49449994 apa itu pembelajaran berasaskan projek

8
1.0 Pengenalan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP @ PjBL) amat signifikan dengan konsep pembelajaran alaf baru (alaf ke-21) yang menjurus kepada penghasilan produk (projek) yang piawai (mengikut kaedah kejuruteraan sebenar) dan ia berpusatkan pelajar. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan model terkini dalam merangka aktiviti bagi penghasilan produk atau artifak pelajar diluar kelas. Yangmana PBP menjana para pelajar agar berpeluang menterjemahkan idea dan keupayaan diri dalam menyelesaikan pemasalahan secara berkumpulan bagi menghasilkan produk @ artifak (projek) secara terarah mengikut kaedah dan gerak kerja kejuruteraan sebenar (produk dibangunkan di bengkel institusi atau di bengkel luar). Aktivitinya yang melangkaui bilik darjah telah memberi ruang kepada para pelajar dalam pembangunkan minda mereka (kognitif). Konsep PBP juga dilihat memberi ruang untuk ahli ahli kumpulan dalam merangka perancangan gerak kerja pembangunan secara selaras, dapat membutirkan proses yang perlu dilalui, membentuk susun atur peranan ahli yang sistematik dan terarah. PBP merupakan model aktiviti pengajaran dan pembelajaran diluar kelas yang berupaya membentuk gabungan aktiviti yang menjurus kepada kerja-kerja kejuruteraan yang sepatutnya diketahui oleh pelajar institusi Teknik dan Vokasional (merangkumi pembelajaran kemahiran asas sekolah rendah dan menegah). Konsep PBP merupakan pembelajaran yang sepusat bagi penyelia dan kumpulan pelajar melalui proses pembangunan produk, malahan PBP boleh diwujudkan melalui kaedah pemantauan maya (mengunakan web based) yangmana ianya boleh melangkaui sempadan jarak dan masa. Ia menjadikan para pelajar lebih terfokus dalam setiap tugasan yang dirancang selari dengan proses perlaksanaannya. Ahli kumpulan kerja juga di dedahkan agar dapat mentaksir pemasalahan yang akan timbul seterusnya menghasilkan cetusan idea pengawalan dari mula sampai 1

Upload: narmatha-mani-maran

Post on 26-Dec-2015

74 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jihuytfyu

TRANSCRIPT

Page 1: 49449994 Apa Itu Pembelajaran Berasaskan Projek

1.0 Pengenalan

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP @ PjBL) amat signifikan dengan konsep

pembelajaran alaf baru (alaf ke-21) yang menjurus kepada penghasilan produk (projek)

yang piawai (mengikut kaedah kejuruteraan sebenar) dan ia berpusatkan pelajar.

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan model terkini dalam merangka aktiviti

bagi penghasilan produk atau artifak pelajar diluar kelas. Yangmana PBP menjana para

pelajar agar berpeluang menterjemahkan idea dan keupayaan diri dalam menyelesaikan

pemasalahan secara berkumpulan bagi menghasilkan produk @ artifak (projek) secara

terarah mengikut kaedah dan gerak kerja kejuruteraan sebenar (produk dibangunkan di

bengkel institusi atau di bengkel luar). Aktivitinya yang melangkaui bilik darjah telah

memberi ruang kepada para pelajar dalam pembangunkan minda mereka (kognitif). Konsep

PBP juga dilihat memberi ruang untuk ahli ahli kumpulan dalam merangka perancangan

gerak kerja pembangunan secara selaras, dapat membutirkan proses yang perlu dilalui,

membentuk susun atur peranan ahli yang sistematik dan terarah. PBP merupakan model

aktiviti pengajaran dan pembelajaran diluar kelas yang berupaya membentuk gabungan

aktiviti yang menjurus kepada kerja-kerja kejuruteraan yang sepatutnya diketahui oleh

pelajar institusi Teknik dan Vokasional (merangkumi pembelajaran kemahiran asas sekolah

rendah dan menegah). Konsep PBP merupakan pembelajaran yang sepusat bagi penyelia

dan kumpulan pelajar melalui proses pembangunan produk, malahan PBP boleh diwujudkan

melalui kaedah pemantauan maya (mengunakan web based) yangmana ianya boleh

melangkaui sempadan jarak dan masa. Ia menjadikan para pelajar lebih terfokus dalam

setiap tugasan yang dirancang selari dengan proses perlaksanaannya. Ahli kumpulan kerja

juga di dedahkan agar dapat mentaksir pemasalahan yang akan timbul seterusnya

menghasilkan cetusan idea pengawalan dari mula sampai akhir proses pembangunan

produk. Melalui pemantauan dan penilaian formatif. Kaedah PBP ini dilihat sebagai salah

satu contoh pembelajaran yang terfokus serta sistematik bagi gerak kerja pembangunan

produk-produk kejuruteraan.

