39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

31

Upload: izham-jaafar

Post on 17-Jun-2015

1.455 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu
Page 2: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

A

Page 3: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

AHLI KUMPULAN

Page 4: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

A

“SATU BAHASA SATU MALAYSIA”

-JENIRI AMIR-MAJALAH : PELITA BAHASA

(OGOS 2010)

Page 5: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

OBJEKTIF KAJIAN

Menganalisis dan menghuraikan ciri-ciri wacana yang terdapat

dalam artikel “Satu Bahasa Satu Malaysia”

Page 6: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

Pengkaji akan mengenalpasti ciri-ciri wacana yang terdapat dalam artikel yang bertajuk “Satu Bahasa Satu Malaysia”.

Setiap ciri yang diperoleh disertakan dengan tiga contoh.

Bagi ciri yang tidak mempunyai contoh yang banyak, pengkaji hanya menyertakan contoh yang ditemui sahaja.

BATASAN KAJIAN

Page 7: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

Keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis.

Pelahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi.

Wacana boleh direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh.

Contoh: novel, buku, siri ensaiklopedia, paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.

KONSEP WACANA

ASMAH HAJI OMAR (1986)

HARIMURTI (1982)

Page 8: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

CIRI-CIRI WACANA

Page 9: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

Unit paling kecil dalam wacana. Dikenali dengan konsep kohesi. Penting dalam sesuatu wacana

Sbb: Boleh mewujudkan kesinambungan antara bahagian-bahagian teks dengan bahagian yang lain sehingga terbentuk 1 kesatuan

STAUTAN

Page 10: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

1

ISI: Penggantian Kata Ganti Nama Diri ke-3CONTOH:

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya, dan agama perlu bergerak ke hadapan, seiring dan sejalan, senada dan seirama. Mereka perlu mempunyai semangat nasionalisme dan patriotisme serta mendukung konsep setia kepada negara tanpa rasa berbelah bahagi. (m/s 8)

HURAIAN: Penulis menggantikan Kata Ganti Nama ke-3 (KGND3) iaitu Rakyat Malaysia dengan menggunakan KGND3 dalam kumpulan yang sama iaitu mereka.

Page 11: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

ISI: Penggantian frasaCONTOH: Di negara ini, bahasa Melayu yang termasuk dalam senarai 20 bahasa utama dunia, memikul tugas dan tanggungjawab yang besar dan penting untuk memecahkan segala tembok sosial, psikologi dan emosi dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Bahasa Inggeris dan dialek suku kaum lain tidak mungkin dapat memikul fungsi tersebut dengan berkesan .(m/s 9)

1

HURAIAN:Dalam ayat ke-2, penggunaan frasa memikul fungsi tersebut telah digunakan bagi menggantikan tugas bahasa Melayu seperti dalam ayat 1.

Page 12: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

ISI: Penggantian frasaCONTOH:

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bahasa Melayu ialah wahana untuk memupuk perpaduan yang paling ampuh. Bahasa itu merupakan senjata yang berkesan untuk memastikan agar konsep Satu Malaysia dapat dicapai. (m/s 10)

1

HURAIAN:Dalam kedua-dua ayat di atas, berlaku tautan apabila penulis telah menggantikan perkataan bahasa Melayu kepada bahasa itu dalam ayat 2.

Page 13: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

1

Dikenali sebagai koheren. -Kesinambungan sesuatu idea yang terdapat dalam sesebuah wacana.

-Menjadikan wacana tersebut sebuah teks yang ada makna dan dapat difahami.

-Koheren merupakan sesuatu perkara yang bersamaan atau berkisar dengan tema.Asas dalam pembinaan wacana. Sbb:Sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna yang dapat difahami.

RUNTUTAN

Page 14: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

ISI: Wujud kesinambungan idea antara dua ayat.

CONTOH:Persoalan besar yang dihadapi oleh pemimpin dan pendidik

selepas Perang Dunia Kedua ialah mencari formula yang terbaik untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keinginan dan keazaman untuk hidup bersama dalam keadaan damai. Masyarakat yang dihasratkan ialah masyarakat yang ke

bukit sama didaki ke lurah sama dituruni, iaitu masyarakat yang saling bekerjasama, berkorban dan bersatu hati dalam segala hal. (m/s 10)

1

HURAIAN:Ayat 1: Menjelaskan formula untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu .Ayat 2: Menjelaskan formula untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dengan lebih terperinci iaitu masyarakat yang saling bekerjasama, berkorban, dan bersatu hati dalam segala hal.

Page 15: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

ISI: Wujud kesinambungan idea bagi ayat pertama dalam ayat kedua.

CONTOH:Dalam konteks Satu Malaysia, perhubungan atau

interaksi antara masyarakat pelbagai kaum amat penting, justeru perlu digalakkan. Maka masyarakat perlu mempunyai pengetahuan yang luas

tentang bahasa, loghat, jargon, slanga, gurauan, cerita rakyat, budaya setempat dan sebagainya. (m/s 11)

1

HURAIAN:Ayat1: Menjelaskan interaksi antara masyarakat pelbagai kaum amat penting, justeru perlu digalakkan. Ayat 2: Diterangkan bagi mewujudkan interaksi tersebut, masyarakat perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang bahasa, loghat, jargon, slanga, dan sebagainya.

Page 16: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

ISI: Kesinambungan idea antara ayat 1 dan ayat 2.

