4.3 struktur & fungsi telinga

25
1 Begeli Linggang Program Pembantu Perubatan KSKB Kuching

Upload: mohd-arif

Post on 03-Jun-2015

1.012 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4.3 struktur & fungsi telinga

1

Begeli LinggangProgram Pembantu Perubatan

KSKB Kuching

Page 2: 4.3 struktur & fungsi telinga

2

Telinga- dibahagikan kpd telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam

Telinga Luar Bahagian telinga luar terbahagi kepada : Aurikel (pina, cuping telinga) – bahagian yang menyerupai hujung trompet yang terlekat di sisi kepala, kiri dan kanan

– terdiri dari rawan elastik kuning yang ditutupi oleh kulit.

Page 3: 4.3 struktur & fungsi telinga

3

Page 4: 4.3 struktur & fungsi telinga

4

Page 5: 4.3 struktur & fungsi telinga

5

– bahagian bawah yang lembut ialah lobul. Ia terdiri daripada tisu lemak dan tisu pengikat yang dilitupi kulit tubuh.

Meatus Auditori Eksternal merupakan satu tiub berbentuk ‘S’ yang bermula dari aurikel hinggalah ke gegendang telinga.

bagi orang dewasa panjangnya ialah 2.5 sm

Lapisan terdiri daripada kulit, rawan dan tulang

Page 6: 4.3 struktur & fungsi telinga

6

Kulit mengelilingi kelopak telinga berlanjutan ke dlm meatus lalu membentuk lapisan atasnya

terdapat bulu telinga yg melindungi meatus daripada debu dan serangga kecil

terdapat kelenjar serumen yg menghasilkan serumen bertujuan melindungi tiub ini daripada dimasuki bendasing.

Page 7: 4.3 struktur & fungsi telinga

7

Rawan– berlanjutan ke dalam liang telinga luar lalu membentuk lapisan tengahnya.

TulangLapisan bawah yang membentuk terusan telinga luar ialah tulang temporalis.

Telinga tengah (ruang timpanum)

☞ terdapat bentuk kotak di dalam bahagian petros di dalam tulang temporalis.

Page 8: 4.3 struktur & fungsi telinga

8

Telinga tengah

☞ mengandungi tiga tulang kecil (osikel-osikel

auditori) iaitu maleus, inkus dan stapes.

☞ batang maleus terikat kepada permukaan

dalam membran timpanum.

☞ kepala maleus berartikulasi dengan inkus,

manakala inkus berartikulasi dengan stapes.

☞ stapes terikat kepada selaput yang

melitupi fenestra ovalis

Page 9: 4.3 struktur & fungsi telinga

9

Page 10: 4.3 struktur & fungsi telinga

10

Page 11: 4.3 struktur & fungsi telinga

11

Telinga tengah

– Fungsi tulang-tulang ini ialah membawa getaran dari gegendang ke bahagian telinga dalam.

– Gerakan tulang-tulang ini dikawal oleh : Otot tensor timpani – yang terikat kepada batang tulang maleus. Otot stapedius – yang terikat kepada kepala tulang stapes.

Page 12: 4.3 struktur & fungsi telinga

12

Timpanum selaput yang terdapati di hujung meatus auditori eksternal.

memisahkan sepenuhnya telinga luar dan telinga tengah.

terbina dari 3 lapisan tisu : lapisan luar ialah lanjutan kulit tubuh lapisan tengah ialah tisu berserat. lapisan dalam ialah selaput mukosa yang melapisi seluruh ruang telinga tengah

Page 13: 4.3 struktur & fungsi telinga

13

Timpanum Gelombang bunyi yang sampai ke membran timpanum mengetarkannya dan getaran tersebut akan dialirkan ke telinga dalam.

Membran timpanum tidak membenarkan udara dari luar masuk ke dalam ruang telinga tengah.

Page 14: 4.3 struktur & fungsi telinga

14

Struktur dinding telinga tengah Dinding telinga tengah terbina daripada tulang dan selaput.