2.0 PBP Memotivasikan Pelajar

Pelajar akan dapat menterjemahkan kefahaman dan kemahiran mereka setelah

menguasai konsep PBP ini melalui penghasilan produk yang inovatif serta dapat mencapai

kualiti hasil kerja yang sepadan dengan produk keluaran industri. PBP secara langsung

dapat menterjemahkan setiap kurikulum yang dirangka dalam mencapai objektifnya yang

mutlak bilamana setiap perincian gerak kerja penghasilan direkodkan bermula di awal

1

Page 2: 49449994 Apa Itu Pembelajaran Berasaskan Projek

proses hingga akhir. Kutipan dan analisa data hasil ujilari produk juga diterjemahka secara

perinci. Malahan proses pemarkahan yang formatif menjadikan konsep PBP suatu kaedah

pembelajaran dan pengajaran (PnP) yang selaras serta merangkumi kehendak silibus yang

berkaitan kerja-kerja kejuruteraan (cth : silibus aliran teknik dan vokasional). Pembangunan

proses PBP oleh para pengkaji sebelumnya menunjukkan kosep ini bukan sahaja mampu

membentuk siasah pelajar malahan ia dapat menjana minda (kognitif) pelajar melalui

desakan yang terarah. Pembangunan motivsi dan meta-kognitif para pelajar merupakan

antara aset yang amat penting dalam pengaplikasian konsep PBP, yangmana ia menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang dilalui mencpai matlamat sebagaimana

yang dikehendaki. Menurut Professor Howard Gradner melalui pandangan beliau yang

bertajuk “Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences”, beliau menghuraikan

terdapat tujuh aras pembangunan kepandaian manusia antaranya ialah; melalui olahan

pemikiran, pembelajaran dan proses mendapat maklumat. PBP dilihat elah memenuhi

“Frames of Mind” tersebut yang mana kumpulan pelajar yang ingin menghasilkan produk

kejuruteraan akan mampu menterjemahkan olahan pemikiran, melalui proses pembelajaran

yang terarah dan dapat mentaksir maklumat terkini secara terarah. Dengan melalui proses

PBP, pelajar akan dapat menjana olahan minda yang pelbagai @ “Multiple Intelligences”

dalam memastikan produk yang ingin dihasilkan dapat disiapkan sebagaimana turutan yang

telah dirangka. Suatu yang amat bermanafaat melalui konsep PBP ialah ia mampu

mengasak motivasi diri pelajar kejuruteraan sendiri setelah melalui proses PBP, ini

dibuktikan melalui kajian rintis yang dilakukan di oleh pengkaji sendiri (Md. Baharuddin Haji

Abdul Rahman et al., 2009) serta pengkaji bersama (Kamaruzaman Jusoff et al., 2010)

dalam pengaplikasian konsep PjBL di Politeknik Kota Bharu. Malahan para pengkaji lain

juga ada menyatakan yang pembangunan motivasi itu telah mejadikan mereka (kumpulan

pelajar) mampu mengolah suatu pemahaman dan pengalaman baru yang amat berharga

dalam penghasilan produk yang piawai. Dengan ini, ia secara tidak langsung mewujudkan

teknik pembelajaran alaf baru yang tersendiri terhasil dari keupayaan pelajar itu sendiri

apabila berjaya menguasai konsep PBP secara mutlak (mereka akan dapat

mengembangkan ilmu teknologi & kejuruteraan terkini semasa proses pembangunan

produk). Mereka juga akan dapat menjana minat yang mendalam dalam mentaksir ilmu

kejuruteraan semasa proses pembangunan produk dilakukan. Selain dari itu, mereka juga

mampu menjawab persoalan yang timbul serta dapat menyelesai pemasalahan dalam

memastikan produk dapat dihasilkan/ dilaksanakan. Semua ini terjadi kerana desakan yang

terkawal telah timbul melalui konsep PBP yang telah diaplikasi secara menyeluruh.

