3.pptx

Upload: jiljungjug

Post on 01-Mar-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tajuk 3 Masyarakat Pluralistik Alam Melayu

Tajuk 3 Masyarakat Pluralistik Alam MelayuMuhammad Faris Hafiy bin Abdul HarisMuhammad Faizal bin Abdul JalilMuhammad Adib bin Mohamad IsaKonsepPluralisme kepelbagaian/majmuk.Masyarakat pluralisme merujuk kepada masyarakat majmuk/kepelbagaian bangsa/kaum yang mendiami sesuatu wilayah/negara mengamalkan kepelbagaian tradisi dan budaya.

Pluraliti: istilah yg digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah (Eropah) yg terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.

Masyarakat Plural:Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yg wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yg hidup terasing daripada kelompok yg lain walaupun tinggal di tempat yg sama (Masyarakat Majmuk)

Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu 1. Hubungan dengan Cina dan India.Hubungan antara alam Melayu dengan Cina dan India telah lama berlaku.faktor perdagangan- alam Melayu menjadi persinggahan para pedagang dari kedua-dua benua tersebut.Abad ke-7 Masehi - kewujudan institusi pengajian agama di alam Melayu pada zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan.

2. Zaman Hinduisme dan Buddhisme.Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yg besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naguib Al-Attas).Bukti: tidak terdapat kitab-kitab yg membincangkan idea-idea besar seperti falsafah, ketuhanan dll yg berasaskan Hinduisme & Buddhisme di alam Melayu, yg ada Cuma kitab-kitab yg bersifat kesenian.Hinduisme & Buddhisme diterima baik di kalangan pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme mengukuhkan institusi raja di alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-candi yg didirikan3. Penjelmaan dari segi material dan non-material.Dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yg bersifat epistemologikal yg dibawa oleh penjajah Inggeris.Epistemologikal: iaitu asal mula sesuatu ilmu pengetahuan. Perubahan epistemologikal: perubahan dari segi ilmu pengetahuan yg melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yg seterusnya akan melibatkan perubahan terhadap cara memahami sesuatu.Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di alam Melayu banyak berasaskan epistemologi yg bercorak metafizik atau ilmu yg bersumberkan alam ghaib.

Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yg menggunakan jampi mantera dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah manifestasi yg jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu.Kedatangan Inggeris mengubah epistemologi yg bersifat non-material ini kepada epistemologi fizikal yg bersifat rasional saintifik. Asasnya ialah pembuktian sesuatu material menerusi panca indera dan kemudiannya dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik.Kesannya muncul pelbagai ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada ekonomi kapitalis yg berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.

Zaman Pluraliti Kesultanan Melayu MelakaZaman empayar Melaka: zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu.Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga digelar The Venice of the East.Dari segi pemerintahanPara pegawai istana terdiri drp campuran orang-orang Melayu tempatan dengan bangsa-bangsa asing yg datang berdagang dan menetap di istana.Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan anak pemerintah China dll.

Pemerintah Melaka mengambil kira keharmonian di antara kaum.Perlembagaan Melaka yg berasaskan ajaran Islam (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka) menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka.

Dari aspek perdagangan.Perdagangan Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yg cekap.Pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka menjamin tahap keselamatan yg tinggi kepada ribuan kapal pedagang.

Kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-ratus yg menjadi tarikan kepada kedatangan pedagang asing.

Kependudukan.Zaman empayar Melaka zaman pluraliti. Berlaku penghijrahan secara alamiah tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak, mereka tidak memerlukan pasport dan visa untuk memasuki sesuatu kawasan.Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat yg tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba dan Mamak.Empayar Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di MelakaKebudayaan.Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang daripada seluruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yg menyulitkan memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sbg pelabuhan penting dunia.Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan memungkinkan Melaka wujud sebagai kota multi-budaya, setiap budaya mempunyai tempat masing-masing.

Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dlm alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (Portugis, Sepanyol, Belanda & British) dgn budaya alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi.Pertemuan & pertembungan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yg istimewa dlm alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian budaya.

KUIZKOTAK BERACUNSoalan 1Secara ringkas, nyatakan maksud masyarakat pluralisme.Soalan 2Kesan wujudnya kelompok-kelompok masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di tempat yang sama. Apakah faktor yang menyebabkan perkara itu berlaku?Soalan 3Bagaimana pembentukan masyarakat plural terbentuk?Soalan 4Alam Melayu terkenal sebagai pusat latihan ketenteraan.Betul ke salah? Jelaskan jawapan andaSoalan 5Pada abad ke berapakah wujudnya institusi pengajian agama di alam Melayu pada zaman Melayu srivijaya?Soalan 6Mengapakah zaman Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yang besar dalam kehidupan rakyat biasa?

Soalan 7Penjelmaan dari segi material dan no-material disebabkan pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu. Yeke?Soalan 8Zaman empayar Melaka dikenali sebagai zaman apa?Soalan 9Bagaimana keselamatan ribuan kapal pedagang di Melaka dijamin?Soalan 10Pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melakukan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam alam Melayu iaitu fenomena kepluralitian budaya. Agak-agak korang betul ke tak?