

Page 24: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

DARAH BERCAMPUR LENDIR KETIKA DI AWAL PROSES KELAHIRAN

o Tanda awal proses kelahiran adalah keluarnya sedikit darah bercampur lendir.

o Darah ini keluar disebabkan terbukanya serviks dan juga pemisahan kantung tembuni bayi dari dinding rahim bahagian bawah.

o Hukum:• Dikategorikan sebagai darah rosak !• Wajib solat seperti biasa.• Jika tidak mampu kerana sangat sakit, maka wajib ganti

apabila suci daripada nifas.

Page 25: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

AIR KETUBAN

o Kandungan air ketuban (bendalir amniotik) adalah air kencing bayi. Maka hukumnya NAJIS.

o Air ini keluar daripada sarung tembuni yang pecah semasa kontraksi rahim.

o Wanita perlu bersuci terlebih dahulu bagi menghilangkan najis dan berwuduk spt biasa sblm solat apabila air ketuban sudah kering.

o Jika masih keluar? – Sumbat faraj (seperti yg dihuraikan dlm bahagian penyucian darah istihadah)

Page 26: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

BENDALIR BADAN YANG LAINWadi, Mazi, Mani

Page 27: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

LELEHAN ATAUPUN LENDIR DARIPADA FARAJ ATAU URETHRA

o Ada 3 jenis lendir yang biasa diperkatakan:• Wadi• Mazi• Mani

o Wanita pada umumnya hanya mengalami wadi dan mazi. Mani meskipun ada dikaitkan dengan wanita namun masih belum terbukti dari kaedah saintifik.

Page 28: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

WADI

o Wadi adalah air putih kental atau pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan setelah habisnya air kencing.

o Hukum: NAJIS dan hukumnya sama seperti air kencing dan mazi. Ia tidak boleh dibawa solat.

o Orang yang mengeluarkan air wadi tidak perlu mandi hadas. Basuh kemaluan sebelum berwudu’.

Page 29: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

MAZI

o Mazi adalah cecair jernih yang keluar daripada kemaluan lelaki dan perempuan semasa syahwat terangsang.

o Hukum: NAJIS menyebabkan batalnya wuduk dan tidak boleh dibawa solat.

o Orang yang mengeluarkan air mazi tidak perlu mandi hadas. Basuh kemaluan sebelum berwudu’.

Page 30: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

MANI

o Mani adalah cecair putih pekat yang keluar ataupun dipancutkan dari kemaluan lelaki (dan perempuan) apabila sampai kepada kemuncak syahwat.

o Sudut saintifik: Mani adalah cecair daripada percampuran SPERMA dengan lendir yang dikeluarkan oleh beberapa kalenjar (prostat, vesikel seminal, kalenjar bulbourethra dan duktal ejakulatori)

Page 31: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

o Kajian saintifik mengatakan air mani hanya dikeluarkan oleh lelaki sahaja, manakala wanita hanya mengeluarkan mazi ketika terangsang.

o Ini sedikit bercanggah dengan hadis rasulullah yang mengatakan wanita juga mengeluarkan mani…

o Persoalannya adakah cecair yang dinamakan MAZI semasa wanita mulai terangsang itu berubah menjadi MANI ketika orgasma berlaku?

Page 32: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

o Beberapa kajian oleh pakar seksologi mungkin mampu menjawab persoalan ini. Satu kajian telah menunjukkan kemungkinan besar air mani wanita dikeluarkan oleh kelenjar paraurethral/kelenjar Skene.

o Kelenjar Skene meyerupai fungsi prostat pada lelaki. Ketika kemuncak, kelenjar ini mampu mengeluarkan cecair pelincir yang banyak dan jernih ataupun kekuningan. Cecair ini menyamai komposisi mani lelaki cuma tidak mengandungi sperma.

o Namun kebanyakan wanita TIDAK mempunyai kelenjar ini. Maka ini menerangkan kenapa ramai wanita tidak mengalaminya.

Page 33: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

HUKUM?

o Menurut Mazhab Syafie air mani adalah suci dan BUKAN najis.

o Cara menyucikan:• Sekiranya masih basah dan lembap, bolehlah

membasuh pakaian.• Sekiranya sudah kering, bolehlah mengikisnya

dengan kuku ataupun alat-alat lain.

Dari Aisyah ra berkata :“Aku menghilangkan mani pada baju Rasulullah dengan cara mengikisnya dengan kuku, lalu baginda solat dengan baju itu.” (Riwayat Al-Bukhari)

Page 34: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

Walaubagaimanapun sekiranya air mani berCAMPUR dengan air mazi yang keluar mendahuluinya atau mengiringinya maka percampuran ini menjadi najis.

Terdapat banyak percanggahan pendapat perihalnya maka disarankan umat Islam lebih berhati-hati dan menggunakan pakaian yang khusus bagi berjimak dan menunaikan solat.

