48557264 kertas kerja bola jaring

10
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang Kertas Kerja Pertandingan Bola Jaring dan Bola Baling Peringkat IPG Kampus Rajang 1.0 Pendahuluan/Pengenalan Kertas kerja ini merupakan cadangan bagi aktiviti program yang bakal dilaksanakan yang melibatkan guru-guru pelatih, dan warga IPG Kampus Rajang. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara warga institut dan menyemarakkan lagi semangat kesukanan. Selain itu, aktiviti ini diharap dapat menyemaikan ciri-ciri sahsiah bersepadu, interaksi sosial yang positif dan juga dapat menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri kita. Aktiviti ini juga digunakan sebagai landasan penting untuk membentuk semangat berpasukan di kalangan peserta-peserta. Dalam pada itu juga, semasa aktiviti ini dijalankan adalah diharapkan ia dapat menyerlahkan lagi sifat kepimpinan di kalangan peserta. Sifat yang baik ini sekiranya diasah boleh dijadikan contoh yang baik kepada generasi yang akan datang. Secara tidak langsung, ia juga akan dapat merangsang pembentukkan sahsiah yang baik di kalangan peserta. Selain itu juga, aktiviti ini juga dilihat sebagai jalan terbaik untuk berinteraksi di mana peserta dapat mengurangkan rasa tekanan dalam pembelajaran. Semoga cadangan aktiviti dalam kertas kerja ini memberi maklumat yang diperlukan untuk program ini. 2.0 Tajuk :

Upload: ahmad-fadhil-ramza

Post on 13-Dec-2015

42 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA

TRANSCRIPT

Page 1: 48557264 Kertas Kerja Bola Jaring

Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang

Kertas Kerja Pertandingan Bola Jaring dan Bola Baling

Peringkat IPG Kampus Rajang

1.0 Pendahuluan/Pengenalan

Kertas kerja ini merupakan cadangan bagi aktiviti program yang bakal

dilaksanakan yang melibatkan guru-guru pelatih, dan warga IPG Kampus Rajang.

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara

warga institut dan menyemarakkan lagi semangat kesukanan. Selain itu, aktiviti ini

diharap dapat menyemaikan ciri-ciri sahsiah bersepadu, interaksi sosial yang positif

dan juga dapat menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri kita. Aktiviti ini juga

digunakan sebagai landasan penting untuk membentuk semangat berpasukan di

kalangan peserta-peserta. Dalam pada itu juga, semasa aktiviti ini dijalankan adalah

diharapkan ia dapat menyerlahkan lagi sifat kepimpinan di kalangan peserta. Sifat

yang baik ini sekiranya diasah boleh dijadikan contoh yang baik kepada generasi

yang akan datang. Secara tidak langsung, ia juga akan dapat merangsang

pembentukkan sahsiah yang baik di kalangan peserta. Selain itu juga, aktiviti ini juga

dilihat sebagai jalan terbaik untuk berinteraksi di mana peserta dapat mengurangkan

rasa tekanan dalam pembelajaran. Semoga cadangan aktiviti dalam kertas kerja ini

memberi maklumat yang diperlukan untuk program ini.

2.0 Tajuk :

Pertandingan Bola Jaring (perempuan) dan Bola baling (lelaki dan

perempuan) Peringkat Institut Pendidikan Guru, Kampus Rajang

Page 2: 48557264 Kertas Kerja Bola Jaring

3.0 Unit yang mengemukakan :

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Biro Sukan dan Rekreasi

Pensyarah Penasihat Bola Jaring PISMP Semester 2

4.0 Rasional/ Matlamat dan Objektif :

4.1 Rasional/ Matlamat :

Memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan

guru-guru pelatih dan semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.

Selain itu juga, aktiviti ini dapat mengaplikasikan kemahiran asas dalam

kalangan pelajar. Di samping itu, ia dapat melahirkan sifat kepimpinan dan

merapatkan hubungan dalam kalangan pelajar.

4.2 Objektif :

Melalui aktiviti ini, secara langsung dan tidak langsung dapat :

(a) melahirkan generasi pelajar yang mempunyai semangat kesukanan yang

kuat.

(b) mengeratkan hubungan dan silaturahim di antara warga IPG Kampus

Rajang

(c) melahirkan guru yang mengamalkan nilai perpaduan, bekerjasama,

semangat bermasyarakat, setiakawan dan bertanggungjawab.

5.0 Tarikh dan tempat pertandingan

Tarikh : 9 – 11 Ogos 2010 ( Bola Jaring)

20 – 22 September 2010 ( Bola Baling)

Tempat : Gelanggang Bola Jaring dan Bola Baling, IPG Kampus Rajang

Page 3: 48557264 Kertas Kerja Bola Jaring

6.0 PENYERTAAN

1. Setiap kumpulan wajib untuk menyertai dan menghantar 1 pasukan untuk

setiap permainan yang dipertandingkan.