3.0 Mengapa Perlu PBP?

2

Page 3: 49449994 Apa Itu Pembelajaran Berasaskan Projek

Kenapa konsep PBP ditekankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

sekiranya konsep ini dilihat tidak bermanafaat kepada sisem pendidikan di Malaysia.

Kepentingan PBP juga ditekankan oleh KPM sebagai PBL (Project Based Learning) yang

mana ianya mempunyai maksud yang sama dengan PjBL atau PBP disini. Jika dilihat PBP

amat berguna bilamana pihak KPM juga telah mensarankan perlaksanaan konsep PBP ini

melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bermula dari tahun 2006 lagi (rujuk: Project-

Based Learning: Educating the Millennial Learner). Malahan Pihak KPM juga telah

melaksanakan Projek Rintis: Project-Based Learning –Bahagian Teknologi Pendidikan

Negeri Sabah 2007, yang mana ia amat signifikan dengan tahun kajian rintis pengkaji (2007)

bagi kajian Pembangunan Modul PBP@PjBL dan Pengaplkasiannya di peringkat Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Di sini PBP dilihat telah membantu dalam

memurni dan menaik nilai tambah sistem pembelajaran dan pengajaran (PnP) di Malaysia.

Selain dari itu, PBP dilihat signifikan dengan dasar dan matlamat Politeknik, KPTM dalam

melancarkan “Outcome Based Education” (OBE) yang mana PBP boleh menjadi satu pilihan

baru “konsep PnP” alternatif yng boleh digunapakai oleh para pendidik dan pensyarah

dalam institusi pendidikan teknik dan vokasional pada masa kini bagi mencapai kehendak

OBE tersebut. PBP juga merupakan suatu konsep PnP yang merangkumi penghasilan

keperluan minda pelajar yang “out side the box”, “product based” dan “outcome based”.

Gerak kerjanya menekankan kepada kumpulan pelajar perlu melakukannya secara total .

Bagi membuktikan setiap langakah dilaksana , setiap cerapan data akan direkodkan

mengikut paiwaian sebenar kejuruteraan. Malahan penilaian akan diakukan oleh penyelia

secara turutan mengikut mingguan (formatif). Pelajar akan sentiasa diasak agar peka

kepada jadual kerja yang dirangka (rujuk Modul PBP). Ini bagi mengelakkan berlakunya

kelewatan dalam menghasilkan produk yang ingin dihasilkan. Pemasalahan akan diatasi

mengikut masa yang telah ditetapkan (sebarang kemusykilan akan sentiasa di sumangsaran

agar pemasalahan dapat diselesaikan dengan segera). Pelajar diberi kepercayaan

sepenuhnya dalam mantaksir pemasalahan malahan setiap saranan penyelesaian sesuatu

masalah itu akan diterima pakai secara professional oleh semua pihak. Di sini olahan minda

yang kritis akan timbul secara sepontan malahan sebarang ilmu kejuruteraan yang mereka

pelajari akan dapat diterjemahkan semasa proses pembangunan produk dijalankan.

Sebarang teknologi dan ilmu kejuruteraan terkini akan digunapakai bagi memastikan

keperluan penambahan ilmu sentiasa wujud melalui konsep PBP ini. Gabungan hubungan

dengan industri luar dalam penghasilan produk tersebut menjadikan para pelajar

kejuruteraan akan sentiasa celik minda dan mendapat pengalaman baru. Ini terbukti apabila

ilmu dan kepakaran luar tadi akan terserap secara tersendiri semasa proses kolaberasi

antara kumpulan kerja dangan pihak bengkel kejuruteraan luar. Sumbangan kemahiran oleh

industri tadi menjadikan konsep PBP merupakan pembangunan sistem PnP tradisional

kepada konsep PnP yang mesra antara pelajar dan pihak industri.