Page 35: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

HUKUM ORANG MEMANCUTKAN MANI?o Menurut ulama Syafii, orang yang mengeluarkan mani

tidak terbatal wudu’nya. Ini merujuk kepada sifat air mani itu sendiri adalah suci.

o Namun apabila keluar sesuatu dari salah satu kemaluan, qubul atau dubur, samada dengan sengaja atau tidak, wudu’nya BATAL.

o Maka wudu’ batal, bukan kerana sifatnya yang najis, tapi kerana sifatnya yang keluar dari kemaluan !

o Dan pada masa yang sama dia dihukum berHADAS BESAR kerana keluar air mani dan bersetubuh.

Page 36: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

CECAIR BADAN YANG LAIN DAN HUKUMNYA

Page 37: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

DARAH MANUSIA

o Hukum darah manusia selain darah orang mati syahid adalah NAJIS.

o Kemaafan diberikan sekiranya:1. Sedikit dan tidak menjijikkan.2. Berasal daripada manusia ataupun binatang yang

bersih.3. Tidak dapat dielakkan.4. Darah yang terpercik dalam keadaan yang sedikit.

Contoh: Darah jerawat, bintik darah yang sedikit, air kudis bercampur darah, bekas berbekam, dll.

Page 38: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

AIR KENCING

Hukum air kencing adalah NAJIS KECUALI air kencing kanak-kanak LELAKI bawah 2 TAHUN yang HANYA menyusu ibu (Ini memadai dibersihkan dengan merenjis air kepadanya sahaja).

Page 39: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

BAGAIMANA JIKA BERMASALAH KENCING TIDAK LAWAS?

o Kaedah yang boleh dicuba:• Disarankan untuk berdehem sebanyak 3 kali.• Lakukan pergerakan bangun dan bercangkung.• Berjalan-jalan selepas buang air kecil.• Perempuan: Tekan ari-ari. Boleh juga memakai tuala

pelekat wanita dan memakai seluar dalam yang ketat bagi mengelakkan air kencing yang masih ada selepas bersuci meleleh ke tempat lain.

• Lelaki: Urut atau tarik zakar sebanyak 3 kali. Boleh juga menyumbat zakar dengan kapas dan membalutnya.

• Bersuci dan berwudu’ selepas masuk waktu.

Page 40: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

o Nanah dan air bisa: Hukumnya NAJIS kecuali sekiranya keluar dengan kadar yang sedikit.

o Air liur: Hukumnya SUCI. Air liur yang keluar semasa tidur juga dikira bersih kecuali jika bertukar busuk dan kuning. Pada ketika itu dihukum NAJIS kerana berasal dari usus atau perut.

o Muntah: BUKAN NAJIS. Termuntah tidak membatalkan wudhu'. Hanya perlu dibersihkan sahaja.

o Kahak: Hukumnya SUCI kecuali yang terhasil dari usus.

Page 41: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

KELUAR ANGIN MELALUI FARAJ

o Masalah KELUAR ANGIN melalui FARAJ berlaku terutamanya kepada wanita yang melahirkan ramai anak disebabkan oleh kelemahan pada otot-otot kemut, atau mengalami masalah jatuh peranakan dll.

o Hukum: Wudu’ BATAL sepertimana keluarnya angin melalui dubur.

Page 42: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

LANGKAH MENGATASI UNTUK WANITA BERMASALAH ANGIN KELUAR DARI FARAJ

1. Berdehem selepas buang air.2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.3. Mengelap faraj sehingga kering dan

menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain, tuala wanita dll.

4. Memakai seluar yang kemas supaya udara tidak keluar masuk.

Page 43: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

o Ada juga wanita yang mengalami masalah keluar masuk angin diantara kelopak besar labia (majora).

o Angin ini terkumpul dicelah ruang antara kelopak dan faraj.

o Air yang terperangkap juga makin memburukkan keadaan ini dengan memudahkan lagi pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak terutamanya semasa PERGERAKAN solat.

Page 44: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

o Akhirnya ia mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut, maka fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.

o Hukum: Wudu’ TIDAK batal kerana angin TIDAK keluar daripada rongga faraj.

Page 45: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

BAGI MEMASTIKAN ANGIN YANG KELUAR MASUK BUKAN DARI FARAJ, DISARANKAN…

o Berdehem selepas buang air kecil.o Lap alat sulit selepas berhadas kecil.o Melakukan ujian dengan meletakkan tisu

diantara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah angin itu berasal daripada masalah ini !

o Mempraktikkan senaman kemut.

Page 46: 4-Bendalir badan, aplikasi dan taharah

RUJUKANo Fikah Perubatan (Dr Harmy Mohd Yusuf, dll)o Ana Soleh:

• Slide 14, 15, 16, 35, 38, 44