jbea3111 analisis wacana bahasa melayu

48
JBEA3111 ANALISIS WACANA BAHASA MELAYU TAJUK: CIRI-CIRI WACANA DALAM TEKS UCAPAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN: PEMUGARAN SISTEM PENDIDIKAN NAMA PENSYARAH: PROF AB RAZAK BIN AB KARIM NAMA AHLI KUMPULAN: 1. BONG SUZ KIEN (JEA080008) 2. BOON JIA YUN (JEA080009) 3. S.HEEMALINI A/P SANTHARAN (JEA 080121) 4. THEIVANAYAGI A/P SUBRAMANIAM (JEA080152) 5. NURUL FARAH AMEERA BTE AB MALIK (JEA080105)

Upload: hafizoro

Post on 24-Jun-2015

577 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Ciri2 Wacana

TRANSCRIPT

Page 1: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

JBEA3111 ANALISIS WACANA BAHASA MELAYU

TAJUK: CIRI-CIRI WACANA DALAM TEKS UCAPAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN: PEMUGARAN

SISTEM PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH: PROF AB RAZAK BIN AB KARIM

NAMA AHLI KUMPULAN:1. BONG SUZ KIEN (JEA080008)2. BOON JIA YUN (JEA080009)3. S.HEEMALINI A/P SANTHARAN (JEA 080121)4. THEIVANAYAGI A/P SUBRAMANIAM (JEA080152)5. NURUL FARAH AMEERA BTE AB MALIK

(JEA080105)

Page 2: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

OBJEKTIF KAJIAN Untuk mengenalpasti dan meneliti ciri-ciri wacana yang terdapat dalam teks ucapan yang kita pilih iaitu bertajuk “Pemugaran Sistem Pendidikan”.

Ciri-ciri wacana dilihat menerusi kata, frasa, klausa, dan ayat yang digunakan dalam teks tersebut.

Page 3: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

KAEDAH KAJIANKajian ini menggunakan

kaedah kepustakaan untuk mengumpul maklumat.

Rujukan dan maklumat tambahan diperolehi dari Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu, Perpustakaan Peringatan Za’ba melalui latihan ilmiah, tesis yang sedia ada.

Page 4: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

BAHAN KAJIANBahan kajian yang digunakan

ialah teks ucapan yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena majlis pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan kali ke-39.

Teks ucapan ini dipetik dari suratkhabar “Utusan Malaysia”.

Page 5: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

DEFINISI WACANA Unit bahasa yang mempunyai

kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat

Terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat.

Unsur-unsur bahasa seperti kata, frasa, klausa, dan ayat disusun dan dijalin dengan sempurna sehingga memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berkesinambungan serta menghasilkan kesatuan fikiran yang utuh.

Page 6: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

TAUTAN Dikenali sebagai konsep kehesi,

iaitu keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana

Keserasian hubungan ini biasanya berlaku dalam hubungan antara satu perkataan, frasa, atau ayat dengan perkataan, frasa dan ayat yang lain.

Page 7: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Contoh:1. “ Pelaksanaan kenaikan gred bagi

pemegang Ijazah Doktor Falsafah akan dilaksanakan pada tahun ini.”

“ Saya berharap agar proses kenaikan pangkat dan pengesahan pemangkuan bagi mereka yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dapat diurus dengan kadar segera.”

Dalam contoh di atas, terdapat tautan di antara kedua-dua ayat tersebut. Ayat ini menggunakan penanda rujukan ganti nama ketiga iaitu perkataan “mereka” dalam ayat kedua merujuk kepada “pemegang Ijazah Doktor Falsafah” dalam ayat pertama.

Page 8: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

2. “ Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang, khususnya kepada Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang di atas sokongan beliau dalam menjayakan majlis yang amat besar ertinya kepada seluruh warga pendidik.”

Dalam contoh di atas, terdapat tautan dalam ayat tersebut. Ayat ini menggunakan penanda rujukan ganti nama ke-2 iaitu perkataan “beliau” merujuk kepada “Datuk Seri Adnan Yaakob ,Menteri Besar Pahang.”

Page 9: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

3. “Ketiga, meningkatkan daya saing negara di persada antarabangsa dalam iklim persaingan global yang semakin sengit.”

“Berhadapan dengan cabaran ini, keutamaan kita ialah untuk mempersiapkan generasi muda dengan kualiti yang diperlukan supaya mereka boleh bersaing di persada antarabangsa.”