Selaput mukosa – terbina daripada tisu epitelium dan melapisi keseluruhan ruang telinga tengah.

Dinding lateral dibentuk oleh membran timpanum

Dinding atas & bawah terdiri daripada tulang

Page 15: 4.3 struktur & fungsi telinga

15

Struktur dinding telinga tengah Dinding medial terbina daripada tulang dan selaput; selaput ini menutup tingkap bujur dan tingkap bulat.

Dinding depannya mempunyai satu lubang untuk tiub eustachia.

Dinding belakangnya berhubung dengan ruang mastoid dan sel-sel udara mastoid di tulang temporalis.

Page 16: 4.3 struktur & fungsi telinga

16

Tiub Eustachia berukuran lebih kurang 4 sm panjang.

menghubungkan telinga tengah dengan tekak.

dilapisi selaput mukosa.

berfungsi mengimbangkan tekanan udara luar dengan udara di dalam ruang tengah telinga

di bahagian nasofarinks biasanya tertutup.

Page 17: 4.3 struktur & fungsi telinga

17

Tiub Eustachia

– akan terbuka semasa menelan dan menguap,

membenarkan udara di farinks masuk ke dlm telinga tengah untuk proses pengimbangan

Telinga dalam mengandungi organ pendengaran dan

imbangan. Ia dibahagikan kepada :-

Labirin Bertulang.

Labirin Bermembran.

Page 18: 4.3 struktur & fungsi telinga

18

Labirin Bertulang☞ terletak di dalam tulang temporal dan dilapisi dengan periostium.

☞ lebih besar daripada labirin bermembran.

☞ bentuknya sama dengan labirin bermembran tetapi labirin bermembran terkandung di dalamnya.

☞ diantara kedua labirin ini terdapat cecair yang dikenali sebagai perilimfa.

Page 19: 4.3 struktur & fungsi telinga

19

Page 20: 4.3 struktur & fungsi telinga

20

Labirin Bertulang mengandungi : 1 Vestibul 1 Koklea 3 Kanal semibulat

Vestibul➵ mengandungi tingkap bulat & tingkap bujur➵ kembang dari bahagian yang terdekat

dengan telinga tengah.

Koklea

☞ Menyerupai bentuk kulit siput

Page 21: 4.3 struktur & fungsi telinga

21

Koklea

☞ Dasarnya luas di mana ia bersambungan

dengan vestibul.

☞ berpusar sekeliling satu kolum tulang tengah

Kanal Semibulat

☞ merupakan susunan tiga tiub.

☞ setiap satu berkedudukan di ruangan plana

labirin bertulang.

☞ bersambungan dari vestibul.

Page 22: 4.3 struktur & fungsi telinga

22

Kanal Semibulat

☞ sama bentuk dengan labirin bertulang dan disempadani oleh cecair perilimfa.

Labirin Bermembran

☞ mengandungi cecair endolimfa.

☞ terbahagi kepada bahagian yang sama iaitu, 1 Vestibul 1 Koklea 3 Kanal Semibulat

Page 23: 4.3 struktur & fungsi telinga

23

Labirin Bermembran

☞ di dalamnya sel neuroepitelial dan serat

bersaraf duduk di atas membran basilar

☞ Kebanyakkan sel-sel neuroepitelial

berbentuk panjang serta sempit dan tersusun sebelah menyebelah.

☞ Sel neuroepitelial dan serat saraf

membentuk organ sebenar pendengaran iaitu organ Corti

Page 24: 4.3 struktur & fungsi telinga

24

Page 25: 4.3 struktur & fungsi telinga

25

Labirin Bermembran

☞ serat - serat saraf bergabung untuk

membentuk saraf vestibulokoklea

☞ saraf vestibulokoklea akan melalui foramen tulang temporal untuk sampai ke pusat pendengaran di dalam lobus temporal serebrum