4.0

2
4.4 MASALAH YANG TIDAK DAPAT DISELESAIKAN. Antara masalah yang tidak dapat di selesaikan semasa ekspo ini berlangsung adalah kekurangan dari segi peralatan untuk memasak produk jualan. Peralatan tersebut adalah seperti kuali, tong gas dan dapur memasak. Oleh yang demkian kumpulan kami terpaksa memasak bahan produk ini di luar kampus Universiti Malaysia Sabah sebelum berlangsungnya ekspo. Selain itu, masalah kenderaan untuk digunakan dalam pakej penghantaran produk kepada pelanggan yang menempah produk kami ini. Kami terpaksa melantik beberapa orang ahli kumpulan untuk menghantar langganan produk ini dan mereka terpaksa menaiki bas UMS dan bas TUT. Keadaan ini telah menyebabkan kelewatan penghantaran produk kepada pelanggan. Seterusnya adalah masalah dari segi kemahiran. Masalah ini adalah masalah yang sangat rumit kerana ahli kumpulan kami tidak mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyajikan produk Nasi Kerabu walaupun kumpulan kami majoritinya di anggotai oleh pelajar wanita namun tidak semua mempunyai kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan produk ini. Tambahan pula produk ini adalah sejenis makanan tradisonal negeri Kelantan yang popular yang sukar di hasilkan jika tiada kemahiran memasak yang utuh. Usaha yang kami telah lakukan adalah dengan cara menghubungi sanak saudara kami yang berada di semenanjung untuk mempelajari cara-cara menghasilkan Nasi Kerabu. 4.5 KENAPA MASALAH SUKAR DISELESAIKAN? Kekurangan peralatan memasak ini sukar di selesaikan kerana peralatan seperti kuali, tog dan dapur memasak tidak disediakan di kolej kediaman mahupun di bilik pelajar. Tambahan pula masalah sukar di selesaikan kerana sekatan untuk memasak di dalam kolej kediaman oleh pihak kolej kediaman dan universiti. Di samping itu, kami kekurangan bajet untuk membeli peralatan memasak ini kerana peralatan memasak ini sangat mahal yang menjangkaui kemampuan kami sebagai pelajar. Masalah kenderaan ini juga sukar di selesaikan kerana tiada seorang pun antara ahli kumpulan yang mempunyai kenderaan seperti motosikal dan kenderaan untuk menghantar tempahan pelanggan. Hal ini di tambah dengan kos penyewaan yang sangat mahal dan di tambah lagi dengan ketiadaan lesen memandu. Seterusnya adalah masalah kemahiran. Masalah ini sangat sukar di selesaikan kerana untuk menyajikan Nasi Kerabu memerlukan kemahiran tersendiri dan mengambil masa yang lama untuk di pelajari. Kemahiran untuk membuat bahan produk ini tidak diambil masa yang singkat untuk dipelajari

Upload: scott-sheppard

Post on 29-Jan-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

APk

TRANSCRIPT

Page 1: 4.0

4.4 MASALAH YANG TIDAK DAPAT DISELESAIKAN.

Antara masalah yang tidak dapat di selesaikan semasa ekspo ini berlangsung

adalah kekurangan dari segi peralatan untuk memasak produk jualan. Peralatan

tersebut adalah seperti kuali, tong gas dan dapur memasak. Oleh yang demkian

kumpulan kami terpaksa memasak bahan produk ini di luar kampus Universiti

Malaysia Sabah sebelum berlangsungnya ekspo.

Selain itu, masalah kenderaan untuk digunakan dalam pakej penghantaran

produk kepada pelanggan yang menempah produk kami ini. Kami terpaksa

melantik beberapa orang ahli kumpulan untuk menghantar langganan produk ini

dan mereka terpaksa menaiki bas UMS dan bas TUT. Keadaan ini telah

menyebabkan kelewatan penghantaran produk kepada pelanggan.

Seterusnya adalah masalah dari segi kemahiran. Masalah ini adalah

masalah yang sangat rumit kerana ahli kumpulan kami tidak mempunyai

kemahiran yang tinggi dalam menyajikan produk “Nasi Kerabu” walaupun

kumpulan kami majoritinya di anggotai oleh pelajar wanita namun tidak semua

mempunyai kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan produk ini. Tambahan

pula produk ini adalah sejenis makanan tradisonal negeri Kelantan yang popular

yang sukar di hasilkan jika tiada kemahiran memasak yang utuh. Usaha yang

kami telah lakukan adalah dengan cara menghubungi sanak saudara kami yang

berada di semenanjung untuk mempelajari cara-cara menghasilkan Nasi Kerabu.

4.5 KENAPA MASALAH SUKAR DISELESAIKAN?

Kekurangan peralatan memasak ini sukar di selesaikan kerana peralatan seperti

kuali, tog dan dapur memasak tidak disediakan di kolej kediaman mahupun di

bilik pelajar. Tambahan pula masalah sukar di selesaikan kerana sekatan untuk

memasak di dalam kolej kediaman oleh pihak kolej kediaman dan universiti. Di

samping itu, kami kekurangan bajet untuk membeli peralatan memasak ini

kerana peralatan memasak ini sangat mahal yang menjangkaui kemampuan

kami sebagai pelajar.

Masalah kenderaan ini juga sukar di selesaikan kerana tiada seorang pun

antara ahli kumpulan yang mempunyai kenderaan seperti motosikal dan

kenderaan untuk menghantar tempahan pelanggan. Hal ini di tambah dengan

Page 2: 4.0

kos penyewaan yang sangat mahal dan di tambah lagi dengan ketiadaan lesen

memandu.

Seterusnya adalah masalah kemahiran. Masalah ini sangat sukar di

selesaikan kerana untuk menyajikan “Nasi Kerabu” memerlukan kemahiran

tersendiri dan mengambil masa yang lama untuk di pelajari. Kemahiran untuk

membuat bahan produk ini tidak diambil masa yang singkat untuk dipelajari

kerana ‘rasa’ bahan produk ini akan berbeza dengan produk yang di pasarkan di

pasaran luar.

4.6 HASIL YANG DIPEROLEHI.

Hasil yang diperolehi dalam penjualan yang kami jalankan ini berjalan dengan

lancar selepas masalah-masalah yang dihadapi berjaya diselesaikan dengan

kaedah-kaedah yang tertentu. Walaupun terdapat masalah yang sukar untuk

diselesaikan seperti kekurangan peralatan dan kemahiran, tetapi kami berjaya

mengatasinya dan mendapat pengalaman untuk memastikan penjualan produk

‘Nasi Kerabu’ ini berjalan dengan lancar. Tambahan pula, kami berpuas hati

dengan reaksi pelanggan kami yang amat berpuas hati dengan produk yang

kami sediakan ini. Kerjasama daripada ahli kumpulan juga amat memuaskan

kerana semua ahli menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Keadaan ini

amat membantu dalam mempermudahkan lagi sebelum, semasa dan selepas

ekspo berlangsung. Hasil jualan yang diperolehi juga amat memuaskan.