42131095-kaedah-berfokus

8
PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS Kaedah berfokus Pengenalan Pendekatan berfokus ini diperkembangkan oleh Unit Bahasa Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1984. Pendekatan struktural telah menjadi dasar pengenalan kepada pendekatan ini iaitu merupakan cabang kepada pendekatan yang mengkaji struktur karya sastera. Pendekatan berfokus memberikan tumpuan terhadap satu struktur tertentu dalam karya serta satu lagi struktur sampingan dalam satu masa pengajaran. Definisi Pengajaran berfokus ialah berfokus pada aspek isi di samping mengajar aspek bahasa iaitu bentuk dan unsur serta nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan terutama unsur-unsur pengajaran. Ia mengandungi dua tumpuan:, fokus utama dan fokus sampingan.Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Ciri – ciri

Upload: zaini-md-saad

Post on 25-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 42131095-Kaedah-berfokus

PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS

Kaedah berfokus

Pengenalan

Pendekatan berfokus ini diperkembangkan oleh Unit Bahasa Malaysia, Pusat

Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1984.

Pendekatan struktural telah menjadi dasar pengenalan kepada pendekatan ini iaitu

merupakan cabang kepada pendekatan yang mengkaji struktur karya sastera.

Pendekatan berfokus memberikan tumpuan terhadap satu struktur tertentu dalam karya

serta satu lagi struktur sampingan dalam satu masa pengajaran.

Definisi

Pengajaran berfokus ialah berfokus pada aspek isi di samping mengajar aspek bahasa

iaitu bentuk dan unsur serta nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan

terutama unsur-unsur pengajaran. Ia mengandungi dua tumpuan:, fokus utama dan

fokus sampingan.Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci.

Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk

dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran.

Ciri – ciri

i. Fokus pengajaran berdasarkan isi utama. Isi sampingan menjadi perkara kedua

penting.

ii. Untuk menjamin keberkesanan kaedah ini, langkah-langkah penyampaian yang

sistematik hendaklah dirancang oleh guru terlebih dahulu.

iii. Kaedah ini mengandungi satu fokus utama dan satu atau lebih fokus sampingan.

Biasanya fokus utama itulah yang menjadi objektif khas (eksplisit) sesuatu pengajaran.

Page 2: 42131095-Kaedah-berfokus

iv. Kaedah ini menggunakan perkara-perkara yang paling menonjol dalam sesebuah

karya untuk dijadikan fokus utama.

v. Alat bantu mengajar seperti pita rakaman, gambar-gambar, carta, bahan-bahan

bertulis adalah penting.

vi. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif perlu diberi keutamaan. Ini dapat

dilaksanakan dengan baik melalui teknik perbengkelan.

vii. Guru dan pelajar perlu membaca terlebih dahulu karya kesusasteraan yang hendak

disampaikan. Ini penting kerana mereka perlu mendapat kesan penghayatan secara

keseluruhan.

viii. Soalan-soalan rangsangan perlu disediakan dan dirancang dengan baik untuk

menarik minat pelajar.

Kelebihan

i. Menjimatkan masa guru dan pelajar kerana mereka tidak perlu membincangkan

semua aspek dalam semua karya.

ii. Kaedah ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru tidak membincangkan

sesuatu aspek bagi sesebuah karya itu secara khusus dan semata – mata untuk

memahami sesebuah karya.

Penggunaan Kaedah Berfokus

Kaedah ini boleh digunakan oleh seseorang guru dalam menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, dalam memahami

gaya bahasa sebuah sajak, aspek yang menjadi fokus ialah gaya bahasa. Guru perlu

membincangkan teknik mengesan gaya bahasa yang terdapat dalam sebuah sajak,

kemudian cuba mengaplikasikan teknik mengesan gaya bahasa tersebut terhadap

sebuah sajak tertentu. Seterusnya, guru melatih pelajar agar mereka dapat

mengaplikasikan kemahiran mengesan gaya bahasa dalam beberapa sajak yang lain.

Page 3: 42131095-Kaedah-berfokus

Oleh yang demikian, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dengan

sendiri tanpa bantuan guru lagi.

Kesimpulan

Pendekatan berfokus ini sesuai digunakan oleh guru sekiranya seseorang guru itu ingin

memfokuskan pengajaran mereka pada isi tertentu tanpa mengabaikan isi - isi yang

lain. Pendekatan ini juga menjimatkan masa guru dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Disediakan Oleh:

1. Lilies Suryanti bt. Azemi

2. Nurul A'in Wahida bt. Abu Bakar

3. Siti Saudiah bt. Osma

Page 4: 42131095-Kaedah-berfokus

TAJUK :

PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS

KAEDAH BERFOKUS

NAMA :

LILIES SURYANTI BINTI AZEMI

NURUL A’IN WAHIDA BINTI ABU BAKAR

SITI SAADIAH BINTI OSMAN

NAMA PENSYARAH :

ENCIK MANIYAMIN BIN IBRAHIM

Page 5: 42131095-Kaedah-berfokus
Page 6: 42131095-Kaedah-berfokus

Pelaksanaan.

Contoh Model 1

FU = Fokus Utama

FS = Fokus Sampingan

(B) = Bahasa

(I) = Isi Kandungan

FS (I)

FU (B)

Page 7: 42131095-Kaedah-berfokus

Pengajaran berfokus kepada aspek bahasa sebagai Fokus Utama manakala isi

dijadikan sebagai Fokus Kedua atau Sampingan. Pengajaran guru biasanya

menekankan bahasa lebih banyak daripada aspek yang satu lagi.

Sebagai contoh, aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh dijadikan sebagai fokus

utama manakala aspek watak dan perwatakan pula boleh dijadikan fokus sampingan.

Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama; satu fokus

utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai fokus

sampingan.