PISMP BM SEM 8

PISMP PS SEM 4

PISMP PRA SEM 4

PISMP BM SEM 2

PISMP PEM. BC SEM 2

PISMP BC SEM 2

PISMP PS SEM 2

PPISMP PEM. BM SEM 3

PPISMP BM SEM 3

PPISMP PEM. BC SEM 3

PPISMP PJ SEM 3

PPISMP BM 1 SEM 1

PPISMP BM 2 SEM 1

PPISMP PSV SEM 1

KPLI MALAYSIAKU NEGARAKU SEM 1

KPLI SAINS SEM 1

KPLI PEMULIHAN SEM

Pensyarah terlibat untuk Bola Jaring dan Bola Baling

Hari pertama En K. Raja , Cik Hong Moi Hiong , Puan Aliza / Encik K.Raja

Hari kedua En Ling Chung Yeo , Cik Hong Moi Hiong , Puan Aliza / En

Ling Chung Yeo

Hari ketiga Pn Florina , Cik Hong Moi Hiong , Puan Aliza / Pn Florina

7.0 Jawatankuasa Pertandingan

Page 4: 48557264 Kertas Kerja Bola Jaring

Pensyarah Penasihat : Encik K.Raja

Ketua Biro Sukan dan Rekreasi : Donny Segie Thomas

Setiausaha : Felicia Kiai

AJK Peralatan dan Kebersihan : Mohamad Shahrizan

AJK Keselamatan dan Publisiti : Mohamad Azraf

Pengadil Pertandingan :

1. Felicia Kiai PISMP BM Semester 2

2. Mahakendra Ak Akang PISMP BM Semester 2

3. Jong Soo Chin PISMP BM Semester 2

4. Eriana Binti Kamat PPISMP PJ Semester 3

5. Vallerie Jirum PPISMP PJ Semester 3

6. Stephanie Anthong PPISMP BM Semester 3

7. Nur Syuhada PPISMP PJ Semester 3

8.0 Perbelanjaan

Perbelanjaan Anggaran Kasar (RM)

Hamper 100.00

Makanan dan minuman 30.00

Peti kecemasan 10.00

Perbelanjaan lain 30.00

Jumlah RM 170 .00

Kutipan sebanyak RM 10.00 bagi setiap pasukan yang menyertai pertandingan

Bola Jaring dan Bola Baling .

Page 5: 48557264 Kertas Kerja Bola Jaring

Hadiah

Pemenang bagi Pertandingan Bola Jaring dan Bola Baling akan mendapat

Hamper dan saguhati ( bagi tempat keempat ) .

KEPUTUSAN Nilai Hamper ( RM )

Johan 40

Naib Johan 30

Tempat Ketiga 20

Tempat Keempat 10

SYARAT PERTANDINGAN

BOLA JARING (Perempuan Sahaja)

1. Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem “kalah-mati”.

2. Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAHMATI,jika keputusannya

berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti

berikut :-

a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan bertukar kawasan

bermain serta merta dan meneruskan permainan dengan masa

tambahan selama lima (5) minit tanpa rehat.

b) Undang-undang yang meliputi Hantaran Tengah dan Penggantian,

sepertimana terdapat dalam Buku Undang-Undang Permainan, akan

dilaksanakan.

c) Setelah masa tambahan lima (5) minit pertama tamat, pasukan akan

sekali lagi bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama

lima (5) minit lagi tanpa rehat.

d) Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan dua (2) minit kedua

tamat, maka permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya

dijaringkan.

BOLA BALING (LELAKI DAN PEREMPUAN)

Page 6: 48557264 Kertas Kerja Bola Jaring

1. Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas

sepenuhnya masa :

a) Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat lima

minit.

b) Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi

untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan 5 minit lagi.

c) Jika keputusan masih lagi seri, sistem balingan 7 akan dijalankan kecuali

dalam perlawanan akhir.

d) Jika balingan 7 tidak dapat dijalankan kerana keadaan-keadaan lain tidak

mengizinkan, maka undian hendaklah dijalankan.

Page 7: 48557264 Kertas Kerja Bola Jaring

BORANG PENYERTAAN

(BOLA JARING)

NAMA KUMPULAN :

PENGURUS PASUKAN :

KETUA PASUKAN :

SENARAI NAMA PEMAIN KUMPULAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN

_________________________________

( )

***Yuran penyertaan sebanyak Rm10.00 bagi setiap kumpulan.Borang Penyertaan

boleh diserahkan kepada Donny Segie ( 0135600808 ) , Felicia Kiai ( 0198058334 ) ,

Mohamad Azraf ( 0145994649 ) dan Mohamad Shahrizan ( 0148892865 )

Page 8: 48557264 Kertas Kerja Bola Jaring

BORANG PENYERTAAN

(BOLA BALING)

NAMA KUMPULAN :

PENGURUS PASUKAN :

KETUA PASUKAN :

SENARAI NAMA PEMAIN KUMPULAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN

_________________________________

( )

***Yuran penyertaan sebanyak Rm10.00 bagi setiap kumpulan . Borang Penyertaan

boleh diserahkan kepada Donny Segie ( 0135600808 ) , Felicia Kiai ( 0198058334 ) ,

Mohamad Azraf ( 0145994649 ) dan Mohamad Shahrizan ( 0148892865 )

Page 9: 48557264 Kertas Kerja Bola Jaring

6.0 Penutup

Semoga apa yang dirancangkan akan dapat direalisasikan dengan menepati

segala objektif yang digariskan. Diharapkan semua pihak dapat memberi

kerjasama bagi menjayakan Pertandingan Bola Jaring Peringkat IPG Kampus

Rajang.

Yang menjalankan tugas,

...................................................................

( Donny Segie Thomas )

Biro Sukan dan Rekreasi Sesi 2010/2011,

Jawantankuasa Perwakilan Pelajar,

Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang,

96509 Bintangor.