Dalam contoh di atas, terdapat tautan di antara kedua-dua ayat tersebut. Ayat ini mengunakan penanda penggantian iaitu perkataan “cabaran ini” dalam ayat kedua merujuk kepada “meningkatkan daya saing negara di persada antarabangsa” dalam ayat pertama.

Page 10: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

4. “ Kemajuan yang dicapai dalam bidang pendidikan selama lebih lima dekad yang lalu juga telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat tanpa nengira kaum.”

“Pencapaian ini sekali gus membantu menjayakan agenda pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat, pembangunan negara dan pengukuhan perpaduan. “

Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Ayat ini menggunakan penanda penggantian iaitu perkataan “pencapaian ini” dalam ayat kedua merujuk kepada “pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat tanpa nengira kaum” dalam ayat pertama.

Page 11: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

RUNTUTAN Koheran ialah kesinambungan

sesuatu idea yang terdapat dalam sesuatu wacana sehingga menjadikan wacana tersebut sebagai sebuah teks yang mempunyai makna dan dapat difahami

Asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana, jika teks tersebut mempunyai makna yang dapat difahami.

Page 12: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Runtutan juga lebih memberi fokus kepada makna dan hubungan idea dengan semantik iaitu melihat keserasian atau kesesuaian hubungan dalam sesuatu teks.

Contoh 1: “Kemajuan yang dicapai dalam bidang

pendidikan selama lebih lima dekad yang lalu juga telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat tanpa mengira kaum. Pencapaian ini sekali gus membantu menjayakan agenda pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat, pembangunan negara dan pengukuhan perpaduan.”

Page 13: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Unsur runtutan dalam teks ini iaitu “pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat tanpa mengira kaum” dan “pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat, pembangunan negara dan pengukuhan perpaduan” melihatkan kesinambungan idea yang diketengahkan.

Kesinambungan ini menyebabkan tautan antara antara satu sama lain bagi menghasilkan wacana yang bermakna.

Page 14: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Contoh 2 : “Pada masa ini, terdapat sekolah yang

mempunyai hampir 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid serta kebersihan, keceriaan dan keselamatan murid yang memerlukan curahan masa dan tenaga guru yang bukan sedikit.”

“ Pengecilan jumlah jawatankuasa melalui penggabungan atau pemansuhan bukan sahaja akan mengurangkan bebanan tugas guru tetapi juga memberi peluang kepada guru untuk menumpukan perhatian kepada tugas hakiki.”

Page 15: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Analisisnya, “40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid serta kebersihan, keceriaan dan keselamatan murid” dan “tugas guru” melihatkan kesinambungan idea yang diketengahkan dalam teks.

Hal ini menyebabkan tautan antara satu sama lain bagi menghasilkan wacana yang bermakna.

Page 16: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

TUJUAN Setiap wacana yang dihasilkan mesti

mempunyai tujuan kerana tujuanlah yang akan menentukan jenis wacana

Mendapatkan maklumat -ayat tanyaHendak menyempurnakan perbuatan

-ayat perintah Contohnya, seseorang akan menulis

wacana dalam bentuk rencana sekiranya tujuannya adalah untuk memberikan ulasan tentang sesuatu isu semasa.

Page 17: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Jika ingin menunjukkan bantahan kepada pihak yang berwajib pula akan menghasilkan wacananya dalam bentuk memorandum.

Untuk melahirkan sesuatu perasaan atau menyampaikan mesej tertentu, seorang akan menulis puisi, sajak dan juga cerpen.

Page 18: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Tujuan Teks Yang Dikaji

Teks yang dikaji adalah wacana yang berbentuk ucapan.

Biasanya digunakan untuk bersyarah tentang sesuatu perkara kepada golongan tertentu secara lisan.

Perdana menteri kita telah memberikan suatu ucapan sempena sambutan hari guru di seluruh negara. Dalam ucapannya beliau telah menjanjikan beberapa kemudahan dan insentif kepada warga pendidik.

Page 19: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Teks ini ditujukan kepada semua lapisan guru iaitu:

a) guru tadika, b) guru sekolah rendah, c) guru sekolah menengah, d) guru-guru di sekolah-sekolah

swasta, e) semua warga pendidik di seluruh

IPTA dan IPTSTidak kira sama ada aliran Bahasa

Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris mahupun bahasa asing.