CONTOH:Perdana Menteri menjelaskan bahawa Satu Malaysia mempunyai matlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang terbukti telah menjadi tonggak kekuatan negara ini bagi menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman dalaman dan luaran sejak merdeka. Satu daripada wahana atau alat penting bagi menjamin kejayaan Satu Malaysia ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan, komunikasi dan interaksi dalam pelbagai ranah dan bidang, secara meluas dalam kalangan rakyat pelbagai kaum pada semua peringkat di negara ini. (m/s 9)

:

1

HURAIAN:Ayat 1: Perdana Menteri ingin menjelaskan berkenaan dengan matlamat Satu Malaysia iaitu untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan.Ayat 2: Diterangkan langkah untuk menjamin kejayaan Satu Malaysia tersebut iaitu dengan cara menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana atau alat penting untuk mengekalkan matlamat tersebut.

Page 17: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

Tujuan sesuatu wacana itu adalah ditentukan oleh penulis ataupun pembicaranya.

Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan.-menimbulkan interaksi yang komunikatif.

Tujuan akan menentukan jenis wacana yang digunakan.

1

TUJUAN

Page 18: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

1

Menyatakan kepentingan bahasa Melayu dalam membentuk gagasan Satu Malaysia.

Bahasa Melayu sebenarnya menjadi lambang penyatuan suara dan aspirasi, serta alat yang berfungsi untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum.

Juga menjelaskan konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak.”

Page 19: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

Sesuatu wacana sama ada bentuk tulisan mahupun bentuk lisan perlulah mempunyai pembaca ataupun pendengar kerana pembaca ataupun pendengar merupakan golongan penerima/khalayak sesuatu wacana.

Wacana yang melibatkan khalayak pendengar merupakan hubungan antara penutur dengan pendengar manakala khalayak pembaca pula ialah hubungan antara penulis dengan pembaca.

1PENERIMA/KHALAYAK

Page 20: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

Penerima/khalayak untuk teks ini adalah tidak terhad kepada satu golongan sahaja.

Teks ini disampaikan kepada semua golongan termasuklah golongan tua dan muda juga kepada semua kaum iaitu Cina, Melayu dan India yang termasuk dalam Gagasan Satu Malaysia.

Sasaran penerima adalah rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung dengan Gagasan Satu Malaysia.

1

Page 21: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

Merupakan perkara yang penting dalam wacana. Terbahagi 2 jenis, iaitu:

1

MAKLUMAT

Maklumat Lama

Maklumat Baru

Page 22: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

Dengan tercetusnya Gagasan 1 Malaysia, soal kesatuan dan perpaduan menjadi satu daripada agenda utama pemimpin. Pemimpin kita makin sedar akan betapa pentingnya perpaduan diperkukuh dan dipertahankan. (m/s 9)

1

HURAIAN:Ayat 1 adalah maklumat lama kerana ayat tersebut telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang2 dalam konteks yang berikutnya.Ayat 2 adalah maklumat baru kerana pendengar baru sahaja mengetahui perkara tersebut.

Page 23: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

Cara yang paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu yang digunakan dengan meluas dalam kalangan penduduk pelbagai kaum di negara ini, berbanding dengan masa atau dialek yang lain, termasuk bahasa Inggeris, merupakan pilihan yang terbaik untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia. (m/s 10) HURAIAN:Ayat 1 menjelaskan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan adalah maklumat lama kerana telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang2 dalam konteks yang berikutnya.Ayat 2 adalah maklumat baru kerana pembaca baru mengetahui perkara tersebut.

1

Page 24: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

Berkaitan dengan faktor untuk menjadikan sesuatu wacana itu relevan dengan situasi ujaran itu.

Sesuatu wacana yang diujarkan itu perlulah sesuai dengan keadaan dan juga pemeran yang ditujukan wacana itu.

Untuk menjadikan wacana itu sesuai dengan keadaan pemilihan kata, frasa, atau ayat adalah penting.

Sesuatu wacana perlu berlandaskan hubungan antara penghasil wacana dengan khalayak.

1KEADAAN

Page 25: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

S

Teks ini berlandaskan hubungan antara: penulis dengan pembaca, maka hubungan yang wujud adalah hubungan yang tidak langsung kerana penulis dikenali oleh pembaca tetapi penulis tidak mengenali pembaca.Laras bahasa yang digunakan adalah laras bahasa formal kerana penulis mensasarkan teks kepada orang yang belum dikenali.

Page 26: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

Sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain yang memainkan peranan penting bagi membantu seseorang itu memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca ataupun didengarinya.

Kefahaman seseorang itu terhadap sesebuah wacana banyak bergantung pada pengetahuannya terhadap perkara yang sedang dibaca ataupun didengarinya.

1

INTERTEKS

Page 27: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

“Kamus Dewan mentakrifkan perpaduan sebagai penggabungan,peleburan,penyesuaian, kecocokan atau perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat atau sebagainya.”

1

HURAIAN:Dalam teks tersebut, wujudnya teks dari Kamus Dewan. Dengan kemasukan definisi daripada kamus tersebut membolehkan khalayak lebih memahami makna sebenar perpaduan yakni dijelaskan dalam teks tersebut.

Page 28: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

• Kesimpulannya, wacana mengandungi tujuh ciri utama iaitu:

KESIMPULAN

Khalayak

Tujuan

Runtutan

Tautan

Matlamat

Keadaan

Interteks

Page 29: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

SAMBUNGAN… Ketujuh-tujuh ciri tersebut penting dalam penghasilan

sesuatu wacana. Tidak semua teks mengandungi ketujuh-tujuh ciri

tersebut. Namun, ketujuh-tujuh ciri tersebut terdapat dalam

teks yang dikaji. Ciri yang paling banyak ditemui dalam teks ialah:

Hal ini membuktikan bahawa artikel ini mempunyai wacana yang utuh dalam konteks wacana bahasa Melayu.

Tautan Runtutan

Page 30: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu

(1)Jeniri Amir. 2010. Pelita Bahasa. K: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(2) Noresah et al. 2007. Kamus Dewan Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

BIBLIOGRAFI

Page 31: 39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu