4. buku panduan ujian ringkuk tubi separa

3

Click here to load reader

Upload: heng1407

Post on 25-Sep-2015

255 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

penyediaan buku panduan ujian SEGAK ringkuk tubi separa

TRANSCRIPT

DAYA TAHAN OTOT

DAYA TAHAN OTOT

Nama Ujian: Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up) 1 minit Tujuan : Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen Tahap : Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 Jantina : Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan : 1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm 2. Pita ukur 3. Jam randik

Pengurusan dan organisasi: 1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.

Prosedur : 1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. 2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai. 3. Buka kaki seluas bahu. 4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. 5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. 6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya. 7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit. 8. Murid B mengira ulangan perlakuan.

9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :- 9.1 Berasa tidak selesa. 9.2 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua. 9.3 Tumit diangkat.

Panduan guru Lakuan ringkuk yang tidak sempurna: 1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai. 2. Tumit diangkat. 3. Badan/ bahu senget. 4. Punggung terangkat. 5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).

Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul. 1. Rapatkan belakang ke lantai. 2. Bahu sentuh lantai. 3. Rapatkan tumit ke lantai. 4. Seimbangkan bahu/badan. 5. Buka kaki. 6. Bengkokkan lutut.

SediaRingkukKedudukan Asal

Kiraan Satu Ulangan Lakuan8