Page 20: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Ucapan ini juga diberikan khas untuk individu-individu yang terlibat dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 21: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

PENERIMAAN/ KHALAYAK Sesuatu wacana sama ada bentuk

tulisan ataupun lisan perlulah mempunyai pembaca ataupun pendengar kerana pembaca dan pendengar merupakan golongan penerima/khalayak sesuatu wacana.

Seseorang penulis yang akan menghasilkan sesuatu wacana mestilah tahu sasaran khalayak yang hendak ditujukan dalam wacana tersebut.

Page 22: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Misalnya, hubungan antara penulis dengan khalayak dapat dikaitkan dengan tujuan dan penerimaan sesuatu wacana itu.

Seorang penutur akan menggunakan bahasa mesra sekiranya khalayaknya merupakan kaum keluarga yang rapat dengannya manakala khalayak yang mempunyai jurang sosial akan menggunakan bahasa yang lebih bersifat formal.

Page 23: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Dalam teks ucapan ini, wujud hubungan antara penulis dengan pembaca.

Khalayak dalam teks ucapan ini khususnya ditujukan kepada para pendidik, para pelajar kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia dan pembaca umum.

Page 24: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Khalayak teks ucapan ini ditujukan kepada seluruh warga pendidik di Malaysia kerana teks ini bertemakan sistem pendidikan negara iaitu mengenai cabaran pendidikan negara dan strategi pemantapan kualiti pendidikan.

Secara tidak langsung teks ini ditujukan kepada para pendidik di semua peringkat sekolah sama ada sekolah rendah, menengah mahupun pengajian tinggi.

Page 25: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Selain itu, teks ini juga ditujukan kepada para pelajar, hal ini kerana teks ucapan ini berkaitan dengan isu pengajaran dan pembelajaran di negara ini.

Selain daripada para pendidik dan para pelajar, teks ucapan ini juga ditujukan kepada pembaca umum.

Page 26: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Teks ucapan ini ditujukan kepada pembaca umum supaya mereka mengetahui cabaran pendidikan negara yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa kini.

Khalayak dalam teks ucapan ini juga ditujukan kepada kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 27: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Hal ini kerana tanpa usaha Kementerian Pelajaran Malaysia, segala strategi pemantapan kualiti pendidikan serta beberapa inisiatif yang diberikan kepada guru tidak akan dicapai.

Page 28: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

KEADAAN Keadaan berkaitan dengan

faktor untuk menjadikan sesuatu wacana itu relevan dengan situasi ujaran.

Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan.

Oleh itu, untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan, pemilihan perkataan, frasa atau ayat adalah penting.

Page 29: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Sekiranya sesuatu wacana itu dalam bentuk lisan, hubungan antara penutur dengan pendengar adalah hubungan secara langsung manakala antara pembaca dengan penulis adalah hubungan tak langsung.

Sesuatu wacana yang dihasilkan itu juga mestilah sesuai dengan laras yang digunakan, misalnya seseorang penutur akan menggunakan bahasa formal sekiranya sasaran wacananya terdiri daripada orang yang belum dikenali ataupun status sosialnya lebih tinggi daripada penutur.

Page 30: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Penutur boleh menggunakan bahasa mesra atau bahasa tak formal apabila khalayaknya terdiri daripada orang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan penutur.

Page 31: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Berdasarkan teks yang dianalisis didapati salah satu ciri wacana iaitu ciri keadaan menjadikan wacana tersebut relevan dengan situasi ujaran yang terlibat.

Situasi ujaran yang terlibat dalam wacana ini ialah situasi teks ucapan dalam Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010.

Hal ini kerana teks ini telah dihasilkan dengan menggunakan kata-kata aluan yang menjadi pelengkap kepada teks ucapan tersebut.

Page 32: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Contoh:“Terlebih dahulu saya

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Negeri Pahang, khususnya kepada Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang di atas sokongan beliau dalam menjayakan majlis yang amat besar ertinya kepada seluruh warga pendidik.”

Page 33: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Wacana tersebut sesuai dengan keadaan dan juga pemeran yang ditujukan.

Teks ini telah ditujukan kepada seluruh warga pendidik di Malaysia, Kementerian Pelajaran dan juga ditujukan kepada semua pembaca teks ucapan tersebut.

Page 34: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Teks ini merupakan wacana yang berbentuk lisan, maka hubungan antara penutur dengan pendengar adalah hubungan secara langsung.

Manakala hubungan antara penulis dan pembaca teks ini ialah hubungan tak langsung kerana wacana tersebut berbentuk tulisan.