3

Page 4: 49449994 Apa Itu Pembelajaran Berasaskan Projek

4.0 Kelebihan PBP

Menyediakan ruang yang pelbagai kepada pelajar dalam menterjemah ilmu yang

telah mereka pelajari,

Meningkatkan pengembangan minda (kognitif) yang pelbagai bagi pembangunan

produk,

Dapat memenuhi kehendak pembelajaran alaf baru yang berpusatkan pelajar (alaf

ke 21),

Merubah konsep pengajaran dan pembelajaran lama (tradisional) yang

mengfokuskan dalam bilik darjah kepada konsep pmbelajaran baru yang diluar bilik

darjah (menjurus kepada kemahiran dan kehendak dunia luar: mengikut keperluan

sebenar),

Mengarahkan pelajar kepada melakukan gerak kerja secara total (pembagunan

kepimpinan & pengurusan pelajar yang mutlak), bukannnya mengharapkan guru

atau penyelia menjadi pembimbing secara total (guru sebagai pembimbing secara

total),

Menjurus kepada pengaplikasian sumber teknologi baru secara total (pelajar

digalakkan menakses bahan dan ilmu baru sepanjang pembangunan produk) cth:

penggunaan computer, grafik, lukisan kejuruteraan yang piawai, rekabentuk

piawai,perancangan dan pembangunan produk mengikut kehendak kejuruteraan

sebenar,

Proses Pemantauan /Penyeliaan yang minima namun penghasilan produk yang

efektif,

Menambah ruang pelajar mendalami ilmu kemahiran kejuruteraan sebenar, cth:

kemahiran mengunakan mesin-mesin kejuruteraan, kerja-kerja ketukangan yang

piawai, teknik dan kemahiran terkini dalam pengoperasian alatan teknikal terkini,

Membentuk proses PnP yang kolaberasi antara kumpulan pelajar projek,

Membentuk pembangunan kendiri para pelajar,

Membangun regulasi kendiri para pelajar,

Merupakan suatu konsep pembelajaran yang terarah,

Mewujudkan suasana pengembangan minda dan perkongsian pintar, menjana

kemahiran secara kolaberasi bagi setiap ahli kumpulan kerja,

Perkongsian kemahiran yang sepadu, pemahaman konsep, pengarahan, olahan

data, keutamaan dalam melakukan gerak kerja bersama,

Meyumbang kepada keperluan bantu membantu bagi setiap ahli kumpulan dalam

memastikan produk dapat dihasilkan secara bersama,

4

Page 5: 49449994 Apa Itu Pembelajaran Berasaskan Projek

Dapat memberi ruang kepad para pelajar dalam mengagih setiap tugas secara adil

dan saksama,

Menjadi salah satu platform komunikasi selaras antara setiap ahli kumpulan dengan

kumpulan lain dalam memastikan proses berjalan mengikut perancangan,

Keutamaan dalam memahami setiap tugasan bagi memudahkan pelajar dan guru

/penyelia melalui gerak kerja yang sistematik,

Pembentangan gerak kerja secara mingguan yang selaras dalam memastikan setiap

progress kerja adalah selari dengan perancagan awal,

Wujud sokongan moral antara ahli kumpulan dan penyelia yang komprehensif,

Menjana keupayaan pelajar dalam mengeluar idea dan kemahiran baru,

Memberi ruang kepada para pelajar dalam sumbangsaran, pembentangan gerak

kerja, dan penyelesaian pemasalahan secara bersama,

Menjadikan pelajar sebagai pembangun produk/projek yang sebenar bilamana

mereka perlu mengetahui secra total akan proses dan peranan sebenar mereka,

Yang utama, pelajar akan dapat menterjemah kemahiran kejuruteraan semasa

pembangunan projek mengikut kehendak industri atau dunia kejuruteraan sebenar.

5.0 Kesimpulan

PBP dilihat menggalakkan pelajar berfikiran ‘outside of the box’ – kreatif dan inovatif,

ia juga menggalakkan pembelajaran kolaboratif, memantapkan Gaya Pembelajaran Bestari

iaitu self-directed, self-access, self-paced, memberi peluang kepada pelajar bekerja dalam

isu dan amalan dunia sebenar, memberi peluang kepada pelajar memahirkan diri dalam

aspek pengurusan kendiri seperti pengurusan masa, perancangan, pengurusan sumber,

dan pengurusan tekanan., menggalakkan pelajar memantapkan kemahiran abad ke-21.

Justeru itu, PBP dilihat telah membawa inovasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran

(PnP) bagi membantu negara mentransformasikan ekonomi daripada berasaskan produk

kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (k-Economy) melahirkan bakal pekerja yang

berpengetahuan dan berkemahiran, merealisasikan matlamat pentaksiran berasaskan

sekolah (school-based assessmen Membangunkan modal insan dan membina kemahiran

yang dikehendaki dalam dunia pekerjaan sebenar.

5