Page 35: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Wacana yang dihasilkan juga sesuai dengan laras yang digunakan. Sasaran wacananya terdiri daripada orang yang belum dikenali ataupun status sosialnya lebih tinggi daripada penutur. Oleh itu, penutur telah menggunakan bahasa formal.

Page 36: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Contoh: “Terlebih dahulu saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Negeri Pahang, khususnya kepada Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang di atas sokongan beliau dalam menjayakan majlis yang amat besar ertinya kepada seluruh warga pendidik.”

Berdasarkan contoh di atas, penulis menggunakan bahasa yang formal iaitu “beliau”.

Page 37: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

MAKLUMAT Maklumat boleh dibahagikan kepada

dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baru.

Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang-ulang dalam konteks yang berikutnya.

Maklumat baru ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan oleh penulis/pembicara kerana khalayak tidak mengetahui maklumat tersebut sebelum ini.

Page 38: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Dua ayat yang mempunyai makna yang bertentangan tidak dianggap sebagai wacana kerana maklumatnya bertentangan dan semantiknya kurang jelas.

Maklumat yang terkandung dalam wacana perlulah logik dan dapat diterima akal.

Page 39: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Contoh 1:Maklumat lama “Saya berharap agar aspek penting ini

akan diberikan penekanan oleh guru-guru dalam pelaksanaan tranformasi kurikulam di sekolah”.

Maklumat baru “Kejayaan pelaksanaan tranformasi

kurikulam ini amat bergantung kepada keupayaan guru-guru untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar matlamat mengalakkan budaya berfikir dalam kalangan murid dapat dicapai”.

Page 40: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Contoh 2: Maklumat lama

Pertama, mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar.

Maklumat baru Pengecilan jumlah jawatankuasa

melalui penggabungan atau pemansuhan bukan sahaja akan mengurangkan bebanan tugas guru tetapi juga memberikan peluang kepada guru untuk menumpukan perhatian kepada tugas hakiki.

Page 41: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Contoh 3: Maklumat lama

Kedua, kepimpinan sekolah perlu memacu penghasilan daya kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.

Maklumat baruBagi menghasilkan pendidikan yang bermutu, guru-guru perlu melakukan anjakan paradigma dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan inovasi.

Page 42: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

INTERTEKS Bermaksud sesuatu wacana itu

bergantung kepada wacana yang lain bagi membantu seseorang itu memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca ataupun didengarinya.

Kefahaman seseorang itu terhadap sesebuah wacana banyak bergantung pada pengetahuannya terhadap perkara yang sedang dibaca atau didengarinya.

Page 43: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Melalui teks ucapan ini yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena majlis pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan kali ke-39, sudah tentu kita juga akan memahami sedikit sebanyak mengenai sistem pendidikan seperti Cabaran Pendidikan Negara, Strategi Pemantapan Kualiti Pendidikan dan bahan-bahan lain yang saling berkaitan.

Page 44: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Perkara ini disebabkan topik ucapan yang disampaikan adalah berkenaan dengan pemberian beberapa kemudahan dan insentif kepada warga pendidik selain mengucapkan tahniah dan terima kasih terhadap jasa serta pengorbanan mereka.

Page 45: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Contoh: Cabaran Pendidikan

Negara

•Cabaran pertama ialah untuk meningkatkan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan.•Kedua, meraikan kepelbagaian dan memperkukuhkan perpaduan dalam sesebuah masyarakat majmuk.•Ketiga, meningkatkan daya saing negara di persada antarabangsa. 

Page 46: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

Strategi Pemantapan Kualiti Pendidikan

•Pertama, pengukuhan kepimpinan pendidikan dengan memberikan keutamaan kepada usaha untuk meningkatkan mutu penyampaian pendidikan dan melonjakkan prestasi dari peringkat pra-sekolah sehinggalah pengajian tinggi.•Kedua, kepimpinan sekolah perlu memacu penghasilan daya kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.•Ketiga, melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.  

Page 47: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

KESIMPULAN Hasil daripada kajian yang

telah dilakukan, didapati ketujuh-tujuh ciri wacana boleh diperolehi dalam teks tersebut.

Ciri-ciri tersebut termasuklah tautan, runtutan, tujuan, khayalak/penerima, maklumat, keadaan/situasi, dan juga interteks.

Page 48: Jbea3111 Analisis Wacana Bahasa Melayu

SEKIAN TERIMA KASIH